Kawan-Kawan ^^

Tuesday, December 4, 2012

Medical Student, Bebanan Kerja dan Tanggungjawab.

Assalammualaikum wbt..

Bertemu kembali..Wah, lama betul tak menjenguh ke blog tercinta ni.
Cinta hati ke berapa eh blog ni? Entah la. Banyak sangat. Banyak sangat cinta
benda2 dunia ni.. -.-

Erm. Bukan cinta lah kot blog ni. Tapi sayang..
Beza ke? Ah..tak tau.

sthethoscope saya colour ni =p


Dulu rasanya saya pernah cakap yang life sebagai medical student ni tak busy.
Yup. Memang tak busy sebenarnya. Tapi sering di busy-busykan! Kami terpaksa membuat research
yang related with maths and statistic dan dalam masa yang sama kami diberikan tekanan untuk
membuat pembentangan regarding topics yang bukan ada dalam module core sistem perubatan tahun 2.
Kami terpaksa melakukan ini semua dalam tekanan exam yang datang bertali arus! Sebenarnya boleh manage, tapi banyak benda yang membuatkan kami perlu lebih berhati-hati dalam
membuat keputusan untuk enjoy dan sebagainya.

Tapi lecturer cakap ada benefit dia.
Begitu juga kami dahulu kena ikuti kelas keusahawanan.
Apa benefit dia. InsyaAllah ada kegunaan pada masa akan datang.

Ramai yang cakap, medical student kat Malaysia ni belajar lagi banyak.
Hurm betul lah tu kot. Cuti pun sikit.

Tapi kalau boleh manage, still boleh je nak pergi tengok wayang,
pergi Melancong sekali sekala. Senang cerita, mesti ada punya masa free.

Dulu saya pernah mintak consult daripada lecturer,
"macam mana nak nak undergoes medical school smoothly?"

Then dia cakap, dia bahagikan life dia kepada tiga.
First 30 years- Study, study, study.
Next 10/20 years-Kumpul duit.
What left -Enjoy.

Fikir-fikir balik. Best ke kalau macam tu?
Entah la. Saya pun tak tahu.
Tapi kata hati kuat mengatakan, saya bukan orang macam tu.

Urusan dakwah bagaimana?
Urusan ummah bagaimana?

Saya rasa now masa muda ni lah peluang terbuka untuk develop
Semua potential diri yang ada dalam diri. Kena lebih optimis.

Sekarang saya telah di amanahkan oleh senior untuk masuk bertanding
Sebagai wakil MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) Campus
Ini adalah sebagai wakil untuk pelajar perubatan MD UKM di campus Penang,
dan sebagai wakil MPP bagi Islamic Student Association. Bagi memastikan suara
pelajar Islam dan kebajikan Islam campus terjaga dan InsyaAllah ada benefit
untuk saya juga suatu hari nanti, saya memutuskan untuk bersetuju menyertai pilihan raya
campus.

Saya tidak bercadang untuk memegang sebarang jawatan semasa tahun 2 sebenarnya.
Sebab nak focus study dan relax.

Tapi,setelah amanah diberi dan kepercayaan diberikan, insyaAllah saya akan cuba sebaik mungkin.

Daripada Abdul Rahman bin Samurah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya :”Wahai Abdul Rahman bin Samurah Jangan engkau meminta jawatan pemimpin . Sebab jika ia diserahkan kepadamu kerana permintaanmu maka ia akan diserahkan bulat –bulat kepadamu .Sebaliknya jika ia diserahkan kepadamu tanpa permintaanmu maka engkau akan diberikan pertolongan dalam melaksanakan tugasmu . (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Keterangan mengenai perawai Hadis.Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim daripada Abdul Rahman bin Samurah r.a seorang sahabat Rasulullah SAW.

Saya sudah pun melalui memegang jawatan sebagai Presiden Batch pada Tahun 1 Perubatan.
Dan saya sedar bahawa memang jawatan itu bukanlah suatu kemegahan, tetapi adalah 
beban dan amanah.

Moga Allah memberikan bantuan dan kekuatan.

Sekarang, Tahun 2,
banyak benda yang perlu saya korbankan,
Antaranya, tak lagi bermain video games macam Dota dan sebagainya,
Tak ada lagi masa nak jalan-jalan bila habis exam sangat,
Tak ada lagi masa nak enjoy-enjoy.
Tak ada lagi movies bila ada masa free.
Even di laptop, sekarang dah 2 bulan tak tengok movies.
Ouh ada 1 movie. Homeless to havard. Tu pun movie untuk assignment =(
Harap nanti ada masa untuk diri sendiri.

Puas saya fikirkan.
Macam mana saya nak enjoykan diri masa medical school?
Instead of study dan study?

Banyak yang perlu dikorbankan.

Saya ada melihat contoh orang yang boleh buat begini.
Dan kenapa tidak saya? Saya mesti boleh!
Kena lebih positif

Bahagikan masa untuk orang, untuk ummah, untuk diri sendiri.

So, sementara masih muda ni, kena develop betul-betul leadership skills
dalam diri. Kan Allah tak membebankan sesuatu yang hambanya tak mampu nak pikul. Kan?
Senyum.

Kena kuat, so, selagi boleh senyum. Senyum.
Nanti one day, mesti kena bahagikan masa jugak.
Masa untuk Islam.
Masa untuk Parents
Masa untuk family
Masa untuk isteri. Opps. hehe

Dalam masa yang sama, kena lebih rajin study.
Nak jadi specialist yang hebat? Dr yang competence?
Tanya dekat diri sendiri ni.
So, knowledge pun kena hebat!

Dalam masa yang sama, kesihatan diri,
kena maintain jugak.
Kalau tak macam mana nak jalankan tanggungjawab for ummah?

Why not untuk kesihatan kita buat something yang kita suka?
So, setelah puas fikir, saya memilih basikal. Cross country.
Bila ada masa, saya akan peruntukkan untuk kesihatan fizikal.
Perlu!

kayuhan di hutan.
One week before exam.


Sometimes, ego sebagai lelaki tercabar dengan banyak dugaan
dalam menjalani life as medical student ni.
Dengan tak duduk main campus semua.
Banyak benda yang kami perlu tercari-cari sendiri.
Kadang-kadang tu memang sampai boleh menangis dibuatnya.
Tak perlu malu pun. Sekarang alhamdulillah saya boleh kawal marah,
kawal emosi compared to dahulu.

Jawatan ni totally tak sama jawatan semasa sekolah!

Dan itu pasti mematangkan!
Dan insyaAllah kami boleh jadi Doktor yang hebat!

Checklist harian, solat jemaah kena check,
Quran kena check,
Usrah mingguan kena konsisten,
Study kena konsisten.

Dan saya perlu jadi lebih matang.
Semoga Allah membantu perjuangan ini.
Berjuang for ummah!
Berjuang for diri sendiri jugak.

Di mana peranan anda?


Amanah dari Agama, Negara, Keluarga, Rakyat(scholarship), Bangsa,
Dan diri sendiri. Walaupun penat, moga Allah bantu semua rakan-rakan yang turut berjuang sama!
Jadi doktor yang berkualiti ^_^

Semoga Allah memudahkan segala urusan semua. Aminn ya rabb.



8 comments:

sakinah zaini said...

thumbs up for this entry..nice..

Anonymous said...

Hisyam bin Urwah meriwayatkan dari Abu Shalih dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah saw bersabda: “Akan datang sepeninggalku beberapa pemimpin untuk kalian. Ada seorang yang baik yang memimpin kalian dengan kebaikan, namun ada juga pemimpin yang buruk yang memimpin dengan kemaksiatan. Maka hendaklah kalian tetap mendengar dan taat pada setiap yang menepati kebenaran. Karena jika mereka baik, maka kebaikan itu untuk kalian dan untuk mereka. Namun jika mereka buruk, maka keburukan itu hanya untuk mereka”.

AdinataGus said...

Alhamdulillah dah masuk tahun dua zai,teruskan menulis entri berkaitan perubatan.Aku still menarik utk membaca walaupun sekarang beralih bidang.Ayuh ! teruskan langkahmu.

Kak TeLeTuBBies said...

"dakwah adlh cinta..dan cinta pastinya menuntut pengorbanan darimu."

-copypaste-

smthing yg blh dijadikan pendorong kekuatan utk terus tsabat mgkin.

Muhammad Zaiasraf bin Zainurin said...

sakinah : Terima kasih :)

Anonymous : Terima kasih atas perkongsian hadis dan peringatan :)

Arif: Teruskan berjuang arif, walaupun berlainan bidang. Matlamat kita sama insyaAllah ^_^

kak teletubbies: terima kasih for the quotes :)

Cik Pinat said...

wah.. nice entry .. rasa bersemangat nak studi lepas baca entri nie :)

Muhammad Zaiasraf bin Zainurin said...

moga terus bersemangat! :)

NJihe.am said...

Salam singgah. Menjadi pelajar banyak cabaran. Pastikan niat ikhlas kerana Allah agar amalan tidak sia-sia. Studioous.blogspot.com