Kawan-Kawan ^^

Thursday, July 10, 2014

Elektif

Assalammualaikum wbt

Sebelum mulakan post kali ni. Jom kita tembak doa untuk Gaza kejap :'( Moga Allah bantu dan lindungi saudara-saudara kita di sana. Jangan lupa bokot juga ya! (walaupun dah jadi trending dekat facebook, tak salah kalau aku nak ingatkan dekat sini kan. )

Sebenarnya, tujuan post kali ni adalah sebab nak cerita pasal elektif posting yang sedang dibuat sekarang ni. Kenapa kena buat, apa yang aku buat, kenapa pilih elektif ni etc etc. (ohoi walaupun kena buat report, tapi rajin jugak nak menulis dekat sini)

Macam kawan-kawan lain sekarang semua sibuk dengan internship, aku sibuk dengan elektif posting. Posting elektif ni tujuannya nak penuhkan masa cuti kalau korang tak ada resit any postings. (alhamdulillah). Korang boleh pilih apa-apa je aktiviti kemasyarakatan atau aktiviti yang bantu orang. (Err. Semua benda pun tolong orang. Eh). Tapi benda ni adalah salah satu syarat wajib sebelum grad.

Setelah buat beberapa pertimbangan, akhirnya aku pilih join unit kaunseling sekolah rendah. Dekat sini aku bagi kaunseling dengan nasihat untuk UPSR, sebelum alam sekolah menengah, peluang kerjaya (walaupun diorang ni baru darjah 6. muahaha), hubungan dengan mak ayah, dengan cikgu, kawan sebaya dan sebagainya ikut kesesuaian kelas kecemerlangan student. Lepas tu, buat personal counselling dengan adik-adik yang lemah certain subjects dengan bagi sikit teknik-teknik belajar. (eceh!) Harapnya ada la kesan dekat adik-adik. InshaAllah lagi seminggu lagi habis personal counselling.

Asalnya nak buat posting dekat Hospital Besar Melaka, kalau boleh nak join surgical atau ortho department. Saja nak belajar lebih sikit masa cuti ni. (eh biarlah! aku suka duduk hospital.problem? haha). Tapi kebetulan masa tu aku pergi melawat cikgu yang kena cancer tengah buat chemo dekat hospital melaka. She was diagnosed with ruptured retroperitoneal leiyomyosarcoma. (one type of smooth muscle cancer). Cikgu tu la ajak tolong buat kaunseling dekat sekolah rendah. Dan sekarang ni cikgu sekolah menengah (sekolah dari form 1- form 3) pun ada sorang diagnosed with lung cancer. Allah..Selepas pergi melawat sekejap sehari sekolah menengah, cikgu-cikgu pun tanya, taknak buat program pendedahan kerjaya ke, kaunseling ke, jadi cikgu ganti ke dekat sekolah menengah pulak? (inshaAllah kalau ada kelapangan masa. Memang lapang pun masa cuti ni! huhu)

Tapi seronok jugak dapat jalan-jalan dekat sekolah rendah (yang ditinggal selama 10 tahun!) dan sekolah menengah rendah ( yang ditinggal selama 7 tahun!). Jalan dekat corridor, teringat dan monolog sendiri sorang-sorang, "mural ni dulu aku yang cat, tak sangka ada lagi" "cendawan batu yang aku panjat masa darjah 1 ni pun ada lagi" "corridor pergi library ni tetap tak berubah" "eh, sejak bila ada tennis court?" dan banyak lagi memori-memori sekolah rendah dan mengengah rendah bermain dalam kepala. Seronok!

Dan paling best bila teringat 1 tips dari blog Dr Harlina :

SURVIVAL TIPS FOR MEDICAL STUDENTS: Tip no. 28 - Return to your old schools if you have the opportunities to do so. Meet up your old teachers and motivate the juniors to follow your footsteps. Walk down those familiar corridors and bring back good memories, of how confident and enthusiastic you were feeling, once upon a time! Wonder where have all those feelings gone to? When did you exactly lose them? Work hard to regain those feelings.

(btw, I dont ask the juniors to follow my footsteps :P)

Dan masa ni korang rasa "dah tua rupanya aku ni" bila tengok your teachers sekarang dah beruban, yang dulu anak dara sekarang dah macam makcik-makcik (opss..hehe. gurau cikgu), anak-anak yang cikgu bawak dulu masa zaman korang sekolah semua dah besar-besar. Korang akan rasa "cepatnya masa berlalu"

Dan harapannya, dengan sikit perkongsian dengan juniors ni, aku dapat improve sikit soft skills in term of communications with different crowd which are budak sekolah pulak. Dan dapat improve soft skills giving out motivations to people.

Overall, jadi medical student ni seronok sebenarnya. :)

belum sempat lagi nak snap picture banyak-banyak.

No comments: