Kawan-Kawan ^^

Sunday, October 21, 2012

Untuk siapa?

Assalammulaikum wbt

sila abaikan bulu-bulu di tangan ini. saya juga geli melihatnya.opps


Nirmala ini mata masih berdegil macam peminjamnya dari Ilahi.
Oh sebelum tu.! Baik diingatkan bahawa,
Nirmala bermaksud pagi yang hening. Bukan Nirmala Sari ke, apa ke eh. ek?

Kepala dah saturated dah, dan kalau ni mata ni masih degil lagi,
Bolehlah kita campurkan sedikit solvent so that, it will become less saturated.
And lepas tu boleh tambah lagi solution. Kalau tak faham sila abaikan ye :)

Kali ni betul-betul tertarik nak tulis pasal "compliment"

Pernah tak korang rasa macam ni.

"Aku dah penat-penat buat kerja, bukan tahu nak cakap terima kasih,
lagi diorang marah aku pulak. Diorang ingat senang ke nak buat kerja ni!"

"Diaorang ni tak reti nak appreciate orang ke? At least senyum ke, belanja
minum ke. Ni tak."

"Kerja aku buat tu bagus kot! Even doctor tu pun puji aku. Kenapa orang lain
nampak muka biasa je? Diorang tak kagum ke?"

Oh. Contoh ni cuma direka. Tiada kena mengena dengan yang masih hidup
ataupun yang telah meninggal dunia.

Cuma contoh. Kalau kena tu nasib lah eh. jelir lidah

Kita selalu harap orang puji kita
Kita harap orang like status kita bila kita post
Kita harap orang bangga dengan kita
Kita harap orang kagum dengan kita
Kita harap orang like blog kita. eh.

Semua orang suka bila kena puji. Ada tak orang yang tak suka bila kena puji?
Bila orang puji dia je. Dia akan cakap.

"Woii!!!..tak puas hati? nak gaduh? Awat hang puji aku?.."opss over acting pulak~~

Bila kita fikir balik, bila kita buat sesuatu kerja tu untuk apa?
Untuk orang suka dekat kita? Untuk glamour?
Untuk tunjukkan yang kita lebih bagus daripada orang lain?

Sebagus-bagus kita pun. Mesti ada orang lagi bagus punya! Confirm.

Dan kadang-kadang tu.
Kita buat something sebab nak tarik perhatian perempuan.
Atau bagi yang perempuan nak tarik perhatian lelaki.

Nak tunjukkan bahawa dia adalah lelaki paling cool kat dunia ni.
Dia lah wanita paling ayu kat dunia ni.
Biarlah dia menjadi pujaan hati semua orang.

Pernah tak cuba nak buat macam tu?
Atau pun terniat nak jadi macam tu?
Atau berangan-angan nak jadi macam tu?

Saya terbaca satu phrase yang cukup catchy dalam buku Jangan Berhenti
Berlari karya Dr Zaharuddin.

"Jangan jadikan pujian manusia sebagai motivasi unggul, kerana ia
akan mencelamu di kemudian hari"

"Jadikan Allah, Rasul-Nya dan syurga sebagai motivasi, nescaya janji-Nya
tidak pernah mengecewakan."

p/s : saya ambil sikit dan sebenarnya phrase ni panjang. Boleh cari dalam buku tu.

Status kawan saya di facebook ada berbunyi. xde la berbunyi as sound ye. tau korang faham.
orang saje jee..

"Ramai orang yang berubah ni niat dia sebenarnya nak dapatkan suami/isteri yang baik.
Bukan betul-betul berubah kerana Allah."
Ya Allah. Takutnya dengar. Semoga betul niat kerana Allah.

Memanglah lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
dan wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Dan sebaliknya.

Tapi adakah tu sahaja yang kerap kita fikir?

Apa yang saya nampak. Yup. Banyak orang post kat facebook, twitter, instagram
Balik-balik pasal jodoh.

Tak dinafikan penting cari. Tapi berubah atas tujuan apa?
Semoga niat kita semua betul.
Ikhlaskan hati. Lillahitaala. InsyaAllah.

Kan? banyak benda kita buat ni sebenarnya kita nak tunjuk dekat manusia.
Bukan dekat Allah. Tapi kalau tunjuk dengan tujuan tarbiah (mendidik). Tak apa :') positif!

Dah cukup rasanya. Nak sambung study. okethanksbai.



4 comments:

Anonymous said...

Can I clone your article to my blog? Thank you.

Muhammad Zaiasraf bin Zainurin said...

erk..

Anonymous said...

This was really a fascinating subject, I am very lucky to have the ability to come to your weblog and I will bookmark this page in order that I might come back one other time.

Muhammad Zaiasraf bin Zainurin said...

thanks