Kawan-Kawan ^^

Wednesday, June 24, 2015

Give Up Medic!

Bila cuti-cuti begini membuatkan aku banyak baca blog-blog medical bila ada masa lapang. Sebelum ni aku tak banyak sangat kesempatan untuk baca every post macam blog Dr Syamirul, blog MO Frust, blog Dr Pagalavan.

Kadang-kadang bila aku baca blog ni aku jadi stress. Aku rasa kenapa la aku susah payah amik medik. Especially blog Dr Pagalavan. Aku rasa blog ni sangat discourage aku continue aku punya dream nak persue study medicine. Dan ni berlaku masa aku dah enter final year medicine!

Pernah aku consult sorang dr yang kebetulan bawak usrah sekali. Then dia nasihatkan aku  stop baca blog-blog yang discourage kau nak amik medicine. Walaupun dia cakap gaji sikit, stress, tak ada masa, kalau nak cerita bertapa best dalam alam medical ni, boleh tulis lagi banyak benda kau nak tulis medik ni best sebenarnya.

Baca blog-blog macam ni, di tambah pulak dengan kawan-kawan kau yang amik engineering banyak yang dah grad. Buat kau rasa macam "apa benda la aku buat study lama-lama ni"

Blog ni buat kau rasa macam "stresslah amik medic ni, kena marah, peluang kerja tak tentu dah sekarang, dr dah ramai, nak sambung specialist dah makin susah, private college bersepah-sepah, lepas tu asik kena kutuk je dalam blog-blog tu"

Tapi....still aku baca jugak blog-blog tu. Kenapa? Sebab bagi aku benda-benda tu realiti apa yang berlaku sekarang. Yup! Blog tu discourage orang amik medicine. Tapi dia discourage orang yang "terpaksa" amik medik. Tapi orang yang memang betul-betul nak amik medik, aku rasa dia akan buat kau rasa macam trying to prepare for the best untuk your future.

Blog-blog ni buat kau reflect balik soalan famous interview dulu.."WHY MEDICINE?" Dan aku fikir, reflect balik diri aku sejak first year med school sampai la sekarang. Aku cuba tanya diri aku sendiri, "are u fit enough to be in this field?"

Mungkin dulu berkali-kali aku cerita tentang aku gagal dalam exam semasa first year 4 modules, 2nd year 6 modules. Tapi masa tu ada tahap-tahap yang aku rasa "give up medicine". Aku rasa macam susah gila. Ni bukan diri aku. 

Tapi once kau dah dapat flow of medic. Kau akan rasa, "insyaAllah betul apa yang kau buat sekarang ni" Apa yang aku belajar dari sini ialah, dont afraid of the consequences. Kita punya 'kuasa' limited. As long as kau dah buat yang terbaik, kau doa je.


Macam doktor-doktor yang kita tengok dalam movie, "mintak maaf, saya dah buat yang terbaik". Aku rasa tu benda yang paling berat kita nak cakap dekat keluarga pesakit. Tapi itulah reality, "kita dah cuba yang terbaik". Reseat banyak paper dan lepas buat aku fikir, kenapa TAKUT FAIL?

Bagi aku kalau aku fail tu maksudnya aku knowledge aku mungkin belum cukup dalam sesusatu subjek tu. Dan kau kena la make sure yang kau betul2 study dan tengok progress kau macam mana. Tapi cabaran medical aku tengok banyak jugak bergantung kepada usaha, rezeki, dengan takdir. Kadang-kadang kau tengok dia tu macam success, Tiba-tiba result drop sebab family sakit. Or tiba-tiba fail sebab tak ada rezeki dapat pesakit yang tak cooperative. Tiba-tiba fail sebab ada salah faham dengan doktor.

Kau tahu macam mana effort kau sendiri. Apa yang kau buat. Kau tak pernah escape class, kau tak pernah escape clinic, kau tak pernah escape ward round, kau study baca buku dan bila tak faham kau make effort tengok explaination journal, youtube, web MD, wiki, orthobullet apa semua dan dicampur dengan banyak gila ebook. Then kau practise dengan kawan-kawan dekat ward, balik buat discussion apa semua. But still fail? Tu orang cakap rezeki masing-masing Allah nak bagi. Tapi bila kau tak study betul-betul, then fail, terima seadanya dan teruskan cover balik. Aku dulu pernah rasa satu module passing marks was 50 and i failed. After i knew my marks was 49.6,  aku rasa macam sedih gila. Padahal aku dah push gila-gila dah for neuro at that time. Tapi apa yang aku study balik tu sangat-sangatlah membantu diri aku untuk clinical.

Dan mungkin kau seorang yang success, belum tentu pada masa depan kau boleh terlepas dari terkena benda-benda macam 'needle prick', 'TB infection' dan banyak lagi. Sebab tu bagi aku dalam medikal ni bergantung kepada macam mana kau jaga hubungan dengan Allah, usaha, rezeki kau, keberkatan kau dengan mak ayah, dengan cikgu-cikgu kau, lecturer kau, perangai kau, dan mungkin akhir sekali 'luck' kau. Aku tak pernah rasa selamat atau rasa macam dalam zone selesa sepanjang aku amik medik.

Aku reflect balik kenapa aku amik medic. Dan aku rasa aku tak menyesal buat masa ni. InshaAllah aku ada aku punya cita-cita dan aim aku apa yang aku nak buat.

pic: irau when i was in paediatric in Alor Star Hospital.
Cuti sehari je which was on Saturday.
Petang lepas habis class hari Jumaat, aku terus amik bas to Ipoh dan sampai sana around 1am
Sabtu around 8am gerak climb Irau
Sabtu malam gerak semula ke Alor Star arrive at 2am
Ahad pagi ward round hosp Alor Star 6.30am!

cuti sehari je kau boleh make an effort Alor Star-Cameron Highland..
Lepak ar medik tak la stress sangat?


Gunung arong after my final 4th yr exam

Final posting for year 4. Paeds

Now alhamdulillah persuing into year 5.
never regret choosing medicine.
and hopefully will not regret in future.





3 comments:

syazwanizr said...

himnaera zaiasraf! hang in there!

Anonymous said...

Erk!! Takut la plk nk amik medic..

Anonymous said...

Mintak maaf dik, kita sekarang berada di dalam keadaan di mana sudah terlalu banyak medical graduates dan menjadi golongan yang tidak dikehendaki di hospital2 kerajaan. Diharap adik bersedia untuk menghadapi situasi tidak menentu sekarang, dan tidak menambahkan lagi bilangan HOs yang sudah berhenti, MIA atau dirujuk ke psy. Be pragmatic and be prepared for the worst, whilst praying for the best. Sekadar mengingatkan.

Zul