Kawan-Kawan ^^

Thursday, March 8, 2012

Busy sangat ke?

Assalammualaikum wbt and salam sejahtera.

Bertemu kembali. ^^
Lama betul tak menulis.

Sebab?..Busy?
Ana pernah terbaca 1 quote yang membuatkan ana muhasabah kembali semasa menulis..
Dan melalui beberapa perkongsian,
Ana memutuskan untuk menahan keinginan jari jemari menulis untuk sementara waktu.. ^^

Cakap pasal busy..

Busy sangatkah kehidupan ni?..
Medical student?

Seringkali diselarikan perkataan sibuk dengan kehidupan pelajar perubatan.

Tapi betul lah..
Sesibuk mana pun kita, kita still ada masa nak ber-facebook
Sesibuk mana pun kita, kita still ada masa nak baca tweet orang
Sesibuk mana pun kita, kita still ada masa nak main game
Sesibuk mana pun kita, kita still ada masa nak tengok movie
Sesibuk mana pun kita, kita still ada masa nak tengok video klip lagu terbaru
Sesibuk mana pun kita, kita still sempan layan Korea

Seringkali kita disuakan dengan cerita dari luar..

Medical student busy.
Nak makan pun kadang-kadang tak ada masa..
Tidur pun atas meja study..
Pergi library pun balik pukul 9.30 malam..
Tidur pun lebih kurang 3 ke 4 jam sehari..

Reality?..
Tepuk dada, tanya iman.

Ana tidak membicarakan waktu yang diperuntukkan untuk "study" only
for medical student

Ana sememangnya bersetuju sangat-sangat bahawa mahasiswa bukannya 
binatang ternak!

Ana membicarakan seorang yang mampu
conduct a program..
rajin beribadat..
dihormati rakan-rakan..
boleh bersosial dengan baik..
masa study digunakan sebaiknya..
exam score dengan baik..
mampu menimba ilmu lain side from medical book..
dan boleh memberikan sumbangan untuk community dengan cara yang terbaik..

Ana pernah jumpa seorang..
dan ana percaya ini seharusnya mampu dilakukan oleh semua.

cuba..hehe..bukan mudah..! tapi tidak mustahil
remember Cita-Cita itu dekat diminda namun jauh dilangkah? :)

Kita cuba bandingkan..

Abu Hurairah menghafal sebahagian besar hadis dan membahagikan malamnya
kepada 3 bahagian :
satu pertiga pertama : belajar
satu pertiga kedua : solat
satu pertiga ketiga : tidur.

kalau kita bahagikan masa 7 malam hingga 7 pagi sebagai waktu malam..
Abu Hurairah membahagikan fasa 4 jam..

4 jam belajar =mampu
4 jam tidur =confirm mampu..hehe..malahan lebih
4 jam solat =???..ya Allah..lamanya..

Sayidina Umar Al-Khatab berkata :
"Jika aku tidur pada siang hari, urusan umatku tidak selesai. Jika aku tidur 
pada malam hari, urusan peribadiku tidak selesai."

Nikmat tidur hanya akan dapat dirasai sesusah keletihan bekerja pada siang hari.

Abu Muslim Al-Khurasani pernah ditanya "Mengapa kamu tidak tidur?" 
Beliau menjawab, "Kerana cita-cita yang tinggi, tekad yang kuat dan jiwa yang
tidak dapat menerima penganiayaan."

-Fakta diambil : Kunci Kejayaan Minda-Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarani

Ternyata orang yang hebat ternyata kurang waktu tidurnya..

Bekerja keras menimba ilmu lain selain fakta perubatan merupakan impian..
Tetapi mampukah fizikal dan rohani mampu menerima?

Apa-apa pun..
melalui perbincangan ana..

Apa yang ana dapat simpulkan..
Badan kita juga mempunyai hak untuk rehat.


Berpada-padalah..^^
Namun perkara ni tidak mustahil kan?

btw,
kitorang dapat anak kucing baru this semester :)
tgok tu..jeles ke dapat adik baru??..haha

big happy family..!!
^_^
*not included yang baru ni*


ok tu je for now. TQ

Thursday, February 23, 2012

Langkah

Assalammualaikum wbt & sejahtera.

Myoroti topik perbualan mahasiswa skarang.
"Kahwin Muda"

Semasa meeting, perjumpaan, dan perbualan harian.
Seringkali dibicarakan topik kahwin&cinta.

"kenapa tajuk ceramah ni tidak di ubah menjadi, 'Cintaku.......' 'Aku dan Cinta lah'..
baru ramai orang tertarik!" cadang seorang rakan ana semasa meeting.

'Tajuk program kita yang seterusnya..kita buat pasal "remaja dan cinta dan..."

"Remaja skrang love to talk about love, jadi apa kata kita masukkan pasal cinta dalam salah satu.."

urgh!. tak ada benda lain ke?.

Kita kena cari dari sekarang, kalau tak cari nanti susah.
Kita kena bercinta pada sekrang, baru kenal hati budi pasangan masing2.
Kita kena mula survey skrang, nanti dah busy kerja xda masa nak cari.
Kita kena pakai cantik2. nanti tak ada lelaki/perempuan minat.
Tak boleh nak diam sangat, nanti tak ada lelaki/perempuan yang nampak kita.

Itulah yang bermain-main di fikiran sekrang oleh rata-rata pelajar bila meningkat ke alam U

And I do believe this topic is greatly discussed by female students.
Risau tak kawin.
Risau xde orang masuk meminang.

Boys?.
Ada la yang risau.
But generally, ramai yang still. better main game dari pikir yang bukan2. true.

Bukan mudah nak melangkah ke alam perkahwinan.
And maybe tak susah.

Tapi, maybe ada pihak yang akan menyulitkan keadaan.

Agak-agak senang orang nak tolarate harga hantaran?
Agak-agak mak ayah nak ke bayar belanja kahwin? (confirm tak. haha)
Agak-agak boleh ke nak focus study?
Agak-agak mampu ke bertahan lama?

Kahwin bukan main-main.
Bukan seminggu.
bukan sebulan.

So, there is contradiction between the good side of early marriage and marriage after graduated.

All need to be prepared.
Tapi ada juga orang kata, sampai bila-bila pun tak akan fully prepared?.

Entah. tapi yang pasti. Tak kan nak bagi anak orang makan pasir kan?

Ar Rum : 21
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan
untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,
dan dijadikan kamu kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang yang beriman.

buku-buku yang mostly dah habis and sedang baca.

Btw..
Cita-cita untuk berjaya, settle down.
semua orang ada.

kan Cita-Cita itu dekat dalam minda namun jauh dalam langkah :)

our journey still long. InsyaAllah jika panjang umur

Siapa yang cita-citanya hanya untuk syahawatnya, dan mencari kenikmatan hidup
semata-mata, maka banyaklah kegagalan yang akan ditemui, terserlah  kekurangan dan terdedah aibnya.

Sebab tu kita kena puasa bagi didik diri ni.

btw
dah lama tak masak busy study
walaupun tak seberapa coz busy
tapi ok untuk eratkan ukhwah.
^_^

Tuesday, February 7, 2012

Jangan Pandang!

Assalammualaikum wbt

"Katakanlah wahai Muhammad kepada lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka daripada memandang yang haram, dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuanNya tentang apa yang kamu kerjakan.
(An Nur : 30)

wanita pula An Nur : 31

Menjaga pandangan bukanlah sesuatu yang mudah
bagi seseorang lelaki.

Naluri seseorang lelaki untuk tertarik kepada seorang wanita.

Banyak lelaki yang menyatakan
"kalau tak pandang perempuan nak pandang apa? xkan nak pandang lelaki kot?"
"dah orang tunjuk, pandanglah. rezeki kot"
"siapa suruh dia pakai macam tu, aku pandanglah"
"dah dia lalu depan aku, xkan nak pejam mata kot"

haah betul.
susah betul nak 'tak pandang' perempuan yang mendedahkan aurat.
tapi itu yang seharusnya dilakukan pun.
jangan pandang.
jangan pandang.
jangan pandang.
susah.

Tapi,
entah kenapa.
Muslimat yang bertutup rapi
dari atas sampai kebawah.

Seriusly, lelaki lagi cenderung untuk tidak melihatnya.
Sepatutnya,
Tengok je lah.
aurat dah tertutup sempurna.

Tapi agak-agaklah.
kan Baginda Rasulullah SAW bersabda kepada Saidina Ali k.w,
"Wahai Ali, janganlah kamu ikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua sesungguhnya bagi kamu yang pertama tetapi tidak yang kedua"

Yang first je rezeki.
Tapi boleh pulak sekarang ramai yang simpulkan.
first tu tengok lama-lama.
erk.

ok. back to the topic.

Pernah satu seminar ana memasuki dewan melalui pintu belakang dewan.
Dan alangkah terkejutnya kerusi belakang di penuhi muslimat
rata-rata berjilbab labuh dan ada yang berpurdah.
dan muslimin berada di bangku-bangku hadapan.

Ketika melalui lorong di tengah kelompok tersebut.
Berdesir sesuatu di dalam hati.
"jangan tengok kiri kanan, jangan tengok kiri kanan"

Tak tahu kenapa.
Padahal semua tertutup rapi,
tengok kemas semuanya.

Bukan tidak cantik.
Bukan tidak menarik.
Cuma kata hati diri seorang lelaki.
"Jangan tengok"

Maybe takut kena cop pervert.
Maybe nak dipandang baik sebab tunduk pandangan.
Maybe sebab intipati program tu sendiri.
Maybe rasa hormat pada wanita tersebut sendiri.

Tak tahu.
Apa yang pasti jawapan tu ada dalam setiap pemuda itu sendiri.
Tapi overall,
lelaki lagi senang jaga pandangan pada yang tertutup rapi.

Kan mutiara dalam kotak itu lebih berharga daripada mutiara yang dipamerkan.

Al Furqaan : 74. aminn ya rab.

Btw
Alhamdulillah.
Habis jugak baca.
satu lagi karya Habiburrahman.

pergi kedai.
rm 50 dapat Buku Sultan Muhammad Al-Fateh,
buku ni,
and Hadis 40 Imam Nawawi.
Jimat kot.

Buku ni bukan pasal cinta sangat pun.
lebih kepada Islam dan semangat belajar.

Tapi satu je x best.
cover dia feminin sangat for cetakan ke 15 ni.
segan nak bawak keluar.
haha

Tuesday, January 24, 2012

Pass!

Assalammualaikum wbt

exam dah dekat ni.
*termenung jauh*

hah? ye ke?
*terkejut!!*

ye la.
*optimis sikit*
pergi study!

study lah ni.
*penat tau tak?*

ok. all the best ye awak ^_^
*kucing wish pun jadila*

anyway.
may Allah with all of us.
InsyaAllah.

Ya Allah Ya Tuhan kami, rahmatMu yang sentiasa aku harapkan, 
kerana itu janganlah Engkau serahkan urusanku kepada diriku sendiri meskipun dalam sekelip mata,
perbaikilah urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.

aminn ya Rab.

usaha.tawakal.doa

'Hasbunallah wa ni' mal wakil.'

p/s : comel tak? haha

Saturday, January 21, 2012

Bateri Handset

Assalammualaikum wbt

alhamdulillah ketemu kembali.

Tujuan ana menulis bukanlah ingin menyatakan bahawa ana adalah yang terbaik.
Tapi ana berasa terpanggil untuk berkongsi atau mungkin menegur beberapa benda yang simple.
Yang kita terlepas pandang.

Ana mulakan dengan perkongsian satu hadis yang cukup terkenal

Hadis ke 13
Bersabda Nabi S.A.W : Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sama seperti dia mengasihi dirinya sendiri (Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Ternyata ana sangat kasih kepada diri ana.
Dan kalau boleh, ana mungkin mahukan yang terbaik untuk rakan-rakan seperti yang ana rasa.

Ok..
Kalau kita tengok sekarang,
Always, kita tulis benda-benda yang menunjukkan kelemahan diri kita
Kita tulis benda yang memalukan diri kita
Kita tweet benda yang memalukan diri kita
Kita hebohkan benda yang memalukan diri kita.

As example.
Twitter : Wargh....Subuh lambat pulak hari ni.!
Twitter : Bangun Subuh kejap..tidur balik la..
Twitter : Kenapa tangan aku ada kurap ni.??..
Facebook : Tak guna kau..lelaki penipu..bla3..
Blog : Hari ni keluar dating dengan Si Dia..Ouh bahagia.~~ lalala.
Contoh..

Tapi tulah hakikat..
We tend to tell everyone.
Every single thing that happen to us..
Where is our privacy????...

Tapi bukan privacy yang ana nak cakap.
Bukan twitter yang ana persalahkan.
Bukan facebook
Bukan blog.

Kita kena lihat.
Allah telah sempurnakan nikmat penjagaan yang terbaik kepada kita.
Malahan, penutupan kesalahan itu adalah rahmat.
And
Why, we should tell everybody,
Dosa or kelemahan diri kita..

Tak payah pergi jauh.
Kita ambil satu contoh mudah.

Tweet : Mengantuk la..Tidur balik lah lepas Subuh ni..
Tweet : Malasnya..bila la aku nak study ni??..
Tweet : Karaoke.!!! Yeayy!!..

Ada ana nampak.
Banyak kali..Banyak sangat

Ok..
Kalau ana nak pilih calon isteri.
Ok la bukan ana..

Contohla lelaki idaman korang.
Or girls idaman..
Yang menyimpan perasaan dalam diam..Cewah..haha

Dan dalam masa yang sama anda juga menyukainya..

