Dalam dentuman guruh dan hujan renyai-renyai ni memang seronok kalau tidur. Tapi kena study. Tengah sibuk study inflammatory bowel disease tangan meronta-ronta mintak untuk menulis sesuatu yang dah lama terbuku di hati. Dan benda ni rasanya perlu untuk aku tulis untuk buat sesiapa yang baca ni faham kenapa. *kalau tulisan ni tak mengarut dan jauh terpesong*dush
Uswah situasi :
Kita buat banyak kerja, lagi banyak dari orang lain. Tapi kita sikit pun tak dapat apa yang kita harapkan. Tak ada orang yang nak tepuk bahu kita, cakap, "good job bro" "wah baguslah kau ni"
Kata-kata dekan aku yang diulang-ulang banyak kali buat aku berfikir yang benda ni betul. "Tepuk bahu kau sendiri, sebab dalam medic ni tak ada orang yang ada masa nak buat tu untuk kau." Lebih kurang macam ni la ayat dia. *obviously he said that in english* tapi kalau aku tulis english sure blog ni jadi
Uswah situasi lagi:
Kau berlari sana sini waktu pagi nak arrange class untuk kawan-kawan kau. Kau bangun dengan tachycardia dapat miscall 5 kali dari specialist pukul 7 pagi sebab kau tidur lepas subuh (padan muka). Kau korban duit kau untuk orang lain yang kadang-kadang kau pun tak tahu macam mana nak mintak balik dekat diorang. Kau buat kerja untuk orang lain dalam memaki hamun orang yang tak menjalankan tanggungjawab dia dalam hati.(eh?) Kau habiskan kredit kau, tambah bil kau call specialist hari-hari sebab nak arrange class. Kau terpaksa tebal muka whatssapp specialist malam-malam sebab groupmate kau nak tanya jugak kelas. Kau habis duit minyak, redah panas, semata-mata nak uruskan hal group, tapi orang tak bayar balik pun duit minyak kau..
Kau happy?
Lepas tu orang marah-marah kau macam kau tak buat kerja. Orang kutuk kau. Orang cakap belakang kau. Orang cakap depan kau. (eh) Kau korban masa kau, tapi end up kau yang terkontang kanting sorang-sorang nak habiskan study. Nak lepas naik tahun. Nak cover balik subject yang bertimbun-timbun. Kadang-kadang kau rasa macam kau ni tak dilayan pun ada. Cakap dekat group sorang-sorang. Kan?
Ingat seronok ke jadi ketua. Ingat seronok ke pegang amanah. Ingat seronok ke semua tu. Orang just tak faham. Yang orang faham, dia dapat apa yang dia nak.
Paling nampak orang hargai kau, kau nak kenal mana satu kawan kau yang betul betul kawan, kau tengok masa kau susah, macam mana dia tolong kau. Macam mana dia appreciate kau. Kepada kawan-kawan, terima kasih semua :)
Pernah dengar tak "di antara manusia yang baik adalah manusia yang banyak memberi manfaat kepada orang lain". Seandainya kau memang buat baik untuk Allah, for sure kau sedia dengan apa pun balasan yang kau dapat. Walaupun madu di balas tuba.(cewah) haha.
...............................................................................................................................
Cari kebahagiaan untuk memberi tanpa mengharap untuk menerima. Ingat dua perkara dan lupakan dua perkara. Pernah dengar?
"Ingat kebaikan yang orang buat kepada kita, Ingat keburukkan yang kita buat kepada orang. Lupakan kebaikan yang kita buat kepada orang, Lupakan kejahatan yang orang buat kepada kita."
Moga, moga kepada sahabat-sahabat yang dicintai kerana Allah, buat kerja dengan ikhlas, jangan harapkan balasan. Tak apa manusia tak appreciate kau, Allah tahu niat kau.
Kita tolong permudah urusan orang lain, Allah permudah urusan kita. Kan? :') *nanges sikit
Jangan stress jadi ketua. =D senyum sikit bro
Allah sentiasa membantu hamba-hambanya. Banyak jalan keluar lepas apa kesulitan yang kau rasa.
Cuba fikir. Gambar : Boleh kau habiskan ni dalam masa sebulan? :')