Kawan-Kawan ^^

Wednesday, November 5, 2014

Lambakkan houseman. What should I do?

Assalammualaikum and salam sejahtera

Setelah sekian lama tak menulis sebab sangat hanyut dalam lautan medic. Sebab terlalu sibuk nak menyesuaikan diri dekat tempat baru, banyak tanggungjawab baru, kena study sebab final dah dekat dan sebagainya. Sekarang ni aku tengah posting psychiatry. Ouh sebelum terlupa, untuk sem ni aku posting Triad dengan psychiatry. Triad ni consist of ENT (3 weeks), Opthal (3 weeks) and Anaest (2 weeks). Triad dah habis, sekarang Psychiatry (7 weeks). Then final.

Minor postings ni bagus la sebab nanti houseman dah ada satu minor posting yang kita boleh pilihkan. Kalau tak silap boleh pilih antara Emergency, Anaest, Public Health, or Psychiatry. Honestly semua macam best! Emergency macam best. Anaest nampak cool, Public health banyak involve dengan community pun best. Psychiatry is something new which is best jugak. Dilema ni! Haha.

Cakap pasal Housemanship, currently ramai pulak yang cakap pasal houseman dekat Malaysia ni dah ramai sangat. Masa pergi konvensyen haritu, dia cakap currently Malaysia ada 10 360 HO. Then houseman ni akan penuhkan quota medical officers (MO) after 2 years, then current MO? Kena ramai2 buat specialist la kot. Sebab terlalu ramai, then they have to create other 'extra' postings. Which is good. Sebelum ni kan Medicine, O&G, Surgery, Peads, Ortho. So now got plus one. Plus one ni mungkin akan kena lamakan lagi in the future? Tak tahulah.

In 2013, current doctor to patient ratio dekat Malaysia is 1:633. They believe that by 2017 malaysia akan reach 1:400. Masa 2017, aku houseman la kot time tu dah InshaAllah. Mungkin tengah houseman. For Now, only 42 hospitals sahaja yang boleh train HO. Maybe they need to increase that in the future? Maybe.

In Malaysia they got 33 Medical schools! Banyak tak? Banyak gila kan? Baru-baru ni the number dropped into 30 Medical schools. (dont ask me apa 3 medical schools yang tutup, find it by yourself). Then, somehow, kita ada 320+ list of Medical institution yang berdaftar dengan Malaysia from overseas. Wow! Berapa ramai tu nanti nak balik Malaysia kerja? Macam mana? Tak nak bagi diorang kerja dekat Malaysia? Diorang pun rakyat Malaysia jugak.

Ramai sangat orang nak jadi doktor. Betul. Bukan setakat yang ada duit je, yang tak ada duit sanggup ambil loan sampai ratus ribu ringgit in order to get a medical degree. Lain la macam aku, aku bukan berasal dari keluarga senang dengan duit. So, aku kena bertukus-lumus get straight A's masa SPM then got a scholarship to get into med school by pre medical certificate. Some using their foundation and matriculation. Somehow aku rasa lucky enough to be in UKM.

Tapi nak tak nak kau kena compete jugak dengan orang yang being force to get a medical degree, ada duit to get a medical degree, and really determine to get a medical degree although with minimum requirement. Kau tak boleh halang. Sebab that the reality. Then kau kena compete among kawan-kawan kau yang with same with your requirement yang memang eager nak jadi doktor lagi. Penat weh. Memanglah kena lulus sama-sama, tapi kau kena make sure kau get enough knowlege and skills to become a good one to compete among candidate yang tersangat ramai! Government boleh buat test etc etc tapi memang diorang kena tapis semula somehow kelayakan to med school ni. Kau boleh buat apa? Just follow the flow and lets the government do their job.

Ikut apa yang aku tahu, masa houseman, diorang akan test kau 3 benda. First, knowledge. Second clinical skills and third attitude. So based on kau grad mana, diorang akan judge korang based on these 3. So, kalau tak ada these 3, korang basically memalukan tempat korang grad jugakla. So, conclusion, kena study and get clinical skills as much as you can while in med school. Tak nak memalukan tempat grad! InshaAllah. Tapi knowledge and clinical skills boleh asah dan boleh belajar, yang penting attitude diorang kata. Tapi janganla teruk sangat clinical skills and knowledge ye tak?


Dan pernah jugak dengar plus baca sendiri dekat blog-blog, yang houseman dekat Malaysia ni sebab ramai sangat dekat sesebuah hospital, sampai tak ada kerja. Kadang-kadang ada procedures yang tak pernah buat. Ada sehari just buat discharge summary je kerja dia! Ada yang boleh pergi lunch lepak-lepak dekat cafe. Ada yang hilang masa duty pun orang tak perasan! Kalau ada procedures tak pernah buat, macam mana kalau diorang jadi MO nanti? Ya Allah risaunya.

So, lepas considering all these aku rasa okay jugak kot kalau buat houseman dekat Sabah atau Serawak. Satu sebab kalau mintak sana, confirm by 4 months dah dapat kerja. Then procedures belambak-lambak. So, its a good platform untuk asah segala skills before becoming a good medical officer. Pasal 4 months dah dapat kerja tu tak risau sangat sebab grad from UKM biasanya diorang amik awal masa panggilan housemanship. Tapi still risau sebab by masa aku grad 2016 kan HO dah ramai? Entah.

Bagi aku duit tu lain cerita, yang penting sekarang aku kena study hard, get a medical degree first. Others will come next! Aku bukan student yang gempak, tapi aku akan make sure aku survive med school. Then kena ada good attitude masa housemanship.

P/s : post ni gara-gara jealous tengok senior grad 3 ke 4 hari lepas. huhu. Kena serious study!!