Kawan-Kawan ^^

Tuesday, January 24, 2012

Pass!

Assalammualaikum wbt

exam dah dekat ni.
*termenung jauh*

hah? ye ke?
*terkejut!!*

ye la.
*optimis sikit*
pergi study!

study lah ni.
*penat tau tak?*

ok. all the best ye awak ^_^
*kucing wish pun jadila*

anyway.
may Allah with all of us.
InsyaAllah.

Ya Allah Ya Tuhan kami, rahmatMu yang sentiasa aku harapkan, 
kerana itu janganlah Engkau serahkan urusanku kepada diriku sendiri meskipun dalam sekelip mata,
perbaikilah urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.

aminn ya Rab.

usaha.tawakal.doa

'Hasbunallah wa ni' mal wakil.'

p/s : comel tak? haha

Saturday, January 21, 2012

Bateri Handset

Assalammualaikum wbt

alhamdulillah ketemu kembali.

Tujuan ana menulis bukanlah ingin menyatakan bahawa ana adalah yang terbaik.
Tapi ana berasa terpanggil untuk berkongsi atau mungkin menegur beberapa benda yang simple.
Yang kita terlepas pandang.

Ana mulakan dengan perkongsian satu hadis yang cukup terkenal

Hadis ke 13
Bersabda Nabi S.A.W : Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sama seperti dia mengasihi dirinya sendiri (Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Ternyata ana sangat kasih kepada diri ana.
Dan kalau boleh, ana mungkin mahukan yang terbaik untuk rakan-rakan seperti yang ana rasa.

Ok..
Kalau kita tengok sekarang,
Always, kita tulis benda-benda yang menunjukkan kelemahan diri kita
Kita tulis benda yang memalukan diri kita
Kita tweet benda yang memalukan diri kita
Kita hebohkan benda yang memalukan diri kita.

As example.
Twitter : Wargh....Subuh lambat pulak hari ni.!
Twitter : Bangun Subuh kejap..tidur balik la..
Twitter : Kenapa tangan aku ada kurap ni.??..
Facebook : Tak guna kau..lelaki penipu..bla3..
Blog : Hari ni keluar dating dengan Si Dia..Ouh bahagia.~~ lalala.
Contoh..

Tapi tulah hakikat..
We tend to tell everyone.
Every single thing that happen to us..
Where is our privacy????...

Tapi bukan privacy yang ana nak cakap.
Bukan twitter yang ana persalahkan.
Bukan facebook
Bukan blog.

Kita kena lihat.
Allah telah sempurnakan nikmat penjagaan yang terbaik kepada kita.
Malahan, penutupan kesalahan itu adalah rahmat.
And
Why, we should tell everybody,
Dosa or kelemahan diri kita..

Tak payah pergi jauh.
Kita ambil satu contoh mudah.

Tweet : Mengantuk la..Tidur balik lah lepas Subuh ni..
Tweet : Malasnya..bila la aku nak study ni??..
Tweet : Karaoke.!!! Yeayy!!..

Ada ana nampak.
Banyak kali..Banyak sangat

Ok..
Kalau ana nak pilih calon isteri.
Ok la bukan ana..

Contohla lelaki idaman korang.
Or girls idaman..
Yang menyimpan perasaan dalam diam..Cewah..haha

Dan dalam masa yang sama anda juga menyukainya..

Tapi bila tengok..
Tidur lepas Subuh..
Pemalas..

Agak-agak nak ke orang nak pinang or buat suami?

Uihhhh..Tido lepas Subuh tak breakfast aku kau tau!!!..

Mana boleh pergi kerja tak ada orang sarungkan tie.
Mana boleh pergi kerja tak ada orang suap makan.
Mana boleh pergi kerja tak ada orang salam cium tangan depan pintu.

Isteri mana?.
tidur..
gila tak best macam tu..

Tak salah nak tidur lepas Subuh sekali sekala kalau penat sangat study
Tak salah nak karaoke sekali sekala lepas tension

Tapi, cover benda yang mana kita boleh cover.
From maybe..
Our next future wife or husband.

Sekian. Dari future husband mu..^__^ hehe

Kan hidup kita ini umpama bateri handset
Bila kurang.
Charge.
Semoga sampai maksud apa yang cuba disampaikan. 
InsyaAllah

p/s : post ni bukan nak menggatal ke apa. Tapi hanya luahan apa yang terdapat di hati.


Monday, January 16, 2012

Pearl

Assalammualaikum wbt

Ana bangun hari ini dengan satu semangat yang sangat pelik rasanya.
Rasa tak sedap hati.

Bila kita mempunyai sesuatu tanggungjawab,
Haruslah kita menjalankan dengan baik.
Haruslah kita menggunakan kuasa kita sebaik mungkin.

Alhamdulillah,
Ana dikurniakan oleh Allah satu jawatan.
Jawatan untuk apa?
Jawatan untuk sekadar hiasan?.
Jawatan untuk sekadar kebanggaan?

Ya Allah.

Kita mempunyai jawatan dan lantas kita mempunyai kuasa.
Kita rasa diri kita mempunyai satu tanggungjawab untuk menegur.
Kerana?
Kerana kita adalah pemimpin.
Ya, paling kurang pemimpin terhadap diri sendiri.

Dalam menyampaikan apa yang kita rasa benar.
Dan sememangnya kita yakin apa kita buat itu benar.
Di sisi Allah dan di sisi manusia,
pasti kita akan mendengar kata-kata belakang.
Cakap-cakap manusia yang tidak berpuas hati dengan apa yang kita lakukan.
Walhal, itu adalah tanggungjawab kita.

Siapalah kita untuk memperbetul hati manusia?
Mereka yang telah diberi teguran tetapi tidak menerimanya adalah seperti

2:18
Mereka itu tuli, bisu, dan buta, maka tidaklah mereka kembali (kejalan yang benar)

nauzubillah

Sebagai contoh.
Meniru dalam exam.

Mungkin kita merasakan bahawa meniru dalam exam adalah satu perkara yang kecil.
Sangat kecil.
Kita merasakan tidak mengapa untuk kita sekadar meniru satu atau 2 jawapan.
(lain ya daripada TERnampak jawapan)

mungkin ini adalah satu dosa yang kecil.
mungkin ini adalah satu penipuan yang kecil.
mungkin ini adalah satu markah yang kecil.

Tapi ingatlah rakan-rakan ku..
Ingatlah kawan sebangsa ku.
Bangkitlah!

Dosa yang kecil
Penipuan yang kecil.
Akan mendorang kita untuk melakukan sesuatu yang lebih besar.
Akan mendorong kita melakukan dosa yang lebih besar.
Penipuan yang lebih besar.
Nauzubillah

Ya benar.
Maka tidak berlebihan jika ahli falsafah menyatakan bahawa
manusia seperti hayawanun natiqun.
binatang yang boleh berkata-kata.
Itulah definisi manusia yang mengikut nafsu sahaja.
Nafsu menjadi panglimanya, dan nafsu tidak hanya pada perempuan sahaja,
begitu kepada kemewahan dunia.


Orang yang dikendalikan oleh nafsunya ialah orang yang lengah,
orang yang tidak mempunyai rusyud, atau kesedaran yang penuh.
Orang seperti tu adalah orang yang mudah dicucuki syaitan dan dijerumuskan
dalam jurang kebinasaan dan kenestapaan


(petikan Dalam Mihrab Cinta : Habiburrahman El Shirazy)

sempat book review kejap.
Sebulan lebih nak menghabiskan novel dan mencerna
idea yang ada dalam ni
sebab tak banyak masa nak baca novel.
masa sebelum tidur best baca buku ni.

act bnyak lgi buku Habiburrahman yang dah baca.
nanti la book review.



Tuntasnya,

Sebagai seorang yang mempunyai jawatan
ana rasa tidak ada salahnya ana menegur anak-anak buah ana.
sementara ana diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan ini.

Orang yang berdakwah itu ibarat pokok yang dibaling dengan batu,
walau dibaling dengan batu, pohon itu tetap menggugurkan buah-buahan yang manis.
-Imam Hassan Al Bana

Mutiara, semakin dalam ia duduk di lautan,
semakin tinggi harganya
Semakin kurang dalam lautan tempat mutiara itu, semakin kurang harganya
Kerana mutiara yang dalam lautan itu mendapat tekanan yang kuat.
Semakin kuat tekanan diterimanya, semakin tinggi harganya.
Begitu juga manusia

Teruskanlah menyampaikan kebenaran.
Walaupun kamu rasa kamu termasuk dalam kelompok yang kecil.

Renung-renungkanlah buat semua.
Dan buat diri sendiri agar menjadi yang lebih baik.
InsyaAllah.

Sunday, January 1, 2012

Kematangan dan Kebebasan

Assalammualaikum wbt

Darsawarsa ini Mahasiswa Malaysia dikejutkan dengan berita seorang pelajar yang menurunkan bendara Perdana Menteri.

Ramai yang ana lihat tidak memahami situasi sebenar dan cuba untuk terus mencemuh kedua belah pihak sesuka hati.
Dengan nama Allah, tujuan ana tulis adalah untuk menyatakan pendapat secara umum dan tidak sama sekali bertujuan menyebelahi mana-mana pihak.

Ana di bawah tajaan dan sama sekali tidak layak untuk menceburi bidang politik
dengan darah setampuk pinang ini.
Tetapi tidak salahnya ana mengambil tahu isu semasa berkaitan AUKU dan apa sebenarnya yang terjadi.

Sebagai seorang pelajar,
Bagi ana tidakan saudara Adam haruslah ana puji kerana memiliki
satu sifat keberanian yang tidak dimiliki oleh semua orang.
Tahniah.

Tindakan Tun memperkenalkan AUKU juga harus ana puji
dengan tujuan untuk mengelakan mahasiswa Melayu mengurangkan fokus kepada
aktiviti politik.

Ana tidak mahu mengulas panjang kerana takut menimbulkan keraguan.
Dan kekeliruan dalam penafsiran apa yang cuba ana sampaikan.

Main point ana adalah segala tindakan yang kita ambil.
Mungkin perlu kita fikirkan akibat dan kesannya.

Suara semut perlu digabungkan supaya menjadi hebat!.
Ya..kerana orang di atas tidak akan menadah telinga untuk mendengar di lubang semut.

Tentunya ada saluran yang baik kalau kita ingin menegur.

Ana kongsikan sebuah pengalaman di mana ana pernah dicemuh kerana memarahi kem
komanden semasa awal tahun 2008.
kerana melakukan diskriminasi dalam mengajar.
Ana sound direct depan-depan.
Akibatnya?.
Ana didenda dengan teruk sampai ke pihak atasan.

Walhal?
Tujuan dan niat ana baik.
Tapi orang tak faham.

Then baru ana tahu.
Kalau ingin menegur, kita perlu gunakan saluran-saluran.
Kita yang masih baru mungkin terlalu kecil untuk menegur orang di atas.

All in all, ana bersyukur dengan apa yang ada sekarang.

Siapa tidak marah kalau bangsa dipermainkan?.
Siapa tidak marah kalau agama diperkotak-katikkan?
Siapa tidak marah kalau kebebasan dihadkan?
Semua orang marah.

Cuma, ada saluran yang perlu kita gunakan secara baik dan matang dalam membuat keputasan.
Tidakan pihak untuk menjemput Saudara Khairy Jamaluddin untuk berdiskusi dan berdebat di UM
adalah satu cara yang matured diambil dan ana sangat berbangga menjadi mahasiswa local uni.

Cukuplah dengan kes kahwin sesama jenis.
Cukuplah dengan kes yang sedia ada.

Semuanya bergantung kepada diri.
Ubah diri kita sendiri sebelum kita menegur orang lain.

"Janganlah pandang kepada siapa yang bercakap, tetapi dengarlah dengan apa yang dicakapkannya."


"Janganlah kita meremehkan perbuatan yang baik walau hanya sekadar senyuman"

Kesombongan tidak dapat bertahan dengan kesombongan-Hamka.

Jangan kamu fikirkan apa yang negara boleh buat untuk kamu, sebaliknya fikirlah apa yang kamu boleh buat untuk negara!

Bangga. Dan kini berusaha. Berubah menjadi lebih baik harapan buat semua. InsyaAllah.