Ana menoleh. Memandang. Sambil menganggat kening. muka malas.
"Kalau harimau kan mengaumkan along? Kambing Mengembek..Kerbau menguak."
"Haah. Iye la tu. Dah tu kenapa?" Tanya ana.
"Kalau anjing apa eh along?."suara comel lagi
"Rasa-rasa apa?.." saja je nak tengok dia jawab apa.
"Entah..menganjing eh?" Dan diikuti gelak tawa daripada adik-adik yang lain.
-.-
"Bukan menganjing lah sayang, menyalak jawapan dia~" sambil tersengih macam kerang busuk.
Lepas tu terus dia sengih-sengih sambil buat muka blur. sambil jawab.."oooo"
=)
..............
Tu adik bongsu ana. Rindu gila.. ='(
Kalau kira-kira jumlah cuti. Raya sebelum ni pun ana balik masa 27 Ramadan.
Sebab kena jawab exam.
Raya sekejap. Lepas tu terus ke Penang semula menyambung
pengajian di Tahun 2.
Dan raya haji kali ini. Tak dapat balik jugak sebab exam.
"Orang lelaki mana balik rumah selalu, dia akan pergi merantau.
Baru nama orang muda. Cari ilmu. Cari Pengalaman"
Teringiang-ngiang kata-kata head prefect sekolah ibu kepada ana
semasa ana teman beliau ke reunion alumni sekolahnya.
Fikir-fikir balik, kawan-kawan yang duduk overseas lagi jarang balik.
Tapi diorang cuti lama. hati cuba membentak.
Alah sebenarnya you also supposed to have a long holiday.
But...
Tak apa lah. Pengalaman.
Latih diri. Rindu Family.
Tak apa. Allah ada. =')
Sekarang ni. Latih diri. Kumpul sebanyak mana ilmu yang boleh.
Latih diri. Develop pre-clinical skills sebagus mana yang boleh.
Kena push harder kali ni.
Sebab nak jadi doktor hebat, asas kena kuat kan?.*tiba-tiba semangat!*
Orang yang berjaya, akalnya tidak tergugat dengan nafsunya. Kesabaranya
tidak tergugat oleh kelemahan dirinya, dan tidak terpedaya oleh hasutan serta
tidak disibukkan oleh seusatu yang tidak bermanfaat.
Dr 'Aidh Abdullah Al Qarni
Nak jadi orang berjaya kan?
Kenangan di rumah nenek.
Adik bongsu.
Satu-satunya perempuan among 5 siblings.
No comments:
Post a Comment