Kawan-Kawan ^^

Tuesday, November 13, 2012

Kenangan MyCamp Northern Chapter 2012

Assalammualaikum wbt

Fuh lama sungguh tak update.
Lebih-lebih lagi apabila disibukkan dengan urusan-urusan dunia ni.
Tanggungjawab makin bertambah.
Pelajaran makin bertambah berat.
Usaha kena lebih giat?

poster MyCamp



Alhamdulillah pada 9 November hingga 11 November,
Saya telah menyertai Muslim Youth Camp.
Northern Chapter, yang diadakan di Monkey Beach,
Teluk Bahang, Pulau Pinang. Anjuran PEMBINA zon utara.
Awal cuti mid sem saya korbankan dan pergi camp ini.

Program disertai oleh ikhwah dari Pulau Pinang, Perak, Perlis,
dan Kedah. Ada juga ikhwah dari Johor dan Kelantan yang datang
menyertai.

Jadual aktiviti.


Perjalanan dimulakan dari Bertam selepas kami menunaikan solat Asar.
Mengambil seorang kenalan baru yang belajar di Universiti Malaysia
Kelantan.(UMK) di Masjid Seberang Jaya.

Konvoi bermula di USM Penang. Oleh kerana kami lewat sedikit,
kami bercadang pergi sendiri ke Teluk Bahang.
Tidak menjadi masalah kerana dua atau tiga minggu lepas kami
telah menjalankan program di sana.

Sampai di Teluk Bahang around pukul 9 malam.
Setelah sesi taaruf di jalankan di surau Teluk Bahang,
Kami tidur dan bangun pada jam 4 atau 5 pagi untuk Qiamullail.
Then solat Subuh.

Selepas Subuh, kami hiking ke Monkey Beach.
Perjalanan mengambil masa around 1 jam.
Track ke Monkey Beach agak berlainan dengan track ke Pantai Kerancut
yang telah kami lalui beberapa minggu lepas.
Apa yang dapat saya simpulkan, track ke Monkey Beach lebih sukar
compared to track ke Pantai Kerancut. Tapi lebih pendek.

kenangan berprogram di Pantai Kerancut, Teluk Bahang, 
Pulau Pinang.


Sampai di sana, kami terus beraktiviti ice breaking yang agak santai
Next kami diberi peluang untuk solat sunat Dhuha di tepi pantai.
Serius best! Sebab dengan bunyi ombak dan angin pantai.
Sangat best. Cuma wudhu guna air laut agak lekit sikit.
Tapi still best.

Then dapat luangkan baca Quran 1 page tepi pantai.
Even 1 page, terasa nikmat bila pandang laut then baca Quran.
pengalaman pertama seumur hidup :')

then aktiviti pahlawan pasir yang
begitu menguji ketangkangsan dan sifat kerjasama.

Setelah itu, kami solat Zuhur dan masak untuk makan tengahari.
kami mencari kayu api dan masak sendiri.
Makan menggunakan konsep talam, cuma
menggunakan plastik isteed of talam sebab tak bawa talam
pergi camping. Sengih. =D

Then aktiviti paling mencabar!
Iron man!
MasyaAllah, kami pada mulanya dikehendaki berlari untuk mendapatkan belon
yang diletakkan di tengah-tengah teluk!
Tapi pantai Monkey Beach sangat stylo sehinggakan anda
boleh berlari ke tengah tanpa risau akan risiko lemas!
Sebab? Sebab sampai tengah pun paras air cuma berada di paras pinggang!
^_^

Selepas itu kami di minta mengikat kaki dan berjalan secara terbalik.
Memang memerlukan keseragaman dan kerjasama.
Then, kami di minta untuk mengesot dan mengisi air dalam botol.
Kami terpaksa menggunakan mulut, perah baju, untuk memenuhkan air.
dengan syarat, untuk pergi semula mengisi dari gigi air ke pantai,
kami perlu melutut.
Ya Allah, penat gila!

Selepas itu, kami perlu berguling kira-kira 50 meter.
Peningnya! MasyaAllah. Nak terbalik dunia dibuatnya!
-.-

Selepas itu kami diminta untuk mengaangkat teammate ke tengah laut,
berdua-dua, sehingga seluruh team habis!
Sampai di tengah teluk, kami di minta buat menara yang mempunyai 3 layers.
Serious penat.

Dan selepas itu berjalan semula dari tengah teluk ke pantai.
Semua ikhwah rasa macam nak pengsanlah, nak pitamlah.
Tapi still, semua masih boleh senyum dan steady-steady belaka ^_^
Hebat!

Setelah tu, kami yang tidak boleh jamak, menunaikan solat Asar,
Then, kami bermain bola sepak pantai pula!.

Wah! bukan main tough lagi ikhwah-ikhwah zon utara ni ya!
*angkat kening*
Team saya juara bola sepak pantai ni!. Alhamdulillah. Tapi teruk kaki kami dibuatnya.
Dasyat jugak ikhwah zon utara ni bermain futsal.
Saya untung kerana ramai dalam team hebat bermain bola.
Saya tolong sikit-sikit aja. ^^ Senyum.

Petang, kami masak sekali lagi.
fuh, bukan main penat. Juara iron man dapat dapur gas.
Untunglah.
Tapi team kami pakar menghidupkan api, so, tiada masalah!
Cewah!.

Petang, ribut!
Alhamdulillah team kami sempat masak.
Kasihan ikwah yang tak sempat masak lagi. Kami bagi
guna api kami supaya dapat mempercepat proses masak.

Banyak Khemah terbang!
Alhamdulillah dengan bantuan ikhwah lain, kami dapat mengingat
fly sheet khemah dengan kemas, dan alhamdulillah, khemah kami
tidak basah walaupun ribut dan hujan dari pantai.
Sekali lagi kagum.

Malam sejuk bukan kepalang, tambahan, tiada bantuan generator
untuk elektrik.
Kami menggunakan lilin dan bara api untuk memanaskan badan.

Malam kesenian Islam mantap dengan persembahannya semua.
Setelah kami selesai bersolat maghrib dan Isya'.
Walaupun persembahan team saya kurang input dan pengajaran serta
tarbiah, teammate dapat backup dengan bagi sedikit pengisisan hadis 40
karangan Imam Nawawi.

Kami diberi tidur pada jam 10 malam.
Dan dikejutkan dengan siren yang agak menguji kesabaran pada
jam 3 pagi.

War game pada jam 3 pagi!
Sekali lagi, baju kering di basahkan dengan peluru-peluru air
yang padu diikat di dalam plastik.
Sakit dibuatnya.

Team kami sedikit kerana 2 orang demam.
dan terpaksa berhadapan dengan musuh yang ramai.
Kami dapat mengambil ibrah war game ini tentang peperangan Badar.
walaupun kami kalah, dan merungut-rungut.

Kita tengok macam mana tentera Islam yang hanya berjumlah 313
dapat mengalahkan kaum kafir Quraisy berjumlah 1000 orang.
Selain bantuan Allah, kita dapat lihat bertapa hebat taktikal yang digunakan
Nabi Muhammad SAW.

Begitu juga serangan yang dilakukan tentera Sultan Muhammad Alfateh
ke atas Kota Konstantinopel yang tidak pernah kenal erti putus asa.
Begitu juga dengan semangat tentera Islam dalam peperangan-peperangan
yang lain.

Bukan macam semangat kumpulan kami yang mudah "down" dengan
serangan bertubi-tubi dari ikhwah lain!.

Dasyat jugak ikhwah utara ni berperang! Huh.
Habis merah-merah badan dek penangan tujahan peluru air
Balingan mereka.

Selepas itu, dapat kami bersama-sama Qiammulail di tepi pantai.
Tanpa alas!
Pertama kali saya rasa kepala mencecah pasir pantai, tanpa alas.
Nyaman terasa dengan deruan ombak pantai yang sangat memberi ketenangan.

Maka tidaklah mereka mereka memperlihatkan langit yang ada
di atas mereka, bagaimana cara Kami membangunkan serta 
menghiaskannya dan tidak terdapat retakkan sedikit pun?

Dan bumi yang Kami hamparkan dan Kami pancangkan di atasnya gunung-
ganang yang kukuh dan kami tumbuhkan di atasnya tanaman-tanaman 
yang indah. 

(Qaf 50 : 6&7)


Sebelum ni saya pernah sekali solat di air terjun,
dan Qiamullail di tepi pantai adalah satu pengalaman baru.
Walaupun sejuk, tapi still sangat best.

Paginya kami agak santai dengan game Master cheft dan Istana Kelaut.
Hahaha.
Comel-comel sungguh ikhwah zon utara memasak.
Hebat dengan hiasannya walaupun menggunakan sumber yang terhad.

Then, aktiviti penutup. Setelah bergambar, kami pulang dengan menaiki bot.
*sebab penat* hehe. =)

Overall, saya boleh katakan walaupun 2 hari setengah, kem ini sangat
best dan banyak input dan pengalaman baru yang diperoleh.
Thats all. Syukran =)

Gambar di ambil selepas menurunkan khemah.
Tak dapat ambil banyak gambar sebab handphone tiada di tangan
sepanjang camping.

No comments: