Kawan-Kawan ^^

Monday, March 30, 2015

Betul Ke Apa Aku Buat NI?

Assalammualaikum wbt & sejahtera

Dah lama tak hupdate sebab tak ada idea. Hahaha. Nak cakap busy tu tak tahu la nak cakap. Tapi so far ok lagi. Sekarang ni aku tengah posting paeds dekat Alor Star. Hospital Alor Star ni agak besar la dengan 3 ward paeds. Satu ward ada 30-40 patients. Case yang 'wow' banyak jugak la dekat aloq staq ni. So far aku rotate HUKM-HKL-Alor Star-HUKM.

Tapi bukan tu aku nak cerita sebenarnya. Aku nak cakap pasal lain.

Pernah tak ada satu ketika tu korang rasa,
"apa benda aku tengah buat ni"
"betulke apa aku buat ni"
"betul ke decision aku ni"

Pernah tak rasa give up buat medicine? Atau apa-apa course yang korang buat sekarang?

Aku rasa benda ni start datang dekat aku bila kawan-kawan aku banyak yang dah nak grad and ada yang dah grad dah pun and ada yang dah start buat master. Ada yang dah kawin. Tapi kau masih lagi terkontang kanting nak study untuk make sure kau lepas untuk tahun tu dan make sure kau lulus.

So far tengah terkontang kanting nak bagi lulus masuk final year of med school.

Lulus je? Entahlah some people mengharapkan dapat cemerlang gold medalist bagai, tapi aku ni jenis yang surviving je setakat ni. Tapi so far, alhamdulillah results klinikal aku lagi far better compared to pre clinical.

Or kadang-kadang kau rasa jealos dengan kawan-kawan kau yang tengah buat praktikal, ada elaun sendiri, dan lepas tu ada yang dah dapat offer kerja lagi. Haritu bukak group whatsapp sekolah, tengok kawan-kawan dapat offer company power-power bila lepas grad nanti siap bagitahu starting gaji lagi. And kau, tengah stress study, beli medical books, photostat nota-nota berkepul-kepul every interval posting yang banyak guna duit belanja. Plus klinikal years ni bukan macam praktikal course engineering ke apa. Kitorang tak ada gaji sampai final year kot~

Sebab? Dia bukan kerja. Blood taking, pasang cannula, sambut baby ke apa tu semua dibuat sebab benda-benda tu korang kena praktis untuk future korang sendiri. Boleh je kalau tak nak buat. Tapi tanggung sendiri la consequences malas tu nanti.

Or paling stress bila kau ada fail. Mungkin orang luar akan fikir.
"bodoh gila dia ni, tak study ke apa?"
Lepas tu kau tengok kawan-kawan kau cuti and kau kena continue study without kawan-kawan. Rasa sunyi gila kot. Rasa macam semua orang tak pedulikan kau pun.

Dan lepas tu kau nangis sorang-sorang.

Just remember, bila kau sedih, kau bukanlah sorang je medical student yang nangis in order to earn a medical degree. Same goes to any degree out there. Ada orang cakap "aku tak struggle pun masa amik degree"

Tipu aku cakap kalau tak struggle in order to obtain medical degree ni. Sumpah aku akan rindu semua penat lelah, semua stress, sumpah aku akan rindu masa-masa kena marah, sumpah aku rindu masa-masa aku jadi cuak macam tikus dekat klinik. Dan sumpah aku akan rasa rindu dengan rasa lonely bila kau dah stress tapi tak tahu nak mengadu dekat siapa lagi dah.

At last, ko just nak someone yang boleh dengar kau cerita, just other than medical

Kadang-kadang tu aku tanya diri aku...
"ready ke nak korbankan masa-masa kau?"
aku enjoy lepak berborak dengan kawan-kawan sampai pagi.
aku enjoy buat aktiviti-aktiviti lasak
aku enjoy pergi mancing
aku enjoy tengok wayang bila ada masa free
aku enjoy baca novel tebal-tebal..

ready ke nak tinggalkan benda-benda ni untuk period yang lama?

Bila kau almost give up, bila kau start nak main-main dengan masa depan kau, kau fikir balik betapa banyak masa kau dah devote to study medicine. Ingat harapan mak dengan ayah kau.

Bila kau jealous dengan kawan-kawan kau yang dah kerja dengan engineering, biotech, ke apa degree, kau fikir balik kenapa kau decide buat medicine dulu.

Tak lama pun kau rasa macam ni. Lepas medical degree, kau rasa nak kena lepaskan houseman (jadi kuli lagi), lepas tu jadi MO pun kau still takut-takut. That fear and rasa "betul ke tak apa aku buat ni" maybe sampai bila-bila kau rasa.

Honestly, aku amik medik memang sebab aku yang decide sendiri tanpa ada paksaan sesiapa....So, aku rasa aku tak menyesal dengan apa aku buat.

Cuma doubt akan datang sometimes...


tak banyak gambar posting paeds lagi for now..
Ni gambar without concern dekat changing room NICU
Tokleh amik gambo dengan baby~
#pmcrocspink!

so far dekat alor star best. Sebab masa rasa berbaloi.
Pic : Futsal dengan ikhwah.
Every week ada pengisian dengan Dr Z. (Orang hebat head of department ENT 
yang sangat-sangat humble)
Every week bagi tips houseman dekat kitorang, 
Bagi tips MO,
Bagi tips nak ambil specialist..
Bagi tips kawin masa houseman onwars. opps. hahaha

Share macam mana bahagikan masa untuk medical dengan aktiviti luar.