Kawan-Kawan ^^

Tuesday, September 18, 2012

Skills. Leadership. Study

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Tidak akan bergeser kaki anak adam (manusia) 
pada hari kiamat nanti di hadapan Rabbnya sampai
ditanya mengenai lima perkara :
1.umurnya untuk apa dihabiskan
2.masa mudanya untuk apa dihabiskan
3.hartanya dari mana dia dapatkan
4.dan dibelanjakan untuk apa harta tersebut
5.dan sudahkan dia beramal dengan ilmu yang dia ketahui.
(Riwayat al Tirmizi no.2340)

haaa..
orait..kalau kita tengok dan teliti one by one.
memang ternyata tanggungjawab masa muda ni
besar gila!

Dr. 'Aidh Abdullah Al Qarni dalam sebuah bukunya ada
menegaskan.
"Sesiapa yang bersungguh-sungguh pada usia mudanya, beliau
akan menjadi orang yang ternama (tokoh) pada usia
matangnya."

Ana pegang kata-kata ni dan kata-kata lain banyak yang sengaja
di tampal di tepi-tepi almari dan berdekatan meja study.
saja.
Kenapa?
Sukahati la!..meja aku..muahahaha.

orait.

13.9.2012(Khamis)-AJK AISA untuk jamuan hari raya.

14.9.2012(Jumaat)-Tolong conduct program orientation
pelajar baru

15-16.9.2012(Sabtu dan Ahad)
-Comparative Religions. (Interaktif Dakwah Training)

17.9.2012-Daurah Siri 3 (Program PEMBINA)
-Keperluan Dakwah, Dakwah Fardiah dan Latihan
Pengucapan umum.

Semasa program Interfaith
with brother Firdaus Wong.

Daurah Siri 3
communications skills dan dakwah fardiah.



5 hari terus.
Kurang rehat.
bila malam just dapat cover satu bab untuk module sekarang.
Terlalu penat. Lemahnya badan! Tak boleh macam ni lagi!


Final module (blood and lymph) tak sampai lagi 2 minggu.
MasyaAllah.

Tak apalah.
Berkorban masa dan tenaga sikit.
Bukan senang nak develop leadership skills ni.
Lebih-lebih lagi leadership skills in dakwah.

Banyak sifat-sifat dalam diri esp
kurang bersabar ni nak kena buang jauh-jauh.

Biarlah masa muda ni digunakan sebaik mungkin.
Nanti bila dah lagi sibuk, lagi susah.
kan? =')

Tak payah buang masa dengan perempuan yg belum
tentu jadi isteri,
Tak payah buang masa buat benda yang tak ada keuntungan
kepada diri.
Tak payah buang masa berangan yang tak menjadi.

Sekiranya kamu tahu apakah natijah,
nescaya kamu tidak akan tidur.
Jangan melepaskan peluang yang datang dan mensiakan kesempatan
yang berlegar di depan mata umpama tidurnya serigala di antara 
kambing-kambing.

ok.
insyaAllah cukup setakat ni dulu bahagian leadership dan dakwah skills.
study pulak lepas ni.

work hard! work hard! work hard!
doa! doa! doa!
Be smart =)
may Allah ease.

Saya tidak bodoh andai saya gagal selepas berdoa dan berusaha.
Itu suatu ujian yang akan meningkatkan diri saya di sisi-Nya.
Namun saya ternyata bodoh jika saya malas berdoa dan berusaha.
Syukurlah, saya telah menunjukkan kepada Allah SWT bahawa saya 
telah membayar dengan usaha dan doa.
-Ust Fatimah Syarha


Tak sampai lagi 2 minggu :(

p/s: biarlah tulisan ni dijadikan motivasi diri sendiri
untuk terus berusaha memaju diri.
dan dijadikan sindiran diri sendiri.
semasa leka dan alpa mengundang lagi.

2 comments:

Anonymous said...

Great post however I was wondering if you could write a litte more on this topic? I'd be very grateful if you could elaborate a little bit further. Cheers!

Muhammad Zaiasraf bin Zainurin said...

anonymous: which one? insyaAllah i'll update when I got free time. :)