Kawan-Kawan ^^

Saturday, December 31, 2011

Couple

Assalammualaikum wbt

Dulu.
Semua jenis cinta pernah rasa.
Rasanya dah pernah "couple" 3 kali dalam hidup.

Bermula tulis surat. Tukar-tukar biodata.*kecik-kecik dah pandai. ish3..*
Bertukar dengan cinta sms dan calling2.
and lepas tu bertukar kepada facebook, YM etc.

Kalau dulu.
Tengok wayang, makan sama-sama. perkara biasa dahulu.
Tapi, sama sekali ana tak pernah menyentuh apa-apa.

Walaupun tak pernah sentuh apa-apa. Still tak betul gak.
Bukan berbangga dengan maksiat yang pernah dilakukan. Sama sekali tidak.

Bukan niat nak suruh orang clash ke apa.
hati orang bukan kita yang pegang.

Ya Allah, terima kasih atas segala kejahilan yang pernah aku lakukan ya Allah.
Sama sekali aku tidak pernah meminta untuk masa dikembalikan agar berubah menjadi yang lebih baik.
Bersyukur dengan hidup yang pernah dilalui.

Selepas itu.
Terfikir. maybe ana perlu mencuba menjadi lebih "Islamic"
then mula mencari.
dan dengan harapan untuk "menjaga" sehingga ke jinjang pelamin.
haha.

Amatlah tidak matured.
then I started to think.
"kenapa aku perlu menjaga seseorang perumpuan? untuk dia menjadi isteri yang terbaik untuk aku?"
"sedangkan perempuan itu sepatutnya tahu tanggungjawabnya sendiri"

Walaupun ana tahu bahawa itu sebenarnya adalah tak betul.
Ana masih melakukannya.
Jadi. akhirnya. ana realized.
Bukan mudah untuk menjaga dan menasihati seseorang.

Dengan ilmu yang masih cetek.
Adalah tidak layak untuk memiliki sesiapa.
Then, its over.

Thats it. Tak ada apa-apa.
end macam tu sahaja. Nothing. zero.
Bukan tak ada pengalaman.
Dan kini sedang belajar dari pengalaman.

Suatu ketika kamu perlu untuk tidak memikirkan kejayaan dan kegagalan.
Jangan biarkan hal itu mengganggu dirimu.
-Anton Chekov

Amatlah tidak betul.
Duit yang sepatutnya diamanahkan untuk belajar.
Digunakan untuk call "awek", "girlfriend" etc.
Belanja awek etc.
Sedangkan adik beradik??..adik-adik?

Semasa hari lahir ke 19
Ana begitu tersentuh dengan sebuah hadiah yang ana terima.
"Along, nanti dah dapat hadiah tu jaga baik-baik eh. Ada (adik bongsu ana) beli guna duit sekolah."

Bila ana dapat hadiah tu.
"Ada, tak makan ke kat sekolah?. sampai belikan along hadiah ni?"

"Tak, ada makan kat rumah aje"

"Siap balut ni..Siapa balut? "

"Ada lah balut"

Then ana telefon ibu ana.

mak kata. memang adik bongsu ana yang beli hadiah tu.
dia yang balut. (sebab memang agak macam budak kecil balut pun.)
hapis penuh salotape kat wrapping tu.

Dia tak makan 2 hari kat sekolah sebab nak belikan abang dia hadiah.
Ya Allah.
Tersentuh sangat.

Sebab dia baru darjah 2..tapi dah pandai jaga hati abang sorang ni..
Sedangkan abang dia?..


botol tu adalah hadiah dia.
dia balut. tapi paksa ibu ana post laju.
haha.

Walaupun tak seberapa.
Tapi bukanlah material yang ana harapkan.

Kalau "awek" dulu..hadiah.
sanggup berhabis duit beli hadiah untuk diorang.
Tapi adik beradik?..

Ada empat adik.
Sekadar wish, mengharapkan ibu beli kek. thats all.
lain-lain. terpulang kepada parents.

Takkan abang tak boleh contribute sikit dekat adik?..
Mulalah menyesal.

Dan kini ana realized.


"Suatu masa", akan aku "bahagikan" cintaku terhadap bidadariku dan keluargaku.

Sebelum aku bahagikan, adalah perlu rasanya aku mengfokuskan sepenuh cintaku kepada keluargaku.

Dan kini sedang cuba mencari cinta hakiki terhadap Allah dan Rasulnya S.A.W. Masih menapak.

"Allah Allah Allahu Rabbi,
Aku mencintaimu dirimu duhai bidadari, 
tapi aku lebih cinta Tuhanku.
Ilahi Rabbi."
-Ketika Cinta Bertasbih-esp 1.

"Ada masanya jodoh datang sendiri, Ada masanya kita perlu mencari"

Belum masanya untuk mencari.
Masih banyak untuk diperbaiki.
Masih banyak untuk dicari.
Mungkin perlu teliti.
Mungkin perlu fahami.
Apa yang aku pelajari.
Ya Rabbi.
Bantulah hamba-Mu ini.

Kepada bakal bidadari. Mintak maaf sebab anda bukanlah cinta pertama.
Tapi insyaAllah ia adalah cinta terakhir.
ok dah stop.

belum masanya.

enough.

Jadi.
Berhenti Memikirkan. Benar-Benar Melupakan.

p/s : gagahkan diri dengan post ini sebagai penutup tahun 2011.
dan melangkah ke dekad baru dalam hidup.
Alam 20-an harap dapat memberi lebih banyak pengalaman dan pengajaran.

Friday, December 30, 2011

Heuristik

Assalammualaikum wbt

Heuristik.
Ya. Itulah yang perlu kita lakukan.

To err is human, to forgive its divine

pengalaman atau heuristik ini mmg mmbri kita berbagai cerita.
every people have different experiences.
So do i or you.

