Kawan-Kawan ^^

Tuesday, October 30, 2012

Komitmen!

Assalammualaikum wbt

Darsawarsa ini kalau kita tengok penggunaan masa dalam kalangan kita
Or paling senangnya dalam kalangan remaja.
Banyak di habiskan di mana?

Oh! Sebelum tu :)
Ni perkongsian awal usrah tadi.
Dan sengaja saya tulis awal sebab takut terlupa isi-isi dalamnya.

Akhi tadi tanya selalu kalau masa muda ni.
Dekat mana komitmen kita sebenar-benarnya?

Erm.

Kalau fikir betul-betul.
Dekat mana eh komitmen?.

Study.
Family? Tak sangat rasanya. Sebab selalunya bila kita
busy, family semua akan faham.
And selalunya kepada family kita tak mainkan komitmen yang besar.

Cuma kita bawak nama baik parents.
Dekat tempat orang :)
Tu kena jaga betul-betul.

So, mainly study je lah. kan?
And kalau ada pegang jawatan. dan amanah.

Lagi?
TAK ADA.
kan?

sikit betul komitmen kita.
SIKIT SANGAT!

Dan tak hairanlah ada orang yang boleh tambah komitmen masa
remaja ni
dengan bercouple contohnya.

Kononnya.
Tolong kejut subuh.
Tolong kejut tahajud.
Kami message bagi tazkirah,
Kongsi hadis

Bila merajuk berusaha gila pujuk.
Nak kata habis duit. Tak sangat lah kot.
Mesti boleh bagi alasan. Whatsapps, imessage, YM, sykpe
dan sebagainya. Kan?

Tapi komitmen masa yang kita berikan.?
Bergayut or video call 1 ke 2 jam?

Ouh btw, saya bukan primitif sangat.
Tapi cuma nak cakap yang kita ni banyak masa,
kurang komitmen. Tu je.

Yang lain boleh sila fikir sendiri. Sekian. tett.

Kotemporari kita tengok,
Masa muda ni. Banyak masa kita habis kat mana?

Kalaulah ada berlaku macam dalam cerita time travelers wife tu.
Boleh tengok balik masa lalu.
Regretkah kita dengan apa yang kita tengah lakukan sekarang?

Tapi benda macam tu tak mungkin akan berlaku.
Sebab benda yang paling jauh adalah
Masa yang telah lalu. salah satu soalan Iman Al Ghazali kepada muridnya.
Ingat lagi tak? :)

So,Plan your day.
Or become a regret old man. Waiting to die alone.
-Inception

p/s : About one month ago, one of my lecturer told me that i look so quiet and lonely.
Still remember until now. haha.
Smile. (nope, actually i have my family, my friends and Allah of course with me ^_^)

End.

InsyaAllah akan bertemu kembali kita nanti Monkey Beach.
Early mid term break we will go there for camping ^_^

Enjoying myself in medical school. lala ;)


Sunday, October 21, 2012

Untuk siapa?

Assalammulaikum wbt

sila abaikan bulu-bulu di tangan ini. saya juga geli melihatnya.opps


Nirmala ini mata masih berdegil macam peminjamnya dari Ilahi.
Oh sebelum tu.! Baik diingatkan bahawa,
Nirmala bermaksud pagi yang hening. Bukan Nirmala Sari ke, apa ke eh. ek?

Kepala dah saturated dah, dan kalau ni mata ni masih degil lagi,
Bolehlah kita campurkan sedikit solvent so that, it will become less saturated.
And lepas tu boleh tambah lagi solution. Kalau tak faham sila abaikan ye :)

Kali ni betul-betul tertarik nak tulis pasal "compliment"

Pernah tak korang rasa macam ni.

"Aku dah penat-penat buat kerja, bukan tahu nak cakap terima kasih,
lagi diorang marah aku pulak. Diorang ingat senang ke nak buat kerja ni!"

"Diaorang ni tak reti nak appreciate orang ke? At least senyum ke, belanja
minum ke. Ni tak."

"Kerja aku buat tu bagus kot! Even doctor tu pun puji aku. Kenapa orang lain
nampak muka biasa je? Diorang tak kagum ke?"

Oh. Contoh ni cuma direka. Tiada kena mengena dengan yang masih hidup
ataupun yang telah meninggal dunia.

Cuma contoh. Kalau kena tu nasib lah eh. jelir lidah

Kita selalu harap orang puji kita
Kita harap orang like status kita bila kita post
Kita harap orang bangga dengan kita
Kita harap orang kagum dengan kita
Kita harap orang like blog kita. eh.

Semua orang suka bila kena puji. Ada tak orang yang tak suka bila kena puji?
Bila orang puji dia je. Dia akan cakap.

"Woii!!!..tak puas hati? nak gaduh? Awat hang puji aku?.."opss over acting pulak~~

Bila kita fikir balik, bila kita buat sesuatu kerja tu untuk apa?
Untuk orang suka dekat kita? Untuk glamour?
Untuk tunjukkan yang kita lebih bagus daripada orang lain?

Sebagus-bagus kita pun. Mesti ada orang lagi bagus punya! Confirm.

Dan kadang-kadang tu.
Kita buat something sebab nak tarik perhatian perempuan.
Atau bagi yang perempuan nak tarik perhatian lelaki.

Nak tunjukkan bahawa dia adalah lelaki paling cool kat dunia ni.
Dia lah wanita paling ayu kat dunia ni.
Biarlah dia menjadi pujaan hati semua orang.

Pernah tak cuba nak buat macam tu?
Atau pun terniat nak jadi macam tu?
Atau berangan-angan nak jadi macam tu?

Saya terbaca satu phrase yang cukup catchy dalam buku Jangan Berhenti
Berlari karya Dr Zaharuddin.

"Jangan jadikan pujian manusia sebagai motivasi unggul, kerana ia
akan mencelamu di kemudian hari"

"Jadikan Allah, Rasul-Nya dan syurga sebagai motivasi, nescaya janji-Nya
tidak pernah mengecewakan."

p/s : saya ambil sikit dan sebenarnya phrase ni panjang. Boleh cari dalam buku tu.

Status kawan saya di facebook ada berbunyi. xde la berbunyi as sound ye. tau korang faham.
orang saje jee..

"Ramai orang yang berubah ni niat dia sebenarnya nak dapatkan suami/isteri yang baik.
Bukan betul-betul berubah kerana Allah."
Ya Allah. Takutnya dengar. Semoga betul niat kerana Allah.

Memanglah lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
dan wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Dan sebaliknya.

Tapi adakah tu sahaja yang kerap kita fikir?

Apa yang saya nampak. Yup. Banyak orang post kat facebook, twitter, instagram
Balik-balik pasal jodoh.

Tak dinafikan penting cari. Tapi berubah atas tujuan apa?
Semoga niat kita semua betul.
Ikhlaskan hati. Lillahitaala. InsyaAllah.

Kan? banyak benda kita buat ni sebenarnya kita nak tunjuk dekat manusia.
Bukan dekat Allah. Tapi kalau tunjuk dengan tujuan tarbiah (mendidik). Tak apa :') positif!

Dah cukup rasanya. Nak sambung study. okethanksbai.



Friday, October 19, 2012

Masa. Medic.

Assalammualaikum wbt

Ghalibnya kita akan berasa masa sangat terisi dengan kesibukan
yang melanda diri. dan bila ada rasa macam terlampau banyak masa free
 rasa macam bosan pun ada.
Ironinya, tidur lagi best.

Less productive.

Yup tu symptoms yang paling sesuai dikunakan.
Symptoms? Erk. Apa-apa lah.

Tapi belajar medik ni banyak ke masa free?
Entah.

Bagi korang lah. Apa yang korang rasa dengan masa free?
Berapa banyak masa yang korang perlukan untuk mendapatkan "masa free"?

Semuanya bagi saya adalah swadaya (kekuatan diri) korang sendiri.

Bagi saya sebab before ni saya dipertanggungjawab memegang jawatan yang agak berat.
Dan kini bila melepaskannya. Rasa macam terlalu banyak pula masa free.

Tapi saya heran betul dengan orang yang cakap.
Tak cukup masa.
Tak ada masa.

Kalau tengok balik diri.
Kita selalu cakap. Banyak gila topic ni! Macam mana nak cover?
Masa dah la tak ada.

Bila kita busy.

Rasa macam wuish!
"Kena buat awal semua kerja ni. Mana sempat nanti bla-bla-bla."

Kalau tidak busy?
"Rileks la bro..masa banyak kot nak study.."
Bila sampai last minute?
Livita, Red Bull jadi peneman setia.

