Kawan-Kawan ^^

Friday, November 16, 2012

Concern

Assalammualaikum wbt

Marcapada, dua ke tiga hari belakangan ini, dan sampailah
sekarang, saya melihat ramai rakan-rakan saya telah menukar profile
pictures, post artikel-artikel berkaitan Palestine, update-update
dari London, Ireland yang mana pihak non-Muslim turut sama membantah
serangan ke atas Gaza di facebook, Instagram dan sebagainya.

Secara jujur, saya merasa bangga kerana saya mempunyai ramai rakan
Islam yang concern terhadap our brothers and sisters there.
Tahniah saya ucapkan kepada semua! Senyum bangga.
Bangga sebab mempunyai rakan-rakan yang sangat prihatin terhadap
perkembangan umat Islam di sana.

Sebelum anda semua menuruskan pembacaan, saya tegaskan sekali lagi,
Tujuan saya menulis artikel di blog saya ini adalah untuk teguran dan ingatan
untuk diri saya sendiri terutama-tamanya dan seterusnya adalah untuk
peringatan semua. Kalau ada yang tersinggung atau marah, atau
cepat membuat rumusan tanpa berfikir panjang, saya nasihatkan,
nampak tanda pangkah di tab masing-masing,
saya cadangkan anda tanpa ragu-ragu, sila menekannya. Senyum.


Sebelum ini kita acap kali di uar-uar untuk memboikot syarikat-syarikat
yang diyakini memberikan sumbangan yang konsisten terhadap Israel Laknatullah ini.
Sering kali kita dengar ceramah, pergi program serangan pemikiran contohnya,
untuk mengingatkan kita tentang isu serangan ke atas Palestina tercinta.

Sampai satu tahap, ada rakan saya yang berkata,
"Tolonglah jangan cerita pasal kereta kebal, umat Islam kena tembak,
perjuangan mereka lagi. Dah tak larat nak dengar dah."

Apa maksud tak larat nak dengar? Dah bosan? Dah faham? Dah ambil tindakan?
Entah.

Sampai satu tahap, kita betul-betul dah faham, kita semangat nak boikot segala apa
yang berkaitan dengan Israel.
Boikot McD contohnya.

Saya sendiri telah melakukan pembacaan sepanjang cuti ini.
Dan apa yang saya faham, Ya! Memang McD memberi sumbangan kepada Israel.

Walaupun rata-rata McD diseluruh Malaysia mengisytiharkan bahawa mereka
adalah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah negara masing-masing dan
tidak terlibat dengan McD USA corp?
Haa macam mana tu?

"aku dah kaji dah, mana ada McD Malaysia ni bagi sumbangan"
"kau ni janganlah primitif sangat"

Ingat!
Sebenarnya, McD Malaysia harus membayar franchisee fees to McD USA corp.
Walaupun hanya 5% dari revenue yang disumbangkan,
Tapi "istiqamahnya" McD ni bagi sumbangan sejak 30 tahun yang lalu.
Berapa juta dolar US semuanya?

Dulu awal-awal semangat boikot McD!
Last-last tengok, eh? Ada je ustaz tu siap pakai jubah lagi bawak anak
masuk McD? Rileks je.

Eh? Dia ni kan alim? Tapi dia pun beli McD? Macam mana ni?

haaa.
Tapi McD ni sedap kan?

Yang mana yang tak boleh beli McD di overseas sebab tak halal pulak.

"Ouh time balik Malaysia la nak makan McD puas-puas."

Eh?

Sama je la dengan orang yang menulis,
Bukan tujuan nak mempapar dosa, tapi nak buat peringatan kepada diri.
Jangan pergi lagi.

Mula-mula semangat nak boikot,
Bila kawan-kawan cakap, "dah tu takkan kau taknak? Aku belanja."
"McD jelah paling senang nak pergi dalam airport ni."
"Then kalau tak nak McD? kau nak makan kat kedai mamak ke?" (sebab
di tempat saya belajar McD agak dekat jugakla dengan mamak)

Hurm..last-last, habis usaha boikot~

So, kawan-kawan,
Lepas ni, kalau nampak saya masuk lagi McD,
tak kira lah kawan ajak ke, apa ke.
Jangan segan-segan nak tegur ingatkan.
"Eh zai! haritu dah tulis dekat blog pun masuk lagi ke?"

Macam kisah burung masa Nabi Ibrahim AS dibakar.
Burung ni ambil air menggunakan paruhnya yang kecil untuk memadamkan api.
Walaupun usaha burung kecil ini nampak sia-sia,
Tapi at least dia boleh jawab depan Allah, at least dia dah buat something.
Untuk tolong padam api tu.

Jangan kita persoalkan apa OIC yang dipengerusikan Malaysia sekarang ini dah
lakukan untuk Palestine,
Jangan persoalkan bila kerajaan nak buat itu dan ini.
Persoalkan diri, apa yang dah kita buat untuk our brothers and sisters there!
Persoakan diri

So, walaupun aiskrim Sundae Cone yang harga seringgit, walaupun sedap.
Kena belajar boikot.
Banyak lagi ice cream sedap.

McD Malaysia memang halal.
Bayar cukai under kerajaan Malaysia sebab berdaftar under Kerajaan Malaysia
tapi duit yang disalurkan berdasarkan franchisee fees?
hurm. Takkan guna label, jenama tak kena franchisee fees?

betul ke notis ini?
mari kita fikir sama-sama.



So, mintak tolong semua, kalau nampak saya membeli McD, tolong tegur.
Dan kalau boleh, kita istiqamah dalam boikot! InsyaAllah.


SubahanAllah, Alhamdulillah, Allahuakhbar!

2 comments:

sakinah zaini said...

salam..
zai,moga terus istiqamah utk boikot produk2 israel..aq dari mrsm kot cuba boikot..even x boleh secara drastik, at least kita cuba sikit2..
bagi aq, bila kita dh try boikot sesuatu produk tu,then kita 'ter'beli/'ter'makan,tu macam peringatan utk kita supaya kuatkan lagi semangat utk boikot..
insya-Allah kita semua boleh..
Moga Allah berkati dan terima usaha kecil kita semua..Moga Palestin dilindungi dan diberkati..Aminn

Muhammad Zaiasraf bin Zainurin said...

sakinah :salam
InsyaAllah, sama, moga terus istiqamah lakukan kebaikan..semoga jadi lawyer yang amalkan nilai2 islam ya :) Aminn ya rabb.