Kembali menulis. Sorry lambat buat story pasal Gunung Ledang ni. Sebab tangan cramp. Haha
Sakit. Tapi sekarang dah ok dah. Kata tough? Muahaha.
Tak la saya ini kurus keding sahaja~
Sebab saya dah banyak kali google regarding Ledang ni. Agak susah nak jumpa story dekat blog
yang menceritakan pengalaman sampai ke Puncak Ledang. Kalau ada pun, 1 ke 2 sahaja.
So, saya ambil tanggungjawab ini untuk cerita pengalaman Hiking ke Gunung Ledang ni =)
mendaftar di sini
untuk jalan sekali ke Tempat berkumpul ke 2 di Merlimau, Melaka.
Atas sebab-sebab tertentu, kami mulakan perjalanan ke Merlimau pada jam 6.45. Memang dah lambat!
Dengan sesat-sesat cari 7eleven sebab nak beli keperluan, nak cari Bank lagi, dan nak cari rumah member,Leha namanya. kami sampai di rumah member saya ni pada jam 7.30 macam tu.
sebab nak cari rumah budak yang perasan Puteri Gunung Ledang ni lah.
Kami sesat lama~
Kami bergerak dari Merlimau, Melaka pada jam 8.15 pagi macam tu. Sedangkan kami dimaklumkan hiking sepatutnya bermula seawal jam 8 pagi! Ya Allah..
Dan inilah pertama kali saya drive ke Gunung Ledang. Jadi jalan pun macam tak sure sangat.
So, tersesat jauh sampai ke Muar. Ni semua gara-gara Google Maps from my phone yang tunjuk jalan jauh!
Jangan guna Google Maps dah! haha
Dan setelah drive ala-ala Jeremy Clarkson tapi lagi hebat.
Muahaha.
Kami sampai di Ledang pada jam 10 pagi.
Ni la muka-muka bakal penawan Puncak Mahligai. Cewah.
Setelah bersiap-siap, kami buat keputusan breakfast sedikit sebelum hiking. Makan nasi himpit yang dibekalkan oleh ibu saya bersama lauk ayam masak merah. Pergh. Best beb!
Makan punya makan. Ranger kata, "korang dah lambat nak hiking ni."
"Kalau macam ni la, kita sampai ke puncak pun paling awal pun pukul 4 petang."
"Sebab orang biasa hiking ke puncak akan ambil masa lebih kurang 7jam!"
"Lepas tu, kalau nak turun lagi ambil masa dalam 6 jam. Confirm malam baru turun nanti."
"Tapi tak apalah, kamu nak hiking jugak, saya benarkan, tapi kita bergantung pada equipment anda."
"Berapa lampu suluh yang kamu ada kalau nak turun malam?"
Sebab kami bertujuh, paling kurang 4 torch light diperlukan.
Kami hanya ada 1 torch light. Haha. Sadis gila~
Takkan sampai separuh dah kena turun kot? Gila sedih macam tu!.
So, saya korbankan duit, beli 2 torch light yang berharga RM8 setiap satu.
Tambah 1 torch light yang kami ada, dan 1 torch light guider kami.
So, cukuplah.
Semua yakin je nak tawan puncak. (cuba bayangkan muka confident aku >.<) Ahaks
Ni lah sebahagian dari map.
Sebenarnya nak highlight KFC tu!!
Hahaha
Jangan main-main, ada KFC atas Gunung Ledang.
Kitorang dah happy dah..Tapi.....
Rupa-rupanya, KFC tu adalah "Killing Fitness Centre"
=.="
Di mana starting from there, climber akan start guna tangan, badan, dan bukan kaki sahaja lagi.
So, memang tough la katanya.
Ye ke?
Bila ranger tanya makanan, the best part is. One of us just bawak choki-choki and air mineral 500ml sebotol sahaja. Hahaha.
comel je bawak choki choki je
Dia ingat nak pergi mana entah~
-.-
So, kami start la hiking pada jam 11 pagi macam tu.
dan sayangnya kami tak ambil gambar di Check point 1,
Bukit Semput. (semput betul! 700 anak tangga kecik-kecik!)
Check point 2 Hentian Meranti
and now CP 3 Batu Orkid.
Kenapa Orkid? entah..Tapi memang ada batu besar la.
Tak ambil pula gambarnya.
Orkidlah. (Gaya comel iklan apa entah dulu)
masih berjimba-jimba di check point 3
Terjumpa sekumpulan pendaki lain di Check point 5.
Kami solat Zuhur bersama.
Sejuk air gunung. Pergh, tak payah cakap.
Sejuk gila!!!!
Solat atas batu ni. (jangan salah anggap pulak ye)
Ni solat atas ni sebab ni je la kawasan rata yang ada.
Masa solat, kaki-kaki terasa menggigil menahan sejuk
dan penat cramp mendaki. Muscle twitch. Berdenyut2.
Story dekat ahli lain.
"eiyh!! Tak Kusyuk!!!!"
"weyh, sahabat Nabi dulu, tarik anak panah dekat kaki pun tak rasa tak tak??."
(free-free kena ceramah..)
Senyum.
Usai solat Zuhur di CP 5
Sungai Tiga Segi.
Muka happy sebab dah solat
dan ini gambar ke KFC tu.
Rileks sekejap lepas tu.
Ni our guide. Brother Firdaus.
Laju gila naik-naik tangga semua.
Ni di Gua Kambing
Sebab apa nama dia Gua Kambing?
Menurut Lagenda, ada kambing dilihat dahulu di kawasan ini.
Eh?. Macam cerita Ahmad Albab pulak!
Alhamdulillah, melepasi halangan Gua Kambing
=)
Laluan ke Puncak Gunung Ledang. Wee.
Tali-tali macam ni banyak sangat sepanjang laluan selepas KFC
tak larat ambil gambar.
Asal ada batu besar, mesti kena panjat guna tali ni. Kadang-kadang licin sebab
terpijak kat bahagian lumut. So, berhati-hati ye.
Dan lagi!
gigih betul!
dan kini saya berada di ketinggian 1000m dari aras laut!
muka-muka keletihan~
Tali lagi~
Ni antara yang paling gila!!!
Ya Allah, cantik betul view dekat sini.
Tapi kalau jatuh~~
Ke gaung lah jawabnya~~
Bahaya!
Ni Taman Bonsai.
Pokok-pokok bonsai ni lagi besar dari kat rumah.
Tapi view dari sini, SubahanaAllah, cantik!!!!
Alhamdulillah dikurniakan nikmat mata =')
Angin pun kuat atas ni
Ni lah tangga-tangga menuju ke puncak!
Antara lah.
Tapi banyak lagi sebenarnya.
Kalau asik keluar camera amik gambar je bila mau sampai ye tak?
Dan selepas kami sampai ke CP7 iaitu Bukit Botak, kami ingat itu adalah puncak, tapi kami lihat di seberang sana nampak satu lagi puncak. Lebih tinggi.
Dan kami perlu turun, lalu macam banjaran, dan climb kembali untuk ke betul-betul puncak!
Ya Allah, time tu Tuhan jela yang tahu.
Dia punya penat, cramp, semua ada..
Dan kami tak ambil 1 gambar pun sepanjang laluan.
Hanya jalan, berhenti, jatuh-jatuh, tersadung akar kayu, jatuh dek licin tanah.
Janji tak jatuh gaung. Alhamdulillah.
and finally, after 6 jam setengah
sampai kami di puncak Gunung Ledang!
kami sampai lebih kurang pukul 4.15 petang.
Alhamdulillah
meet this uncle.
He is about 56 years old
He said, "maybe this will be the last mountain I climb"
Tabik la uncle!!
Berjaya! Yeah!!
FYI, belakang tu menara Telekom
So, line telefon mmg penuh time ni.
Hehe
Dan kami turun mengambil masa selama lebih kurang 5 jam.
Turun laju je!
Sebab lapar.
Beg agak berat act, sebab bawak air banyak gila!
Sebab I totally dont want to drink from air Gunung.
Takut Leptospirosis!! (kencing tikus)
Solat Asar pada jam 6 petang di water point
Solat Maghrib di CP 3 Bertayamum.
Dan sampai di base pada jam 9 malam!
Kami makan, breakfast yang kami tak sempat habiskan tu..haha
Tu la nasi himpit paling sedap dalam dunia yang pernah kami rasa!!!!
hehehe
Bayaran Guide = RM220 (per group-1 group may up until 10-14 persons)
Climbing fees (RM10 per person)
Insurance (RM2)- I dont know what it will cover. hehehe
Enterance to Ledang (RM5-adult, RM3 children)
Deposit for not Littering (RM 50)- kami berdisplin, so, dapat balik ^_^
Contact number : 019 777 2057(Ranger Taman Hutan Lagenda)