Kawan-Kawan ^^

Wednesday, June 24, 2015

Give Up Medic!

Bila cuti-cuti begini membuatkan aku banyak baca blog-blog medical bila ada masa lapang. Sebelum ni aku tak banyak sangat kesempatan untuk baca every post macam blog Dr Syamirul, blog MO Frust, blog Dr Pagalavan.

Kadang-kadang bila aku baca blog ni aku jadi stress. Aku rasa kenapa la aku susah payah amik medik. Especially blog Dr Pagalavan. Aku rasa blog ni sangat discourage aku continue aku punya dream nak persue study medicine. Dan ni berlaku masa aku dah enter final year medicine!

Pernah aku consult sorang dr yang kebetulan bawak usrah sekali. Then dia nasihatkan aku  stop baca blog-blog yang discourage kau nak amik medicine. Walaupun dia cakap gaji sikit, stress, tak ada masa, kalau nak cerita bertapa best dalam alam medical ni, boleh tulis lagi banyak benda kau nak tulis medik ni best sebenarnya.

Baca blog-blog macam ni, di tambah pulak dengan kawan-kawan kau yang amik engineering banyak yang dah grad. Buat kau rasa macam "apa benda la aku buat study lama-lama ni"

Blog ni buat kau rasa macam "stresslah amik medic ni, kena marah, peluang kerja tak tentu dah sekarang, dr dah ramai, nak sambung specialist dah makin susah, private college bersepah-sepah, lepas tu asik kena kutuk je dalam blog-blog tu"

Tapi....still aku baca jugak blog-blog tu. Kenapa? Sebab bagi aku benda-benda tu realiti apa yang berlaku sekarang. Yup! Blog tu discourage orang amik medicine. Tapi dia discourage orang yang "terpaksa" amik medik. Tapi orang yang memang betul-betul nak amik medik, aku rasa dia akan buat kau rasa macam trying to prepare for the best untuk your future.

Blog-blog ni buat kau reflect balik soalan famous interview dulu.."WHY MEDICINE?" Dan aku fikir, reflect balik diri aku sejak first year med school sampai la sekarang. Aku cuba tanya diri aku sendiri, "are u fit enough to be in this field?"

Mungkin dulu berkali-kali aku cerita tentang aku gagal dalam exam semasa first year 4 modules, 2nd year 6 modules. Tapi masa tu ada tahap-tahap yang aku rasa "give up medicine". Aku rasa macam susah gila. Ni bukan diri aku. 

Tapi once kau dah dapat flow of medic. Kau akan rasa, "insyaAllah betul apa yang kau buat sekarang ni" Apa yang aku belajar dari sini ialah, dont afraid of the consequences. Kita punya 'kuasa' limited. As long as kau dah buat yang terbaik, kau doa je.


Macam doktor-doktor yang kita tengok dalam movie, "mintak maaf, saya dah buat yang terbaik". Aku rasa tu benda yang paling berat kita nak cakap dekat keluarga pesakit. Tapi itulah reality, "kita dah cuba yang terbaik". Reseat banyak paper dan lepas buat aku fikir, kenapa TAKUT FAIL?

Bagi aku kalau aku fail tu maksudnya aku knowledge aku mungkin belum cukup dalam sesusatu subjek tu. Dan kau kena la make sure yang kau betul2 study dan tengok progress kau macam mana. Tapi cabaran medical aku tengok banyak jugak bergantung kepada usaha, rezeki, dengan takdir. Kadang-kadang kau tengok dia tu macam success, Tiba-tiba result drop sebab family sakit. Or tiba-tiba fail sebab tak ada rezeki dapat pesakit yang tak cooperative. Tiba-tiba fail sebab ada salah faham dengan doktor.

Kau tahu macam mana effort kau sendiri. Apa yang kau buat. Kau tak pernah escape class, kau tak pernah escape clinic, kau tak pernah escape ward round, kau study baca buku dan bila tak faham kau make effort tengok explaination journal, youtube, web MD, wiki, orthobullet apa semua dan dicampur dengan banyak gila ebook. Then kau practise dengan kawan-kawan dekat ward, balik buat discussion apa semua. But still fail? Tu orang cakap rezeki masing-masing Allah nak bagi. Tapi bila kau tak study betul-betul, then fail, terima seadanya dan teruskan cover balik. Aku dulu pernah rasa satu module passing marks was 50 and i failed. After i knew my marks was 49.6,  aku rasa macam sedih gila. Padahal aku dah push gila-gila dah for neuro at that time. Tapi apa yang aku study balik tu sangat-sangatlah membantu diri aku untuk clinical.

Dan mungkin kau seorang yang success, belum tentu pada masa depan kau boleh terlepas dari terkena benda-benda macam 'needle prick', 'TB infection' dan banyak lagi. Sebab tu bagi aku dalam medikal ni bergantung kepada macam mana kau jaga hubungan dengan Allah, usaha, rezeki kau, keberkatan kau dengan mak ayah, dengan cikgu-cikgu kau, lecturer kau, perangai kau, dan mungkin akhir sekali 'luck' kau. Aku tak pernah rasa selamat atau rasa macam dalam zone selesa sepanjang aku amik medik.

Aku reflect balik kenapa aku amik medic. Dan aku rasa aku tak menyesal buat masa ni. InshaAllah aku ada aku punya cita-cita dan aim aku apa yang aku nak buat.

pic: irau when i was in paediatric in Alor Star Hospital.
Cuti sehari je which was on Saturday.
Petang lepas habis class hari Jumaat, aku terus amik bas to Ipoh dan sampai sana around 1am
Sabtu around 8am gerak climb Irau
Sabtu malam gerak semula ke Alor Star arrive at 2am
Ahad pagi ward round hosp Alor Star 6.30am!

cuti sehari je kau boleh make an effort Alor Star-Cameron Highland..
Lepak ar medik tak la stress sangat?


Gunung arong after my final 4th yr exam

Final posting for year 4. Paeds

Now alhamdulillah persuing into year 5.
never regret choosing medicine.
and hopefully will not regret in future.





Wednesday, April 1, 2015

Pemuda-Pemuda Lemau

Assalammuaikum& sejahtera.

Yeay menulis kembali.. (untuk tunjuan mengelakkan kesalahfahaman, sila baca sampai habis sebelum anda melompat ke arah konlusi)

Darsawarsa ini (cewah ayat) ada keluar satu artikel dari The Star berkenaan houseman punya waiting list menjangkau sampai setahun. Uishhh. 1 from 5 houseman quit, dan ada yang kerja jadi waiter, promoter dan sebagainya.

To be honest, artikel tu sangat-sangat la disturbing bagi aku sebagai seorang medical student. Dan aku rasa kalau saiya ta kuat boleh jadi down kot dengan artikel-artikel yang macam tu. Artikel-artikel macam tu la yang boleh buat kau rasa "eh kau ni betul ke nak jadi doktor?"

So, aku pun senaraikanlah kenapa aku rasa artikel-artikel macam ni sangat annoying (walaupun its considered as sad truth)
  1. lambat start kerja, lambat la boleh bantu mak ayah.
  2. lambat start kerja, lambat la kumpul duit nak kawin!
  3. lambat start kerja, ilmu medikal dalam kepala habis berkarat
  4. lambat start kerja, lambat la boleh rasa pegang duit banyak
  5. interestingly, aku tak jumpa alasan lain...penat brainstorm..
Lepas tu semalam atas perbincangan dengan group usrah dan dalam group whatsapp, tak pasal-pasal aku kena tegur sebab fikir macam ni. Dan aku pun tak tahu apa masalah aku. Nak mintak kena penampar bismillah kot! 

Sekarang ni kalau boleh kita dalam usaha hendak meramaikan golongan professional Muslim. Dan sekarang kau,,kau ni (cakap dekat diri sendiri) dah dekat dah untuk dilahirkan sebagai seorang daripada mereka. Setahun lagi untuk grad insha Allah dan dapat title "Dr". Tahu tak berapa banyak kau boleh contribute dengan adanya ilmu dan that title in front of your name? Yup orang lain pun boleh contribute bukan doktor je boleh contribute dekat society, tapi ni aku tengah cakap pasal isu lambakkan doktor and yang quit, so aku focus dekat doktor. Please faham..huhu

Sangatlah menyedihkan jika kau yang telah ditarbiah jiwanya menjadi "pemuda-pemuda yang lemau". Kau hanya fikir.."ok lepas aku belajar aku nak kawin, aku nak ada anak-anak (yang comel..hehe), lepas tu tengok anak-anak aku besar. Ok lepas tu nak tengok anak aku besar, lepas tu nak sambung belajar sambil2 tu nak sambung study..Then tua..then..

Sedihkan? Kau boleh contribute banyak lagi kot!

Dr Zulkifli cakap dekat aku semalam, "Awak hidup sebagai orang yang kecil, awak akan mati sebagai orang yang kecil. Awak hidup sebagai orang yang besar, awak akan mati sebagai orang yang besar dan nama awak akan sentiasa disebut-sebut"

Senyum

"Hidup sebagai seorang houseman bukan test of knowledge sangat. Its more like test of attitude. Dan bila awak lepas housemanship awak, baru awak dapat full license untuk practice as a qualified doctor. Tapi kalau awak quit masa awak houseman, walaupun awak ada title doktor dekat depan, ada medical degree, tapi awak tak boleh practice. Apa yang tinggal? SPM-laa. SPM 9A boleh mintak kerja apa eh? Thats return to the artikel.."

 Dr cakap lagi.."orang yang quit ni biasanya dia hidup dalam dunia dia sendiri, tak ada support, cepat down..Orang di jalan-jalan tarbiah ni dia yakin kena kuat."

So, kalau dah start fikir bukan-bukan tu, faham-faham sendiri eh zai.


why not from this...



kita tukar?
From promoter and waiter (tak jumpa gambar masa jadi waiter dulu)
into a doctor?
cewah.

Kena la berkaliber, berwibawa, berkarisma dan berkebolehan sikit!
positif zai positif! 

^_^

Monday, March 30, 2015

Betul Ke Apa Aku Buat NI?

Assalammualaikum wbt & sejahtera

Dah lama tak hupdate sebab tak ada idea. Hahaha. Nak cakap busy tu tak tahu la nak cakap. Tapi so far ok lagi. Sekarang ni aku tengah posting paeds dekat Alor Star. Hospital Alor Star ni agak besar la dengan 3 ward paeds. Satu ward ada 30-40 patients. Case yang 'wow' banyak jugak la dekat aloq staq ni. So far aku rotate HUKM-HKL-Alor Star-HUKM.

Tapi bukan tu aku nak cerita sebenarnya. Aku nak cakap pasal lain.

Pernah tak ada satu ketika tu korang rasa,
"apa benda aku tengah buat ni"
"betulke apa aku buat ni"
"betul ke decision aku ni"

Pernah tak rasa give up buat medicine? Atau apa-apa course yang korang buat sekarang?

Aku rasa benda ni start datang dekat aku bila kawan-kawan aku banyak yang dah nak grad and ada yang dah grad dah pun and ada yang dah start buat master. Ada yang dah kawin. Tapi kau masih lagi terkontang kanting nak study untuk make sure kau lepas untuk tahun tu dan make sure kau lulus.

So far tengah terkontang kanting nak bagi lulus masuk final year of med school.

Lulus je? Entahlah some people mengharapkan dapat cemerlang gold medalist bagai, tapi aku ni jenis yang surviving je setakat ni. Tapi so far, alhamdulillah results klinikal aku lagi far better compared to pre clinical.

