Kawan-Kawan ^^

Tuesday, August 13, 2013

Star in Darkness

Assalammualaikum wbt

Tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi saya nak menghabiskan saki baki cuti raya sebelum masuk clinical years. Saki baki cuti raya saya habiskan dengan baca novel, baca blog pasal pengalaman clinical years, pasal pengalaman housemen, macam mana nak sambung master nanti( medical degree pun belum habis..!), baca pasal nak usha awek. haha. yang last tu joking.

Tapi mostly membaca la. Then banyak jugak la orang yang tanya. Esp bila yang datang raya tu sedara ke apa. Aku hentam baca novel tengah2 ruang tamu. Sambil borak-borak dengan family. Yelah! Nanti dah tak ada masa nak baca benda-benda macam ni! :(

Then family tanya, " Eh! Tak bosan ke, asik baca buku je.." "Asik study je.."
Ehem. Sambil betulkan kolar baju. "Baca novel dengan study buku-buku medic tu tersangatlah berbezanya."
Ni baca boleh rileks-rileks. Kalau quote yang best biasanya saya suka hafal. Gila! Tiba-tiba aku rasa aku skema tahap gaban.

Kenapa tak main game? Entah. Pening kepala main game.

Haa. Sebenarnya nak cerita pasal resit dan tak boleh resit ni. Lepas tu saya ada terbaca post-post yang kata kalau boleh resit paper tu untung la senang la. Eh?
Senang ke? Untung ke?

Entahlah. Tapi kalau ikut ukm, even kalau kau fail 1 paper lepas resit, and paper-paper lain kau gempak gila. A semuanya. Tetap kena repeat the whole year! Tak kira la pointer kau even 3.5 above pun, kalau ada fail satu paper. Repeat the whole year. And bukan belajar paper yang fail je, Tapi belajar semua balik. Maximum seven years. Means ulang tahun hanya boleh sekali di pre clinical and sekali di clinical years.

Sebab ada je university yang ada system yang boleh compensate markah. Means, kalau lepas certain point, markah lain tinggi, boleh cover markah yang rendah. Ada jugak yang kalau fail paper biochem contohnya, repeat year tu, kena belajar biochem sahaja! Pergh! What a waste..tagi cuak kalau macam tu. Lagi scary :( Ada jugak yang tak boleh resit paper langsung! Tapi boleh cover point dengan markah-markah paper lain. Ada jugak medical school yang fail, tapi korang still boleh proceed year, tapi kena luluskan before grad. Macam mana nak explain eh? Faham-faham sendiri je lah eh. Ngee.

Tapi all in all, semua medical school ada system yang tersangatlah scary dari sudut pandangan masing-masing. Senang cerita, korang jangan cakap, "alah, senanglah kalau macam tu"
"Bolehlah, korang boleh resit paper."
"Takpelah, korang boleh compensate markah."
"Senanglah, korang boleh cover points"
Korang masuk, belajar, baru tahu langit tu tinggi ke rendah. Senyum.

Dulu, kalau tengok orang fail medical school (before masuk med school) saya akan fikir, kenapa eh diorang boleh fail. Dulu kalau masa sekolah, even dapat C or even sometimes B pun dah rasa sedih gila. Sekarang, kalau dapat C pun. Boleh buat sujud syukur! Alhamdulillah!

Masa first year. Saya failed paper biochem, infections and immunity, genetics, dan mechanism of disease (pathology). 4 papers. Then second year, belajar ikut systems. Saya failed blood and lymph, respiratory, cardiovascular, urinary, medicine and society (public health), dan neuroscience. 6 papers. Tapi alhamdulillah saya lulus setelah resit paper. Dan kini masih lagi berada dalam batch yang sama.

Ni mesti kes soalan senang. Boleh lulus semua. Entahlah. Cuba define "senang?"
Tanya la mana-mana doctor yang grad ukm. Senang ke susah. heee.
Kalau study, keluar mana yang kita faham, alhamdulillah, senang lah jadinya. Tapi tak adalah senang sangat.

Sejujur-jujurnya, saya cakap, yang penting jangan menyerah kalah, jangan give up, jangan fikir susah, jangan fikir apa orang kata, jangan endahkan benda-benda negatif! Saya dah banyak kali tengok kawan-kawan yang give up. Even 4 papers, 6 papers. Then dah malas study. Plan repeating the whole year. Entahlah, bukan senang nak develop the strong heart. Saya tak cakap pun saya kuat ke apa nak hadap 4 or 6 papers. Berkali-kali mengangis, rasa diri macam bodoh gila dan sebagainya. Tapi, bila fikir-fikir balik, nanti kalau nak sambung master, masa houseman. Lagi dasyat (kalau ikut apa yang saya baca dekat blog la.)

Masa master pun, kalau fail, still kena repeat year, masa houseman, kalau buat silap, kena maki hamun. So, what the difference? Even our Dean cerita dia pernah repeat year. Tapi at the end? Dia jadi pakar ortho. And now? Dean. And banyak lagi contoh, tapi korang cari la sendiri ye. So, saya nak cakap pada junior-junior dan adik-adik especially, janganlah pandang rendah dekat senior-senior yang ada fail papers or repeating the year. Nanti korang akan rasa bertapa peritnya medic. Masa raya la nak exam, cuti pendek gila dan sebagainya. Masa student lagi dah rasa. dan macam-macam lagi pengalaman yang buat korang rasa nak tumbuk muka orang, nak jerit sekuat hati, nak mengangis kuat-kuat, semua ada! complete.

Tapi enjoy jugak la sebenarnya. You guys boleh rasa "dunia sebenar" perubatan. Hehe. And now clinical years. Senior cakap, kalau dah resit papers ni sebenarnya, korang lagi fresh dari orang yang tak resit. Bagi saya, tak jugak, sebab diorang pun lagi pandai kan. Malas nak fikir siapa lagi hebat, siapa tak hebat. Dulu masa first year, dah resit 4. Tak hebat pun. Fail 6 pulak second year. hahaha. Ni dah resit 6. Macam mana pulak? Allah..permudahkanlah.

Apa-apa pun, semua yang study medic, we have the same dream. To be a doctor. Mana-mana pun medic memang susah. Tapi best. Semoga impian kita semua tercapai.

"A star can only shine in darkness!"



3 comments:

AdinataGus said...

Post ni buat aku semangat semula utk course aku,walaupun x related langsung,at least tahu ada chance lagi :)

Anonymous said...

Dulu masa kitorang first year, ada junior pre med ni dengan penuh innocent nya tanya 'ini ke budak2 yg resit paper?'.. ok rase bengang dan sangat down time tu...
Unfortunately budak tu time first year, bukan takat resit exam, tpi siap repeat year lagi...
Well, what goes around comes around

Muhammad Zaiasraf bin Zainurin said...

Arif : betul..chance comes in different ways :) good luck engineering bro.

anonymous : really? how bad..Seriously memang kena respect senior betul2. They ll help u a lot when u respect them :) Maafkan jelah budak tu. They still have no idea what is medic. :D