Kawan-Kawan ^^

Sunday, January 1, 2012

Kematangan dan Kebebasan

Assalammualaikum wbt

Darsawarsa ini Mahasiswa Malaysia dikejutkan dengan berita seorang pelajar yang menurunkan bendara Perdana Menteri.

Ramai yang ana lihat tidak memahami situasi sebenar dan cuba untuk terus mencemuh kedua belah pihak sesuka hati.
Dengan nama Allah, tujuan ana tulis adalah untuk menyatakan pendapat secara umum dan tidak sama sekali bertujuan menyebelahi mana-mana pihak.

Ana di bawah tajaan dan sama sekali tidak layak untuk menceburi bidang politik
dengan darah setampuk pinang ini.
Tetapi tidak salahnya ana mengambil tahu isu semasa berkaitan AUKU dan apa sebenarnya yang terjadi.

Sebagai seorang pelajar,
Bagi ana tidakan saudara Adam haruslah ana puji kerana memiliki
satu sifat keberanian yang tidak dimiliki oleh semua orang.
Tahniah.

Tindakan Tun memperkenalkan AUKU juga harus ana puji
dengan tujuan untuk mengelakan mahasiswa Melayu mengurangkan fokus kepada
aktiviti politik.

Ana tidak mahu mengulas panjang kerana takut menimbulkan keraguan.
Dan kekeliruan dalam penafsiran apa yang cuba ana sampaikan.

Main point ana adalah segala tindakan yang kita ambil.
Mungkin perlu kita fikirkan akibat dan kesannya.

Suara semut perlu digabungkan supaya menjadi hebat!.
Ya..kerana orang di atas tidak akan menadah telinga untuk mendengar di lubang semut.

Tentunya ada saluran yang baik kalau kita ingin menegur.

Ana kongsikan sebuah pengalaman di mana ana pernah dicemuh kerana memarahi kem
komanden semasa awal tahun 2008.
kerana melakukan diskriminasi dalam mengajar.
Ana sound direct depan-depan.
Akibatnya?.
Ana didenda dengan teruk sampai ke pihak atasan.

Walhal?
Tujuan dan niat ana baik.
Tapi orang tak faham.

Then baru ana tahu.
Kalau ingin menegur, kita perlu gunakan saluran-saluran.
Kita yang masih baru mungkin terlalu kecil untuk menegur orang di atas.

All in all, ana bersyukur dengan apa yang ada sekarang.

Siapa tidak marah kalau bangsa dipermainkan?.
Siapa tidak marah kalau agama diperkotak-katikkan?
Siapa tidak marah kalau kebebasan dihadkan?
Semua orang marah.

Cuma, ada saluran yang perlu kita gunakan secara baik dan matang dalam membuat keputasan.
Tidakan pihak untuk menjemput Saudara Khairy Jamaluddin untuk berdiskusi dan berdebat di UM
adalah satu cara yang matured diambil dan ana sangat berbangga menjadi mahasiswa local uni.

Cukuplah dengan kes kahwin sesama jenis.
Cukuplah dengan kes yang sedia ada.

Semuanya bergantung kepada diri.
Ubah diri kita sendiri sebelum kita menegur orang lain.

"Janganlah pandang kepada siapa yang bercakap, tetapi dengarlah dengan apa yang dicakapkannya."


"Janganlah kita meremehkan perbuatan yang baik walau hanya sekadar senyuman"

Kesombongan tidak dapat bertahan dengan kesombongan-Hamka.

Jangan kamu fikirkan apa yang negara boleh buat untuk kamu, sebaliknya fikirlah apa yang kamu boleh buat untuk negara!

Bangga. Dan kini berusaha. Berubah menjadi lebih baik harapan buat semua. InsyaAllah.

4 comments:

Anonymous said...

Tapi, aku pelik jugak, undang-undang takdela pulak nak gantung ke denda ke mana-mana manusia kurang ajar dengan Allah. Bersepah kot sekarang ni.

Oh, ke polis ada lancarkan OPS MAKSIAT, cuma aku yang tak tahu ? Satu peringatan, mu PM ke, mu Tan Sri ke, mu polis ke, mu MB ke, mu kena tahu, mu sedang menumpang di bumi ALLAH.

Jadi, mu manusia jahat dan biadab kalau mu duk ikut arahan manusia, sehingga mu lupa arahan ALLAH.

Muhammad Zaiasraf bin Zainurin said...

Kita tak ada hak nak hukum manusia. Kuasa hukuman hanya kepada Allah.

Bukan kita nak mengklasifikasikan orang.

Biasalah. To err is human. To forgive its Divine.

Apa yg kita boleh buat, baiki diri. lepas tu sama2 kita nasihat diorang.

jzkk atas komen :)

p/s : ana pun marah jugak dengan orang yang macam tu. and smua orang pun marah

Anonymous said...

salam..
cme nk ckap. mmatang x semestinya bebas n bebas x smstinya matang..=)
Mcm yng dh trtulis, kte x ckup adil utk mnghukum mne2 pihak sbb kita x brda dlm keadaan diorng.. Tapi percaalah, kebnrn psti akn trbukti n kebatiln psti akan trhapus..

Muhammad Zaiasraf bin Zainurin said...

senang cerita, kematangan bukanlah sesuatu yang dapat diukur dengan kebebasan lah kot ^^