Kawan-Kawan ^^

Thursday, March 8, 2012

Busy sangat ke?

Assalammualaikum wbt and salam sejahtera.

Bertemu kembali. ^^
Lama betul tak menulis.

Sebab?..Busy?
Ana pernah terbaca 1 quote yang membuatkan ana muhasabah kembali semasa menulis..
Dan melalui beberapa perkongsian,
Ana memutuskan untuk menahan keinginan jari jemari menulis untuk sementara waktu.. ^^

Cakap pasal busy..

Busy sangatkah kehidupan ni?..
Medical student?

Seringkali diselarikan perkataan sibuk dengan kehidupan pelajar perubatan.

Tapi betul lah..
Sesibuk mana pun kita, kita still ada masa nak ber-facebook
Sesibuk mana pun kita, kita still ada masa nak baca tweet orang
Sesibuk mana pun kita, kita still ada masa nak main game
Sesibuk mana pun kita, kita still ada masa nak tengok movie
Sesibuk mana pun kita, kita still ada masa nak tengok video klip lagu terbaru
Sesibuk mana pun kita, kita still sempan layan Korea

Seringkali kita disuakan dengan cerita dari luar..

Medical student busy.
Nak makan pun kadang-kadang tak ada masa..
Tidur pun atas meja study..
Pergi library pun balik pukul 9.30 malam..
Tidur pun lebih kurang 3 ke 4 jam sehari..

Reality?..
Tepuk dada, tanya iman.

Ana tidak membicarakan waktu yang diperuntukkan untuk "study" only
for medical student

Ana sememangnya bersetuju sangat-sangat bahawa mahasiswa bukannya 
binatang ternak!

Ana membicarakan seorang yang mampu
conduct a program..
rajin beribadat..
dihormati rakan-rakan..
boleh bersosial dengan baik..
masa study digunakan sebaiknya..
exam score dengan baik..
mampu menimba ilmu lain side from medical book..
dan boleh memberikan sumbangan untuk community dengan cara yang terbaik..

Ana pernah jumpa seorang..
dan ana percaya ini seharusnya mampu dilakukan oleh semua.

cuba..hehe..bukan mudah..! tapi tidak mustahil
remember Cita-Cita itu dekat diminda namun jauh dilangkah? :)

Kita cuba bandingkan..

Abu Hurairah menghafal sebahagian besar hadis dan membahagikan malamnya
kepada 3 bahagian :
satu pertiga pertama : belajar
satu pertiga kedua : solat
satu pertiga ketiga : tidur.

kalau kita bahagikan masa 7 malam hingga 7 pagi sebagai waktu malam..
Abu Hurairah membahagikan fasa 4 jam..

4 jam belajar =mampu
4 jam tidur =confirm mampu..hehe..malahan lebih
4 jam solat =???..ya Allah..lamanya..

Sayidina Umar Al-Khatab berkata :
"Jika aku tidur pada siang hari, urusan umatku tidak selesai. Jika aku tidur 
pada malam hari, urusan peribadiku tidak selesai."

Nikmat tidur hanya akan dapat dirasai sesusah keletihan bekerja pada siang hari.

Abu Muslim Al-Khurasani pernah ditanya "Mengapa kamu tidak tidur?" 
Beliau menjawab, "Kerana cita-cita yang tinggi, tekad yang kuat dan jiwa yang
tidak dapat menerima penganiayaan."

-Fakta diambil : Kunci Kejayaan Minda-Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarani

Ternyata orang yang hebat ternyata kurang waktu tidurnya..

Bekerja keras menimba ilmu lain selain fakta perubatan merupakan impian..
Tetapi mampukah fizikal dan rohani mampu menerima?

Apa-apa pun..
melalui perbincangan ana..

Apa yang ana dapat simpulkan..
Badan kita juga mempunyai hak untuk rehat.


Berpada-padalah..^^
Namun perkara ni tidak mustahil kan?

btw,
kitorang dapat anak kucing baru this semester :)
tgok tu..jeles ke dapat adik baru??..haha

big happy family..!!
^_^
*not included yang baru ni*


ok tu je for now. TQ

5 comments:

Anonymous said...

Superb

Lyndaz said...

Nice one zai!
Trimas atas pringatan..

Muhammad Zaiasraf bin Zainurin said...

Thanks :)

Lyndaz : thanks.. Sharing2.. IAllah

Anonymous said...

Great!!btw, boleh tau reason kenapa lama x menulis??

Muhammad Zaiasraf bin Zainurin said...

erm..ada ulama yang tak menulis sesuatu sehingga dia tak kuasi betul2 fakta tu dan menghafalnya. so, at least ana try la sebaik mungkin..tapi mmg susah nak hafal semua..tapi ingat main point iAllah