Kawan-Kawan ^^

Saturday, October 6, 2012

Choose you!

Assalammualaikum wbt

Setelah melakukan beberapa pembacaan, bacaan sendiri, dan hadiri
program, barulah ana menemui jawapan kepada persoalan yang
setelah sekian lama bermain di benak.

Persoalan suatu masa dahulu di group discussion semasa Pra Perubatan.

Seorang lecturer ana tanya tentang poligami. Lecturer merupakan
seorang Kristian Katolik rasanya. Anyway,tak kisah la katolik ke tak,
yang penting dia Kristian and dia mempersoal tentang isu poligami kepada
 kami. Dan alangkah malangnya ana tidak mempunyai jawapan pada masa tu untuk
explain dengan baik kepada dia tentang sebab poligami.
Satu peluang dakwah dah terlepas ='(

Btw post ni bukan bertujuan nak pasang ramai-ramai pun eh. Sila baca
sampai habis =) satu pun susah nak cari. haha

"Kenapa lelaki muslim boleh kahwin banyak? Kenapa perempuan tak 
boleh? Di mana keadilan Islam macam tu?"

"Kan sekarang ni orang amalkan hak sama rata, lelaki dan perempuan.
Tapi kenapa bila orang Islam solat, lelaki kat depan? perempuan duduk belakang?"

"Kenapa aurat perempuan lagi banyak daripada lelaki Islam? Kesian perempuan rimas. Di mana kebebasan wanita?"

"Tak ke perempuan jealous jika suami dia bersama perempuan lain?"

Lebih kurang macam ni lah soalan-soalan yang dilontarkan.
Dan sengaja ana tambah soalan lain yang mungkin boleh relate dengan
topic kali ini.

Agak-agak kenapa?
Kalau Islam itu adil. Di mana keadilannya di situ?

Haa..cuba fikir!

Dah penat dah garu kepala? Ewah, bajet terror pulak.

Jom kita kupas isu ni. *nada semangat >.<*

Cuba bayangkan situasi ni. Bayangkan tau.
Seorang perompak datang ke rumah anda. Dan anda adalah seorang lelaki
yang gagah lagi perkasa. (macam ana..muahaha)

Apa yang akan anda lakukan?
Kalau ana, sudah tentulah ana akan pukul perompak tu,
Pergi lawan ke
Pergi halau ke
Ye lah orang gagah lagi perkasa la katakan. wekk.

Ok kali ni sebagai seorang lelaki yang 'adil dan saksama',
Untuk menuntut hak keadilan dan kesama rataan terhadap wanita,
Kali ni dengan 'cerdik lagi bijaksana' ana cakap kat isteri
cewah, berangan kejap. sila jangan jealous.

"Sayang, kali ni abang nak bagi keadilan terhadap wanita,
Dan hak sama rata. Abang rasa macam abang nak susukan anak kita,
sayang pergi lawan dengan perompak tu. Abang takut lah sayang. ok yang ni 
serious geli"

Baik tak ana?
Baik lah kan?..kata nak hak kesamarataan~
Sama rata lah tu kan?

ngaa.

Lelaki dan wanita bukan setaraf.
Tetapi lelaki dan wanita itu saling melengkapi.
cewah!!

serious.
Lelaki tertarik kepada wanita sebab sifat kewanitaan seorang wanita.
wanita sukakan sifat kelakian seorang lelaki.

Lelaki dan wanita macam botol dengan penutup.
Macam baju dengan seluar.
Macam sepasang selipar.
Macam electrons and protons.
Saling memerlukan.

Bukan saling bersaing untuk melihat golongan mana yang
lebih hebat!
macam negara barat uar-uarkan!

"Wanita itu adalah pakaian bagi lelaki, dan lelaki itu adalah pakaian bagi
wanita." (2:187)
See?

Berkenaan isu poligami,
Sebenarnya orang Melayu ni bangga sangat bila ada banyak isteri.
Dia tengok benda ni macam seronok.
Dan sebagai indikator kemegahan dan kegagahan mereka.

Kesiannya? Wanita.

Hikmah poligami ana tak nak ulas. Sebab panjang sangat.
Walaupun ana dah baca. Pening kepala dibuatnya.

Tapi ana lagi berminat dengan isu monogami.
Sebab isu tanggungjawab.

"Tidak dinafikan berkahwin satu (monogami) adalah lebih baik 
untuk mengelakkan kepayahan di dunia dan balasan di akhirat."
(Rujuk buku Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan,
karya Prof. Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi)

Hukum asal poligami adalah harus, bukan sunnah.

Kesian dekat isteri yang dipaksa sain kontrak kawin lagi,
Diugut ditinggalkan jika melawan,
Dan sebagainya. Alasan nusyuz dan sebagainya.

Kesian.Kesian.Kesian. (gaya upin ipin)bajet comel kejap boleh? haha

Jadi, poligami bukanlah isu pun. Cuma orang Islam sometimes make
poligami sebagai kemegahan diorang pulak.

Berlainan dengan orang yang betul-betul hendak menolong,
Isteri sakit dan sebagainya.

Memang susah lelaki nak bahagikan kesetiaannya kepada 2.
sebab kan Allah pun dah mention that.

"Allah tak menjadikan seorang lelaki mempunyai 2 hati dalam rongga dadanya" (33:44)

Rasullullah sendiri tidak pernah menduakan isteri pertamanya,
Khadijah r.ha.

Saidatina Fatimah tidak pernak dimadukan oleh Saidina Ali
sepanjang hayatnya.

sweetkan?rasa manis sebab makan gula-gula. lala

Anyway, janganlah terpengaruh dengan agenda Barat.
And also Asia sendiri pun macam rosak je -.-
eh bukan macam rosak.
memang rosak pun!

Macam gangnam, k-pop. tiba-tiba.eh

Jangan terpengaruh dengan soalan-soalan menjatuhkan Islam,
Jangan terpengaruh dengan menuntut hak kesamarataan,
Sebab lelaki ada kelebihan, perempuan pun ada kelebihan
tersendiri.

Sebab tu, nak amalkan monogami,
kena pilih yang betul-betul.
Bukan main-main!

So, biar memilih, asal tak salah pilih kan?
monogami.

"Kecintaan kamu kepada sesuatu membuatkan kamu buta 
dan tuli" (Riwayat Ahmad)

so, masa study ni, better study betul-betul.
Nanti masa dia akan datang. adalah tu.

Jangan rushing.

p/s : sangat berharap dapat sampaikan dengan baik kepada lecturer ana tu
berkenaan ini. Sebab kesian dia ceraikan isteri 1st sebab nak kahwin dengan 2nd.
Apalah nasib isteri 1st dia tu.

saja letak gambar hiasan ni.
setakat ni.
belum gatal nak bernikah pun.

memang sampai bila-bila pun tak perfect.
Tapi at least boleh improve kan?

memang duit boleh cari,
dan bukan semua benda boleh dibeli dengan duit.
Tapi semua benda sekarang perlu guna duit.
even masuk toilet pun kena duit!
simpan duit.simpan duit.simpan duit! 

faham tak? erk


ok lah. sekian.



3 comments:

Anonymous said...

If you're interested in having a guest blog poster please let me know. I will provide you with unique content for your webstie, thanks.

Anonymous said...

Thank you for the good writeup. It in fact was a amusement account it. Look advanced to far added agreeable from you! By the way, how could we communicate?

Fynaz Shamz said...

nice Entry.. sy pon student AUCMS jgk.

Jemput singgah ke blog sy :)

http://fynazshamz.blogspot.com