Kawan-Kawan ^^

Wednesday, April 4, 2012

Mesti kena Happy

Assalammualaikum wbt and hai =)

alhamdulillah. bertemu kembali.
ya Allah. alhamdulillah masih bernafas..

Kesibukan melanda diri membataskan diri untuk menulis kembali
di sini..
Pembacaan juga semakin terhad terhadap bahan-bahan non-medical related.
Idea semakin berkurangan.

Tapi mungkin ada jugak yang boleh share?.
"Sampaikanlah walaupun satu ayat" kan =)


  • conducting charity sales program
  • emcee ceramah Imam Muda Asyraf
  • committee program Fikah Perubatan with I Medic Penang
  • visit to Sekolah Kanak-Kanak Khas
  • side from that rutin harian for batch sendiri lagi..


And now, busy preparing for MPP program for MD UKM.
and conducting orientation for juniors on Pre Medical course next week.
and now lagi seminggu lebih nak final module examination.!

Side from that, our visit to Zoo Taiping, learning contract
alhamdulillah dah habis awal.

Banyak?.

Entah kenapa life for medical student.
Rasa macam masa ni sangat terisi.
Sangat tidak terasa macam kita membuang masa.

Even we were busy..eh "are" busy i think.
Tapi buat kerja tu rasa best.
Side from that nak maintain result bagi lulus..
Kalau boleh memang lah nak score!

InsyaAllah cuba walaupun dalam kesibukan.
Ada orang boleh buat.

Kalau tengok life ni busy,
cuba tengok orang yang kena study, dalam masa yang sama
tanggung adik-adik lagi.
Buat side business.
Pergh!!

Ana rasa macam kagum dengan orang yang boleh jadikan diri busy sampai macam tu sekali.

Ni belum ada isteri lagi..
Kalau ada nanti?
sekarang ana rasa kalau even ada girlfriend boleh pecah dah kepala.
kalau je la.

mana nak layan girlfriend, mana nak conduct event, mana nak study.
So, the time will come. Sabar.

Al-Nawas bin Sam'an melaporkan, Nabi Muhammad pernah berkata, "Kebaikan adalah peribadi yang terpuji, dosa adalah apa yang gelut di dalam hatimu sedangkan kamu tidak mahu orang lain mengetahuinya."


Hadis direkodkan oleh Muslim (Paksi 27 Hadis 40 Imam Nawawi)

kebaikan adalah sesuatu yang bila kita lakukan hati kita akan rasa happy ^_^
macam puas je buat sesuatu tu. Jiwa rasa tenang.

Kejahatan pulak, bila kita buat, kita rasa xbest je bila buat.
Hati rasa teragak-agak dan risau.

Anyway, just enjoy the charity that you do.
enjoy the job that u do.
enjoy your study.

supposed to be benda-benda baik buat hati kita tenang kan?

Kelmarin sudah berlalu,
Hari ini sedang berjalan,
dan Esok belum tiba,
Mari gunakan kesempatan hari ini,
Kerana kesempatan itu adalah harta yang terpendam.
-Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni 

^_^

bersama Imam Muda Asyraf


this Zoo programme.

thats all kot for now. =)

Saturday, March 10, 2012

Beg dan Topi Keledar

Aku bersendirian hari ini. Namun aku gagahkan juga kakiku melangkah ke kedai makan walaupun berseorangan. Makan itu perlu kerana ia memberikan tenaga dan aku sangat memerlukannya.
Setelah memesan makanan, aku memilih untuk duduk dimeja yang tidak berpenghuni. Sengaja aku letakkan beg dan topi keledar di kerusi sebelah agar mewujudkan ruang keselesaan yang aku cuba cipta sendiri.

"Ais kosong." kataku spontan setelah meletakkan nasi yang berlaukkan ayam dan sayur. Ku melihat sekilas jam ditangan. "Ah..pukul 2, belum Zuhur lagi." getus hatiku. Walau sesibuk manapun solat harus dijaga kerana itu adalah amalan yang pertama dihisap kelak. Itu yang selalu diingatkan nenek sewaktu aku tinggal dengannya semasa kecil hingga kini.

Ruang sepi antara aku,beg dan topi keledar dirasakan agak merimaskan. Keperlu berteman. Ah, tidak perlu untuk setakat ini.! Aku mententeramkan hatiku. Fitnah wanita itu sangat bahaya dan aku tidak ingin terkena. Itulah perinsipku dan aku perlu untuk menghabiskan dahulu kewajipan yang tertera dihadapanku. "dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah" Sebuah hadis diriwayatkan Abdullah bin Amru Al-Ash bermain diminda. Aku tersenyum sendiri.Aku mengharapkan mendapat isteri yang solehah. Aminn. Ah.! Jangan kau kacau fikiranku sekarang. Belum masanya.

"Bang, ambil masa abang sekejap saje ya bang." Suara itu memecah kesunyian yang aku cuba cipta dengan beg dan topi keledar tadi. Seorang lelaki Cina berambut kemas dan berkemeja datang dihadapanku dengan membawa fail. Dan aku dapat mengagak lelaki ini datang dengan tujuan yang boleh dibaca oleh sesiapapun. Spontan, tanpa dipelawa dia membuka fail lantas duduk dikerusi bertentangan denganku. Ditunjukkan gambar kanak-kanak down syndrome. "Ah, baru je belajar tadi. Trisomy 21." Ligat otakku memikirkan fakta-fakta penting yang perlu aku ingat untuk exam yang bakal aku tempuhi nanti. Lelaki itu terus menunjukkan sijil-sijil dan apa yang diperlukan oleh kanak-kanak itu. Aku tidak mengambil pusing sangat.

Setelah selesai berbicara ternyata seperti yang aku agak. Dia meminta derma kebajikan. Kubuka dompet dan mengeluarkan 2 keping not seringgit. Dia memberitahu bahawa aku perlu derma paling kurang rm8. "Eh mamat ni, lebih-lebih pulak. Ada pulak lah kau punya standard kena derma berapa banyak." Getus hatiku. "saya student je bang, saya pun tengah saving ni.." Itulah yang sedang aku lakukan dan aku mencuba menjawab dengan jujur dan bagi menjaga hatinya. Sebenarnya aku ragu-ragu dengan apa yang aku nampak dalam fail kanak-kanak tu perlu susu Anmum. Erk.

"Bang tulis sini." Dia menghulurkan kertas yang sinonim orang tulis dengan hamba Allah dan jumlah yang diberikan. "Tak payah tulis." kataku. "abang ikhlas la ni?" dia bertanya. "dah tu orang yang tulis tu semua tak ikhlas la ye?" getus hati lagi. Namun aku hanya tersenyum dan cuba memahami mungkin payah untuk seorang seperti dia unuk menyusun ayat. Kalaulah aku ditempatnya. Kata-kata Abraham Lincon  bermain sebentar di benakku"Jangan mengkritik mereka ; jikalau anda berada dalam keadaan yang serupa, kita pun akan melakukan seperti mereka."
Lalu lelaki itu pergi meninggalkan aku kembali dengan ruang sepi yang tercipta itu.

Setelah membayar harga makanan, aku capai motorsikalku. Dengan lafaz Bismillah enjin dihidupkan. Destinasi seterusnya, CIMB. lepas tu terus pergi surau. "patutnya pergi surau dulu. Kalau jadi apa-apa macam mana? kita bukan tahu kita mati bila." Ya Allah. bantulah. dengan tawakal, aku memulas handle motor   dan aku meneruskan ke CIMB.

Setelah mengeluarkan sejumlah wang dan keluar dari bank. Lantas aku memakai topi keledar. Tiba-tiba aku disapa oleh seorang perempuan. "awek mana la pulak nak tegur gua ni." getus hati. Aku memalingkan badan dan memandang. Seorang wanita separuh umur. "Oh makcik rupanya" getus hatiku lagi. Topi keledar masih di kepala. "Dik, derma sikit untuk rumah anak-anak yatim."Terdapat risalah yang dibawa olehnya. Tanpa berfikir panjang, aku mengeluarkan not seringgit lagi dua keping dan memberikannya kepada makcik tersebut. "Terima kasih dik, semoga Allah memberkati rezekimu." Ya Allah! Tersentuh hati aku mendengar doa makcik tersebut. Aku mengaminkannya di dalam hati. Hanya dua keping not seringgit aku didoakan oleh makcik itu. Tanpa mempersoal jumlah yang diberikan. Alhamdulillah.