Or kadang-kadang kau rasa jealos dengan kawan-kawan kau yang tengah buat praktikal, ada elaun sendiri, dan lepas tu ada yang dah dapat offer kerja lagi. Haritu bukak group whatsapp sekolah, tengok kawan-kawan dapat offer company power-power bila lepas grad nanti siap bagitahu starting gaji lagi. And kau, tengah stress study, beli medical books, photostat nota-nota berkepul-kepul every interval posting yang banyak guna duit belanja. Plus klinikal years ni bukan macam praktikal course engineering ke apa. Kitorang tak ada gaji sampai final year kot~

Sebab? Dia bukan kerja. Blood taking, pasang cannula, sambut baby ke apa tu semua dibuat sebab benda-benda tu korang kena praktis untuk future korang sendiri. Boleh je kalau tak nak buat. Tapi tanggung sendiri la consequences malas tu nanti.

Or paling stress bila kau ada fail. Mungkin orang luar akan fikir.
"bodoh gila dia ni, tak study ke apa?"
Lepas tu kau tengok kawan-kawan kau cuti and kau kena continue study without kawan-kawan. Rasa sunyi gila kot. Rasa macam semua orang tak pedulikan kau pun.

Dan lepas tu kau nangis sorang-sorang.

Just remember, bila kau sedih, kau bukanlah sorang je medical student yang nangis in order to earn a medical degree. Same goes to any degree out there. Ada orang cakap "aku tak struggle pun masa amik degree"

Tipu aku cakap kalau tak struggle in order to obtain medical degree ni. Sumpah aku akan rindu semua penat lelah, semua stress, sumpah aku akan rindu masa-masa kena marah, sumpah aku rindu masa-masa aku jadi cuak macam tikus dekat klinik. Dan sumpah aku akan rasa rindu dengan rasa lonely bila kau dah stress tapi tak tahu nak mengadu dekat siapa lagi dah.

At last, ko just nak someone yang boleh dengar kau cerita, just other than medical

Kadang-kadang tu aku tanya diri aku...
"ready ke nak korbankan masa-masa kau?"
aku enjoy lepak berborak dengan kawan-kawan sampai pagi.
aku enjoy buat aktiviti-aktiviti lasak
aku enjoy pergi mancing
aku enjoy tengok wayang bila ada masa free
aku enjoy baca novel tebal-tebal..

ready ke nak tinggalkan benda-benda ni untuk period yang lama?

Bila kau almost give up, bila kau start nak main-main dengan masa depan kau, kau fikir balik betapa banyak masa kau dah devote to study medicine. Ingat harapan mak dengan ayah kau.

Bila kau jealous dengan kawan-kawan kau yang dah kerja dengan engineering, biotech, ke apa degree, kau fikir balik kenapa kau decide buat medicine dulu.

Tak lama pun kau rasa macam ni. Lepas medical degree, kau rasa nak kena lepaskan houseman (jadi kuli lagi), lepas tu jadi MO pun kau still takut-takut. That fear and rasa "betul ke tak apa aku buat ni" maybe sampai bila-bila kau rasa.

Honestly, aku amik medik memang sebab aku yang decide sendiri tanpa ada paksaan sesiapa....So, aku rasa aku tak menyesal dengan apa aku buat.

Cuma doubt akan datang sometimes...


tak banyak gambar posting paeds lagi for now..
Ni gambar without concern dekat changing room NICU
Tokleh amik gambo dengan baby~
#pmcrocspink!

so far dekat alor star best. Sebab masa rasa berbaloi.
Pic : Futsal dengan ikhwah.
Every week ada pengisian dengan Dr Z. (Orang hebat head of department ENT 
yang sangat-sangat humble)
Every week bagi tips houseman dekat kitorang, 
Bagi tips MO,
Bagi tips nak ambil specialist..
Bagi tips kawin masa houseman onwars. opps. hahaha

Share macam mana bahagikan masa untuk medical dengan aktiviti luar.



Sunday, February 8, 2015

Nothing to be proud of being a medical student

Assalammualaikum n salam sejahtera

Jauh betul gap between posts dalam blog ni. Ni semua atas kekurangan diri dalam membahagikan masa dalam penulisan ni.

pic : aku tak pernah suka memancing,
tapi apa yang aku suka waktu memancing bila aku dapat
berborak-borak cari ilham tengok laut dekat kampung halaman sendiri tempat membesar.


Untuk kali ni aku nak share something yang aku dengar, yang aku perhati, alami dan apa yang aku baca. Sejak 4 tahun bergelar pelajar perubatan, bila kau balik rumah, kau berbual-bual dengan kawan-kawan, sedara mara, jiran ke apa pernah tak korang encounter dialog-dialog ni?

 "untunglah kau nanti jadi doktor, aku ni (fill in the blank) je..."
"alah kau nanti jadi doktor banyak duit, kaya!"
"kau tak payah cari dowh awek sekarang, nanti kau dah jadi doktor berebut orang nak kau, kau doktor kot!" erk T.T

dan bila kau balik kampung

"eh, mana anak kau yang doktor tu, bawak la sekali datang kenduri nanti.."
"along kau yang amik doktor tu ada balik?"
"untung kau dapat anak doktor.."

Tu lah ayat-ayat yang selalu kau dengar bila kau amik medical degree. Lagi-lagi bila kau pun dah hampir nak grad. Erk?  inshaAllah setahun lagi.

dan orang pun mulalah cakap

"nanti jadi doktor boleh ubat sedara-mara"
"nanti jadi doktor boleh bagi aku emcee free"

Senyum.

4th year medical


The truth is. Aku sendiri pun belum seratus peratus pasti adakah aku akan graduate menjadi doktor atau pun tak. Aku pun tak tahu lagi masa depan aku nanti macam mana.

Pernah aku dengar ayat ni dari seorang pakar orthopaedics yang aku kagumi "There is nothing to be proud of being a medical student. You got nothing to be proud of."

"remember you got maximum of 7 years in order to earn a medical degree. Lets say something is happening to you and you failed. What you got in order for you to find a job? SPM?"

"in contrast with your friends who already started their jobs, or earned a diploma." They already have their own job and in a stable position. Where you failed while you already waste your 4 years of studying for nothing. All you got is your spm. and now you got scholarship debt, that needs to be paid back"

Bukan tak ada contoh depan mata bertapa kejamnya dunia medical. Macam UKM sendiri, semasa pre clinical (tahun 1 dan 2) kau boleh repeat year hanya sekali. Kalau lebih dari sekali automatik buang course. Dan walaupun pointer kau tinggi macam mana sekalipun, semua subjek kalau dapat A sekalipun kalau hanya ada 1 fail (walaupun marks 49.9) you will be considered as fail and need to repeat year. Dan kalau pernah repeat year masa pre clinical, kau boleh repeat year hanya sekali di clincial.

Kalau dah final year. Kau dah habiskan 7 tahun (means pernah repeat year 2 kali) masa pro exam, kalau fail, tak boleh reseat dah pro exam! Dan being medical student you sure know macam mana horror final year punya pro exam kan..thats means?? 7 tahun study medical, for nothing. You never earn a medical degree. And what you got is your "spm"

cuba bayangkan 7 tahun tu, kalau kawan kau yang amik engineering, dah kerja 3 tahun dah. Yang amik accountancy maybe dah kerja 4 tahun. Atau apa-apa degree atau diploma pun korang kira lah sendiri. Atau yang paling terseksa kau tengok kawan kau yang dah ada anak, ada yang dah ada business sendiri, dah mampu beli kereta rumah sendiri.

Dan kau? 7 tahun apa yang kau ada adalah sijil spm, dan hutang biasiswa! or hutang loan! nauzubillah

Thats why being medical student ni kena always humble, respect your supervisors, your consultants, grab all the opportunities, dan paling penting pray to God and always ask blessing from your parents.

