Setelah memesan makanan, aku memilih untuk duduk dimeja yang tidak berpenghuni. Sengaja aku letakkan beg dan topi keledar di kerusi sebelah agar mewujudkan ruang keselesaan yang aku cuba cipta sendiri.
"Ais kosong." kataku spontan setelah meletakkan nasi yang berlaukkan ayam dan sayur. Ku melihat sekilas jam ditangan. "Ah..pukul 2, belum Zuhur lagi." getus hatiku. Walau sesibuk manapun solat harus dijaga kerana itu adalah amalan yang pertama dihisap kelak. Itu yang selalu diingatkan nenek sewaktu aku tinggal dengannya semasa kecil hingga kini.
Ruang sepi antara aku,beg dan topi keledar dirasakan agak merimaskan. Keperlu berteman. Ah, tidak perlu untuk setakat ini.! Aku mententeramkan hatiku. Fitnah wanita itu sangat bahaya dan aku tidak ingin terkena. Itulah perinsipku dan aku perlu untuk menghabiskan dahulu kewajipan yang tertera dihadapanku. "dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah" Sebuah hadis diriwayatkan Abdullah bin Amru Al-Ash bermain diminda. Aku tersenyum sendiri.Aku mengharapkan mendapat isteri yang solehah. Aminn. Ah.! Jangan kau kacau fikiranku sekarang. Belum masanya.
"Bang, ambil masa abang sekejap saje ya bang." Suara itu memecah kesunyian yang aku cuba cipta dengan beg dan topi keledar tadi. Seorang lelaki Cina berambut kemas dan berkemeja datang dihadapanku dengan membawa fail. Dan aku dapat mengagak lelaki ini datang dengan tujuan yang boleh dibaca oleh sesiapapun. Spontan, tanpa dipelawa dia membuka fail lantas duduk dikerusi bertentangan denganku. Ditunjukkan gambar kanak-kanak down syndrome. "Ah, baru je belajar tadi. Trisomy 21." Ligat otakku memikirkan fakta-fakta penting yang perlu aku ingat untuk exam yang bakal aku tempuhi nanti. Lelaki itu terus menunjukkan sijil-sijil dan apa yang diperlukan oleh kanak-kanak itu. Aku tidak mengambil pusing sangat.
Setelah selesai berbicara ternyata seperti yang aku agak. Dia meminta derma kebajikan. Kubuka dompet dan mengeluarkan 2 keping not seringgit. Dia memberitahu bahawa aku perlu derma paling kurang rm8. "Eh mamat ni, lebih-lebih pulak. Ada pulak lah kau punya standard kena derma berapa banyak." Getus hatiku. "saya student je bang, saya pun tengah saving ni.." Itulah yang sedang aku lakukan dan aku mencuba menjawab dengan jujur dan bagi menjaga hatinya. Sebenarnya aku ragu-ragu dengan apa yang aku nampak dalam fail kanak-kanak tu perlu susu Anmum. Erk.
"Bang tulis sini." Dia menghulurkan kertas yang sinonim orang tulis dengan hamba Allah dan jumlah yang diberikan. "Tak payah tulis." kataku. "abang ikhlas la ni?" dia bertanya. "dah tu orang yang tulis tu semua tak ikhlas la ye?" getus hati lagi. Namun aku hanya tersenyum dan cuba memahami mungkin payah untuk seorang seperti dia unuk menyusun ayat. Kalaulah aku ditempatnya. Kata-kata Abraham Lincon bermain sebentar di benakku"Jangan mengkritik mereka ; jikalau anda berada dalam keadaan yang serupa, kita pun akan melakukan seperti mereka."
Lalu lelaki itu pergi meninggalkan aku kembali dengan ruang sepi yang tercipta itu.
Setelah membayar harga makanan, aku capai motorsikalku. Dengan lafaz Bismillah enjin dihidupkan. Destinasi seterusnya, CIMB. lepas tu terus pergi surau. "patutnya pergi surau dulu. Kalau jadi apa-apa macam mana? kita bukan tahu kita mati bila." Ya Allah. bantulah. dengan tawakal, aku memulas handle motor dan aku meneruskan ke CIMB.
Setelah mengeluarkan sejumlah wang dan keluar dari bank. Lantas aku memakai topi keledar. Tiba-tiba aku disapa oleh seorang perempuan. "awek mana la pulak nak tegur gua ni." getus hati. Aku memalingkan badan dan memandang. Seorang wanita separuh umur. "Oh makcik rupanya" getus hatiku lagi. Topi keledar masih di kepala. "Dik, derma sikit untuk rumah anak-anak yatim."Terdapat risalah yang dibawa olehnya. Tanpa berfikir panjang, aku mengeluarkan not seringgit lagi dua keping dan memberikannya kepada makcik tersebut. "Terima kasih dik, semoga Allah memberkati rezekimu." Ya Allah! Tersentuh hati aku mendengar doa makcik tersebut. Aku mengaminkannya di dalam hati. Hanya dua keping not seringgit aku didoakan oleh makcik itu. Tanpa mempersoal jumlah yang diberikan. Alhamdulillah.
-Tamat-
Cerpen ditulis secara spontan.
Kadang-kadang kita sering di datangi oleh orang yang ingin meminta derma.
Lumrah dan biasa bermain di telinga kita harus berwaspada semasa memberi.
Mak dan abah juga mengingatkan kita perlu melihat situasi dan kondisi orang yang meminta.
Pernah juga baca bahawa, kita harus melihat hal ini adalah lubuk pahala yang datang tanpa diminta.
Dan kita seharusnya menyiapkan diri kita untuknya.
Prof Muhaya ada berkata, "sediakan duit seringgit dalam dompet anda supaya senang untuk menderma"
tidak perlu banyak. Yang penting ikhlas.
-moga perkongsian spontan memberi manfaat. IAllah.
btw saja nak kongsi sikit aktiviti
Interfaith Dialogue.
Sangat menarik!.
nota semasa dialogue berlansung.
sangat menarik sebab kita dapat tahu kepercayaan kawan-kawan!
Moga dapat teruskan aktiviti seperti ini
dan dapat conduct selapas ni.
IAllah.