-Tamat-

Cerpen ditulis secara spontan.

Kadang-kadang kita sering di datangi oleh orang yang ingin meminta derma.
Lumrah dan biasa bermain di telinga kita harus berwaspada semasa memberi.
Mak dan abah juga mengingatkan kita perlu melihat situasi dan kondisi orang yang meminta.

Pernah juga baca bahawa, kita harus melihat hal ini adalah lubuk pahala yang datang tanpa diminta.
Dan kita seharusnya menyiapkan diri kita untuknya.

Prof Muhaya ada berkata, "sediakan duit seringgit dalam dompet anda supaya senang untuk menderma"
tidak perlu banyak. Yang penting ikhlas.

-moga perkongsian spontan memberi manfaat. IAllah.

btw saja nak kongsi sikit aktiviti
Interfaith Dialogue.
Sangat menarik!.

nota semasa dialogue berlansung.
sangat menarik sebab kita dapat tahu kepercayaan kawan-kawan!

Moga dapat teruskan aktiviti seperti ini 
dan dapat conduct selapas ni.
IAllah.

Thursday, March 8, 2012

Busy sangat ke?

Assalammualaikum wbt and salam sejahtera.

Bertemu kembali. ^^
Lama betul tak menulis.

Sebab?..Busy?
Ana pernah terbaca 1 quote yang membuatkan ana muhasabah kembali semasa menulis..
Dan melalui beberapa perkongsian,
Ana memutuskan untuk menahan keinginan jari jemari menulis untuk sementara waktu.. ^^

Cakap pasal busy..

Busy sangatkah kehidupan ni?..
Medical student?

Seringkali diselarikan perkataan sibuk dengan kehidupan pelajar perubatan.

Tapi betul lah..
Sesibuk mana pun kita, kita still ada masa nak ber-facebook
Sesibuk mana pun kita, kita still ada masa nak baca tweet orang
Sesibuk mana pun kita, kita still ada masa nak main game
Sesibuk mana pun kita, kita still ada masa nak tengok movie
Sesibuk mana pun kita, kita still ada masa nak tengok video klip lagu terbaru
Sesibuk mana pun kita, kita still sempan layan Korea

Seringkali kita disuakan dengan cerita dari luar..

Medical student busy.
Nak makan pun kadang-kadang tak ada masa..
Tidur pun atas meja study..
Pergi library pun balik pukul 9.30 malam..
Tidur pun lebih kurang 3 ke 4 jam sehari..

Reality?..
Tepuk dada, tanya iman.

Ana tidak membicarakan waktu yang diperuntukkan untuk "study" only
for medical student

Ana sememangnya bersetuju sangat-sangat bahawa mahasiswa bukannya 
binatang ternak!

Ana membicarakan seorang yang mampu
conduct a program..
rajin beribadat..
dihormati rakan-rakan..
boleh bersosial dengan baik..
masa study digunakan sebaiknya..
exam score dengan baik..
mampu menimba ilmu lain side from medical book..
dan boleh memberikan sumbangan untuk community dengan cara yang terbaik..

Ana pernah jumpa seorang..
dan ana percaya ini seharusnya mampu dilakukan oleh semua.

cuba..hehe..bukan mudah..! tapi tidak mustahil
remember Cita-Cita itu dekat diminda namun jauh dilangkah? :)

Kita cuba bandingkan..

Abu Hurairah menghafal sebahagian besar hadis dan membahagikan malamnya
kepada 3 bahagian :
satu pertiga pertama : belajar
satu pertiga kedua : solat
satu pertiga ketiga : tidur.

kalau kita bahagikan masa 7 malam hingga 7 pagi sebagai waktu malam..
Abu Hurairah membahagikan fasa 4 jam..

