Malam ni saja nak update blog. Lama sungguh jari-jemari ni tak menari atas papan kekunci laptop.
Senyum.
Sebenarnya begitu banyak perkara untuk digarap bersama.
Cuma saya agak keliru hendak memilih yang mana satu. Idea semuanya sudah bercampur-baur.
Silap saya sendiri tak catat bila idea-idea datang.
Pernah tak terfikir macam ni.
"Kalau aku tak cari sekarang nanti tak kahwin lah aku."
"Alaa, kan bercinta tu lumrah, so apa salahnya."
"Susahla, semua orang dah ada makwa/pakwa"
Tak kurang juga yang saya lihat yang bila kena "dump" baru la nak post stuff
macam "couple itu haram"
"tak apa Allah dah save yang terbaik untuk saya"
dan berbagai-bagai lagi. Sebab kecewa?
Sebab ditinggalkan? Ahaks.
Dan tak lama lepas tu. Update "ouh ini la saya punya crush"
"ouh ni la boyfie saya"
"ouh ni la girlfie saya"
Duh..sungguh kembang tekak membacanya.
Pernah ada yang tanya akhi yang conduct usrah kami.
Macam mana sebenarnya akhi?
Kalau lambat nanti kena ambil orang.
Melepaslah................
kan? kan?
"kalau tak bagitau, macam mana nak tau orang tu suka kita ke tak"
"Alah, cakap je kat dia, kalau kena reject pun, ramai lagi yang nak."
"Tak rugi pun kau cuba."
"Mana tau dia pun dah lama simpan perasaan kat kau"
"Alah, kau ni takkan asik2 nak layan kucing je." Eh.?
Benda-benda macam ini lah yang mendorong nak pergi try sorang. Haha.
Tapi..
Akhi ni cakap.
"Kalau dah betul-betul minat, takut kena ambil orang, kalau berani, pergi cakap dekat dia.
Ukhti, saya minat dekat ukhti dah lama dah, ukhti siapkan diri ukhti, ana siapkan diri ana,
kalau ada jodoh, lepas belajar ana masuk meminang."
kalau respons positive dan lepas tu yakin je lah dia tak cari orang lain. Dan lepas tu mantapkan diri. Jangan message2, jangan buat benda yang couple2 lain buat.
Katanya lah.
erm. berani? boleh ke buat?
Senyum.
(rasanya belum lagi..)
Tapi tu kalau dah takut sangat kena ambil ngan orang lain.
Tapi sure ada punya. InsyaAllah.
Kalau kena ambil dengan orang pun, mesti ada orang lain kan?
Ramai je yang tak couple2 ni :)
............................................
Bila turun bas, usai solat Subuh.
Nampak tubuh seorang lelaki setengah abad sedang setia menunggu.
Kusalam dan kukucup tangan dia. Kasar tangannya.
Bila sampai rumah.Senyum.
Buka pintu rumah.
Ku pandang wajah yang mungkin dahulu orang pertama yang aku tatap?
Ku cium tangannya dan kepeluk dia.
Ku keluarkan hadiah hari lahirnya.
Dan aku bahagia melihat dia tersenyum gembira.
Aku bahagia walaupun hadiah tak seberapa.
"Jangan lihat hadiah dari harganya, lihat hadiah dari niatnya" (Hafalan solat delisa)
Adik-adik salam dan cium tanganku sebagai tanda hormat.
Bunyi anak-anak kucing dalam sangkar memanggil.
Mungkin untuk dunia, inilah cintaku buat masa ini.?
Kan orang kata. "Belajarlah untuk mencintai kalau ingin dicintai"? Ahaks. hehe.
buat family,
saya cinta kalian kerana Allah =')
p/s : saja buat post pasal ni. lepas ni nak politics pulak boleh? senyum nampak gigi.
No comments:
Post a Comment