Kawan-Kawan ^^

Sunday, February 8, 2015

Nothing to be proud of being a medical student

Assalammualaikum n salam sejahtera

Jauh betul gap between posts dalam blog ni. Ni semua atas kekurangan diri dalam membahagikan masa dalam penulisan ni.

pic : aku tak pernah suka memancing,
tapi apa yang aku suka waktu memancing bila aku dapat
berborak-borak cari ilham tengok laut dekat kampung halaman sendiri tempat membesar.


Untuk kali ni aku nak share something yang aku dengar, yang aku perhati, alami dan apa yang aku baca. Sejak 4 tahun bergelar pelajar perubatan, bila kau balik rumah, kau berbual-bual dengan kawan-kawan, sedara mara, jiran ke apa pernah tak korang encounter dialog-dialog ni?

 "untunglah kau nanti jadi doktor, aku ni (fill in the blank) je..."
"alah kau nanti jadi doktor banyak duit, kaya!"
"kau tak payah cari dowh awek sekarang, nanti kau dah jadi doktor berebut orang nak kau, kau doktor kot!" erk T.T

dan bila kau balik kampung

"eh, mana anak kau yang doktor tu, bawak la sekali datang kenduri nanti.."
"along kau yang amik doktor tu ada balik?"
"untung kau dapat anak doktor.."

Tu lah ayat-ayat yang selalu kau dengar bila kau amik medical degree. Lagi-lagi bila kau pun dah hampir nak grad. Erk?  inshaAllah setahun lagi.

dan orang pun mulalah cakap

"nanti jadi doktor boleh ubat sedara-mara"
"nanti jadi doktor boleh bagi aku emcee free"

Senyum.

4th year medical


The truth is. Aku sendiri pun belum seratus peratus pasti adakah aku akan graduate menjadi doktor atau pun tak. Aku pun tak tahu lagi masa depan aku nanti macam mana.

Pernah aku dengar ayat ni dari seorang pakar orthopaedics yang aku kagumi "There is nothing to be proud of being a medical student. You got nothing to be proud of."

"remember you got maximum of 7 years in order to earn a medical degree. Lets say something is happening to you and you failed. What you got in order for you to find a job? SPM?"

"in contrast with your friends who already started their jobs, or earned a diploma." They already have their own job and in a stable position. Where you failed while you already waste your 4 years of studying for nothing. All you got is your spm. and now you got scholarship debt, that needs to be paid back"

Bukan tak ada contoh depan mata bertapa kejamnya dunia medical. Macam UKM sendiri, semasa pre clinical (tahun 1 dan 2) kau boleh repeat year hanya sekali. Kalau lebih dari sekali automatik buang course. Dan walaupun pointer kau tinggi macam mana sekalipun, semua subjek kalau dapat A sekalipun kalau hanya ada 1 fail (walaupun marks 49.9) you will be considered as fail and need to repeat year. Dan kalau pernah repeat year masa pre clinical, kau boleh repeat year hanya sekali di clincial.

Kalau dah final year. Kau dah habiskan 7 tahun (means pernah repeat year 2 kali) masa pro exam, kalau fail, tak boleh reseat dah pro exam! Dan being medical student you sure know macam mana horror final year punya pro exam kan..thats means?? 7 tahun study medical, for nothing. You never earn a medical degree. And what you got is your "spm"

cuba bayangkan 7 tahun tu, kalau kawan kau yang amik engineering, dah kerja 3 tahun dah. Yang amik accountancy maybe dah kerja 4 tahun. Atau apa-apa degree atau diploma pun korang kira lah sendiri. Atau yang paling terseksa kau tengok kawan kau yang dah ada anak, ada yang dah ada business sendiri, dah mampu beli kereta rumah sendiri.

Dan kau? 7 tahun apa yang kau ada adalah sijil spm, dan hutang biasiswa! or hutang loan! nauzubillah

Thats why being medical student ni kena always humble, respect your supervisors, your consultants, grab all the opportunities, dan paling penting pray to God and always ask blessing from your parents.

Peringatan untuk diri sendiri : kena muhasabah diri, betulkan sikap, berhenti kejar benda yang membuang masa, keep focus, stay humble.

"Kalau kau dah study dengan kuat, clerk patients, read all your textbooks, discuss with friends, do all the questions, practice your physical examinations and all-other-habits-of-studying and still fail? there must be something behind it that you need to find on your own." "kalau kau tak study, malas, dengan tak clerk patient, banyak main-main and kau fail, then kau salahkan takdir, tak bolehlah macam tu!"
Dato Dr A

Dan kadang-kadang tu fail sebab faktor-faktor luaran, masalah keluarga, masalah dapat examiner yang super kejam, masalah-masalah lain atau benda yang menganggu emosi yang tak dapat dikawal menyebabkan kau fail. Sebab tu "never assume, ask" All you need to do is never give up and keep trying.

So in conclusion, jadi medical student ni tak ada apa yang boleh aku dan kau banggakan. Aku harap aku dapat grad in time inshaAllah begitu jugak dengan medical student dekat luar yang alami perjuangan yang sama dengan aku. What we want to achieve is not small!

dan kawan-kawan yang course selain saya, jangan sesekali merendahkan diri korang dengan medical student! kita saling memerlukan. Semua kerja pun tolong orang ;)

"In life, many things don't go according to plan. If you fall, get back up. If you stumble, regain your balance. Never give up."

p/s : alhamdulillah sem lepas clear semua subjek dan harapnya sem ni pun sama dan dapat ke final year insyaAllah

run when you can,
walk if you have to,
crawl if you must ;
just never give up!