Kawan-Kawan ^^

Sunday, September 25, 2011

Matured

Assalammualaikum wbt


Alhamdulillah, bertemu kembali.
Alhamdulillah umur dah meningkat to 19 on this day,
Alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas setelah nearly 2 dekad,
MasyaAllah, rahmat Allah terlalu besar untuk dihitung selama 19 tahun ni..


Ok..
Bagi sesiapa yang mengenali diri aku semasa foundation pre medical studies Aucms..
Totally aku sedih sebab tak ada langsung wish birthday kat situ.
Hahaha
tak apa lah.


As long as mak, abah and kawan-kawan wish dah cukup dah.
Masa family call, terasa mata masuk pasir sekejap..
Tapi di tahan sebab takut hilang pulang macho..
Tapi lepas letak telefon, Alhamdulillah.
menangis.


Apa la zai..
Gila tak macho kau.
Hahaha..
But seriusly, lepas thanks to mak and abah atas apa yang diorang buat selama ni..
Alhamdulillah, aku rasa bersyukur sangat ada parents yang macam tu.
Alhamdulillah.


As we entered to this new era of age,
I hope we will look back what we have done for the past years in our life.
Is that enough for us to face Allah?


In term of maturity in deciding words,
I do believe we need to be more sensitive toward others.
Think before you talk.


Not everybody will like every single thing that you do.
And that is the fact.
We cant keep others shut.
They are free to give their opinion, words, and so on.


But sometimes, 
we don't like others,
others don't like us,
And that is normal.


Tapi, kita seems suka and sewenang-wenangnya says whatever that we like to others.
And i believe that is not appropriate


Sebelum ni, aku pun suka critic orang
Suka hati aku apa yang aku nak cakap.
But why i dont put myself at the situation of that person at that time.


Critic is positive
Yup kalau kita ambil dari sudut yang positive.
We need to be fair in looking at the good side of them and the bad side of them


Kadang-kadang kita terlalu jujur dengan apa yang kita cakap pun tak boleh jugak
Kene la jaga sensitivity semua orang.
Tak semua orang akan stand and cheer for us
Tak semua orang akan mengangis bersama bila kita ditimpa musibah


"Jika sampai kepadamu sesuatu yang negatif mengenai pandangan saudaramu, maka carilah alasan keuzuran untuknya. Jika kamu tidak mendapatan alasan keuzuran, maka katakanlah barangkali dia memiliki alasan keuzuran" 
Riwayat al-Baihaqi, Shu'ab al Iman, jil 17, hlm 35
-Solusi Isu 35- Mengkritik Jangan Sampai Menghina, page 57






So, aku harap,
dengan meningkanya umur masing-masing,
let us be more matured and sensitive toward others


Maybe apa yang kita kata itu betul,
Maybe salah
But there are ways for us to tell our opinions
And there are ways in giving an advice towards people.
InsyaAllah


p/s : Happy Birthday to me!!! ^^











Friday, September 23, 2011

Clear The Windows First Before U Look At The Scenery

Assalammualaikum wbt

Alhamdulillah bertemu kembali di sini
Dapat kembali saya coretkan beberapa perkongsian untuk semua
Sorry because i did not post anything since i entered this course, MD UKM

Alhamdulillah everything run smoothly as planned,
Alhamdulillah I got very religious type roommate,
Alhamdulillah for the new responsibility that was given to me and the trust that they gave to me
Alhamdulillah for everything

As entered this course,
very busy. seriously.
every minutes spent count
ye lah, kita guna duit rakyat, bukan sikit, nearly RM 400 000..
masyaAllah, besar tanggungjawab tu..

Parents pun dah bnyak berkorban, so, everything need to well planned,
tapi tu lah, kita hanya mampu merancang,
Allah adalah sebaik-baik perancang.

Bukan semua yang kita nak kita akan dapat,
So, better prepare for the worst,

Mungkin tak semua have "skills" to talk with people,
but for now, how bout we start with be nice to people.
than later we will slowly develop a good public relationship with people.
let get along with each other so, its better to work together than.


Kan kita kena beribadat macam kita akan mati pada keesokan harinya,
And kita kena bekerja seperti kita akan hidup seribu tahun lagi..

InsyaAllah kita akan kuat selepas apa yang kita lalui,
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada,
Sesungguhnya rahmat Allah itu luas.

Tidak perlu ego dan sombong dengan ilmu sedikit yang kita ada,
Kita perlu kongsi sama-sama apa yang kita tahu,
Sampaikan sedikit,
Seriously in medical field ni, apa yang aku nampak,
Kita have to share what we have,
ask what we curious.

Love to teach and love to ask.
and u will find the best way of learning.

Pernah juga give up sharing info with others,
at last, u didn't get what u want.
hahaha

Tapi, tak berbaloi pon nak give up,
At least, we help others in their way,
Mesti ada kemanisan walaupun kita tak sudi,
What u give, u get back.
InsyaAllah

We have to hold our hands in this medical field,
Dont let others fall behind,
Jom kita tolong antara satu sama lain.

Bila kita tengok orang salah, kita jangan cepat tengok kesalahan diri orang tu.
Cuba tengok balik, apa benda pulak kesalahan yang kita buat.
Kita cepat menunding jari ke atas orang lain, walhal,
Kita telah jatuh dalam jurang yang sama or even worse.

Before we look outside of the windows, make sure our windows clean,
so, we will see the outside view is very nice and clean.
InsyaAllah

Jangan Semut di Seberang Lautan Kita Nampak,
Gajah di Depan Mata Kita Tak Nampak.

Polish ourselves, helping each others to go along the way of medical field.

Alhamdulillah satu benda simple yang saya tulis before dapat di amalkan di MD UKM dengan kerjasama semua. Alhamdulillah =)

Thursday, September 8, 2011

beyond the limits

Assalammualaikum wbt..

sejak kebelakangan ni memang la banyak termenung aku ni.
nak kata angau.
jauh sekali..haha
maybe i need to think about my past a lot.
discover which part is right and which part is wrong.



entah macam mana..
ride punye ride..
terlajak sampai sini..
so, lepak sorang-sorang..
kan tengok laut dapat pahala ^^

..........................


Korang pernah dengar tak cerita pasal ulat beluncas?
Tak apa, biar aku cerita versi aku. Mesti dah ramai terbaca cerita ni kat mana-mana.
Tapi aku minat cerita ni.

Kisah ulat beluncas yang berani.
Dalam satu hutan.*macam masuk pertandingan bercerita masa darjah 1 pulak..hehe
ok..
Ulat beluncas ni tinggal dalam satu kumpulan kecil.
Di sebuah pohon yang rendang.
Mereka hidup gembira. Makan daun, minum embun..
Itulah rutin mereka setiap pagi.
Bila cuaca panas, mereka akan berehat.
Rutin mereka sama sahaja.
tidak berubah. Malah mereka happy. Malam, tido. Siang bangun, makan.

Mereka ada rules.
antaranya..none of them are allowed to climb the tree until the top of it.
sebab, maklum la, ulat ni duduk Malaysia.
Matahari panas, so, if dia climb sampai atas nanti boleh mati.

Tapi. Ada seekor ulat ni dah mula bosan dengan hidup dia.
Biarlah identiti ulat ini dirahsiakan.
Aku namakan dia Si A.
Dia berdegil mahu panjat pokok itu.
Dia teringin melihat sendiri apa yang ada kat atas pokok tu.

.....................

Kerajaan negeri ulat beluncas tu pon apa lagi.
Marah la Si A ni tadi.
"Kalau kau panjat, kau jatuh ke, kene panas sampai mati ke, kitorang tak kesah"

Memang bahasa ulat ni kasau sikit.
ulat pada melaka =p
Tapi hati baik. macam orang melaka gak. hehe

Oklah. Ulat ni tak kesah.
Dia pun panjat pokok tu.
Sampai kat atas, dia terasa letih dan ingin berehat.
Mungkin sebab panas. Masa tu summer.
Tapi dia memang puas hati. Lawa rupanya pemandangan dekat sini.

Dia berehat lalu tertidur.
Tanpa dia sedar. Badannya mula bertukar warna.
Dan diselaputi benda keputih-putihan.
Lembut. Lalu dia tertidur lebih lena lagi. Bertukar menjadi kempompong.

Sedarinya dari lamunan.
Ketika unggas di pinggir kali baru nak gosok gigi.
Dia terkejut dan mendapat dirinya dah transform.!
Sangat cantik.
Dia telah mempunyai sayap yang berwarna-warni.
Dan boleh terbang.
Malah boleh melihat dunia ini dengan perpekstif yang lebih luas lagi.
Dia jugak dapat melihat pemandangan dengan lebih tinggi berbanding kawan-kawannya yang tidak ingin melakukan perubahan.

...............................


Haa. Tengok?
Ulat pun boleh buat.
Ini pulak kita.

Kadang kala tindakan yang kita ambil tu
Biarlah berani. Tapi bijak.
Maybe kita boleh buat benda yang selama ni kita tak pernah buat
Or tak pernah pikir kita boleh buat.
Atau kita belum ada masa nak buat.
Macam nak tak nak je buat.
Buat-buat?..

Kita ambil benda mudah la.
Katamkan sebuah buku luar dari syllabus dalam masa sebulan.
For example, buku yang membina soft skills yang korang tak ada.
tak pernah fikir.
belum ada masa nak fikir.
or tak terfikir.

............................

Contohnya, How To Become A Good and Successful Medical Student.
A holistic approach by Prof. Dr. Muhaya Haji Mohammad.

masa mula-mula jumpa sirius aku langsung tak respect dia.
sebab dia datang lambat. tapi tu pun emergency sebenarnya
but after listen to her talk baru-baru ni.
aku respect gila kat prof dr muhaya.
sangat hebat orangnya


berapa ramai yang tahu macam mana cara buat notes yang baik?
cara preview lecture yang baik?
cara taking notes yang baik?
waktu-waktu prima.(prime time) to study?
and banyak lagi lah.

Another example.



Fikah perubatan by Dr Harmy Mohd Yusoff dan rakan-rakan

berapa ramai Doktor dekat Malaysia ni,
yang realize, pekerjaan ni adalah pekerjaan termudah untuk berdakwah?
*nanti aku kupas lagi bila ada masa

Berapa ramai Doktor dekat Malaysia ni yang tahu macam mana nak ajar patient ambil wudhu bila pakai POP?
Berapa ramai Doktor yang boleh explain kat patient different between haid and nifas?
Berapa ramai Doktor yang boleh ajar patient solat?
Berapa ramai Doktor yang tahu hukum bagi injection to patient while fasting?.
Berapa ramai Doktor yang boleh explain pasal istihadah and hukumnya?.
Macam mana hukum orang berpuasa lakukan peritoneal dialysis or hemodialysis?
Kalau patient tanya, takkan nak senyum je?..haa.

haaa..important tak benda-benda ni?.
benda-benda ni memang la tak akan ditanya during your examination as a medical student.
tapi it is a crucial notes that need to be realized by us as a medical student.

Or maybe,
kita boleh buat benda yang tampak mudah.
Tapi susah.
Apa dia?
Baca Al-Quran a page at least everyday.

senang?
nampak senang kan?
tapi susah.
for example.
time raya ni lah. duduk kampung. hari raya.

Orang datang rumah tak berhenti.
Sedara dekat, Sedara jauh.
agak-agak, one page, kat rumah orang sehari suntuk.
ada masa tak nak baca?
Even aku sendiri tak amalkan bawak pocket Quran.

or korang pergi keluar hang out dengan member.
Pergi bercuti. Langkawi ke. ape ke.
korang bawak ke Quran?. one page je ni nak baca.

So, apa kata.
korang install Al Quran apps yang belambak-lambak dalam handphone korang yang canggih-canggih tu.
ipad ke. ipod ke.
senang. itu salah satu important benda ni bagi aku.
sebab tak la sensitif nak pegang macam Al Quran. kena baik-baik jaga.
teknologi kan macam-macam
haa. macam mana?. susah? senang?.


cubalah. baru best jadi medical student.
banyak benda best yang korang boleh grab masa muda ni.

So, kalau orang lama cakap.
Even ulat dalam batu pun bole cari makan, inikan kita manusia.

So, event beluncas boleh buat. Takkan kita tak berani?
^^

Wednesday, September 7, 2011

Biar Aku Rungkai Semuanya

Assalammualaikum wbt

menulis kembali..
alhamdulillah diberi kesempatan bernafas..

aku happy dengan hidup aku sekarang..^^
korang??..

entah macam mana..aku terdengar Syam Kamikaze menyuarakan pendapat beliau dalam satu temu bual..
kalau diberi kesempatan untuk mengulang kembali masa..apakah yang akan kamu lakukan?..

"semua orang diberi masa untuk menjalani kehidupan masing-masing. Merekalah yang menentukan. Bagi saya, tidak perlulah mengulang kembali masa yang telah lalu. Kerana saya bahagia dengan apa yang saya lakukan."

"kerana kalau saya tidak melalui saat-saat 'itu' dalam diri saya, mungkin saya tidak mencari kehidupan baru ini. Dan mungkin saya tidak pernah tahu erti kehidupan sebenar. The purpose of life."



*aku olah sendiri sebab aku tak ingat bulat-bulat ape dia cakap. Setakat dengar macam tu aje.*

note : Syam Kamikaze merupakan seorang guitarist terkenal..composer..ex-music director of ASTRO. Kini beliau telah menumpukan kerjayanya dalam medan dakwah..dan Islamic music.
maybe ade tak lengkap..ni apa yang aku kenal dia la..korang nak tau korang tanya la Pak Cik Google sendiri. :P
.............

kenapa eh aku cakap aku happy dengan life aku?.
bukan ke sebelum ni ada post aku confused?.haha..
siap kena maki free lagi kat situ.!

ok lah.
dipendekan cerita. sebab banyak sangat yang bertanya.
"eh zai, kau bukan ke fly patutnya?."
"bila nak fly?"

hahaha..
okay aku TAK FLY.
fullstop.

hati mana yang tak sedih when all your ambition to continue your studies overseas.
reading books such as Hlovate's. when form 4 set in your mind.
"no matter what happened, i will continue my studies overseas"
tu la yang aku set in my mind before.
.was.

hati mana yang tak sedih baca status orang kat facebook yang berubah-ubah
happy je semendang.
so, diri sendiri pon nak kena buat status yang happy la.
nak tunjuk yang i am happy.
for what? people.
yup. kita hidup ni untuk apa?
"untuk orang" tu yang bapak aku cakap

for example.
"kasut ni murah ni, nanti orang tengok, tahu beli kat pasar malam..malulah!"
"mak, nak beg baru. Kawan-kawan gelakan la beg ni, dah buruk"
"ish, tak nak la makan dekat sini. malulah orang tengok. tak ada standard r makan kat sini"

kenapa? kenapa? kenapa?
tu la orang persoalkan..purpose of life.
hidup untuk orang? tak mungkin..kot ya menjaga hati orang ade la sikit kot.
tapi aku tak nak kupas pasal the purpose of life. maybe korang bole baca blog lain pasal tu.

bila baca status orang yang dah fly. dah nak fly. baru sampai tempat yang fly.
hati siapa yang tak sedih bila diri sendiri tak dapat fly?
siapa yang tak rasa down bila kau dah usaha gila-gila then kau tak dapat?.
siapa yang tak sedih bila member kau sendiri berpuak-puak la hapa la.
hati siapa yang tak bengkak when you know u can do it. but why the result is like that? why?

baiklah. truth .

setelah call MARA.
and apa yang Pak Cik aku bagitau.

pointer lepas. CGPA lepas.
interview lepas.
IELTS sangkut.

eh jap..interview lepas?
mungkin ramai yang tak tau ni..sebab bila IELTS sangkut je.
automatic MARA cakap, "sorry dik, tak lepas"

but i knew because my uncle.
pernah kerja kat Jalan Raja Laut and kenal Puan Shahidah.
*dia ni uruskan kitorang yang under MARA* comel orangnye

yelah..i also don't know. why my speaking part is soooo low.
until ruin all my grade.
padahal. mamat and minah Irish tu faham je apa aku cakap masa interview?.

and when that part. i was so frustrated.
tapi tak apalah. at least aku lepas interview.
then Pak Cik and a few seniors suruh hantar surat rayuan to MARA..

re-test of IELTS.
diorang cakap kalau lepas interview boleh je nak reseat balik IELTS.
so, hantarlah.

and the good news. alhamdulillah MARA bagi..but guna duit sendiri and uruskan sendiri.
tak apalah..rm600 yang berbaloi kot

call AUCMS..but then..AUCMS tak nak arrange lagi. diorang dah serabut dengan student 2nd list and 3rd list..
*sorry la kalau ada readers yang tak faham list-list ni..
senang cerita tak nak uruskan placement aku lah.

so, aku tak dapat fly.
hahaha..chill lah..
but alhamdulillah..MARA still taja for MD UKM..syukur.

maybe aku ada buat salah kat mana-mana.
tak cukup doa ke.
kan Allah pandang pada usaha. bukan pada hasil ^^

....................

Tapi seriously aku jealous kat mereka-mereka yang dapat fly
take the opportunity that given to all of you the best that you can.
insyaAllah.
aku tak dapat lagi nak kongsi news, info kat korang.
tapi doa aku untuk korang berjaya kat sana as the best medical student.
always saudara-saudaraku. =')

masa pergi program National Ibnu Sina Conference and Community Engagement.
aku dapat jumpa medical student overseas and local.
but aku banyak tengok yang overseas lah.
sebab diorang ramai gila yang sanggup datang..
bayangkanlah..from Ireland, UK, India, Czech Republic, Egypt, Indonesia and banyak lagi lah...
from Malaysia sendiri..
UKM, UM, USM, USIM, UIA, RCMP, Manipal, CUCMS..and ada lagi kot yang terlepas ni.



mostly alhamdulillah..student medic ni..
pergh. terbaek.
mostly yang overseas nampak lagi matured. tapi lebih kurang la.

maybe ukhwah kat sana lagi kuat. and korang akan lebih 'mencari'
tu yang buat aku lagi jealous tu.
hahaha

muslimat mostly tudung labuh. nak pandang pon segan.
alhamdulillah. aku harap korang amik la opportunity ni sebaik-baiknye tau.
jangan rosak-rosak. banyak benda baik kat sana.

student Malaysia pon baik-baik semuanya.
senang cerita. student medic ni baik lah..cewah =p

tak sabar nak conduct event macam ni one day. insyaAllah

........

guys, all the best kat sana..
aku doakan korang berjaya semuanya.
aku kat sini pon buat yang terbaek =)
insyaAllah



eh btw. sempena Syawal yang ada lagi ni.
nak wish semua.
SELAMAT HARI LEBARAN
from Muhammad Zaiasraf Zainurin and family =)