4 jam belajar =mampu
4 jam tidur =confirm mampu..hehe..malahan lebih
4 jam solat =???..ya Allah..lamanya..

Sayidina Umar Al-Khatab berkata :
"Jika aku tidur pada siang hari, urusan umatku tidak selesai. Jika aku tidur 
pada malam hari, urusan peribadiku tidak selesai."

Nikmat tidur hanya akan dapat dirasai sesusah keletihan bekerja pada siang hari.

Abu Muslim Al-Khurasani pernah ditanya "Mengapa kamu tidak tidur?" 
Beliau menjawab, "Kerana cita-cita yang tinggi, tekad yang kuat dan jiwa yang
tidak dapat menerima penganiayaan."

-Fakta diambil : Kunci Kejayaan Minda-Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarani

Ternyata orang yang hebat ternyata kurang waktu tidurnya..

Bekerja keras menimba ilmu lain selain fakta perubatan merupakan impian..
Tetapi mampukah fizikal dan rohani mampu menerima?

Apa-apa pun..
melalui perbincangan ana..

Apa yang ana dapat simpulkan..
Badan kita juga mempunyai hak untuk rehat.


Berpada-padalah..^^
Namun perkara ni tidak mustahil kan?

btw,
kitorang dapat anak kucing baru this semester :)
tgok tu..jeles ke dapat adik baru??..haha

big happy family..!!
^_^
*not included yang baru ni*


ok tu je for now. TQ

Thursday, February 23, 2012

Langkah

Assalammualaikum wbt & sejahtera.

Myoroti topik perbualan mahasiswa skarang.
"Kahwin Muda"

Semasa meeting, perjumpaan, dan perbualan harian.
Seringkali dibicarakan topik kahwin&cinta.

"kenapa tajuk ceramah ni tidak di ubah menjadi, 'Cintaku.......' 'Aku dan Cinta lah'..
baru ramai orang tertarik!" cadang seorang rakan ana semasa meeting.

'Tajuk program kita yang seterusnya..kita buat pasal "remaja dan cinta dan..."

"Remaja skrang love to talk about love, jadi apa kata kita masukkan pasal cinta dalam salah satu.."

urgh!. tak ada benda lain ke?.

Kita kena cari dari sekarang, kalau tak cari nanti susah.
Kita kena bercinta pada sekrang, baru kenal hati budi pasangan masing2.
Kita kena mula survey skrang, nanti dah busy kerja xda masa nak cari.
Kita kena pakai cantik2. nanti tak ada lelaki/perempuan minat.
Tak boleh nak diam sangat, nanti tak ada lelaki/perempuan yang nampak kita.

Itulah yang bermain-main di fikiran sekrang oleh rata-rata pelajar bila meningkat ke alam U

And I do believe this topic is greatly discussed by female students.
Risau tak kawin.
Risau xde orang masuk meminang.

Boys?.
Ada la yang risau.
But generally, ramai yang still. better main game dari pikir yang bukan2. true.

Bukan mudah nak melangkah ke alam perkahwinan.
And maybe tak susah.

Tapi, maybe ada pihak yang akan menyulitkan keadaan.

Agak-agak senang orang nak tolarate harga hantaran?
Agak-agak mak ayah nak ke bayar belanja kahwin? (confirm tak. haha)
Agak-agak boleh ke nak focus study?
Agak-agak mampu ke bertahan lama?

Kahwin bukan main-main.
Bukan seminggu.
bukan sebulan.

So, there is contradiction between the good side of early marriage and marriage after graduated.

All need to be prepared.
Tapi ada juga orang kata, sampai bila-bila pun tak akan fully prepared?.

Entah. tapi yang pasti. Tak kan nak bagi anak orang makan pasir kan?

Ar Rum : 21
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan
untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,
dan dijadikan kamu kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang yang beriman.

buku-buku yang mostly dah habis and sedang baca.

Btw..
Cita-cita untuk berjaya, settle down.
semua orang ada.

kan Cita-Cita itu dekat dalam minda namun jauh dalam langkah :)

our journey still long. InsyaAllah jika panjang umur

Siapa yang cita-citanya hanya untuk syahawatnya, dan mencari kenikmatan hidup
semata-mata, maka banyaklah kegagalan yang akan ditemui, terserlah  kekurangan dan terdedah aibnya.