Kalau kita tengok reality hidup kita.
Kenapa ya? Kita begitu mudah mudah percaya dengan apa yang kita baca.
Apa yang kita dengar.
Tanpa kita melihat sendiri keaadan tersebut.

Uswah,
"weyh mat, kau tau tak, dia ni bukan baik sangat. Dia tu dah la macam ni..macam tu..macam-macam"

"weyh, kau nak tau, tadi aku nampak dia dating! berdua-duan pulak tu!"

"Kita jangan percaya dengan orang ni..dia selalu menipu"

mungkin disampaikan dengan cara yang penuh variasi dan meyakinkan.
dan kita?..

"eh, betul jugak tu."
"Ish, x sangka aku dia macam ni"
"ouh ye ke?..reject awal-awal lah macam ni"

Tujuan dan niat orang mungkin berbeza.
Tetapi kita begitu mudah untuk mengklasifikasikan orang mengikut apa yang kita dengar.
Mengikut apa yang kita baca.
Mengikut suka hati kita.

Tanpa memikirkan situasi orang itu.
Tanpa memikirkan alasan untuk orang itu.
Tanpa memikirkan sesuatu yang positif.

Kedatipun begitu,
hal ini mungkin dapat dielakan jika orang itu menjaga diri.
Jaga pergaulan.
Jaga percakapan.

Bukan sepenuhnya dilindungi.
Tapi mungkin kurang.

Ouh ya.
Kita mungkin rasa diri kita hebat dan gah dengan pelbagai pengalaman.
Kita mungkin rasa diri kita pandai.
Kita rasa kita betul.

Ingatlah.
Selain Allah dan malaikat,

Masyrakat sekeliling melihat anda juga.
Orang judge tindak tanduk kita.

Oleh itu, indikator yang tampak jelas ini.
Kalau kita boleh prevent, prevent lah.

Dan istilah "bajet bagus" kita boleh buang sama-sama.

"Alhamdulillah, awal aku bangun pagi ini, tidak sangka pula dapat tahajud dalam keadaan jiran tidur lena."
-Cukup dengan merasaai kehebatan diri sendiri itu, walau tiada siapa tahu dia bertahajud, maka rasa takjub dengan diri sendiri itulah namanya ujub.-Solusi 38 (page 27 and 29)

So, jangan dengar dan terus percaya orang tu jahat.
Jangan dengar dan terus percaya orang tu teruk.
Jangan dengar dan terus blame orang tu.
Even diri sendiri kadang-kadang ujub kita tak sedar.

Orang tak suka kita bajet bagus.
And kita jugak tak boleh bukak kelemahan diri.
So, besederhanalah.

hidup di dunia bagaikan pejara yang besar.
Kita ada limit.


Sekian.

Wednesday, December 21, 2011

Doktor macam mana?

Assalammualaikum wbt

As I enroll into medical school, now I learn something.

"Malaysia sekarang dah banyak gila doctors"

"Now, per year, there are about 10 000 HO at hospitals in their duty, compared to late 90's, there were only about 500 HO per year."

"So, kalau setakat jadi GP je time korang nanti, saya rasa dah tak laku dah"

=.="
Inilah yang ana dengar from Dr Zulkifli semasa berbual selepas sesi perkenalan i-Medik Penang.

So, rakan-rakan sekalian.
What type of doctors you will be when you graduated from medical school?

"semua orang boleh jadi doktor. Doktor tak perlu seorang yang pandai. Mungkin sikit la kepandaian dia. Tapi doktor lebih pada attitude. Yes. Sikap seorang doktor tu sendiri"

Semua kata-kata Pengerusi I-Medik Kedah masih bermain-main dalam kepala..

"Masa kamu nanti, ada kemungkinanan ada doktor yang tak ada kerja"

Ya Allah. Cuaknya dengar.
Yup betul jugak tu.
Even we are scholars ke apa.
Medical school yang ada ni berlambak-lambak dah kat Malaysia.

tu belum kira yang overseas.
Yang scholar pun ramai.
Yang self sponsored pun.
Tak perlu nak anggap sensitif ke apa.

Syarat kelayakan yang ditetapkan terlalu rendah kadang-kadang bagi ana.
Terutama bagi sesetengah institusi yang mementingkan duit semata-mata.
Macam tu jugak dengan agen-agen dan lain-lain.

Sebab? Doktor tak perlu pandai.

Terlalu ramai.
Engineers pun. Semua pun.
Manusia semakin hebat.

So,

Macam mana kita nak jadi doktor yang "berbeza?"

Carilah kehebatan diri masing-masing.
Jangan lupa Quran dan Sunnah.

Quran kalau boleh.
Kalau xdapat baca 1 page,1 ayat pun jadilah,
kalau xdapat baca 1 ayat, dengar pun jadilah,
kalau xdapat dengar, pegang pun jadilah,
kalau xdapat pegang, tengok pun jadilah.
Kalau xdapat tgok, tak tahu nak cakap apa.

Kawan-kawan.
Carilah "kelainan", "kehebatan" diri masing-masing
Semoga menjadi doktor yang hebat semuanya. Aminn ya rab.

Ambil pengajaran from Surah Al Mukminun.

enjoy your life during med school
develop your skills
develop leadership.
May Allah bless.

InsyaAllah.

Sunday, December 18, 2011

Humble

Assalammualaikum wbt

"Life yang busy starting from now on hopefully will give me benefit during the HO and next."

Kadang-kadang kita rasa diri kita bagus.
Yup.

Tak kira dari aspect pelajaran, speaking, agama etc.
We feel, we are good enough.
To talk to people.
Giving advice.

Tp still kita perlu sampaikan walaupun 1 perkataan yang bermanfaat.
cuba elak riak.

But we did notice that we are actually macam sombong dengan ilmu yang kita ada.
Sombong dengan ilmu yang sedikit.

