Kawan-Kawan ^^

Saturday, May 19, 2012

Tabung

Assalammualaikum wbt and hai =)

Saja share cerita yang kawan cerita tadi..

Pada suatu hari, di sebuah masjid,
ada seorang budak lelaki
dia berdiri di hadapan tabung masjid dan tersenyum-senyum..

dia berdiri depan tu dan senyum je sepanjang masa.

Penjaga masjid menjadi risau dan pada masa yang sama,
tertanya-tanya,
"apehal budak ni?" (dalam hati)

Datang penjaga tabung masjid ni.
Then, dia tanya la budak tu..

"Dik, ni kenapa tersengih-sengih depan tabung ni?"

"Saya tak ada duit bang, jadi saya senyum-senyum je la depan tabung ni"
"Saya dengar ustaz cakap senyum tu kan sedekah."
Kata budak lelaki tersebut.

Penjaga masjid tersenyum lalu mengusap-ngusap kepala budak lelaki itu.

-End-

*kalau ana, ana rasa ana pergi simpan tabung tu. Sebab ana suspicious dengan
budak tu kan.* hahaha (jahat gile)

Tu lah, kita ni selalu je buruk sangka. Ish3.

Senyuman itu kan sedekah.

Betul2.
Tapi hakikat bukan senang nak senyum. Kan?

Ye la senang. Gerakkan otot dan senyum.
Tapi nak senyum je sentiasa tu susah!

Ada orang pernah tegur.
"zai, gambar kat fb bukan main senyum lagi, dekat luar kenapa muka tension je?"

erk. Ye ke?

cuba tgok header kat atas *promote2* (xbole blah)
haaa..kan senyum tu. =)

Tapi betullah, kat luar bukan senang nak senyum je macam tu selalu.

Maybe nampak simple, tapi susah kita nak practice.
Senyum

So, lepas ni kena practice balik la.
*jangan orang cakap gila dah la ye* hehe

Btw
ni adalah pic masa darjah 3.
Mana paling comel tu la ana ^_^
(back row hand in the pocket..haha)

Somehow,
teringat arwah
My friend, Amir. (back row, blue shirt paling kanan)
He died because of brain tumor masa standard 5.

Pernah sekali tu 
kakak pengawas datang kutip derma hari jumaat.
Tapi dia sengih2 depan akak tu.
Lepas tu dia cakap, saya sedekahkan senyuman ngan
alfatihah untuk hari jumaat ni.
Akak pengawas tu cakap.
Ngade2 je budak ni -.-"

Bila dengar je cerita budak lelaki dan tabung masjid.
Teringat Amir
Sebab macam sama.

=')

Kau sangat comel Amir.
Al-fatihah for Arwah




No comments: