Kawan-Kawan ^^

Saturday, October 6, 2012

Choose you!

Assalammualaikum wbt

Setelah melakukan beberapa pembacaan, bacaan sendiri, dan hadiri
program, barulah ana menemui jawapan kepada persoalan yang
setelah sekian lama bermain di benak.

Persoalan suatu masa dahulu di group discussion semasa Pra Perubatan.

Seorang lecturer ana tanya tentang poligami. Lecturer merupakan
seorang Kristian Katolik rasanya. Anyway,tak kisah la katolik ke tak,
yang penting dia Kristian and dia mempersoal tentang isu poligami kepada
 kami. Dan alangkah malangnya ana tidak mempunyai jawapan pada masa tu untuk
explain dengan baik kepada dia tentang sebab poligami.
Satu peluang dakwah dah terlepas ='(

Btw post ni bukan bertujuan nak pasang ramai-ramai pun eh. Sila baca
sampai habis =) satu pun susah nak cari. haha

"Kenapa lelaki muslim boleh kahwin banyak? Kenapa perempuan tak 
boleh? Di mana keadilan Islam macam tu?"

"Kan sekarang ni orang amalkan hak sama rata, lelaki dan perempuan.
Tapi kenapa bila orang Islam solat, lelaki kat depan? perempuan duduk belakang?"

"Kenapa aurat perempuan lagi banyak daripada lelaki Islam? Kesian perempuan rimas. Di mana kebebasan wanita?"

"Tak ke perempuan jealous jika suami dia bersama perempuan lain?"

Lebih kurang macam ni lah soalan-soalan yang dilontarkan.
Dan sengaja ana tambah soalan lain yang mungkin boleh relate dengan
topic kali ini.

Agak-agak kenapa?
Kalau Islam itu adil. Di mana keadilannya di situ?

Haa..cuba fikir!

Dah penat dah garu kepala? Ewah, bajet terror pulak.

Jom kita kupas isu ni. *nada semangat >.<*

Cuba bayangkan situasi ni. Bayangkan tau.
Seorang perompak datang ke rumah anda. Dan anda adalah seorang lelaki
yang gagah lagi perkasa. (macam ana..muahaha)

Apa yang akan anda lakukan?
Kalau ana, sudah tentulah ana akan pukul perompak tu,
Pergi lawan ke
Pergi halau ke
Ye lah orang gagah lagi perkasa la katakan. wekk.

Ok kali ni sebagai seorang lelaki yang 'adil dan saksama',
Untuk menuntut hak keadilan dan kesama rataan terhadap wanita,
Kali ni dengan 'cerdik lagi bijaksana' ana cakap kat isteri
cewah, berangan kejap. sila jangan jealous.

"Sayang, kali ni abang nak bagi keadilan terhadap wanita,
Dan hak sama rata. Abang rasa macam abang nak susukan anak kita,
sayang pergi lawan dengan perompak tu. Abang takut lah sayang. ok yang ni 
serious geli"

Baik tak ana?
Baik lah kan?..kata nak hak kesamarataan~
Sama rata lah tu kan?

ngaa.

Lelaki dan wanita bukan setaraf.
Tetapi lelaki dan wanita itu saling melengkapi.
cewah!!

serious.
Lelaki tertarik kepada wanita sebab sifat kewanitaan seorang wanita.
wanita sukakan sifat kelakian seorang lelaki.

Lelaki dan wanita macam botol dengan penutup.
Macam baju dengan seluar.
Macam sepasang selipar.
Macam electrons and protons.
Saling memerlukan.

Bukan saling bersaing untuk melihat golongan mana yang
lebih hebat!
macam negara barat uar-uarkan!

"Wanita itu adalah pakaian bagi lelaki, dan lelaki itu adalah pakaian bagi
wanita." (2:187)
See?

Berkenaan isu poligami,
Sebenarnya orang Melayu ni bangga sangat bila ada banyak isteri.
Dia tengok benda ni macam seronok.
Dan sebagai indikator kemegahan dan kegagahan mereka.

Kesiannya? Wanita.

Hikmah poligami ana tak nak ulas. Sebab panjang sangat.
Walaupun ana dah baca. Pening kepala dibuatnya.

Tapi ana lagi berminat dengan isu monogami.
Sebab isu tanggungjawab.

"Tidak dinafikan berkahwin satu (monogami) adalah lebih baik 
untuk mengelakkan kepayahan di dunia dan balasan di akhirat."
(Rujuk buku Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan,
karya Prof. Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi)

Hukum asal poligami adalah harus, bukan sunnah.

Kesian dekat isteri yang dipaksa sain kontrak kawin lagi,
Diugut ditinggalkan jika melawan,
Dan sebagainya. Alasan nusyuz dan sebagainya.

Kesian.Kesian.Kesian. (gaya upin ipin)bajet comel kejap boleh? haha

Jadi, poligami bukanlah isu pun. Cuma orang Islam sometimes make
poligami sebagai kemegahan diorang pulak.

Berlainan dengan orang yang betul-betul hendak menolong,
Isteri sakit dan sebagainya.

Memang susah lelaki nak bahagikan kesetiaannya kepada 2.
sebab kan Allah pun dah mention that.

"Allah tak menjadikan seorang lelaki mempunyai 2 hati dalam rongga dadanya" (33:44)

Rasullullah sendiri tidak pernah menduakan isteri pertamanya,
Khadijah r.ha.

Saidatina Fatimah tidak pernak dimadukan oleh Saidina Ali
sepanjang hayatnya.

sweetkan?rasa manis sebab makan gula-gula. lala

Anyway, janganlah terpengaruh dengan agenda Barat.
And also Asia sendiri pun macam rosak je -.-
eh bukan macam rosak.
memang rosak pun!

Macam gangnam, k-pop. tiba-tiba.eh

Jangan terpengaruh dengan soalan-soalan menjatuhkan Islam,
Jangan terpengaruh dengan menuntut hak kesamarataan,
Sebab lelaki ada kelebihan, perempuan pun ada kelebihan
tersendiri.

Sebab tu, nak amalkan monogami,
kena pilih yang betul-betul.
Bukan main-main!

So, biar memilih, asal tak salah pilih kan?
monogami.

"Kecintaan kamu kepada sesuatu membuatkan kamu buta 
dan tuli" (Riwayat Ahmad)

so, masa study ni, better study betul-betul.
Nanti masa dia akan datang. adalah tu.

Jangan rushing.

p/s : sangat berharap dapat sampaikan dengan baik kepada lecturer ana tu
berkenaan ini. Sebab kesian dia ceraikan isteri 1st sebab nak kahwin dengan 2nd.
Apalah nasib isteri 1st dia tu.

saja letak gambar hiasan ni.
setakat ni.
belum gatal nak bernikah pun.

memang sampai bila-bila pun tak perfect.
Tapi at least boleh improve kan?

memang duit boleh cari,
dan bukan semua benda boleh dibeli dengan duit.
Tapi semua benda sekarang perlu guna duit.
even masuk toilet pun kena duit!
simpan duit.simpan duit.simpan duit! 

faham tak? erk


ok lah. sekian.



Thursday, October 4, 2012

Chance. Improve! ^_^

Assalammualaikum wbt

Jangan sesekali kita ditipu oleh syaitan yang sentiasa mengutuk kita sebagai 'tidak cukup baik', 'tidak cukup soleh' dan 'belum cukup ilmu' serta seratus ribu satu macam alasan lain lagi. Pastikan semua bisikan itu diharungi dengan keazaman yang tinggi untuk memadamkannya.

-Petikan buku Diari Musafir Jangan Berhenti 'Berlari' oleh Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

Serba salah dengan keadaan diri yang merasakan diri tak cukup 
baik untuk menulis. Tapi tulisan ni sekali lagi ditegaskan adalah untuk
 tarbiah diri sendiri jugak sebab kan besar dosa orang yang menyeru 
kepada kebaikan yang dia sendiri tak lakukannya. 
Tapi kemurkaan Allah kan lagi besar to sesiapa yang melakukan 
kebaikan tetapi melupakan terus seruan kebaikan. So, pikir-pikirkan lah.

Alhamdulillah,
Nazar ana jika lepas Tahun 1 perubatan hampir terlaksana,
Ana bercadang nak adakan bulatan gembira sesama batch 
dengan junior sekali. Especially nak tarbiah housemate dengan
 rakan-rakan terdekat. Despite ada bulatan gembira sesama pelajar 
diploma di kolej uni ana ni.

Jelas sekali ana bukanlah berbackgroud from sekolah agama etc,
Ana juga dalam proses ditarbiah.
Dan ana akui kekurangan ilmu pada diri.

Tapi ana yakin yang ana perlu bijak mengambil segala peluang untuk berdakwah,
Jadi ana berkenalan dan menjemput salah seorang kenalan dari luar untuk 
conduct bulatan gembira baru kami sesama housemates terutamanya :)

Kalau buat jahat boleh nekad, kenapa tak buat baik kan?
So, why not?. =')

Dan sengaja ana lepaskan jawatan sebagai Presiden batch,
Untuk ana dapat fokuskan pada aktiviti dakwah dan tarbiah campus.

Bukan ana tak boleh handle pelbagai jawatan dalam sesuatu masa,
Cuma ana perlu utamakan dahulu prioriti yang lebih utama,
Mula menapak, develops skills,
Dan mungkin boleh berani melakukan banyak kerja disamping study perubatan.

Dan mungkin kalau ada masa, ana cadang nak bantu junior dalam study,
Sebab dalam masa yang sama, ilmu perubatan tahun satu ana tak hilang
So, lepas ni ana harap dapat susun balik jadual,
Sebab ni salah satu peluang tarbiah sekali bila diorang dan selesa dan ada peluang.
Kan? Hehe.

Sangat cemburu dengan rakan-rakan course lain,
Ana harus sacrifice lebih pada tahun ini untuk pembangunan diri sendiri,
Dan develop skills sendiri sekali.

Lepas ni, kalau diberi peluang sekali lagi dalam kepimpinan di Tahun 3 dan seterusnya,
InsyaAllah ana lebih bersedia dengan ilmu, pengalaman, dan kebolehan membahagi masa 
Dan stress management yang baik.

Sebab lagi busy seseorang, lagi bagus dia manage diri kan?

Semoga ana kekal istiqamah bersama rakan seperjuangan
Dalam membentuk akidah untuk mejadi seorang doktor muslim yang hebat!
yup! Tu cita-cita ana!

Mintak maaf dengan rakan-rakan jika ana kelihatan agak tegas sometimes,
kurang tegur or senyum, Kalau korang tegur dan approach ana dulu,
Tak ada masalah kita nak borak-borak ok?

Mintak maaf sebab terlalu serious dalam aktivi seharian jugak.

Kalau dulu ana mengangis tak dapat pergi overseas kerana tarbiah,
Kini ana boleh tersenyum dengan susunan tarbiah yang boleh ana cari,
dan ana laksanakan sebaik mungkin mengikut kemampuan dan kreativiti ana tersendiri.

Itu cita-cita ana pada tahun ini.
To kawan-kawan yang ana jarang tegur, nasihat ana, approach dan kita boleh 
sembang-sembang tak ada masalah. =)

Minta teguran jika nampak ana lakukan dosa dan buat silap.

Btw,

Disamping aktiviti lain yang sibuk, ana kena kekal sihat kan?
Hehe. *skema nau ni*

Jadi ana buat something yang ana suka!
Outdoor activities!!

Kalau dulu ana selalu dengan camping, rowing, hiking
main kayak melaka,
kali ni ana memilih mountain biking sebagai aktiviti sampingan.

Sangat best sebab ada masa nak main mountain biking!
Tapi sekarang ana more to jalan off roads and cross country dulu
Sebab nak bina balik stamina dan shape badan yang dah hilang.

=)

Mountain bike ana =)

Padding, helmet, & back lights,

p/s : ana harap nanti boleh buat satu post pasal mountain biking. Price, pemilihan basikal, safety dan sebagainya pulak. hehe.

Kena cari masa update blog lebih sikit lepas ni.


Tuesday, September 25, 2012

Birthday. Makin matured. Thanks to All! =)

Assalammualaikum wbt and hye everyone

Maksud sabda Rasullullah saw : " Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan 
umur dan mencegah mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan
sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya" (H.R Tabrani)

Rasulullah SAW bersabda :" Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur,
maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim." (riwayat al Bukhari dan Muslim)

sangat terkesan di hati bila dapat contoh wish macam ni di wall FB ana.
dan pelbagai doa, harapan, penghargaan semua yang di tulis di wall FB
buat ana rasa sangat dihargai oleh ibu bapa, adik beradik, saudara-mara,
cikgu-cikgu, lecturer, rakan-rakan, staf uni pun ada, dan semuanya lah!

MasyaAllah terima kasih sangat-sangat kepada semua.
Mintak maaf ana tak dapat nak reply one by one.
Tapi kalau korang sudi baca blog ni.
You guys are really special to me =')

Ana dengan rasa rendah diri mintak ampun maaf,
sebab jarang ana dapat wish birthday orang.
Sebab faktor busy dengan program dan exam yang
datang bertali arus..
keep on come and go.

Tak dapat nak spent masa check birthday sorang-sorang.
Bagi nasihat.
Jealous sangat.
Dan malu sangat kat korang. -.-"

Mintak maaf sangat-sangat.
Terima kasih sebab ingat dan menghargai
ana sebagai seorang anak, saudara, kawan dan sebagainya.

Terima kasih sangat-sangat. Sayang korang kerana Allah =')

Berada di lingkungan 20.
Ana harap 20-an ini
ana dapat capai cita-cita menjadi doktor for ummah.

Jadikan diri lebih berdisiplin untuk memimpin masyarakat,
Jadikan diri lebih bersedia untuk terus berusaha memajukan diri,

Latih diri untuk menjadi imam yang baik,
Latih diri untuk lebih menghargai orang lain,
Latih diri jadi "tak garang" sangat
Latih diri untuk kawal emosi
Latih diri untuk kawal stress

May Allah ease my way to become a great doctor soon.
May Allah ease my way to do dakwah to all
May Allah give me a pure heart to do all these.
Aminn ya rabb.

p/s : thanks for reading. Sorry because too busy chasing my dream
Final module for Blood and Lymph is coming

May Allah bless all of you
I love all of you because of Allah. again =)
Thanks

budak kecik ni...

dah jadi ni.
tanggungjawab makin besar.
may Allah ease my 2nd Year of Medicine.

aminn.


Sunday, September 23, 2012

Interfaith Program (Interaktif Dakwah Training) Feedback

Assalammualaikum wbt n sejahtera.

Sorry sebab lambat update regarding these.
1. Program Interfaith (Interaktif Dakwah Training)
2. Daurah Siri ke 3

Sorry sebab tak suka update in English..
prefer rojak..hehe.
Sebab rasanya susah nak create ayat yang berseni sikit..
Phrase English susah sikit nak gebang dan ayat yang bombastik.

Tapi ni quick update.
Sebab kena study banyak lagi ni.
=( jealous dengan orang course lain yang banyak masa nak berdakwah.

Sekarang ni ada masa untuk update pasal Interfaith.

Orait.

Kita selalu cepat melenting bila non Muslim hina agama kita.
Diorang buat filem hina Islam.
Pandang serong kat Islam.
etc.

Tapi pernah tak kita tau..
Pada kecil sampai la besar.
Diorang sering disuakan dengan provokasi terhadap Islam.?
Puluhan ribu buku cerita keburukan pasal Islam!.
Puluhan ribu!

Pernah tak kita datang dan cerita kat diorang pasal Islam?
Menjawab salah tanggapan terhadap Islam?

Selalu kalau kita tengok siapa yang lebih dekat dengan non Muslim?
Bila kita sebok dengan usrahnya, daurahnya, mukhayamnya.
Agak-agak, golongan yang macam mana selalu bergaul dengan non Muslim?

So, kalau dia ada kekeliruan tentang Islam.
Siapa yang akan diorang approach?
Dan kalau diorang approach tu just tau basic je?
Or orang yang langsung berterabur tentang Islam?

Kita buat dakwah fardiah, dakwah umum.
Tapi pernah tak kita buat dakwah to non Muslim?

Cara dan pendekatan.
Tau tak diorang sangat berminat bila kita tau tentang agama diorang?

Kita bincang dengan cara Ilmiah dan sebagai golongan terpelajar.
Bukan nak menghina agama diorang.
Jangan menghina.

Pernah terfikir konflik diorang.
follow up?

Or paling kurang..
Kita boleh create confusion in their relegion.
Sebab basic concept is logic.

Dan kalau korang belajar pasal agama lain.
memang tak akan goyong akidah.
Sebab yang benar akan sentiasa benar.

Tak perlu takut.

Dan memang sangat menarik belajar pasal agama lain.
Kita boleh menghargai nikmat Islam.
Dan betapa bersyukurnya berada dalam agama Islam.

Dan tu lah basic concept yang diketengahkan dalam program.
Interfaith dan Interaktif Dakwah Training.
Dengan Yuran sebanyak RM5 ( Student price)
Memang terlebih berbaloi..

Berbeza dengan interfaith dialogue.
Yang memakan masa 3 ke 4 jam sahaja.
dan sangat limited.

Program ni 2 hari..penuh di waktu pagi..
jam 9 sampai 5..
hanya belajar pasal agama lain, cara pendekatan, cara mematah hujah,
konflik agama, sejarah...Banyak sangat lah!

Belajar macam mana ada Katolik, Ortodoks,
Pecah lagi Protestant dan sebagainya.
Fuh.
Brapa banyak version Bible.
Contoh revise version..
Serious menarik!

Bukti dalam Bible, Veda dan sebagainya.
Dan pengamalan agama yang mereka lakukan.
Sangat menarik untuk mengkaji.
Sekali lagi diingatkan, bukan untuk menghina,
Tapi perbincangan dilakukan secara ilmiah

Sampai rasa nak beli Bible version Bahasa Melayu lagi..
hehe.
Kalau Veda ada bahasa Melayu pun menarik jugak..
Tapi tak tau la ada ke tak..

Brother Lim Jooi Soon, Brother Firdaus Wong dan Ustaz Amin.
seriously mereka sangat cool dan hebat.
Sebaris dengan Dr Zakir Naik jugak.

Ok ni je la dulu ye dapat update.
Sebab busy sikit sekarang ni.
Exam coming..

*mintak maaf x kemukakan fact yang kuat.
sebab just quick review dan pandangan sendiri apa yang ana dapat reflect about this programme.
Siri 2 nanti ana akan cuba giatkan lagi promosi.

Btw.
Doakan kami. Final blood and lymph module.
Be a good doctor for ummah soon.
aminn ya rabb.

sayangnya tak dapat pergi..
Sebab exam :(

Tuesday, September 18, 2012

Skills. Leadership. Study

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Tidak akan bergeser kaki anak adam (manusia) 
pada hari kiamat nanti di hadapan Rabbnya sampai
ditanya mengenai lima perkara :
1.umurnya untuk apa dihabiskan
2.masa mudanya untuk apa dihabiskan
3.hartanya dari mana dia dapatkan
4.dan dibelanjakan untuk apa harta tersebut
5.dan sudahkan dia beramal dengan ilmu yang dia ketahui.
(Riwayat al Tirmizi no.2340)

haaa..
orait..kalau kita tengok dan teliti one by one.
memang ternyata tanggungjawab masa muda ni
besar gila!

Dr. 'Aidh Abdullah Al Qarni dalam sebuah bukunya ada
menegaskan.
"Sesiapa yang bersungguh-sungguh pada usia mudanya, beliau
akan menjadi orang yang ternama (tokoh) pada usia
matangnya."

Ana pegang kata-kata ni dan kata-kata lain banyak yang sengaja
di tampal di tepi-tepi almari dan berdekatan meja study.
saja.
Kenapa?
Sukahati la!..meja aku..muahahaha.

orait.

13.9.2012(Khamis)-AJK AISA untuk jamuan hari raya.

14.9.2012(Jumaat)-Tolong conduct program orientation
pelajar baru

15-16.9.2012(Sabtu dan Ahad)
-Comparative Religions. (Interaktif Dakwah Training)

17.9.2012-Daurah Siri 3 (Program PEMBINA)
-Keperluan Dakwah, Dakwah Fardiah dan Latihan
Pengucapan umum.

Semasa program Interfaith
with brother Firdaus Wong.

Daurah Siri 3
communications skills dan dakwah fardiah.



5 hari terus.
Kurang rehat.
bila malam just dapat cover satu bab untuk module sekarang.
Terlalu penat. Lemahnya badan! Tak boleh macam ni lagi!


Final module (blood and lymph) tak sampai lagi 2 minggu.
MasyaAllah.

Tak apalah.
Berkorban masa dan tenaga sikit.
Bukan senang nak develop leadership skills ni.
Lebih-lebih lagi leadership skills in dakwah.

Banyak sifat-sifat dalam diri esp
kurang bersabar ni nak kena buang jauh-jauh.

Biarlah masa muda ni digunakan sebaik mungkin.
Nanti bila dah lagi sibuk, lagi susah.
kan? =')

Tak payah buang masa dengan perempuan yg belum
tentu jadi isteri,
Tak payah buang masa buat benda yang tak ada keuntungan
kepada diri.
Tak payah buang masa berangan yang tak menjadi.

Sekiranya kamu tahu apakah natijah,
nescaya kamu tidak akan tidur.
Jangan melepaskan peluang yang datang dan mensiakan kesempatan
yang berlegar di depan mata umpama tidurnya serigala di antara 
kambing-kambing.

ok.
insyaAllah cukup setakat ni dulu bahagian leadership dan dakwah skills.
study pulak lepas ni.

work hard! work hard! work hard!
doa! doa! doa!
Be smart =)
may Allah ease.

Saya tidak bodoh andai saya gagal selepas berdoa dan berusaha.
Itu suatu ujian yang akan meningkatkan diri saya di sisi-Nya.
Namun saya ternyata bodoh jika saya malas berdoa dan berusaha.
Syukurlah, saya telah menunjukkan kepada Allah SWT bahawa saya 
telah membayar dengan usaha dan doa.
-Ust Fatimah Syarha


Tak sampai lagi 2 minggu :(

p/s: biarlah tulisan ni dijadikan motivasi diri sendiri
untuk terus berusaha memaju diri.
dan dijadikan sindiran diri sendiri.
semasa leka dan alpa mengundang lagi.

Wednesday, September 12, 2012

Leceh gila jadi perempuan!!

Assalammualaikum wbt.

Baru sahaja selesai membaca berkaitan haid, istihadah dan nifas.
Banyak juga yang perlu difahami.
Ada dalam 53 pages inside Buku Fikah Perubatan Karya Dr Harmy dan rakan2
berkatian dari haid sampailah air ketuban (amniotic fluid)
Hukum solat, puasa, tawaf, membaca Al-Quran dan sebagainya
Berkenaan semua ni.

Fuh...
Masya-Allah. Banyak betul dugaan wanita.
Complicated. Lama jugak masa di ambil untuk mencerna benda-benda ni.
Apatah lagi not something that did not happened to my own body.
Besides, other activities and studies on blood and lymph module,
Alhamdulillah a new knowledge for me.

Penat ana fikir.
Macam mana kalau period time exam dan sebagainya.
Ish..susah gila jadi perempuan.

Agak-agak semua tahu ke beza antara haid dan istihadah?
Mesti ada pendedahan ni masa sekolah ke apa.
Ana tak tau.
Yang ana tau, tak pernah pulak come across all of these before.

Kalau istihadah wajib solat.
Haid keluar semasa solat dan sebagainya.
Macam sangat-sangat leceh.

Lepas tu kalau kat rumah.
Pagi-pagi siapkan sarapan. Bangun awal.
Kejutkan anak-anak.
Siapkan anak-anak ke sekolah
Gosok baju anak, baju suami.
Baju sendiri lagi. (yang berkerja selalunya)
Kadang-kadang lepas anak-anak pergi sekolah,
Masakkan sekali makanan tengah-hari terus.

Tak pun tengah hari tu balik kerja masak.
Kemas rumah sikit-sikit.
Pergi kerja balik.
Balik kerja, masak.
Layan suami dan anak-anak makan.
Tolong anak siapkan kerja sekolah (ajar)
Tidurkan anak-anak.

Tu tak kira kerja office yang bertimbun-timbun ke..
Apa ke.

These what I see for my entire life with my mom.
She is an accountant.
And I wonder,
Didn't she ever feel bored?

So, one day
Soalan cepu emas suddenly came out of my mouth.
Soalan cepu emas yang betul-betul mintak kena cepuk rasanya.
Hahaha.

erm.
"mak, mak tak pernah rasa bosan ke, penat ke, buat kerja rumah ni hari-hari.
erm, yelah, macam hari-hari asyik ulang benda yang sama je"

Agak-agak apa mak ana balas?

Dia sikit pun tak pernah rasa bosan.!
Sebab tu kan memang tanggungjawab.
MasyaAllah.

Hebatlah.!

Tu accountant.

Kalau doctor?
Kalau cikgu?
Kalau lawyer?
Macam mana eh?

Susahnya.
Dengan tekanan, ketidak selesaan semulajadi that come and go every months.
Tu belum kira pregnancy lagi kot!
MasyaAllah.

Lelaki lepak je.

Sebab tu tengok selalunya abah selalu basuh pinggan,
Masak bila mak demam,
And yang selalu basuh baju dan sidai baju memang abah.
Sebab kitorang just orang biasa-biasa.
Memang tak ada orang gaji ke apa.

So, I really respect my mom.
And every mother in this world should be proud of themselves.

And so do every girl that do make it in their study.
Sebab bagi ana.

"Leceh gila jadi perempuan!"

Dari Abdurrahman bin Auf r.a., Rasullullah SAW bersabda, " jika seseorang
perempuan mengerjagakan solat yang lima, puasa di bulan Ramadan,
memelihara kehormatannya dan taat kepada suaminya maka akan
dikatakan kepanya masuklah ke dalam syurga dari pintu mana sahaja engkau suka."
(Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrani)

Respect Y(^_^)Y

This is move lovely mak =)
She is an accountant.
She is a wife
She is a mother
And she is wonderful ^_^
She is my "special" girlfriend.

Kawan ana cakap.
Bila isteri kita tak suka mak kita.
That is one of the strong reason that can be use to divorce her.

InsyaAllah try to find someone who can take a good care of my mom =')



Monday, September 10, 2012

Exhausted.Enjoy

Assalammualaikum wbt dan salam ceria ^_^

Kejayaan yang sangat berharga diperoleh
melalui usaha keras, mengeluarkan keringat, 
air mata dan darah.
Kejayaan yang diperoleh dengan susah payah 
dan pengorbanan, sepertimana yang diperkatakan oleh
Abu Thayyib ; "Seaindainya tiada halangan,
maka semua manusia boleh jadi pemimpin.
Orang dermawan boleh menjadi fakir, dan 
Orang berani boleh menjadi pembunuh"

Alhamdulillah tahun 2 bermula dengan agak baik.
Walaupun ana masih belum rasa nikmat cuti.
Tapi tak apalah.
At least ana rasa momentum untuk terus berusaha
masih terlekat pada diri. InsyaAllah.

Mintak maaf sebab blog ana ni under construction sebenarnya.
Tu yang layout semua masih berterabur.
Hehe. *bajet best je*

Tahun 2 ana memilih untuk melepaskan kepimpinan sebagai
Presiden Batch.
Bukan untuk study semata.
Sebab rasa pelik kalau .
So, insyaAllah keringat boleh ana fokuskan ke
tempat-tempat lain insyaAllah.

"Tidur yang paling nyenyak adalah tidur dalam keletihan"

InsyaAllah pagi ni akan jumpa Pelajar Perubatan Tahun 1
Jadi usher.
*bukan usha eh*
alah lagi pun tak hensem pun sekarang ni.
Sure xde yang nak tersangkut-paut bagai.
Sebab botak..haha.
Ok xde kena mengena. Dah dah.

Tapi rasanya hari ni ana nak uruskan pasal bas
Untuk program Interaktif Dakwah Training.
InsyaAllah akan diadakan pada 15-16 September
Pasal comparative religion.
(nanti akan ana kongsikan)

Dan ada yang perlu diuruskan untuk
Program Rumah Terbuka Islamic Student Association.

Duh. 1st week dah sibuh dah ni.
2nd week belum tahu lagi macam mana.
End of 4th week dah final.
Cepatnya -.-

Masa rasa bergerak terlalu laju pulak.

Overall, alhamdulillah, 1st week sangat terisi.

Program PEMBINA
Persatuan Belia Islam Nasional
Sabtu
Program, penyebaran borang survey
berkatian akhlak remaja,
di UiTM dan AUCMS.
dan pembukaan keahlian baru PEMBINA
Sabtu lalu.

Ana kena buat survey di UiTM.
rasa akward sangat...
nanti boleh story-mory lain ye.

Dan...
Kami sempat jugak enjoy ^_^
Sementara awal-awal ni.
Nanti duk mengadap buku je.
Kesian tau tak? Ngaaa.. =p

Penang Hill babeh ^_^


Tinggi~~
gayat-gayat.

Kali ke dua naik pun eksited jugak.

At the top ^_^


Dan posing-posing macho kami.
Ahaks.
*muntah*










jangan lupa solat

Dan gambar-gambar ni
Di"curi" dari roomate ana.
Reza namanya. ^_^

Nasihat ana,
enjoy semasa study.
buat benda yang kita suka
tapi jangan melampau sangat enjoy
dan study elok-elok.

Study je 24 Hours memang boleh gila dan tak ada life.
Perlu study dan perlu enjoy
dalam batas-batas agama.

To dia. cukup skema dah boh.
Cukup la dulu naa.
Cheq nak buat kherja.
*buruk gila bunyi orang Melaka cakap penang ni*
hahaha