Konklusinya, bila kita kurang aktiviti, kurang masa yang digunakan secara bermanfaat
dan digunakan sebaik mungkin dengan program, tarbiah, dakwah, mukhayam dan sebagainya.
Kita akan rasa kosong dengan menghadap buku sepanjang masa.
Terutamanya buku pelajaran sepanjang masa.

Bagi saya sebenarnya belajar medik ni tak adalah dengan buku sepanjang masa.
Kami ada juga masa bermain.
Game, futsal dan sebagainya.

Kalau tengok overseas lagilah.
Travel dan sebagainya. Cuma bila time belajar tu.
Bila orang pandang. Dengan kertas bersepah, buku tebal-tebal.
Labeling yang melampau-lampau.
Mulalah orang pandang pergh! Gila lah budak medik ni.
Memang tak ada life!
Asik baca buku je.

Sebenarnya bukan kami baca pun semua buku tu every page.
Bukan setiap hari study gila-gila.
Bukan semua labeling banyak tu kena ingat.
Bukan kena rebus pun buku yang puratanya setebah suku jengkal tu.
Dan bukan semua buku medik tebal-tebal pun.

Entah.

Bagi saya, ambil medik ada cabaranya tersendiri.
Sama macam course-course lain.

Ada sahaja masa nak tengok wayang.
Ada sahaja masa nak pergi jalan-jalan.
Ada sahaja masa untuk kawan-kawan.

Cuma bergantung kepada diri sendiri.
Macam mana korang uruskan korang punya pengurusan masa.
24 jam sehari.

Kalau ikutkan kami yang mengikuti kurus Perubatan UKM
Memang banyak yang perlu diuruskan kerana kami belajar di kampus berbeza.
Dan untuk menyelaraskan nota, dan pelbagai lagi urusan lain adalah
tanggungjawab student sendiri.

Memang penat lebih-lebih lagi jika anda menyandang jawatan dan tanggungjawab
Yang besar dalam dunia pelajar perubatan.

Anyway. For this, yang penting ialah jangan bersikap nafsi.
Kena work together.

Kena positif! Saya ada banyak masa!

p/s : kalau banyak masa itu kita guna untuk tarbiah. Dengan kepakaran dan kecerdikan
pelajar perubatan. Mungkin makin hebat dakwah yang dapat dilakukan pelajar perubatan! kan? :)



Balik dari kelas.
Exercise sejauh 32.93miles sila convert sendiri ke km =)

Alhamdulillah! Saya kena jadi seorang doktor yang sihat!

Ingat. Sebenarnya banyak masa free. 
Dan gunakanlah sebaik mungkin.


(I Swear) by the time
man is in a state of loss indeed
Except those who believe and did righteous deeds, and exhorted each other to observe patience.
(Al Asr: 1-3)



Wednesday, October 17, 2012

Rumah

"Along, Along, nak tanya boleh?" sila baca dengan nada paling comel

Ana menoleh. Memandang. Sambil menganggat kening. muka malas.

"Kalau harimau kan mengaumkan along? Kambing Mengembek..Kerbau menguak."

"Haah. Iye la tu. Dah tu kenapa?" Tanya ana.

"Kalau anjing apa eh along?."suara comel lagi

"Rasa-rasa apa?.." saja je nak tengok dia jawab apa.

"Entah..menganjing eh?" Dan diikuti gelak tawa daripada adik-adik yang lain.

-.-

"Bukan menganjing lah sayang, menyalak jawapan dia~" sambil tersengih macam kerang busuk.

Lepas tu terus dia sengih-sengih sambil buat muka blur. sambil jawab.."oooo"

=)

..............

Tu adik bongsu ana. Rindu gila.. ='(

Kalau kira-kira jumlah cuti. Raya sebelum ni pun ana balik masa 27 Ramadan.
Sebab kena jawab exam.
Raya sekejap. Lepas tu terus ke Penang semula menyambung
pengajian di Tahun 2.

Dan raya haji kali ini. Tak dapat balik jugak sebab exam.

"Orang lelaki mana balik rumah selalu, dia akan pergi merantau.
Baru nama orang muda. Cari ilmu. Cari Pengalaman"
Teringiang-ngiang kata-kata head prefect sekolah ibu kepada ana
semasa ana teman beliau ke reunion alumni sekolahnya.

Fikir-fikir balik, kawan-kawan yang duduk overseas lagi jarang balik.
Tapi diorang cuti lama. hati cuba membentak.