And we tend to feel.
"Ouh, aku buat ni, itu bla-bla-bla, so aku lagi baik pada orang ni"
"Aku pergi benda ni, so aku baik"

Kenapa perlu ada rasa superior dalam diri?.
Padahal siapalah kita ni.
mmg maybe kadang-kadang boleh di ibratakan macam
"melukut di tepi gantang"
macam.
"ada tu adalah, xde pun orang tak nampak"
Tapi kita still rasa, ouh kita adalah orang paling bagus.
Kenapa?

Kadang-kadang.
Dalam diam kita membuka kelemahan kita kepada orang lain.
Dengan harapan untuk menunjukkan sikap rendah diri.
Tapi, kita tak perasan!
Orang judge kita.
"ouh, mamat ni macam ni rupanya"
"ouh, tak lah hebat mana pun dia ni"

Kita merendah diri sampai menjatuhkan status diri yang kita cuba bina.
Tak perlu sampai tahap macam tu lain kali.

Allah menutup kelemahan-kelemahan kita.
Itu satu rahmat
dan tak perlu kita buka kepada orang lain.

Biarlah kita buka, dengan tujuan untuk improve,
bukan untuk menjatuhkan martabat yang telah dibina.

nasihat dari James Allen,
"jangan biarkan orang lain lebih tahu banyak tentang dirimu. Bekerjalah dengan senang hati dengan ketenangan jiwa, yang membuat kamu menyedari, bahawa muatan fikiran yang benar dan usaha yang benar akan mendatangkan hasil yang benar!"

"ramai orang berasa layak menjadi pemimpin untuk menguruskan bangsanya. Padahal mengurus diri sendiri pun masih belum mampu."
Nauzubillah.

Mungkin, nampak susah nak balance antara rendah diri dengan membuka kelemahan diri.
Mungkin, kita kena belajar sedikit demi sedikit bagaimana.

Improve diri.
Siapalah kita untuk menentukan baik buruk seseorang hamba Allah itu.


Btw.

Alhamdulillah program pengenalan i-Medik Penang berjalan dengan lancar.
Rasa kagum dan iri hati ana selitkan terhadap roomate yang berjaya menganjurkan program yang dengan  masa  hanya 2 minggu. Walaupun sibuk dengan final dan kem and campus activity lain.
Alhamdulillah usaha yang sangat hebat!.
Ana cuma membantu dari belakang sebab juga busy dengan aktiviti lain.

Betul. Bila kita buat kerja di jalan Allah, kita nampak seakan kita mempunyai lebih masa.
Diharapkan mendapat ganjaran dari-Nya.


Kagum dan terkejut.
Banner dan design hanya disiapkan dalam masa 3 hari.
Sedangkan rakan2 lain tempah memakan masa.
memang nampak pertolongan Allah.
Alhamdulillah


Juga program bersama anak-anak di rumah perlindungan hari ini berjalan dengan baik.
Pujian diberikan kepada member batch MD UKM-AUCMS.

maaflah.
Anak-anak kat rumah perlindungan
tak boleh tunjuk muka.
Bahaya.
So, gambar pada jauh je lah eh

Sunday, December 11, 2011

Perkongsian : KRIS

Assalammualaikum wbt

Alhamdulillah.
Kembali.

This weekend, although we have class on Saturday, that does not mean that every activity should be stop.
Alhamdulillah, ana got a chance to follow our senior to Kem Remaja Islam SeMalaysia.(KRIS)
This camp was conducted by Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Sebenarnya, kami diajak oleh senior yang dijemput menjadi penceramah jemputan di program ini.
So, kami hanya menumpang aktiviti orang secara percuma.
Alhamdulillah. rezeki Allah.

Kagum.
Walaupun sibuk dengan exam lagi seminggu.
Dan tanggungjawab yang banyak sebagai pelajar perubatan.
Masih mampu menjadi penceramah jemputan


Alhamdulillah.
Pertama kali merasa makan BBQ di bawah gerhana bulan!..
MasyaAllah.
Sangat seronok.
Kebetulan, bintang sangat banyak di dada langit.
SubahanAllah..Sangat cantik.

guna lampu kereta. sebab masa gerhana beransur reda agak gelap.

Alhamdulillah.
Rezeki! ^_^

BBQ =)

Kami berpeluang solat sunat gerhana di sebuah pondok berdekatan.
Bawah pondok mengalirnya air terjun di Sungai Sedim.
Walaupun menahan kaki dengan Al Baqarah dengan nyamuk.
Alhamdulillah bunyi air terjun mengalir di bawah pondok begitu mendamaikan =)

Berehat selepas Qiam dan solat Subuh.
Ana memilih berjalan di kawasan sekitar.
ambil gambar. =)


Dan selepas itu.
Kami memilih untuk mandi-manda.
Seronok!

Rakan seperjuangan.
UniKL, Uitm dan seorang engineer.

Ada yang prefer pengisian minda di pagi hari.

Beauty


Dalam sangat yang ni.
Tak berani. =p

Sejuk~

Sebelum berpisah.

Inilah yang best bila berkenalan dengan rakan yang baik.
Dapat join aktiviti yang best macam ni.
Alhamdulillah.

Kagum dengan kecantikan dan kedamaian bermalam di Sg Sedim

Luqman: 31
Tidakkah engkau memperhatikan bahawa sesungguhnya kapal itu belayar di lautan dengan nikmat Allah, agar diperlihatkanNya kepadamu sebahagian dari tanda-tanda kebesaranNya. Sungguh pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaranya bagi setiap orang yang sangat sabar lagi bersyukur.

Semoga kita semua tergolong dalam kalangan ini. Aminn

Saturday, December 10, 2011

Busy vs Excuse

Assalammualaikum wbt

In our daily life.
I do believe that there is one day that we feel.
Alhamdulillah. I am satisfied.

But to keep the motion of satisfaction is not easy.
We tend to aim for.
"Hari ni mesti lebih baik dari semalam."
But to achieve is not easy.
Totally.

Always we tried our best to fulfill our time wisely on every day that we gone through.
But still. There will be in our heart.

Macam ada rasa dalam hati.."aku boleh buat lagi baik ni."
Macam ada rasa dalam diri.."kenapa aku buat benda ni"
Macam ada rasa serba salah.
Macam rasa tak kena dengan apa yang kita buat.
Eh ni bukan aku ni..

maybe.
This is exactly what the jinn is trying to do : lead us astray-from our believe and truth.

Buat kita still rasa tak bersyukur dengan kemampuan the were given to us by Allah.

Dunia bagaikan penjara, apabila dengan jelas membuatkan kita kufur nikmat kerana merungut dengan rezeki yang sedikit. Sekecil manapun rezeki adalah anugerah Allah yang harus disyukuri. Kerana sesungguhnya mengharapkan rezeki daripada pekerjaan, kita juga mengharapkan keberkatan Allah.

Ana ada senior yang totally dia boleh buat banyak benda dalam sehari.
Conduct meeting, usrah, meet with people,social
macam balance semua.
And flow study nampak macam relax. Balace.

Macam mana nak jadi seorang Muslim yang macam tu?.
Biar study, ibadah, tanggungjawab, kerja, masyarakat balance.
Weekend always full with activity yang boleh nampak manfaat.

Yes. Ana akui ana ni jenis yang sukar bergaul dengan orang yang ana tak kenal.
Especially muslimat.

And kadang-kadang sampai rasa macam.
Macam mana nak bercakap dengan orang ni?.
Hahaha.

Memang kalau life medic ni.
Ana rasa sejujurnya.
Kalau study je sepanjang masa akan bosan.

Yup. Tests stiap minggu.
Exam yang kerap.
Maintain "lulus"

Mungkinkah boleh balace.
Kesibukan melakukan perkara selain study boleh menjamin ana menjadi doktor yang hebat?.

InsyaAllah kene cuba.
Kene nekad untuk penat sdikit.

Everything is hard before they become easy. Kan? kan?

When we have greater things in our mind, benda lain macam akan terasa mudah.
insyaAllah

Al-Insyirah : 5-6



Btw
Eh..korang..
Kucing sebenarnya nak kena makan berapa kali sehari?.
Tak cukup ke 2/3 kali sehari..
Siap selongkar tong sampah pulak..
Bukan tak bagi makan..
Lagi mahal pada makanan manusia pulak tu kadang-kadang.

Kenapa bila orang lain bagi keropok dia makan.
Bila rumah kami bagi keropok.
Dia buat tak tau.
"pilih jantina betul kucing ni" -.-

rasanya memang fitrah kucing kot.
Kene berdikari..
sebab tu dia selongkar tong sampah
*hahaha..sukahati je ^_^

Wednesday, December 7, 2011

Denial

Assalammulaikum wbt.

Darsarwarsa ini ana merasakan ana semakin kurang menumpukan sepenuh kosenterasi terhadap blog ini.
Kekangan masa menjadi satu masalah atau alasan yang lazim diutarakan dalam dunia pelajar.
Dan itu biasa.

Kita mungkin terlepas pandang dengan sikap kita sendiri.
Atau rakan-rakan sekeliling kita.

Kita ini sebenarnya berada dalam keadaan denial.
Selalunya.
Dan itu adalah mechanism of defend yang ghalibnya kita tunjuk.

Sebagai contoh.
Orang yang biasanya menyatakan bahawa Starbucks adalah halal.
Adalah orang yang selalu berkunjung ke Starbucks.
Entah. Yang ana tau.
Jangan pergi sebab dia bagi fund kat Yahudi je.

Same goes to McD.
Tapi entah kenapa.
bukan mudah untuk menolak smuanya.
Nestle,F&N and etc.

atau contoh yang lebih mudah.

Pasangan yang ber-couple.
Akan bermati-matian menganggap bahawa couple itu halal.
Dan begitulah sebaliknya dengan orang yang single.

Dan bila kita tidak dapat sesuatu itu.
mulalah kita untuk deny tentang perkara itu.
Selalunya.

Kenapa?.
Entah.

Kita selalu mencari keburukan sesuatu yang tidak kita dapat.
Mengapa ya?.

Kita tend to say.
Aku lagi baik atau hebat dari dia.
Kenapa aku tak dapat?.
Kenapa dia?.

Mengapa kita terlalu sombong.??
Untuk melihat kembali diri yang serba kekurangan.
dan masih perlu diperbaiki.

There is always a room for imrovement. kan?.
InsyaAllah

sabtu minggu lepas sangat seronok.
Sebab 44 orang family terdekat sebelah ibu datang Kedah.
Naik bas yang disewa.
Ramai!!. ^^
sebab Pak Busu nikah.


hehe.
Ahad pulak.
Semangat masak!.

Dan hasilnya.
Boleh dibanggakan dengan kepakaran semua ahli rumah! ^_^

Wednesday, November 30, 2011

Sesuka Hati.

Assalammualaikum wbt

Alhamdulillah. Dikurniakan sedikit idea dan sedikit info.

"Tetaplah puas melakukan perbuatan yang baik dan biarkanlah orang lain membicarakan kamu sesuka hati"
(Pythagoras :580-500)

Manjapada kita sebagai pelajar ternyata susah untuk menolak ajakan dari rakan-rakan.
Ajakan keluar makan pada lewat malam
Ajakan menonton wayang dihujung minggu
Ajakan Bermain futsal disaat mempunyai pelbagai tanggungjawab lain
Ajakan yang pelbagai.

Ya. Walaupun terkadang jika kita menolak.
Mungkin rakan-rakan menghormati.
Kita sahaja yang selalu mempunyai tanggapan negatif.

Tapi yang kurang senang dengan kata-kata belakang.
Kutukan.
Dan sebagainya.
Nerd.
Poyo.
dan sebagainya.

Mungkin ini tidak keluar.
Ana just ingin menunjukkan situasi.

Kita sukar untuk menolak.
Kerana?.
Terlalu memikirkan untuk menjaga hati rakan.

Tapi.
Tuntutan ibadah?.
Bukankah belajar itu satu ibadah?

Dan bukankah kita seharusnya mendahulukan diri kita dalam melakukan ibadah?.
Bukankah makruh kalau kita mendahulukan orang lain?.

Jadi bagi ana,
tiada istilah Kiasu.,poyo, dan sebagainya lagi dalam kamus.
insyaAllah.

Kalau kita hendak belajar.
Utamakan diri kita.

Khairul ilmi ma kaanafil khassyah ma'ahu. (sila betulkan kalau ana silap ya.)
Ilmu yang paling baik adalah ilmu yang disertai khassyah.
Kassyah adalah ilmu yang mendatangkan rasa takut kepada Allah disertai dengan mendatangkan keagungan kepada Allah.

Mana nak tahu?.
Dengan ilmu itu maka semakin baik ibdahmu, maka ia benar-benar bermanfaat.
Dan begitulah sebaliknya.

Ok medic.
Alhamdulillah. Tidak kiralah di mana ana belajar sekalipun.
Adalah ilmu yang ternyata nampak keagungan Allah.
Impress.
Setiap kali belajar.

Dalam germinal layers contohnya.
Penciptaan bayi. MasyaAllah.
comlicated sungguh.

Trophoblast,Syncitiotrophoblast,Morula etc.
Memang terlalu complicated untuk difikirkan penciptaannya.
Tetapi ternyata sempurna.

Ternyata ana dan rakan-rakan perbutan sekaliannya beruntung.
Ternyata ilmu yang dipilih tepat dan sesuai hendaknya
Ternyata ini adalah salah satu cabang fardhu kifayah yang telah menjadi fardhu Ain kepada ana.

Dulu kalau belajar.
Ni siapalah pergi kaji dalam-dalam bagai bende kecik-kecik ni!.
Memeningkan kepala aku je nak kene hafal.
Belum tentu pakai pun.
Dah la kene hafal. Ada exam pulak tu.
Dah la exam.
Carry marks pulak tu.
Tension!!.
hahaha.

Ternyata.
Tanggapan selama ini sungguh negatif.
MasyaAllah.

2:155
Surely We will test you with a bit of fear and hunger, and loss in wealth and lives and fruits, and give good tidings to the patient.

Nampak?
Sure tu Allah kata.
Sure.
Dan bila ada perjalanan tu.
Mesti ada ujiannya.
Dan ternyata. Perhargaan buat yang bersabar. insyaAllah

Dalam semua bidang sekalipun.
Menuntut ilmu bukan mudah.



gambar camera ni bila upload dalam blog selalu menguji keimanan -.-
btw.
Sisipan rasa bangga terhadap teman-teman serumah.
Hampir semuanya tahu masak.
dinner nasi ayam yang sedap.
Alhamdulillah.

Sunday, November 27, 2011

Sandiwara

assalammualaikum wbt


"Awak menulis itu kerana hendak tunjuk awak seorang alim, baik dan selepas tengok blog orang lain lebih alim, lebih baik daripada awak, awak tidak puas hati?

What's wrong with you?"


Petikan artikel "Sandiwara Dunia Blogging"


Kalau menulis untuk riya', untuk dapat ramai followers, untuk famous, better stop writing.
Yup.


Only the owner of the blog itself and Allah know everything.
Sometimes we write to express our emotions.
To express our anger toward others.
And to provoke.


And yes.
Entry with provocation tend to get higher in number of comments and visitors.
I have few of  it.
And yes. Its true.


And talking about da'awah.
I really do believe that everyone are required to do that.
As a Muslim.


And talking about blogging and da'awah,
there are peoples that do da'awah in their blog to get popularity,
followers and comments etc.

and that should not be the priority of blogging actually.

For me,
Da'awah in term of writing is easier because usually writing is easier than talking.
And sometimes. 
there are people that only copying from Google etc to their blog.

Its ok to copy part of article, 
but please not whole of it.

And alhamdulillah until now my followers have achieved 150+
and i believe it is very little for  blogging since 2009.
and i think it enough for now. Not to achieving until 1000+ its ok.
coz not all will visit your blog.

But i think and believe  not all people will read what u said/write.
Yes,
we tend to write about our life, our experience, 
But people do not want to know all about you, and not all you should tell people.

For me.
Its ok my blog for just have a few information on what i have gone through.
in medical school for example.
and short entry on what i did.
and there i put bit of advice in term of Islamic or short advice with hope I will get benefits even less.

And actually it is as a motivation for me.
You write than u do not do it.
so.
mana boleh kan.

Jadi,InsyaAllah

Sampaikanlah walaupun satu ayat right?.

And every uni should have at least 1 blogger so that it is easier for others to find a few info regarding their learning system and student's opinions regarding their uni, school etc.

So, enough for my point of view.
Thanks to everybody that read my blog.
alhamdulillah.

Trying to reach greater things that are not suitable for oneself eventually leads to destruction of one's body.

Greed can ruin you. Plan appropriate goal and try to achieve them.

Know why we do blogging. And what we aimed for. ^_^

adaptation from story of frog and ox.





Friday, November 25, 2011

Sweat. Sweet.

Assalammualaikum wbt

Nirmala ini, ana kembali menulis.
Maaf dipinta kerana ana tidak akan menulis selagi ana berasa ana belum layak untuk menulis diblog ini.
Lama tidak menulis. Lama la ana jadi "jahat" tu..hehe..

Betullah..
bila tiada pengisian ukhrawi selama seminggu.
Terasa kosong.

Sebenarnya boleh ja nak buat pengisian di rumah.
Cuma malas.
Yes. Malas.

Setelah berhempas pulas selama seminggu dengan kelas dan exam.
Berusaha mencapai prestasi yang mampan.
Mulalah kembali jadi malas.
"ah, minggu lepas dah penat-penat, minggu ni kita relax-relax dah la kan.."
"come on la..cuti bro"

Hahaha..memang itulah yang ana buat pun.
TAK BUAT APA..buat Tak Buat Apa. Eh apa la merepek ni.
ok-ok.

7:94
maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh (urusan) yang lain.

Hah. Ternyata ramai yang tidak mempraktikkan. Termasuk diri sendiri ini.

Memang.
Angan-angan dan cita-cita yang diletakkan terlalu tinggi.
Surgeon yang berjaya..boleh kah?..
insyaAllah.

Pernah dengar cerita musang dan anggur?.
Cerita ni cerita masa tadika dulu rasanya.
Tapi penuh dengan pengajaran.

Yang mana. Pada suatu hari (teringat dulu pertandingan bercerita..hehe)
Ketika katak sedang asyik bernyanyi memanggil hujan,
Kura-kura berenang riang.
Monyet sibuk mencari kutu.
Dan cengkerik memekak memecah kehenian hutan rimba.

Seekor musang sedang kelaparan.
Tiba-tiba!..si musang ternampak anggur yang sangat banyak.
Malangnya. Anggur itu agak tinggi.

Si musang cuba melompat. Dan cuba mengigit..
Malangnya tidak sampai.

Si musang mencuba lagi.
Melompat. dan tak sampai. Dah sah kau memang pendek wahai musang. Hehe.

Si musang rasa barangkali dia perlu mengira untuk mendapatkan "perfect timing"
satu..dua..tiga.!! jump! dan..jatuh..

Akhirnya musang berputus asa.
Musang berkata.
"Ah..anggur ni mesti tak sedap"
denial musang ni.

End.

Kalau musang tu cuba panjat pokok ke. Apa ke. rasanya mesti dapat ek.

those do not sweat cannot enjoy the sweet taste.

You cannot achieve your desires if you do not try hard. Your dream will come true if you continue to endavour toward it.

btw,


btw, berkenaan kucing kami
cage ni baru la jugak beli. Sebab siang-siang kalau pergi kelas. 
mana boleh letak sepah-sepah mereka ni.
Nanti habis rumah.

haha. kadang-kadang memang perlu release tension.

dan bila dapat ikan.
Baru tahu nikmat sabar.
^____^

Sekian

Friday, November 11, 2011

Pasangan

assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Bertemu kembali setelah sekian lama tidak meluahkan pendapat dan rasa dalam blog ini.
Kembali bangkit.

Marcapada, kalau kita melihat polemik masa kini, ramai yang berangan tentang lelaki atau perempuan idaman.
Kebanyakannya, kriteria menjadi ukuran adalah berdasarkan kecantikan atau kekacakan yang menjadi keutamaan.

Lelaki persis Korea menjadi kegilaan dan pujaan dan begitulah sebaliknya bagi perempuan.
Tidak dapat dinafikan.
Lelaki macho seperti David Beckham misalnya tidak lagi dikatakan hensem dengan kedatangan plastic surgery yang fake oleh kebanyakan artis-artis ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa kekacakan atau kecantikan adalah satu "pakage" atau anugerah dari Allah SWT. Tetapi kecantikan atau kekacakan terlalu subjective jika ingin dibincangkan secara detail.
Setiap orang mempunyai pandangan dan "taste" yang berbeza. Bak kata sebuah pepatah English,
"beauty comes from the eyes of the beholder"

Terkadang terasa kembang tekak melihat remaja sekarang menerangkan tentang gadis dan jejaka pujaan mereka. Siapa tidak mahukan perepempuan yang alim, pandai masak etc. Dan begitu juga dengan sebaliknya.
Tetapi jika kita melihat kembali diri kita, adakah kita layak untuk menilai seseorang itu dengan keadaan diri kita?. Siapalah ana untuk menilai seseorang dengan apa yang ada pada diri sendiri.

Kalau kita lihat, tiadanya tolak ansur dalam perhubungan sekarang membuatkan perhubungan menjadikan pasangan tersebut stress untuk belajar dan sebagainya.
Desekkan yang sepatutnya digantikan dengan dorongan membuatkan keadaan menjadi lebih teruk.

24:26
Vile women are for vile men, and vile men are for vile women ; and good women are for good men and good men are for good women. Those are free from what they (the accusers) say. For them there is forgiveness, and a graceful provision.

Tidak guna kita berangan tentang gadis atau jejaka idaman kita kalau diri sendiri tidak berubah ke arah yang lebih baik. Dengan ayat ini, ana percaya, personality diri kita akan menentukan pasangan yang suit untuk kita kelak. Tidak perlu sibuk memikirkan apa yang bakal terjadi, sementara muda, berubahlah wahai sahabat.

Kalau kita jatuh barulah terasa macam mana rasanya termakan tanah.
Tetapi rahmat Allah SWT itu tersangatlah luasnya.

12:87
"O my sons, go and search for Yusuf and his brother, and do not lose hope in the mercy of Allah. In fact, only the infendels lose hope in Allah mercy."

So, sahabat, dalam mencari ilmu terutamanya dunia medic,
terimalah kegagalan dan carilah cara untuk berubah kearah yang lebih baik.
Timbalah ilmu sebanyak mungkin.

Bersedialah menerima kegagalan,
tangisilah dan berubahlah.
Kerana anda tentu akan menghadapinya dengan banyak selepas menceburi bidang ini.
Contoh: patient anda meninggal dunia.

So,Jadilah hamba yang berjaya menegakkan syariat Allah di dunia dan berjaya di akhirat kelak. InsyaAllah.
Berubahlah. Nescaya anda mendapat pasangan yang sesuai dan rahmat Allah yang tidak pernah putus.
Aminn.




btw, anak-anak kucing yang kami serumah bela.
dah pandai berjalan-jalan.
habislah lepasni..
kena jadi rajin layan diorang ni pulak~


p/s : mintak maaf entry berterabur dan dah tak pandai nak susun ayat -.-

Friday, October 21, 2011

Tanggungjawab

"Kepimpinan adalah sesuatu yang penting dalam gerakan Islam. Kita diingatkan supaya membenci untuk memegang jawatan, kerana beban amanah yang akan kita pikul, terutama jika terdapat kecenderungan untuk kita menyeleweng apabila berjawatan. Tetapi sekiranya masanya telah tiba, kita perlu sanggup untuk memikul tanggungjawab tersebut."-kata Saidina Ali ketika menjadi khalifah

Assalammualikum wbt & salam sejahtera.


 saja bukak facebook untuk check info di wall MD UKM.
suddenly i saw a quote from my senior. Kak Kameelah appears at home

entah kenapa, terasa terus terasa sampai ke hati.
and i felt the quotes is very suite for my situation now.

Sebenarnya memang dah target awal-awal dah.
Ana tak nak handle any position masa degree ni.
Sebab nampak memang membebankan dengan study lagi.
Tapi dah orang request.
Terpaksalah.
Tapi kena betulkan niat jugak.


Memang tension kadang-kadang bila handle a position.
Memanglah masa skolah dulu gah dengan berbagai jawatan.
Semua nak bolot.
Tapi memang ternyata different with the new situation.

Handling a position during Medical Degree memanglah terasa perbezaannya.
Kadang-kadang tu tension sampai tertunjuk dekat orang lain.
Housemate for example.

Kadang-kadang bawak motor laju-laju to release tension.
Tapi bila stop.
And think.

Ya Allah apa aku buat ni??..
segannya..

Then balik ambil wudhu'
pikir balik.
Macam menjatuhkan martabat sendiri je buat benda-benda yang orang boleh nampak keburukan diri.

Then housemate jadi pelik.
Kenapa mamat ni balik boleh senyum lagi kan?
haha.

Entah.
Cepat panas.(bahaya tu)
Cepat sejuk (ok la kan..)

Tapi macam mana nak jadi orang yang lambat panas, tapi cepat sejuk?
maybe kena mencari lagi.

Maybe ana kena release tension sometime.
So, yesterday, we went to Sedim, Kedah
Niat hati nak mandi air terjun.

konvoi bermula.

Tapi hujan pulak bila kitorang sampai ='(

tapi cantik la jugak tempat ni. =)

mula-mula ada la jugak yang berani nak celup-celup kaki.
walaupun air memang lebih laju pada kebiasaannya..

tiba-tiba..
kitorang dengar bunyi macam guruh pada atas bukit.
and tiba-tiba air turun laju gila!..
haha..cuak-cuak..
xde siapa berani main even kat tepi pun..

tengok..
segala batu semua dah tak nampak dah..
fuh..

..........................................................



kecewa tak dapat main air semalam.
tak apa lah.

then pagi-pagi.
saja pergi jalan-jalan area hostel je.
naik motor.
pagi-pagi.

sejuk la jugak..

sejuk.~~

Malaysia ni time pagi memang la sejuk..
time tengah hari tu..pergh..
makin gelap orang yang tak berapa nak putih ni..^_^

memang penat study.
ni baru 1 module ana compilekan.
Tak termasuk ana punya own notes.
notes during lecture lagi..
ni semua handout je.

satu sem 4 modules.
so, pikir-pikir la macam mana final sem nanti..
fuh..


ok lah..thats all rasanya..
lepas ni kena g class from 2.30 p.m till 8.30 p.m.
xtau la apa diorang nak buat kelas lama-lama -.-
pagi tadi dah ada lab..

xpe..dugaan ni..
study2.







Thursday, October 13, 2011

Tin Kosong

Assalammualaikum wbt and salam sejahtera

3:28
Allah intends to make things easy on you. A man has been created weak.

Alhamdulillah bertemu kembali di sini
Ana berminat untuk berkongsi pandangan tentang perkara yang mungkin ana tersilap sebelum ini

Sebelum ini, ana fikir ana cukup dengan apa yang ana baca.
Ana jarang untuk mendengar pendapat, pandangan, informations, and advice from others.

Selepas SPM, ana tak tahu kenapa,
maybe ana berasal dari sekolah berasrama penuh yang agak terkenal dan ana berasa bangga
dengan pencapaian ana di sana.
Ya Allah.

Ana suka menilai orang dari konsep luaran dan apa yang ana nampak.
Padahal, ana sendiri tidak melihat diri yang serba kekurangan.

33:72
We did offer Trust to heavens and the earth and the mountains, but they refused to bear its burden and we afraid of it, and man picked it up. Indeed he is unjust(to himself), unaware (of the end)

MasyaAllah

bila belajar Medic ni apa yang ana dapat lihat melalui concept of learning through discussion on Problem Based Learning (PBL), Meet The Expert (MES), and Self Learning Package (SLP)..
Kita kena fleksible.
Anggap diri macam tin kosong.
Tin kosong yang bersedia untuk dicurahkan ilmu ke dalamnya.

Bukan tin kosong yang hanya tahu bercakap melalui ilmu sedikit yang kita ada yang tidak tentu betul atau salahnya.
Bukan tidak boleh menguatarakan point,
but kita kena terima seandainya our point did not accepted by the others or our lecturer.

Sometimes we need to admit that we are wrong and we need to correct it back.
Kena betulkan balik niat kita buat discussion,
Bukan nak tunjukkan kita hebat!

Tetapi untuk berbicang dan berdiskusi untuk menilai the greatest information that we may use in our medical field later.
Kita boleh stand on our points for certain things,
But we also need to make sure there are many facts and ways to treat people

Stand on your points, accept others points and gather it and make sure u study.

Tak salah bila kita berusaha sebaik mungkin dan kita tak dapat apa yang kita nak.
Sebab kita tahu macam mana usaha kita dan kita tahu apa yang kita buat.

Ana suka quotes,
Allah tak tengok pada hasil, Allah tengok pada usaha.

Tidak semua orang boleh ikut rentak irama remedy kita,
Tidak semua orang boleh menari di papan yang sama,
Tidak semua orang boleh bermain bersama,
Tidak semua orang boleh gelak bersama dengan kita.

Kita kena faham others kalau nak others faham diri kita

Ya Allah, tolonglah jadikan ana seorang yang lebih penyabar.

Jangan downgrade orang lain, sebab orang lain lagi ramai lagi hebat pada diri kita.
Belajarlah untuk mendongak ke atas untuk lebih berusaha,
Belajarlah untuk pandang ke tanah untuk lebih bersyukur.

InsyaAllah, doa, tawakal dan usaha sebaik mungkin untuk lepas end of module. InsyaAllah.


entah apa masalah xboleh upload gamba cun-cun..
jadi terpotong-potong pulak gambar.

saja nak tunjuk. Orang tak reti masak punya turn kena masak.
Kesian member. Ini je yang termampu ana sediakan di saat-saat busy-busy gini~


Sunday, October 9, 2011

Doktor Kecil

Assalammualaikum wbt and selamat sejahtera

alhamdulillah bertemu kembali..
maaf, belakangan ini ana sibuk dengan tugasan.
Ibadah, family, study, meeting and games semuanya perlu ana susun dengan baik.
Penatnya bukan kepalang.
Memegang jawatan semasa belajar medic ni memanglah sau tugasan yang begitu mencabar kewibawaan ana sebagai seorang yang penyabar dan selalu senyum.
Cewah. Boleh caya ke?.

2:286
Allah does not obligate anyone beyond his capacity. For him was he was earned, on him what he has incurred. : Our lord, do not hold us accountable, if we forget or make mistake, and, Our Lord, do not place us on such burden as You have placed on those before us, and, Our Lord, do not make us bear a burden for which we have no strength. And pardon us, and grand us forgiveness, and have mercy on us. You are our Lord. So, help us against disbelieving people.

Yup. agreed. Allah does not obligate anyone beyond his capacity.

Kadang-kadang bila tension study. Ana fikir balik.
Ish ana ni layak ke tidak nak jadi doctor ni.
Tapi bila terkenang cerita ibu tentang ana semasa berumur 1 tahun 3 bulan di hospital.
Ana tergelak sorang-sorang,sedih dan bersemangat kembali ingin menjadi seorang doktor.

ana dan ibu

.....

18 tahun yang lalu. Hospital Batu Pahat, Johor.
Datuk ana, Abdul Samad telah dimasukkan ke hospital kerana prostate cancer.
Ana berumur 1 tahun 3 bulan ternyata tidak faham apa-apa mengenai penyakit datuk ana ini.
Kalau sekarang isyaAllah ana boleh explain dengan baik.

Seminggu sekali ana dan ibu yang sarat mengandung akan dibawa oleh ayah ana pulang ke Batu Pahat.
Perjalanan dari Melaka hanya mengambil masa 2 jam ke sana.
Ayah yang berkhidmat di Kuala Lumpur terpaksa berulang-alik tiap-tiap minggu
untuk melawat atuk.

Menurut apa yang ibu ana cerita,
Bila sampai hospital, ana adalah orang yang paling gembira sekali.
Kenapa?
Manalah ana tau..
Ana berumur 1 tahun 3 bulan masa tu..

Ana akan berlari-lari di blog hospial tu suka hati ana jer..
Ana buat hospital macam playground ana.
Mesti ibu ana yang sarat mengandung 7 bulan penat pengejar ana.
Hahaha..sorry la mak, ana mana tau masa tu..
Kesian mak.

Bila terpandang doktor-doktor dekat sana,
ibu ana cakap, ana selalu senyum-senyum..
*kalau sekarang senyum tak lekang tu something wrong namanya.
Tapi ana memang suka senyum pun..

Bila nurse tolak troli tu,
ana suka usik barang-barang diorang.
Ana ambil penlah, amik board patient record lah..
Conteng-conteng.
Tapi ana pelik jugak. Boleh pulak nurse bagi ana conteng board tu..
Ni mesti board kosong ni.
Kalau ade record tak pasal-pasal kene marah nurse tu..
And kadang-kadang, ana main je apa-apa yang ada dalam troli tu..

Ish, boleh pulak macam tu.
Haha. memang annoying lah ana masa kecik ni. =p
Tapi, budak kecik mesti tak kene marah. Kalau sekarang usik nurse macam tu, mintak penampar namanya. hehe.

Ana jugak selalu main nyorok-nyorok dengan ibu ana.
Ana masuk dalam stor lah.
Nyorok kat tepi-tepi lorong rumah mayat.
Kesian ibu ana, dahlah pregnant, sibuk hendak mencari ana pulak..
hehe.

Nurses and doctors yang lalu semua ana sapa.
Peramah rupanya ana ni..
Sekarang ni..entahlah. peramah lagi ke?.

Setelah beberapa minggu di hospital, ana mendapat berita kematian arwah atuk.
Tak ada rezeki ana ingin berjumpa dengan datuk lebih lama.
Ana akur.

Tapi, bila fikir-fikir balik.
Maybe ana dah berminat untuk bekerja di hospital sejak ana masih kecil.
Siapa sangka.
Ana mesti comel masa tu..ahaha

Alhamdulillah, ana rasa bersyukur kerana kini ana bergelar seorang
pelajar perubatan tahun pertama.

Al-fatihah untuk datuk ana.