Tapi bila tengok..
Tidur lepas Subuh..
Pemalas..

Agak-agak nak ke orang nak pinang or buat suami?

Uihhhh..Tido lepas Subuh tak breakfast aku kau tau!!!..

Mana boleh pergi kerja tak ada orang sarungkan tie.
Mana boleh pergi kerja tak ada orang suap makan.
Mana boleh pergi kerja tak ada orang salam cium tangan depan pintu.

Isteri mana?.
tidur..
gila tak best macam tu..

Tak salah nak tidur lepas Subuh sekali sekala kalau penat sangat study
Tak salah nak karaoke sekali sekala lepas tension

Tapi, cover benda yang mana kita boleh cover.
From maybe..
Our next future wife or husband.

Sekian. Dari future husband mu..^__^ hehe

Kan hidup kita ini umpama bateri handset
Bila kurang.
Charge.
Semoga sampai maksud apa yang cuba disampaikan. 
InsyaAllah

p/s : post ni bukan nak menggatal ke apa. Tapi hanya luahan apa yang terdapat di hati.


Monday, January 16, 2012

Pearl

Assalammualaikum wbt

Ana bangun hari ini dengan satu semangat yang sangat pelik rasanya.
Rasa tak sedap hati.

Bila kita mempunyai sesuatu tanggungjawab,
Haruslah kita menjalankan dengan baik.
Haruslah kita menggunakan kuasa kita sebaik mungkin.

Alhamdulillah,
Ana dikurniakan oleh Allah satu jawatan.
Jawatan untuk apa?
Jawatan untuk sekadar hiasan?.
Jawatan untuk sekadar kebanggaan?

Ya Allah.

Kita mempunyai jawatan dan lantas kita mempunyai kuasa.
Kita rasa diri kita mempunyai satu tanggungjawab untuk menegur.
Kerana?
Kerana kita adalah pemimpin.
Ya, paling kurang pemimpin terhadap diri sendiri.

Dalam menyampaikan apa yang kita rasa benar.
Dan sememangnya kita yakin apa kita buat itu benar.
Di sisi Allah dan di sisi manusia,
pasti kita akan mendengar kata-kata belakang.
Cakap-cakap manusia yang tidak berpuas hati dengan apa yang kita lakukan.
Walhal, itu adalah tanggungjawab kita.

Siapalah kita untuk memperbetul hati manusia?
Mereka yang telah diberi teguran tetapi tidak menerimanya adalah seperti

2:18
Mereka itu tuli, bisu, dan buta, maka tidaklah mereka kembali (kejalan yang benar)

nauzubillah

Sebagai contoh.
Meniru dalam exam.

Mungkin kita merasakan bahawa meniru dalam exam adalah satu perkara yang kecil.
Sangat kecil.
Kita merasakan tidak mengapa untuk kita sekadar meniru satu atau 2 jawapan.
(lain ya daripada TERnampak jawapan)

mungkin ini adalah satu dosa yang kecil.
mungkin ini adalah satu penipuan yang kecil.
mungkin ini adalah satu markah yang kecil.

Tapi ingatlah rakan-rakan ku..
Ingatlah kawan sebangsa ku.
Bangkitlah!

Dosa yang kecil
Penipuan yang kecil.
Akan mendorang kita untuk melakukan sesuatu yang lebih besar.
Akan mendorong kita melakukan dosa yang lebih besar.
Penipuan yang lebih besar.
Nauzubillah

Ya benar.
Maka tidak berlebihan jika ahli falsafah menyatakan bahawa
manusia seperti hayawanun natiqun.
binatang yang boleh berkata-kata.
Itulah definisi manusia yang mengikut nafsu sahaja.
Nafsu menjadi panglimanya, dan nafsu tidak hanya pada perempuan sahaja,
begitu kepada kemewahan dunia.


Orang yang dikendalikan oleh nafsunya ialah orang yang lengah,
orang yang tidak mempunyai rusyud, atau kesedaran yang penuh.
Orang seperti tu adalah orang yang mudah dicucuki syaitan dan dijerumuskan
dalam jurang kebinasaan dan kenestapaan


(petikan Dalam Mihrab Cinta : Habiburrahman El Shirazy)

sempat book review kejap.
Sebulan lebih nak menghabiskan novel dan mencerna
idea yang ada dalam ni
sebab tak banyak masa nak baca novel.
masa sebelum tidur best baca buku ni.

act bnyak lgi buku Habiburrahman yang dah baca.
nanti la book review.



Tuntasnya,

Sebagai seorang yang mempunyai jawatan
ana rasa tidak ada salahnya ana menegur anak-anak buah ana.
sementara ana diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan ini.

Orang yang berdakwah itu ibarat pokok yang dibaling dengan batu,
walau dibaling dengan batu, pohon itu tetap menggugurkan buah-buahan yang manis.
-Imam Hassan Al Bana

Mutiara, semakin dalam ia duduk di lautan,
semakin tinggi harganya
Semakin kurang dalam lautan tempat mutiara itu, semakin kurang harganya
Kerana mutiara yang dalam lautan itu mendapat tekanan yang kuat.
Semakin kuat tekanan diterimanya, semakin tinggi harganya.
Begitu juga manusia

Teruskanlah menyampaikan kebenaran.
Walaupun kamu rasa kamu termasuk dalam kelompok yang kecil.

Renung-renungkanlah buat semua.
Dan buat diri sendiri agar menjadi yang lebih baik.
InsyaAllah.

Sunday, January 1, 2012

Kematangan dan Kebebasan

Assalammualaikum wbt

Darsawarsa ini Mahasiswa Malaysia dikejutkan dengan berita seorang pelajar yang menurunkan bendara Perdana Menteri.

Ramai yang ana lihat tidak memahami situasi sebenar dan cuba untuk terus mencemuh kedua belah pihak sesuka hati.
Dengan nama Allah, tujuan ana tulis adalah untuk menyatakan pendapat secara umum dan tidak sama sekali bertujuan menyebelahi mana-mana pihak.

Ana di bawah tajaan dan sama sekali tidak layak untuk menceburi bidang politik
dengan darah setampuk pinang ini.
Tetapi tidak salahnya ana mengambil tahu isu semasa berkaitan AUKU dan apa sebenarnya yang terjadi.

Sebagai seorang pelajar,
Bagi ana tidakan saudara Adam haruslah ana puji kerana memiliki
satu sifat keberanian yang tidak dimiliki oleh semua orang.
Tahniah.

Tindakan Tun memperkenalkan AUKU juga harus ana puji
dengan tujuan untuk mengelakan mahasiswa Melayu mengurangkan fokus kepada
aktiviti politik.

Ana tidak mahu mengulas panjang kerana takut menimbulkan keraguan.
Dan kekeliruan dalam penafsiran apa yang cuba ana sampaikan.

Main point ana adalah segala tindakan yang kita ambil.
Mungkin perlu kita fikirkan akibat dan kesannya.

Suara semut perlu digabungkan supaya menjadi hebat!.
Ya..kerana orang di atas tidak akan menadah telinga untuk mendengar di lubang semut.

Tentunya ada saluran yang baik kalau kita ingin menegur.

Ana kongsikan sebuah pengalaman di mana ana pernah dicemuh kerana memarahi kem
komanden semasa awal tahun 2008.
kerana melakukan diskriminasi dalam mengajar.
Ana sound direct depan-depan.
Akibatnya?.
Ana didenda dengan teruk sampai ke pihak atasan.

Walhal?
Tujuan dan niat ana baik.
Tapi orang tak faham.

Then baru ana tahu.
Kalau ingin menegur, kita perlu gunakan saluran-saluran.
Kita yang masih baru mungkin terlalu kecil untuk menegur orang di atas.

All in all, ana bersyukur dengan apa yang ada sekarang.

Siapa tidak marah kalau bangsa dipermainkan?.
Siapa tidak marah kalau agama diperkotak-katikkan?
Siapa tidak marah kalau kebebasan dihadkan?
Semua orang marah.

Cuma, ada saluran yang perlu kita gunakan secara baik dan matang dalam membuat keputasan.
Tidakan pihak untuk menjemput Saudara Khairy Jamaluddin untuk berdiskusi dan berdebat di UM
adalah satu cara yang matured diambil dan ana sangat berbangga menjadi mahasiswa local uni.

Cukuplah dengan kes kahwin sesama jenis.
Cukuplah dengan kes yang sedia ada.

Semuanya bergantung kepada diri.
Ubah diri kita sendiri sebelum kita menegur orang lain.

"Janganlah pandang kepada siapa yang bercakap, tetapi dengarlah dengan apa yang dicakapkannya."


"Janganlah kita meremehkan perbuatan yang baik walau hanya sekadar senyuman"

Kesombongan tidak dapat bertahan dengan kesombongan-Hamka.

Jangan kamu fikirkan apa yang negara boleh buat untuk kamu, sebaliknya fikirlah apa yang kamu boleh buat untuk negara!

Bangga. Dan kini berusaha. Berubah menjadi lebih baik harapan buat semua. InsyaAllah.