Alah sebenarnya you also supposed to have a long holiday.
But...

Tak apa lah. Pengalaman.

Latih diri. Rindu Family.
Tak apa. Allah ada. =')

Sekarang ni. Latih diri. Kumpul sebanyak mana ilmu yang boleh.
Latih diri. Develop pre-clinical skills sebagus mana yang boleh.
Kena push harder kali ni.

Sebab nak jadi doktor hebat, asas kena kuat kan?.*tiba-tiba semangat!*

Orang yang berjaya, akalnya tidak tergugat dengan nafsunya. Kesabaranya 
tidak tergugat oleh kelemahan dirinya, dan tidak terpedaya oleh hasutan serta
tidak disibukkan oleh seusatu yang tidak bermanfaat.
Dr 'Aidh Abdullah Al Qarni

Nak jadi orang berjaya kan?

Kenangan di rumah nenek.
Adik bongsu.
Satu-satunya perempuan among 5 siblings.

Saturday, October 6, 2012

Choose you!

Assalammualaikum wbt

Setelah melakukan beberapa pembacaan, bacaan sendiri, dan hadiri
program, barulah ana menemui jawapan kepada persoalan yang
setelah sekian lama bermain di benak.

Persoalan suatu masa dahulu di group discussion semasa Pra Perubatan.

Seorang lecturer ana tanya tentang poligami. Lecturer merupakan
seorang Kristian Katolik rasanya. Anyway,tak kisah la katolik ke tak,
yang penting dia Kristian and dia mempersoal tentang isu poligami kepada
 kami. Dan alangkah malangnya ana tidak mempunyai jawapan pada masa tu untuk
explain dengan baik kepada dia tentang sebab poligami.
Satu peluang dakwah dah terlepas ='(

Btw post ni bukan bertujuan nak pasang ramai-ramai pun eh. Sila baca
sampai habis =) satu pun susah nak cari. haha

"Kenapa lelaki muslim boleh kahwin banyak? Kenapa perempuan tak 
boleh? Di mana keadilan Islam macam tu?"

"Kan sekarang ni orang amalkan hak sama rata, lelaki dan perempuan.
Tapi kenapa bila orang Islam solat, lelaki kat depan? perempuan duduk belakang?"

"Kenapa aurat perempuan lagi banyak daripada lelaki Islam? Kesian perempuan rimas. Di mana kebebasan wanita?"

"Tak ke perempuan jealous jika suami dia bersama perempuan lain?"

Lebih kurang macam ni lah soalan-soalan yang dilontarkan.
Dan sengaja ana tambah soalan lain yang mungkin boleh relate dengan
topic kali ini.

Agak-agak kenapa?
Kalau Islam itu adil. Di mana keadilannya di situ?

Haa..cuba fikir!

Dah penat dah garu kepala? Ewah, bajet terror pulak.

Jom kita kupas isu ni. *nada semangat >.<*

Cuba bayangkan situasi ni. Bayangkan tau.
Seorang perompak datang ke rumah anda. Dan anda adalah seorang lelaki
yang gagah lagi perkasa. (macam ana..muahaha)

Apa yang akan anda lakukan?
Kalau ana, sudah tentulah ana akan pukul perompak tu,
Pergi lawan ke
Pergi halau ke
Ye lah orang gagah lagi perkasa la katakan. wekk.

Ok kali ni sebagai seorang lelaki yang 'adil dan saksama',
Untuk menuntut hak keadilan dan kesama rataan terhadap wanita,
Kali ni dengan 'cerdik lagi bijaksana' ana cakap kat isteri
cewah, berangan kejap. sila jangan jealous.

"Sayang, kali ni abang nak bagi keadilan terhadap wanita,
Dan hak sama rata. Abang rasa macam abang nak susukan anak kita,
sayang pergi lawan dengan perompak tu. Abang takut lah sayang. ok yang ni 
serious geli"

Baik tak ana?
Baik lah kan?..kata nak hak kesamarataan~
Sama rata lah tu kan?

ngaa.

Lelaki dan wanita bukan setaraf.
Tetapi lelaki dan wanita itu saling melengkapi.
cewah!!

serious.
Lelaki tertarik kepada wanita sebab sifat kewanitaan seorang wanita.
wanita sukakan sifat kelakian seorang lelaki.

Lelaki dan wanita macam botol dengan penutup.
Macam baju dengan seluar.
Macam sepasang selipar.
Macam electrons and protons.
Saling memerlukan.

Bukan saling bersaing untuk melihat golongan mana yang
lebih hebat!
macam negara barat uar-uarkan!

"Wanita itu adalah pakaian bagi lelaki, dan lelaki itu adalah pakaian bagi
wanita." (2:187)
See?

Berkenaan isu poligami,
Sebenarnya orang Melayu ni bangga sangat bila ada banyak isteri.
Dia tengok benda ni macam seronok.
Dan sebagai indikator kemegahan dan kegagahan mereka.

Kesiannya? Wanita.

Hikmah poligami ana tak nak ulas. Sebab panjang sangat.
Walaupun ana dah baca. Pening kepala dibuatnya.

Tapi ana lagi berminat dengan isu monogami.
Sebab isu tanggungjawab.

"Tidak dinafikan berkahwin satu (monogami) adalah lebih baik 
untuk mengelakkan kepayahan di dunia dan balasan di akhirat."
(Rujuk buku Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan,
karya Prof. Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi)

Hukum asal poligami adalah harus, bukan sunnah.

Kesian dekat isteri yang dipaksa sain kontrak kawin lagi,
Diugut ditinggalkan jika melawan,
Dan sebagainya. Alasan nusyuz dan sebagainya.

Kesian.Kesian.Kesian. (gaya upin ipin)bajet comel kejap boleh? haha

Jadi, poligami bukanlah isu pun. Cuma orang Islam sometimes make
poligami sebagai kemegahan diorang pulak.

Berlainan dengan orang yang betul-betul hendak menolong,
Isteri sakit dan sebagainya.

Memang susah lelaki nak bahagikan kesetiaannya kepada 2.
sebab kan Allah pun dah mention that.

"Allah tak menjadikan seorang lelaki mempunyai 2 hati dalam rongga dadanya" (33:44)

Rasullullah sendiri tidak pernah menduakan isteri pertamanya,
Khadijah r.ha.

Saidatina Fatimah tidak pernak dimadukan oleh Saidina Ali
sepanjang hayatnya.

sweetkan?rasa manis sebab makan gula-gula. lala

Anyway, janganlah terpengaruh dengan agenda Barat.
And also Asia sendiri pun macam rosak je -.-
eh bukan macam rosak.
memang rosak pun!

Macam gangnam, k-pop. tiba-tiba.eh

Jangan terpengaruh dengan soalan-soalan menjatuhkan Islam,
Jangan terpengaruh dengan menuntut hak kesamarataan,
Sebab lelaki ada kelebihan, perempuan pun ada kelebihan
tersendiri.

Sebab tu, nak amalkan monogami,
kena pilih yang betul-betul.
Bukan main-main!

So, biar memilih, asal tak salah pilih kan?
monogami.

"Kecintaan kamu kepada sesuatu membuatkan kamu buta 
dan tuli" (Riwayat Ahmad)

so, masa study ni, better study betul-betul.
Nanti masa dia akan datang. adalah tu.

Jangan rushing.

p/s : sangat berharap dapat sampaikan dengan baik kepada lecturer ana tu
berkenaan ini. Sebab kesian dia ceraikan isteri 1st sebab nak kahwin dengan 2nd.
Apalah nasib isteri 1st dia tu.

saja letak gambar hiasan ni.
setakat ni.
belum gatal nak bernikah pun.

memang sampai bila-bila pun tak perfect.
Tapi at least boleh improve kan?

memang duit boleh cari,
dan bukan semua benda boleh dibeli dengan duit.
Tapi semua benda sekarang perlu guna duit.
even masuk toilet pun kena duit!
simpan duit.simpan duit.simpan duit! 

faham tak? erk


ok lah. sekian.



Thursday, October 4, 2012

Chance. Improve! ^_^

Assalammualaikum wbt

Jangan sesekali kita ditipu oleh syaitan yang sentiasa mengutuk kita sebagai 'tidak cukup baik', 'tidak cukup soleh' dan 'belum cukup ilmu' serta seratus ribu satu macam alasan lain lagi. Pastikan semua bisikan itu diharungi dengan keazaman yang tinggi untuk memadamkannya.

-Petikan buku Diari Musafir Jangan Berhenti 'Berlari' oleh Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

Serba salah dengan keadaan diri yang merasakan diri tak cukup 
baik untuk menulis. Tapi tulisan ni sekali lagi ditegaskan adalah untuk
 tarbiah diri sendiri jugak sebab kan besar dosa orang yang menyeru 
kepada kebaikan yang dia sendiri tak lakukannya. 
Tapi kemurkaan Allah kan lagi besar to sesiapa yang melakukan 
kebaikan tetapi melupakan terus seruan kebaikan. So, pikir-pikirkan lah.

Alhamdulillah,
Nazar ana jika lepas Tahun 1 perubatan hampir terlaksana,
Ana bercadang nak adakan bulatan gembira sesama batch 
dengan junior sekali. Especially nak tarbiah housemate dengan
 rakan-rakan terdekat. Despite ada bulatan gembira sesama pelajar 
diploma di kolej uni ana ni.

Jelas sekali ana bukanlah berbackgroud from sekolah agama etc,
Ana juga dalam proses ditarbiah.
Dan ana akui kekurangan ilmu pada diri.

Tapi ana yakin yang ana perlu bijak mengambil segala peluang untuk berdakwah,
Jadi ana berkenalan dan menjemput salah seorang kenalan dari luar untuk 
conduct bulatan gembira baru kami sesama housemates terutamanya :)

Kalau buat jahat boleh nekad, kenapa tak buat baik kan?
So, why not?. =')

Dan sengaja ana lepaskan jawatan sebagai Presiden batch,
Untuk ana dapat fokuskan pada aktiviti dakwah dan tarbiah campus.

Bukan ana tak boleh handle pelbagai jawatan dalam sesuatu masa,
Cuma ana perlu utamakan dahulu prioriti yang lebih utama,
Mula menapak, develops skills,
Dan mungkin boleh berani melakukan banyak kerja disamping study perubatan.

Dan mungkin kalau ada masa, ana cadang nak bantu junior dalam study,
Sebab dalam masa yang sama, ilmu perubatan tahun satu ana tak hilang
So, lepas ni ana harap dapat susun balik jadual,
Sebab ni salah satu peluang tarbiah sekali bila diorang dan selesa dan ada peluang.
Kan? Hehe.

Sangat cemburu dengan rakan-rakan course lain,
Ana harus sacrifice lebih pada tahun ini untuk pembangunan diri sendiri,
Dan develop skills sendiri sekali.

Lepas ni, kalau diberi peluang sekali lagi dalam kepimpinan di Tahun 3 dan seterusnya,
InsyaAllah ana lebih bersedia dengan ilmu, pengalaman, dan kebolehan membahagi masa 
Dan stress management yang baik.

Sebab lagi busy seseorang, lagi bagus dia manage diri kan?

Semoga ana kekal istiqamah bersama rakan seperjuangan
Dalam membentuk akidah untuk mejadi seorang doktor muslim yang hebat!
yup! Tu cita-cita ana!

Mintak maaf dengan rakan-rakan jika ana kelihatan agak tegas sometimes,
kurang tegur or senyum, Kalau korang tegur dan approach ana dulu,
Tak ada masalah kita nak borak-borak ok?

Mintak maaf sebab terlalu serious dalam aktivi seharian jugak.

Kalau dulu ana mengangis tak dapat pergi overseas kerana tarbiah,
Kini ana boleh tersenyum dengan susunan tarbiah yang boleh ana cari,
dan ana laksanakan sebaik mungkin mengikut kemampuan dan kreativiti ana tersendiri.

Itu cita-cita ana pada tahun ini.
To kawan-kawan yang ana jarang tegur, nasihat ana, approach dan kita boleh 
sembang-sembang tak ada masalah. =)

Minta teguran jika nampak ana lakukan dosa dan buat silap.

Btw,

Disamping aktiviti lain yang sibuk, ana kena kekal sihat kan?
Hehe. *skema nau ni*

Jadi ana buat something yang ana suka!
Outdoor activities!!

Kalau dulu ana selalu dengan camping, rowing, hiking
main kayak melaka,
kali ni ana memilih mountain biking sebagai aktiviti sampingan.

Sangat best sebab ada masa nak main mountain biking!
Tapi sekarang ana more to jalan off roads and cross country dulu
Sebab nak bina balik stamina dan shape badan yang dah hilang.

=)

Mountain bike ana =)

Padding, helmet, & back lights,

p/s : ana harap nanti boleh buat satu post pasal mountain biking. Price, pemilihan basikal, safety dan sebagainya pulak. hehe.

Kena cari masa update blog lebih sikit lepas ni.