Peringatan untuk diri sendiri : kena muhasabah diri, betulkan sikap, berhenti kejar benda yang membuang masa, keep focus, stay humble.

"Kalau kau dah study dengan kuat, clerk patients, read all your textbooks, discuss with friends, do all the questions, practice your physical examinations and all-other-habits-of-studying and still fail? there must be something behind it that you need to find on your own." "kalau kau tak study, malas, dengan tak clerk patient, banyak main-main and kau fail, then kau salahkan takdir, tak bolehlah macam tu!"
Dato Dr A

Dan kadang-kadang tu fail sebab faktor-faktor luaran, masalah keluarga, masalah dapat examiner yang super kejam, masalah-masalah lain atau benda yang menganggu emosi yang tak dapat dikawal menyebabkan kau fail. Sebab tu "never assume, ask" All you need to do is never give up and keep trying.

So in conclusion, jadi medical student ni tak ada apa yang boleh aku dan kau banggakan. Aku harap aku dapat grad in time inshaAllah begitu jugak dengan medical student dekat luar yang alami perjuangan yang sama dengan aku. What we want to achieve is not small!

dan kawan-kawan yang course selain saya, jangan sesekali merendahkan diri korang dengan medical student! kita saling memerlukan. Semua kerja pun tolong orang ;)

"In life, many things don't go according to plan. If you fall, get back up. If you stumble, regain your balance. Never give up."

p/s : alhamdulillah sem lepas clear semua subjek dan harapnya sem ni pun sama dan dapat ke final year insyaAllah

run when you can,
walk if you have to,
crawl if you must ;
just never give up!




Wednesday, November 5, 2014

Lambakkan houseman. What should I do?

Assalammualaikum and salam sejahtera

Setelah sekian lama tak menulis sebab sangat hanyut dalam lautan medic. Sebab terlalu sibuk nak menyesuaikan diri dekat tempat baru, banyak tanggungjawab baru, kena study sebab final dah dekat dan sebagainya. Sekarang ni aku tengah posting psychiatry. Ouh sebelum terlupa, untuk sem ni aku posting Triad dengan psychiatry. Triad ni consist of ENT (3 weeks), Opthal (3 weeks) and Anaest (2 weeks). Triad dah habis, sekarang Psychiatry (7 weeks). Then final.

Minor postings ni bagus la sebab nanti houseman dah ada satu minor posting yang kita boleh pilihkan. Kalau tak silap boleh pilih antara Emergency, Anaest, Public Health, or Psychiatry. Honestly semua macam best! Emergency macam best. Anaest nampak cool, Public health banyak involve dengan community pun best. Psychiatry is something new which is best jugak. Dilema ni! Haha.

Cakap pasal Housemanship, currently ramai pulak yang cakap pasal houseman dekat Malaysia ni dah ramai sangat. Masa pergi konvensyen haritu, dia cakap currently Malaysia ada 10 360 HO. Then houseman ni akan penuhkan quota medical officers (MO) after 2 years, then current MO? Kena ramai2 buat specialist la kot. Sebab terlalu ramai, then they have to create other 'extra' postings. Which is good. Sebelum ni kan Medicine, O&G, Surgery, Peads, Ortho. So now got plus one. Plus one ni mungkin akan kena lamakan lagi in the future? Tak tahulah.

In 2013, current doctor to patient ratio dekat Malaysia is 1:633. They believe that by 2017 malaysia akan reach 1:400. Masa 2017, aku houseman la kot time tu dah InshaAllah. Mungkin tengah houseman. For Now, only 42 hospitals sahaja yang boleh train HO. Maybe they need to increase that in the future? Maybe.

In Malaysia they got 33 Medical schools! Banyak tak? Banyak gila kan? Baru-baru ni the number dropped into 30 Medical schools. (dont ask me apa 3 medical schools yang tutup, find it by yourself). Then, somehow, kita ada 320+ list of Medical institution yang berdaftar dengan Malaysia from overseas. Wow! Berapa ramai tu nanti nak balik Malaysia kerja? Macam mana? Tak nak bagi diorang kerja dekat Malaysia? Diorang pun rakyat Malaysia jugak.

Ramai sangat orang nak jadi doktor. Betul. Bukan setakat yang ada duit je, yang tak ada duit sanggup ambil loan sampai ratus ribu ringgit in order to get a medical degree. Lain la macam aku, aku bukan berasal dari keluarga senang dengan duit. So, aku kena bertukus-lumus get straight A's masa SPM then got a scholarship to get into med school by pre medical certificate. Some using their foundation and matriculation. Somehow aku rasa lucky enough to be in UKM.

Tapi nak tak nak kau kena compete jugak dengan orang yang being force to get a medical degree, ada duit to get a medical degree, and really determine to get a medical degree although with minimum requirement. Kau tak boleh halang. Sebab that the reality. Then kau kena compete among kawan-kawan kau yang with same with your requirement yang memang eager nak jadi doktor lagi. Penat weh. Memanglah kena lulus sama-sama, tapi kau kena make sure kau get enough knowlege and skills to become a good one to compete among candidate yang tersangat ramai! Government boleh buat test etc etc tapi memang diorang kena tapis semula somehow kelayakan to med school ni. Kau boleh buat apa? Just follow the flow and lets the government do their job.

Ikut apa yang aku tahu, masa houseman, diorang akan test kau 3 benda. First, knowledge. Second clinical skills and third attitude. So based on kau grad mana, diorang akan judge korang based on these 3. So, kalau tak ada these 3, korang basically memalukan tempat korang grad jugakla. So, conclusion, kena study and get clinical skills as much as you can while in med school. Tak nak memalukan tempat grad! InshaAllah. Tapi knowledge and clinical skills boleh asah dan boleh belajar, yang penting attitude diorang kata. Tapi janganla teruk sangat clinical skills and knowledge ye tak?


Dan pernah jugak dengar plus baca sendiri dekat blog-blog, yang houseman dekat Malaysia ni sebab ramai sangat dekat sesebuah hospital, sampai tak ada kerja. Kadang-kadang ada procedures yang tak pernah buat. Ada sehari just buat discharge summary je kerja dia! Ada yang boleh pergi lunch lepak-lepak dekat cafe. Ada yang hilang masa duty pun orang tak perasan! Kalau ada procedures tak pernah buat, macam mana kalau diorang jadi MO nanti? Ya Allah risaunya.

So, lepas considering all these aku rasa okay jugak kot kalau buat houseman dekat Sabah atau Serawak. Satu sebab kalau mintak sana, confirm by 4 months dah dapat kerja. Then procedures belambak-lambak. So, its a good platform untuk asah segala skills before becoming a good medical officer. Pasal 4 months dah dapat kerja tu tak risau sangat sebab grad from UKM biasanya diorang amik awal masa panggilan housemanship. Tapi still risau sebab by masa aku grad 2016 kan HO dah ramai? Entah.

Bagi aku duit tu lain cerita, yang penting sekarang aku kena study hard, get a medical degree first. Others will come next! Aku bukan student yang gempak, tapi aku akan make sure aku survive med school. Then kena ada good attitude masa housemanship.

P/s : post ni gara-gara jealous tengok senior grad 3 ke 4 hari lepas. huhu. Kena serious study!!





Sunday, October 12, 2014

Sedangkan kucing

Assalammualaikum

    Ohoi. Mesti korang semua terfikir kenapa aku letak tajuk macam tu untuk penulisan kali ni. Comel tak tajuk tu? Macam tuan empunya blog. Dah mengarut~ Sebenarnya baru-baru ni kucing aku kena conjunctivitis yang agak chronic. (which I self diagnosed) Ke blephritis ni weh? *padahal aku bukan study vet pun. ahaaa Tapi seriouslah agak kesian dekat dia.

mocha, kesian mocha. =(



    Sebenarnya aku agak stress nak kena balik KL. Jammed, rumah packed, nak study tak selesa, banyak benda nak kena study, nak masuk posting baru, aku sorang lelaki dalam group posting baru, lagi 7 minggu nak final semester dan macam-macam lagi kalau aku nak complaint atau merungut aku boleh buat karangan BM. Ngeee



    Tapi kan, cuba fikir balik. Sedankan kucing yang nak makan ikan, terpaksa kena pukul, kena simbah dengan air panas. Dengan paling teruk sampai ada yang kena potong kaki. Sedangkan semut yang nak secebis biskut pun terkadang kena lenyek dek kereta control (erk). So, bagaimana pula dengan manusia yang lengkap semua anggota badannya dan berakal ini asyik mengeluh dan mahukan jalan yang mudah sahaja untuk bahagia? Itukah cirri-ciri makhluk yang dikatakan sebaik-baik ciptaan Allah? Haa amik kau.



    Kalau ikut macam apa yang Prof Muhaya cakap, apa yang aku sebagai medical student ni, nak capai tu bukan kecik. Cita-cita nak jadi doktor tu bukannya kecil. Doktor. Menumpang nak dapatkan degree UKM lagi. Nak keluar carry degree UKM. Takkan nak duduk study lepak-lepak je kot? Takkan nak malas-malas? Nanti kalau dekat hospital tu masa houseman tu kalau noob, pergh, malu beb. Noob tau noob? Cari sendiri =P

eh?




    Sekarang ni baru nak habis cuti seminggu. Mak bapak aku pun bising cakap aku asik tido je. Memang sengaja aku buat macam tu. Masa orang lain sibuk berjalan sana sini. (ceh, padahal ko xde duit kan? Haha) Entah, seriously, lepas kau dah berhempas pulas (xde la berhempas pulas sangat), kau rasa kau just nak lepak je, malas nak buat semua benda. Sebab lepas ni kau tahu, kau kena study teruk-teruk semula. More coming.

tak ada lah tido je. Hari-hari terkahir aku cuba baca lagi sikit apa yang tertinggal
dari apa yang aku baca dulu. Doctor in House.
Berapa page je aku baca, lepas tu aku tido. Serious!

dan jumpa port mentari terbenam. 




    This semester aku kena make sure yang aku kena lepas 3 minor postings and 1 major posting. Kena sesuaikan diri lagi duduk KL ni. Kena ubah sikit minded ni. Come on, dah 22 kot! (ke baru 22?). Kematangan dan keseriusan tu boleh kita binakan? Cuba. Taka pa ada seminggu berhempas pulas, lepas tu cuti lagi seminggu. Ohoi! (oi)

Friday, September 26, 2014

Compare

Assalammualaikum

Dah lama tak tulis, tapi sebab aku xde masa nak tulis panjang-panjang,
Aku nak membebel sikit je lah.

Kadang-kadang tu, kita dapat apa yang kita nak,
Tapi kita tak puas hati dengan apa yang kita dapat.
Compare compare dan compare

Jangan compare, mana boleh nak compare
Macam kau dah beli barang, lepas tu kau lalu depan satu kedai ni
Tengok harga lagi murah.
Then kau cakap "Bapak rrr, menyesal aku tak beli dekat sini tadi"

Kau dah pilih, ok she gonna be my wife later on,
Then kau compare dengan orang lain, eh dia lagi lawa lah. Eh?
Mana boleh compare kan

Apa aku merepek ni

Memanglah penerimaan orang tak sama
Memanglah kau kena tahan sikit telinga
Memanglah hati kau, kau kena letak air batu banyak banyak
Memanglah mata kau selalu masuk habuk sikit

Tapi tak apa
Benda ni semua akan buat kita jadi lebih matang
Lagi kuat in the future.

*aku baru update gambar tepi tu sebab ni first post aku sepanjang 4th year* wahai!