"Macam mana enta? Enta ok ke tak pegang jawatan MPP ni? study ok? boleh la kan manage time apa semua?"
Senyum.
Untung saya ada senior yang ambil berat dan concern.
Share pengalaman dan tips-tips study. Kagum.
Kata-kata paling menusuk ialah.
"Enta kena ingat, jalan dakwah ini bukan mudah. Require kita untuk korban macam-macam benda. Tanggungjawab lain juga. Tapi untuk student, kita ada priority lain jugak. Which is study."
"Enta kena ingat kalau kita aktif dakwah apa semua, study kita kena hebat jugak. Nanti akan menimbulkan fitnah. So, boleh ke dakwah dalam masa yang sama jadi hebat in study?"
Fitnah yang dimaksudkan ialah kalau kita aktif dengan dakwah, lepas tu result teruk.
Mesti orang kata macam-macam.
Jadi, kalau nak jadi pandai, still have to study.
Study pun satu ibadah jugak. Bahagikan masa untuk "beribadah"
Saya kagum sebab dalam busy-busy dia.
Pergi program sana-sini.
Bila pergi program mana-mana, mesti ada orang tanya pasal dia. Mesti ada orang kenal. uish.
Dan dia tak reseat even 1 module pun masa Tahun 2. Macam mana dia buat?
Saya pernah tanya pada seorang akhi semasa beliau menyampaikan perkongsian berkenaan dakwah campus. Beliau menceritakan bagaimana beliau berkorban dengan komitmen masa dan sebagainya.
Jadi saya tanya. "Akh, macam mana nak betul-betul dapat bahagikan masa, buat banyak benda macam akhi? Despite belajar perubatan ni."
(akhi ni pelajar jurusan apa saya dah lupa. maaf.)
Dia senyum.
"Masa ana jadi naqib di USM pun ana kena sabar dengan ikhwah yang belajar jurusan macam pharmacy dan sebagainya ni"
Dia cakap, bagi pelajar perubatan, kita kena monitor betul-betul komitmen masa untuk belajar dan aktiviti lain. Dan bagi naqib sendiri pun kena faham dengan komitmen masa pelajar jurusan perubatan ni. Tapi dia cakap, walau sesibuk mana sekalipun, cuba cari masa untuk usrah, program, dan aktiviti-aktiviti lain.
Haisy. malu dekat diri sendiri. -.- SANGAT-SANGAT
Kadang-kadang tu macam tak serius.
Apabila berbicara tentang tanggungjawab dan kesirusan dalam hidup, maka jawapan-jawapan seperti
"Aku ni baru 18 tahun, muda lagilah."
"La, aku ni baru 20 tahun."
"Muhammad al-Fateh menwan Konsantinopel pada umur 21, aku hanya setahun sahaja lagi untuk menyainginya."
-Petikan Majalah JOM Isu 09 ms21-
Setahun lagi 21.
Tak adalah setahun lagi, sebab sekarang pun dah masuk bulan 12.
Kalau di kira dari segi tahun, tahun 2013, umur 21.
Ramai yang kata, "enjoy masa medical school ni, kalau tak menyesal nanti."
Apa takrifan "enjoy" bagi anda?
Tengok wayang? Couple? Lepak-lepak? Video games?
Erm. Bukan primitif cakap tak boleh. Boleh. Cuma there are limits.
Memanglah kita tak mampu nak jadi macam Sultan Muhammad al-Fateh dan lain-lain. Tapi at least, kita boleh build up sedikit demi sedikit kematangan, sirius, bersungguh-sungguh dalam study dan ibadah.
Khamis lalu, sewaktu Malaysia melawan Thailand,
saya dan beberapa orang rakan tak pergi tengok. Hanya tengok update di Facebook.
Sebab ada ajakan daripada teman yang kini telah meninggalkan kami sebab telah tamat program.
dah rindu akhi Julsan =(
Jadi saya ikut.
Program Kuliah bersama Dr Asri.
Semasa kami sampai.
Terdengar dia kata. "Saya kagum dengan pemuda sekarang, sebab ramai yang berminat dengan ilmu agama."
"Kalau kita jumpa remaja yang taat perintah Allah dan tak melakukan dosa besar pada zaman sekarang ni, kira remaja yang hebatlah." katanya lagi.
Hebatkah anda? Hebatkah saya? muhasabah balik diri. malu dibuatnya.
Dan semasa malam tu, perkongsian banyak berkisar tentang Abu Ubaidah al-Jarrah.
Pemuda Islam yang hebat jugak. :)
Saya suka ulang-ulang lagu ni sebelum study.
Tu dulu perkongsian setakat ini. Semoga kita terus berusaha menjadi remaja Islam yang hebat sementara masih ada sisa-sisa usia remaja ni. MASA REMAJA =')