Kawan-Kawan ^^

Monday, January 16, 2012

Pearl

Assalammualaikum wbt

Ana bangun hari ini dengan satu semangat yang sangat pelik rasanya.
Rasa tak sedap hati.

Bila kita mempunyai sesuatu tanggungjawab,
Haruslah kita menjalankan dengan baik.
Haruslah kita menggunakan kuasa kita sebaik mungkin.

Alhamdulillah,
Ana dikurniakan oleh Allah satu jawatan.
Jawatan untuk apa?
Jawatan untuk sekadar hiasan?.
Jawatan untuk sekadar kebanggaan?

Ya Allah.

Kita mempunyai jawatan dan lantas kita mempunyai kuasa.
Kita rasa diri kita mempunyai satu tanggungjawab untuk menegur.
Kerana?
Kerana kita adalah pemimpin.
Ya, paling kurang pemimpin terhadap diri sendiri.

Dalam menyampaikan apa yang kita rasa benar.
Dan sememangnya kita yakin apa kita buat itu benar.
Di sisi Allah dan di sisi manusia,
pasti kita akan mendengar kata-kata belakang.
Cakap-cakap manusia yang tidak berpuas hati dengan apa yang kita lakukan.
Walhal, itu adalah tanggungjawab kita.

Siapalah kita untuk memperbetul hati manusia?
Mereka yang telah diberi teguran tetapi tidak menerimanya adalah seperti

2:18
Mereka itu tuli, bisu, dan buta, maka tidaklah mereka kembali (kejalan yang benar)

nauzubillah

Sebagai contoh.
Meniru dalam exam.

Mungkin kita merasakan bahawa meniru dalam exam adalah satu perkara yang kecil.
Sangat kecil.
Kita merasakan tidak mengapa untuk kita sekadar meniru satu atau 2 jawapan.
(lain ya daripada TERnampak jawapan)

mungkin ini adalah satu dosa yang kecil.
mungkin ini adalah satu penipuan yang kecil.
mungkin ini adalah satu markah yang kecil.

Tapi ingatlah rakan-rakan ku..
Ingatlah kawan sebangsa ku.
Bangkitlah!

Dosa yang kecil
Penipuan yang kecil.
Akan mendorang kita untuk melakukan sesuatu yang lebih besar.
Akan mendorong kita melakukan dosa yang lebih besar.
Penipuan yang lebih besar.
Nauzubillah

Ya benar.
Maka tidak berlebihan jika ahli falsafah menyatakan bahawa
manusia seperti hayawanun natiqun.
binatang yang boleh berkata-kata.
Itulah definisi manusia yang mengikut nafsu sahaja.
Nafsu menjadi panglimanya, dan nafsu tidak hanya pada perempuan sahaja,
begitu kepada kemewahan dunia.


Orang yang dikendalikan oleh nafsunya ialah orang yang lengah,
orang yang tidak mempunyai rusyud, atau kesedaran yang penuh.
Orang seperti tu adalah orang yang mudah dicucuki syaitan dan dijerumuskan
dalam jurang kebinasaan dan kenestapaan


(petikan Dalam Mihrab Cinta : Habiburrahman El Shirazy)

sempat book review kejap.
Sebulan lebih nak menghabiskan novel dan mencerna
idea yang ada dalam ni
sebab tak banyak masa nak baca novel.
masa sebelum tidur best baca buku ni.

act bnyak lgi buku Habiburrahman yang dah baca.
nanti la book review.



Tuntasnya,

Sebagai seorang yang mempunyai jawatan
ana rasa tidak ada salahnya ana menegur anak-anak buah ana.
sementara ana diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan ini.

Orang yang berdakwah itu ibarat pokok yang dibaling dengan batu,
walau dibaling dengan batu, pohon itu tetap menggugurkan buah-buahan yang manis.
-Imam Hassan Al Bana

Mutiara, semakin dalam ia duduk di lautan,
semakin tinggi harganya
Semakin kurang dalam lautan tempat mutiara itu, semakin kurang harganya
Kerana mutiara yang dalam lautan itu mendapat tekanan yang kuat.
Semakin kuat tekanan diterimanya, semakin tinggi harganya.
Begitu juga manusia

Teruskanlah menyampaikan kebenaran.
Walaupun kamu rasa kamu termasuk dalam kelompok yang kecil.

Renung-renungkanlah buat semua.
Dan buat diri sendiri agar menjadi yang lebih baik.
InsyaAllah.

2 comments:

Anonymous said...

setuju..menuntut ilmu perlukan keberkatan, lagi-lagi keberkatan dr Allah. Agak-agaknya kalau meniru dalam exam tu nak ke Allah sertakan keberkatan bersama dgn kita?

btw, buku habiburrahman semua sgt best kan.. tp tebal (skrg tak sempat nk baca)huhu. Bumi Cinta is the latest kot, best juga. (:

Muhammad Zaiasraf bin Zainurin said...

yup. betul tu kak iman :)

haah..serius best..dah baca kcb 1, kcb 2..dalam mihrab cinta ni ke 3..nanti nak cari lain pulak..IA

act semua tu ambil from almari mak je..^^