Kawan-Kawan ^^

Tuesday, April 15, 2014

"Thanks bro"

Assalammualaikum wbt

Dalam dentuman guruh dan hujan renyai-renyai ni memang seronok kalau tidur. Tapi kena study. Tengah sibuk study inflammatory bowel disease tangan meronta-ronta mintak untuk menulis sesuatu yang dah lama terbuku di hati. Dan benda ni rasanya perlu untuk aku tulis untuk buat sesiapa yang baca ni faham kenapa. *kalau tulisan ni tak mengarut dan jauh terpesong*dush

Uswah situasi :
Kita buat banyak kerja, lagi banyak dari orang lain. Tapi kita sikit pun tak dapat apa yang kita harapkan. Tak ada orang yang nak tepuk bahu kita, cakap, "good job bro" "wah baguslah kau ni"

Kata-kata dekan aku yang diulang-ulang banyak kali buat aku berfikir yang benda ni betul. "Tepuk bahu kau sendiri, sebab dalam medic ni tak ada orang yang ada masa nak buat tu untuk kau." Lebih kurang macam ni la ayat dia. *obviously he said that in english* tapi kalau aku tulis english sure blog ni jadi skema nak mati.

Uswah situasi lagi:
Kau berlari sana sini waktu pagi nak arrange class untuk kawan-kawan kau. Kau bangun dengan tachycardia dapat miscall 5 kali dari specialist pukul 7 pagi sebab kau tidur lepas subuh (padan muka). Kau korban duit kau untuk orang lain yang kadang-kadang kau pun tak tahu macam mana nak mintak balik dekat diorang. Kau buat kerja untuk orang lain dalam memaki hamun orang yang tak menjalankan tanggungjawab dia dalam hati.(eh?) Kau habiskan kredit kau, tambah bil kau call specialist hari-hari sebab nak arrange class. Kau terpaksa tebal muka whatssapp specialist malam-malam sebab groupmate kau nak tanya jugak kelas. Kau habis duit minyak, redah panas, semata-mata nak uruskan hal group, tapi orang tak bayar balik pun duit minyak kau..

Kau happy?
Lepas tu orang marah-marah kau macam kau tak buat kerja. Orang kutuk kau. Orang cakap belakang kau. Orang cakap depan kau. (eh) Kau korban masa kau, tapi end up kau yang terkontang kanting sorang-sorang nak habiskan study. Nak lepas naik tahun. Nak cover balik subject yang bertimbun-timbun. Kadang-kadang kau rasa macam kau ni tak dilayan pun ada. Cakap dekat group sorang-sorang. Kan?

Ingat seronok ke jadi ketua. Ingat seronok ke pegang amanah. Ingat seronok ke semua tu. Orang just tak faham. Yang orang faham, dia dapat apa yang dia nak.

Sebab tu, kalau kita buat kerja jangan harapkan balasan orang. Jangan harapkan orang appreciate kita. Jangan harapkan orang cakap "thanks bro" dekat kita, Jangan harapkan orang senyum dekat kita, Jangan harapkan orang "like" apa yang kita post dekat group. Btw, aku ada sorang kawan yang dia sanggup ambil handphone semua orang dan like semua gambar dia dekat insta. See? Even a single "like" boleh buat orang happy. Tak aku tak suruh kau like apa aku post, tapi aku cuma harap yang orang sekeliling kau yang kau nampak dia tolong kau, just hargai dia sebaik mungkin. Aku seronok tengok kawan-kawan aku semangat tolong orang lain.

Paling nampak orang hargai kau, kau nak kenal mana satu kawan kau yang betul betul kawan, kau tengok masa kau susah, macam mana dia tolong kau. Macam mana dia appreciate kau. Kepada kawan-kawan, terima kasih semua :)

Pernah dengar tak "di antara manusia yang baik adalah manusia yang banyak memberi manfaat kepada orang lain". Seandainya kau memang buat baik untuk Allah, for sure kau sedia dengan apa pun balasan yang kau dapat. Walaupun madu di balas tuba.(cewah) haha.

...............................................................................................................................
Cari kebahagiaan untuk memberi tanpa mengharap untuk menerima. Ingat dua perkara dan lupakan dua perkara. Pernah dengar?
"Ingat kebaikan yang orang buat kepada kita, Ingat keburukkan yang kita buat kepada orang. Lupakan kebaikan yang kita buat kepada orang, Lupakan kejahatan yang orang buat kepada kita."

Moga, moga kepada sahabat-sahabat yang dicintai kerana Allah, buat kerja dengan ikhlas, jangan harapkan balasan. Tak apa manusia tak appreciate kau, Allah tahu niat kau.

Kita tolong permudah urusan orang lain, Allah permudah urusan kita. Kan? :') *nanges sikit

Jangan stress jadi ketua. =D senyum sikit bro

Allah sentiasa membantu hamba-hambanya. Banyak jalan keluar lepas apa kesulitan yang kau rasa.
Cuba fikir. Gambar : Boleh kau habiskan ni dalam masa sebulan? :')


4 comments:

Anonymous said...

Hohoho... relax bro.. selamat study.. semoga lulus repeat exam nanti..
Cuma nak cakap, ramai orang yang xnak jadi leader walaupun mampu. Dan ramai juga yang nak jadi leader walaupun sebenarnya x mampu

2 benda yang kita kena ingat
:kebaikan orang kat kita
:kesalahan kita kat orang

2 benda kita kena lupa
:kesalahan orang kat kita
:kebaikan kita kat orang

Haaa. Yang last tu paling penting.. kita kena stop ingat semua jasa2 kita.. respect is to be gained.. not to be bargained.. just a 2 cent advice

Muhammad Zaiasraf bin Zainurin said...

Anonymous : hoho thanks for the advice.. :)
Sometimes dipaksa jadi leader pun ada. Tapi yg penting niat. Agree respect is to be gained not to be bargained. ( aku harap post ni bukan org fikir untuk bargain respect) huhuhu. Ditujukan general actually.

P/s: tu gambar masa resit exam second year. Alhamdulillah i passed and proceed to 3rd year now :')

Time Traveller said...

Keindahan dalam kehiduapan memang begitu.. penuh dengan warna warni..
Nak ketawa selalu pun tak best.. nak menangis selalu pun tak seronok :D

Study tu penting but study smart jangan study hard :D gd luck :D

Muhammad Zaiasraf bin Zainurin said...

time traveller : terima kasih :)inshaAllah

rose : inshaAllah.