Kawan-Kawan ^^

Tuesday, April 8, 2014

Propose-Rejection-Should or Shouldn't

Assalammualaikum wbt

Tak tahu macam mana harus aku mulakan entry kali ini. Hurm. Pernah tak korang minat seseorang? (sedang tampar diri sendiri)

Diri sendiri tak tahu kenapa perasaan tu muncul tiba-tiba. Dan secara sejujur-jujurnya diri ini tak bersedia, tak sanggup, tak mampu dan mungkin tak berani untuk mendirikan rumah tangga semasa med school. Tapi kenapa kau still ada hati zai? ya Allah, tolonglah jaga hati dan iman ni dengan sebaik-baiknya. Tak ingin diri ini sebagai abang sulung, satu-satunya dalam family sebelah mak dan abah yang dalam bidang perubatan ni kecundang sebab cinta. Tak nak.

Tiga tahun sejak tahun pertama perubatan mengajar diri betapa kerdilnya kemampuan diri nak menampung berat dan beban dalam med school. Tiga tahun yang perit ni tak akan aku sia-siakan!

Sabda Rasullullah SAW, "Allah berasa kagum kepada pemuda yang tiada padanya sobwah, (rindu yang cenderung kepada kebodohan)." Riwayat Ahmad

Macam mana kalau hati ni terfitnah? Dosa kecil. Kan dosa kecil boleh terhapus dengan wudu'? Tapi adakah wudu' kita tu sempurna? Diterimakah? Confirmke terhapus? Allah :'((

Macam mana dengan hati perempuan tu yang terfitnah? Allah.

Buka fb dalam dua ke tiga hari lepas, petikan status ni keluar dari seorang kawan

antara ciri2 lelaki KEJI bagi seorang muslimah :

1) memainkan sesuka hati nama MUSLIMAH..contoh : nak matcing2 dengan kawan2..sort of main2 dan gelak2..TERUTAMA apabila yang melakukannya adalah ikhwah or mereka yang 'faham'

serius sumpah ini sangat keji kerana seorang muslimah patut dihormati..
dengan cara matching2 cara tu, itu menjatuhkan maruah mereka ke tanah..

kalau betul nak, buat cara betul..itu KALAU betul anak jantan..kalau tak berani or taknak, JANGAN main2..

Dalam case sendiri, tak tahu ada orang main-main kan ke, sebut-sebut ke apa, tapi sangatlah rasa berdosa diri ni kalau semua ni membuatkan maruahnya jatuh sampai ke tanah!

Pernah sekali masa usrah aku tanya murabbi.
"abang (tak panggil akhi) macam mana ye kalau kita minat dekat seorang ni?"
"Bagitahu la parents dia"
"Kalau rasa diri ni belum betul establish, tapi memang niat nak kawin dengan dia?"
"Bagitahu parents dia jugak"
"Kalau rasa perlu tempoh masa sikit, contoh mcam nak lepaskan certain year in med school, lepas tu jumpa parents dia, setahun more in med school nak tunang, lepas tu masa first year houseman nak kawin?"
(Nak kena pukul budak ni)
"Betul ke?"
"Tapi nak tempoh masa sikit la, cuma nak find out dah ada orang ke belum, takut kalau lambat nanti ada orang tempah ke....."

"Abang nasihatkan, bagitahu je yg enta suka dekat dia, niat nak kahwin, tapi perlukan masa sikit, at least dia tahu. Lepas tu suruh dia jaga hati dia, enta jaga hati enta. Jangan bercinta, buat kerja sendiri dan fokus, at least dia tahu dan enta pun tahu yang enta kena study kuat sebab enta ada matlamat dan cita-cita."

"Err. Kalau tak berani?"
"Then, enta doa lah!"
......................................................
Anyway, masa muda ni adalah masa paling sesuai untuk menuntut sebanyak ilmu yang boleh. Rugilah kalau masa-masa macam ni diri ni sibuk nak bercinta.

Or sekarang ni sibuk dengan fikir "bilalah jodoh nak sampai" "macam mana ni calon pun tak ada" "jealous dengan kawan-kawan dating" mungkin korang fikir niat baik nak kawin ke apa. Tapi kenapa benda-benda tu lebih dari macam korang cakna akan isu-isu Palestin, isu-isu Mesir, isu Syria, isu negara sendiri. Diri sendiri kalau tengok berapa banyak hafazannya, tengok macam mana mukhtabah amalnya, tengok macam mana pertuturannya, tengok macam mana keadaan biliknya dan macam-macam lagi. Dah ready? Gulp!

Dalam buku yang tengah dok baca sekarang dia mention, kalau korang sibuk dengan aktiviti yang mendatangkan kecintaan kepada Allah dan rasul maka automatik, rasa cinta kepada manusia tu akan berkurangan. So, kalau rasa cinta kepada manusia lebih? *jatuh kerusi*

Rejection? Maybe menyakitkan. Tapi mungkin risk of rejection can be reduced if boleh jadi lelaki sejati. Persiapkan diri, mantapkan bidang ilmu, make sure jadi doktor yang baik, so boleh bagi nafkah. Then dahulukan wali. Thats some what i have learned. But how to tell so that tak ada lah terkejut sangat tiba-tiba pergi wali? Entahlah.

Moga dipermudah segala urusan. Kalau dah bersedia boleh pergi wali lepas deal dengan orang tengah dan sebagainya. Masanya akan sampai jugak one day. Kenapa risau, kenapa terlalu sensitif. Kalaulah senang mintak maaf... Oh Allah tolong jaga hati hambaMu ni. 

Banyak lagi perjalanan..

At least ada jugak sumber motivasinya.


4 comments:

Unknown said...

sibukkan diri...and doa banyak2.kadang2 hormonal benda2 ni..nak2 ada inducer.haha.all the best zai :)

AdinataGus said...

nice entri dan info(hadis dan quote dari buku),teruskan usaha,banyakkan doa.

Anonymous said...

Maaf . Just nak tanya, apa maksud hati terfitnah? Mohon pencerahan :)

Muhammad Zaiasraf bin Zainurin said...

kak nadiah : thanks..inshaAllah, sedang mengusahakan untuk menyibukkan diri. Maybe sbb skrang ni posting JKM..huhu

norarif: thanks bro. InshaAllah

Anonymous : salah satu benda yg boleh buat hati ni terfitnah ialah ambil keputusan mengikut hawa nafsu..