Sebab tu kita kena puasa bagi didik diri ni.

btw
dah lama tak masak busy study
walaupun tak seberapa coz busy
tapi ok untuk eratkan ukhwah.
^_^

Tuesday, February 7, 2012

Jangan Pandang!

Assalammualaikum wbt

"Katakanlah wahai Muhammad kepada lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka daripada memandang yang haram, dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuanNya tentang apa yang kamu kerjakan.
(An Nur : 30)

wanita pula An Nur : 31

Menjaga pandangan bukanlah sesuatu yang mudah
bagi seseorang lelaki.

Naluri seseorang lelaki untuk tertarik kepada seorang wanita.

Banyak lelaki yang menyatakan
"kalau tak pandang perempuan nak pandang apa? xkan nak pandang lelaki kot?"
"dah orang tunjuk, pandanglah. rezeki kot"
"siapa suruh dia pakai macam tu, aku pandanglah"
"dah dia lalu depan aku, xkan nak pejam mata kot"

haah betul.
susah betul nak 'tak pandang' perempuan yang mendedahkan aurat.
tapi itu yang seharusnya dilakukan pun.
jangan pandang.
jangan pandang.
jangan pandang.
susah.

Tapi,
entah kenapa.
Muslimat yang bertutup rapi
dari atas sampai kebawah.

Seriusly, lelaki lagi cenderung untuk tidak melihatnya.
Sepatutnya,
Tengok je lah.
aurat dah tertutup sempurna.

Tapi agak-agaklah.
kan Baginda Rasulullah SAW bersabda kepada Saidina Ali k.w,
"Wahai Ali, janganlah kamu ikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua sesungguhnya bagi kamu yang pertama tetapi tidak yang kedua"

Yang first je rezeki.
Tapi boleh pulak sekarang ramai yang simpulkan.
first tu tengok lama-lama.
erk.

ok. back to the topic.

Pernah satu seminar ana memasuki dewan melalui pintu belakang dewan.
Dan alangkah terkejutnya kerusi belakang di penuhi muslimat
rata-rata berjilbab labuh dan ada yang berpurdah.
dan muslimin berada di bangku-bangku hadapan.

Ketika melalui lorong di tengah kelompok tersebut.
Berdesir sesuatu di dalam hati.
"jangan tengok kiri kanan, jangan tengok kiri kanan"

Tak tahu kenapa.
Padahal semua tertutup rapi,
tengok kemas semuanya.

Bukan tidak cantik.
Bukan tidak menarik.
Cuma kata hati diri seorang lelaki.
"Jangan tengok"

Maybe takut kena cop pervert.
Maybe nak dipandang baik sebab tunduk pandangan.
Maybe sebab intipati program tu sendiri.
Maybe rasa hormat pada wanita tersebut sendiri.

Tak tahu.
Apa yang pasti jawapan tu ada dalam setiap pemuda itu sendiri.
Tapi overall,
lelaki lagi senang jaga pandangan pada yang tertutup rapi.

Kan mutiara dalam kotak itu lebih berharga daripada mutiara yang dipamerkan.

Al Furqaan : 74. aminn ya rab.

Btw
Alhamdulillah.
Habis jugak baca.
satu lagi karya Habiburrahman.

pergi kedai.
rm 50 dapat Buku Sultan Muhammad Al-Fateh,
buku ni,
and Hadis 40 Imam Nawawi.
Jimat kot.

Buku ni bukan pasal cinta sangat pun.
lebih kepada Islam dan semangat belajar.

Tapi satu je x best.
cover dia feminin sangat for cetakan ke 15 ni.
segan nak bawak keluar.
haha

Tuesday, January 24, 2012

Pass!

Assalammualaikum wbt

exam dah dekat ni.
*termenung jauh*

hah? ye ke?
*terkejut!!*

ye la.
*optimis sikit*
pergi study!

study lah ni.
*penat tau tak?*

ok. all the best ye awak ^_^
*kucing wish pun jadila*

anyway.
may Allah with all of us.
InsyaAllah.

Ya Allah Ya Tuhan kami, rahmatMu yang sentiasa aku harapkan, 
kerana itu janganlah Engkau serahkan urusanku kepada diriku sendiri meskipun dalam sekelip mata,
perbaikilah urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.

aminn ya Rab.

usaha.tawakal.doa

'Hasbunallah wa ni' mal wakil.'

p/s : comel tak? haha

Saturday, January 21, 2012

Bateri Handset

Assalammualaikum wbt

alhamdulillah ketemu kembali.

Tujuan ana menulis bukanlah ingin menyatakan bahawa ana adalah yang terbaik.
Tapi ana berasa terpanggil untuk berkongsi atau mungkin menegur beberapa benda yang simple.
Yang kita terlepas pandang.

Ana mulakan dengan perkongsian satu hadis yang cukup terkenal

Hadis ke 13
Bersabda Nabi S.A.W : Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sama seperti dia mengasihi dirinya sendiri (Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Ternyata ana sangat kasih kepada diri ana.
Dan kalau boleh, ana mungkin mahukan yang terbaik untuk rakan-rakan seperti yang ana rasa.

Ok..
Kalau kita tengok sekarang,
Always, kita tulis benda-benda yang menunjukkan kelemahan diri kita
Kita tulis benda yang memalukan diri kita
Kita tweet benda yang memalukan diri kita
Kita hebohkan benda yang memalukan diri kita.

As example.
Twitter : Wargh....Subuh lambat pulak hari ni.!
Twitter : Bangun Subuh kejap..tidur balik la..
Twitter : Kenapa tangan aku ada kurap ni.??..
Facebook : Tak guna kau..lelaki penipu..bla3..
Blog : Hari ni keluar dating dengan Si Dia..Ouh bahagia.~~ lalala.
Contoh..

Tapi tulah hakikat..
We tend to tell everyone.
Every single thing that happen to us..
Where is our privacy????...

Tapi bukan privacy yang ana nak cakap.
Bukan twitter yang ana persalahkan.
Bukan facebook
Bukan blog.

Kita kena lihat.
Allah telah sempurnakan nikmat penjagaan yang terbaik kepada kita.
Malahan, penutupan kesalahan itu adalah rahmat.
And
Why, we should tell everybody,
Dosa or kelemahan diri kita..

Tak payah pergi jauh.
Kita ambil satu contoh mudah.

Tweet : Mengantuk la..Tidur balik lah lepas Subuh ni..
Tweet : Malasnya..bila la aku nak study ni??..
Tweet : Karaoke.!!! Yeayy!!..

Ada ana nampak.
Banyak kali..Banyak sangat

Ok..
Kalau ana nak pilih calon isteri.
Ok la bukan ana..

Contohla lelaki idaman korang.
Or girls idaman..
Yang menyimpan perasaan dalam diam..Cewah..haha

Dan dalam masa yang sama anda juga menyukainya..

Tapi bila tengok..
Tidur lepas Subuh..
Pemalas..

Agak-agak nak ke orang nak pinang or buat suami?

Uihhhh..Tido lepas Subuh tak breakfast aku kau tau!!!..

Mana boleh pergi kerja tak ada orang sarungkan tie.
Mana boleh pergi kerja tak ada orang suap makan.
Mana boleh pergi kerja tak ada orang salam cium tangan depan pintu.

Isteri mana?.
tidur..
gila tak best macam tu..

Tak salah nak tidur lepas Subuh sekali sekala kalau penat sangat study
Tak salah nak karaoke sekali sekala lepas tension

Tapi, cover benda yang mana kita boleh cover.
From maybe..
Our next future wife or husband.

Sekian. Dari future husband mu..^__^ hehe

Kan hidup kita ini umpama bateri handset
Bila kurang.
Charge.
Semoga sampai maksud apa yang cuba disampaikan. 
InsyaAllah

p/s : post ni bukan nak menggatal ke apa. Tapi hanya luahan apa yang terdapat di hati.