Kawan-Kawan ^^

Monday, July 7, 2014

Soalan

Assalammualaikum wbt

Alright. Post pertama di bulan puasa.

Cuti-cuti ni tak banyak pun pergi jalan-jalan mana. Banyak masa dihabiskan dengan elektif posting pada sebelah paginya, dan rutin harian dekat rumah (rahsia! haha)

Seminggu cuti dah dihabiskan dulu dengan jalan-jalan seluruh semenanjung Malaysia kecuali perlis. Tapi aku tak minat nak tulis pasal blog travel bagai ni. (malas upload gambar bebanyak..) So, tak payah dulu boleh? haha. Ada jugak request suruh tulis blog regarding posting public health. (banyak sangat benda nak tulis kot!)

Tapi kali ni, aku nak cakap pasal benda lain.
Regarding soalan-soalan yang diajukan dekat aku. Haaa.

Contoh : Abang dah kawin? (wakakaka)

Taklah! Contoh soalannya.

"kalau mata pedih sebab apa eh?"
"semalam aku jatuh, lepas tu aku rasa kepala aku pening. Bahaya tak?"
"kalau berak berdarah, lepas tu tak nak pergi klinik. Ada tak cara nak hilangkan?"
"kalau kena gigit semut nak buat apa eh?"
"kalau muscle gerak-gerak selalu tu kenapa eh?"
Bagi contoh ubat apa-apa "err, boleh tolong explain contents ni?"
"kalau selalu sakit-sakit dada, sebab apa eh?"
"along tengok baby ni, kuning tak?"
"kenapa eh kalau uri melekat dekat dalam tu. Kenapa boleh jadi?"
dan banyak lagi lah...

Honestly, ada benda yang aku boleh jawab, ada benda yang aku main teka je, dan ada benda yang aku langsung tak tahu! (huhu)

For example, semut tu. Mana la nak tahu kena gigit semut nak buat apa -.-  Err. sapu minyak gamat?

Let see. "semalam aku jatuh, lepas tu kepala aku pening. Bahaya tak?"
Takkan aku nak jawab. "try pergi buat CT scan..."

Lepas tu soalan-soalan random yang tersangatlah general. . Kalau in short conversation, benda tu pop-out tiba-tiba, memang sangat susah kau nak bagi nasihat and nak bagitahu kenapa.

Kau mesti tahu bila? rasa macam mana? sakit tu pergi tempat lain ke tak? buat apa masa sakit tu? ada try makan ubat? ada demam? ada masalah lain? ada? ada? ada?
Banyak kot nak kena tanya.

Dan diorang expect you can give them diagnosis what happen to them.

dan paling tak boleh blah. Bila kau soal lebih2 nak cari diagnosis 'konon-kononnya'  dan at last "entah, ni kawan aku yang kena" T.T

Dan kadang-kadang benda yang aku fikir tu, beyond penyakit yang ditanya tu.
"it is cancer?"
"pneumonia kot"
"pancreatitis"

"sakit kepala selalu kenapa eh?"
banyak kot boleh!
headache, migraine, infection, surrounding, physco..bla3..
macam mana nak jawab????

Semua benda yang ditanya ni ada yang random. Dan ada jugak yang serious aku perasan. Dan kalau yang serious tu, memang nak kena tanya betul-betul.

Tahu tak nak buat diagnosis ni bukan setakat cakap sepatah, then kau boleh tahu.."oooo..sakit ni haaaaa"
In order to make diagnosis, kau kena tanya pesakit tu betul-betul, lepas tu kena buat physical examination, lepas tu kena buat basic lab test. Then kena buat confirmatory test.

Then baru la boleh buat diagnosis. Tu pun kadang-kadang salah.

Tu sebab la kalau macam aku rasa macam teruk je. Aku akan cakap.

"pergi hospital" or "pergi klinik"
Bukan tak reti nak jawab, cuma setakat ilmu yang ada, banyak sangat benda tak tahu.

Lagi-lagi macam benda yang nampak simple. Kena gigit semut. Terbatasnya ilmu common sense kehidupan seharian ni.

Mintak maaf sangat, sangat kalau tak dapat jawab soalan yang diajukan. Ilmu sebagai pelajar perubatan ni masih lagi sikit sangat rasanya. :'(

Any idea how to improve? Google? haha


2 comments: