Kawan-Kawan ^^

Sunday, October 2, 2011

Ukhwah

Assalammualaikum wbt

Alhamdulillah bertemu kembali kita semua di alam maya cyber teknologi ini..cewah ayat.
Pertama-tamanya ana ingin memanjatkan rasa syukur dengan nikmat Allah yang tidak terperi ini
Antara nikmat besarnya adalah :

  • wahidah (persatuan)
  • ilmu (pengetahuan)-(93:7) And He found you unaware if the way ( the Shari'ah), then He guide you
  • Izzah (kemuliaan)
  • Quwwah (kekuatan)

maaf dipinta kepada saudara saudari kerana ana berminat untuk menukar gaya penulisan kepada, gaya yang lebih matang di blog ni agar tujuaan ana mencipta blog ini pada asalnya dapat dicapai sedikit-demi sendikit. InsyaAllah.

Ana ingin menukar saya kepada "ana" sebagai bahasa ganti diri di blog ni sebagai permulaan perkembangan blog ana ini insyaAllah.

Selaras dengan tujuan Tarbiah iaitu untuk Allah SWT dan sasaran ana ialah, kita semua inysaAllah.

Adalah diingatkan kembali, blog ini adalah sumber motivasi kepada diri ana sendiri dan kepada sahabat-sahabat ana di luar sana. Tiada langsung unsur riya' dalam diri ana ketika menulis artikel dalam blog ini dan diharap saudara saudari dapat faham tujuan asal ana.

Alhamdulillah ana dan sahabat berpeluang menghadiri Kursus Ghazwul Fikr bertempat di Pusat gerakan ISMA dan AMAL Palestine Malaysia Pulau Pinang.

Apa yang ana dapat daripada program ini ialah ukhwah yang terbentuk sesama pelajar pelbagai jurusan di sekitar Pulau Pinang. Alhamdulillah, ana dapat rasakan bond yang sangat hebat sehinggakan ana sendiri hampir menangis sewaktu resolusi program malam tadi. Akhirnya ana terpaksa cut point ana kerana gusar suara hampir berubah. Segan.

Apa yang ana fikir, jika ana dapat belajar di overseas, ukhwah yang terbina sesama pelajar Malaysia sangat erat. Dengan persatuan Islamnya, dakwahnya, usrahnya. Sehinggakan ana terlalu taksub memikirkan bertapa indahnya jika ana berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ana ke luar negara. Ternyata ana begitu teruja untuk mendalami ilmu agama dalam kekurangan, dalam semuanya seem very valuable. 
Bila ana tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke overseas, ana bertanya,
"Ya Allah, di manakah salahku? Salahkah niatku?"



Namun, Allah itu Maha Kaya, Ternyata Allah itu lebih tahu yang mana lebih baik untuk hamba-hambanyaNya. Jika kemahuan ana untuk mencari ilmu Islam di overseas belum dapat ditunaikan. Ana akur.

MasyaAllah, ana hampir menangis dengan pengisian slot dan penerangan dari ISMA ( Ikatan Muslimin Malaysia) dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dengan slot yang begitu indah.
Baru lah ana sedar, di Malaysia sendiri, berapa banyak ilmu yang belum ana terokai. MasyaAllah. indahnya.

Tetapi, niat ana untuk keluar negara tidak pernah terhapus dalam diari hidup ana. InsyaAllah. Melanjutkan pelajaran ke luar negara adalah cita-cita ana sehingga sekarang. Mungkin pernah tercalar, tetapi tidak pernah pudar :')
Ana bercadang selepas HO, ana ingin menyambung masih lagi di Malaysia. Ana teringin menyambung Master di UKM dan selepas itu barulah ana berminat untuk ke luar negara. Itu cita-cita ana setakat ini. Kalau ada rezeki, umur dan kesempatan. insyaAllah.

Tetapi belajar di Malaysia, MasyaAllah..kenapa ana belum didedahkan lagi dengan perkara-perkara ini?.
Alhamdulillah ana baru belajar dan berminat dengan pengisian yang terlalu banyak yang perlukan pengajian dan pengkajian yang teliti.

Pengisian yang banyak dan hebat dengan Halawah/Usrahnya, Daurahnya, Makhayyamnya, Rehlah/Jaulahnya, Mabit, Iftar dan Riadah. Terlalu teliti dan menarik. Alhamdulillah.

Bagi program kali ini, ana dan rakan-rakan berpeluang mendalami pelbagai ilmu baru. Dan juga, kami menerima pengisian tentang musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi dan Zionis. 

Mendengar sedikit nasihat dan perbincangan mengenai agama Islam di Sunway Carnival Mall mungkin suatu pengalaman yang baru dan menarik bagi ana. Mana mungkin sebelum ini ana terfikir untuk saling mengingati dalam Sunway Carnival Mall. Jadi, ternyata hal ini adalah perkara baru bagi ana.

Setakat itu sahaja perkongsian ana setakat ini.
Ana harap, sahabat-sahabat ana di Ireland turut dapat mendalami ilmu agama dengan lebih baik disana.
Ana rindu semunya.

Ternyata ana sedih kehilangan sahabat jogging, sahabat ke surau, sahabat yang mengajar tajwid dan al-Quran selepas maghrib dan banyak lagi..ana tau antum hebat, sebat tu antum semua dapat pergi ke sana. Ana di sini cuba improve diri ana dan sahabat yang lain. Doakan kami. Rindu korang seriusly =')

6 comments:

ashraff said...

bgus2...keep up the good job...

Anonymous said...

zai..kat aucms ade usrah x..?anta ade join usrah

Muhammad Zaiasraf bin Zainurin said...

thanks acap :)

anonymous : ada..zulzhafi ada buat..and insyaAllah rabu ni ada hamba Allah buat guna module PMC..sesuai dengan kami yang ambil medic ni. insyaAllah

Anonymous said...

zai..ingt x de..kalu x de bru nak pass no ikhwah..mb ikhwah luar...xpe yg penting mga sama2 istiqamah join usrah,bawak usrah..iAllah cbe ajak ramai lagi kawan2 len...kami pun dr pmc gak..insyaAllah gne module pmc..:)

Muhammad Zaiasraf bin Zainurin said...

insyaAllah..owh dari PMC gak eh..hari tu masa NICE 2011 dapat jumpa ramai r senior PMC..memang baik2 semua..^^

FatinHusnaKamaruddin said...

its okay

kat mesia pun okay jugak what

InsyaAllah
kejayaan kat mn2 pun