Kawan-Kawan ^^

Thursday, October 4, 2012

Chance. Improve! ^_^

Assalammualaikum wbt

Jangan sesekali kita ditipu oleh syaitan yang sentiasa mengutuk kita sebagai 'tidak cukup baik', 'tidak cukup soleh' dan 'belum cukup ilmu' serta seratus ribu satu macam alasan lain lagi. Pastikan semua bisikan itu diharungi dengan keazaman yang tinggi untuk memadamkannya.

-Petikan buku Diari Musafir Jangan Berhenti 'Berlari' oleh Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

Serba salah dengan keadaan diri yang merasakan diri tak cukup 
baik untuk menulis. Tapi tulisan ni sekali lagi ditegaskan adalah untuk
 tarbiah diri sendiri jugak sebab kan besar dosa orang yang menyeru 
kepada kebaikan yang dia sendiri tak lakukannya. 
Tapi kemurkaan Allah kan lagi besar to sesiapa yang melakukan 
kebaikan tetapi melupakan terus seruan kebaikan. So, pikir-pikirkan lah.

Alhamdulillah,
Nazar ana jika lepas Tahun 1 perubatan hampir terlaksana,
Ana bercadang nak adakan bulatan gembira sesama batch 
dengan junior sekali. Especially nak tarbiah housemate dengan
 rakan-rakan terdekat. Despite ada bulatan gembira sesama pelajar 
diploma di kolej uni ana ni.

Jelas sekali ana bukanlah berbackgroud from sekolah agama etc,
Ana juga dalam proses ditarbiah.
Dan ana akui kekurangan ilmu pada diri.

Tapi ana yakin yang ana perlu bijak mengambil segala peluang untuk berdakwah,
Jadi ana berkenalan dan menjemput salah seorang kenalan dari luar untuk 
conduct bulatan gembira baru kami sesama housemates terutamanya :)

Kalau buat jahat boleh nekad, kenapa tak buat baik kan?
So, why not?. =')

Dan sengaja ana lepaskan jawatan sebagai Presiden batch,
Untuk ana dapat fokuskan pada aktiviti dakwah dan tarbiah campus.

Bukan ana tak boleh handle pelbagai jawatan dalam sesuatu masa,
Cuma ana perlu utamakan dahulu prioriti yang lebih utama,
Mula menapak, develops skills,
Dan mungkin boleh berani melakukan banyak kerja disamping study perubatan.

Dan mungkin kalau ada masa, ana cadang nak bantu junior dalam study,
Sebab dalam masa yang sama, ilmu perubatan tahun satu ana tak hilang
So, lepas ni ana harap dapat susun balik jadual,
Sebab ni salah satu peluang tarbiah sekali bila diorang dan selesa dan ada peluang.
Kan? Hehe.

Sangat cemburu dengan rakan-rakan course lain,
Ana harus sacrifice lebih pada tahun ini untuk pembangunan diri sendiri,
Dan develop skills sendiri sekali.

Lepas ni, kalau diberi peluang sekali lagi dalam kepimpinan di Tahun 3 dan seterusnya,
InsyaAllah ana lebih bersedia dengan ilmu, pengalaman, dan kebolehan membahagi masa 
Dan stress management yang baik.

Sebab lagi busy seseorang, lagi bagus dia manage diri kan?

Semoga ana kekal istiqamah bersama rakan seperjuangan
Dalam membentuk akidah untuk mejadi seorang doktor muslim yang hebat!
yup! Tu cita-cita ana!

Mintak maaf dengan rakan-rakan jika ana kelihatan agak tegas sometimes,
kurang tegur or senyum, Kalau korang tegur dan approach ana dulu,
Tak ada masalah kita nak borak-borak ok?

Mintak maaf sebab terlalu serious dalam aktivi seharian jugak.

Kalau dulu ana mengangis tak dapat pergi overseas kerana tarbiah,
Kini ana boleh tersenyum dengan susunan tarbiah yang boleh ana cari,
dan ana laksanakan sebaik mungkin mengikut kemampuan dan kreativiti ana tersendiri.

Itu cita-cita ana pada tahun ini.
To kawan-kawan yang ana jarang tegur, nasihat ana, approach dan kita boleh 
sembang-sembang tak ada masalah. =)

Minta teguran jika nampak ana lakukan dosa dan buat silap.

Btw,

Disamping aktiviti lain yang sibuk, ana kena kekal sihat kan?
Hehe. *skema nau ni*

Jadi ana buat something yang ana suka!
Outdoor activities!!

Kalau dulu ana selalu dengan camping, rowing, hiking
main kayak melaka,
kali ni ana memilih mountain biking sebagai aktiviti sampingan.

Sangat best sebab ada masa nak main mountain biking!
Tapi sekarang ana more to jalan off roads and cross country dulu
Sebab nak bina balik stamina dan shape badan yang dah hilang.

=)

Mountain bike ana =)

Padding, helmet, & back lights,

p/s : ana harap nanti boleh buat satu post pasal mountain biking. Price, pemilihan basikal, safety dan sebagainya pulak. hehe.

Kena cari masa update blog lebih sikit lepas ni.


No comments: