Kawan-Kawan ^^

Sunday, August 4, 2013

Dont call it a failure!

Assalammualaikum wbt

Alhamdulillah. Lama tak update blog. Pertama-tamanya, sorry kalau ayat berterabur. Lama gila tak menulis. Rasanya lepas saya dapat result SEM 3 tahun 2, terus tak update blog. Sebab super duper sedih. Dulu saya pernah cakap yang medic ni tak busy dalam satu post.
Mungkin medic ni nampak busy sebab dia disibukkan dengan benda-benda lain.
Eh? Betul ke??.Serious menyesal buat post tu -.-Lepas tu saya failed semua Sem 3.

Saya failed module Blood and Lymph, Cardiovascular, Respiratory, Urinary dan Medicine and Society (statistics). Semua Sem 3. Dan pointer jangan cakaplah. Walaupun medic ni tak tengok pointer, tapi dalam sistem ukm, if pointer bawah 2.0 automatic repeat the whole year, and bawak 1.0 automatic buang course.
Pointer saya masa tu is 1.3+. Rendah tak? Rendah gila!

Jadi, untuk cover balik pointer, saya kena score 2.6 above! Nampak memang la sikit 2.6 tu kalau anda student course lain. Tapi if u are in med school, u know. Nak dapat 50 marks pun bukan senang. Dulu masa high school mesti semua orang fikir senang kan? Semua sibuk nak amik medic.haha..So, tadi, kena dapat 2.6 above jadi baru boleh resit balik semua paper tu. Ya Allah. Masa tu dengan pressure, tension, semua ada lah. So, saya nekad. Lepaskan semua jawatan yang ada. Masa tu jawatan saya adalah Exco Akademik Universiti. Hahaha. Exco Akademik MPP fail semua. Memang la lepaskan semua jawatan tu dan lain-lain. Termasuk program-program kecil juga terpaksa ditinggalkan semuanya. Saya ignore jugak sebelum tu tawaran tmuduga tokoh mahasiswa penang yang ditawarkan sbuah NGO. dan apa yang saya dah buat untuk uni dan student maybe ada buatkan riak dalam diri ini sometimes.

Nekad! Sem 4 kena cover balik semua pointer. Jadi, sem 4 Macam mana saya study? Lepas kelas dalam pukul 3 petang or 5 petang. Saya akan stay di library college sampai pukul 10 malam. Siapkan nota apa semua. Tak makan dulu selalunya. Balik pada library 10 malam tu, baru pergi dinner. Memang sorang-sorang la dinner. Biasanya habis dinner around 10.30 malam. lepas habis dinner, balik, baru salin baju from kelas (haha..selekeh gila), then baru mandi apa semua. Then sambung balik study lepas solat apa smua sampai 1 pagi. Then tidur, bangun awal. Study for kelas esok pulak. Memang penat gila. Plus, kadang-kadang tu mengangis la jugak sebab rasa macam isolated gila.

Bila tak faham i ll approached the lecturer. As the result, saya lulus semua final modules for sem 4. Alhamdulillah. Tapi final semester 4, saya ada fail 1 paper, iaitu Neuroscience. Marks 49.6. Ya Allah, lagi 0.4! Tapi pointer saya dapat melayakkan saya resit kembali paper-paper yang lain. Total paper yang perlu saya ulang adalah 6. Banyak sangat. Tak terkata.

Masa dapat result, lecturer panggil semua best student pergi depan hall. Bagi short speech. And after that lecturer called me to give a speech. I was like..pergh!!! Kejam gila diorang, suruh aku bagi speech with best student. Rasa macam speech among best student and worst student. Lpas duduk semula di kerusi. I cried. Nekad! I must stand among them lepas ni! Best student!

Before result keluar i already stayed at penang about 2 weeks. Studying. Lepas tu sebulan duduk KL. Sebab kami jawab exam di UKM KL. Stay dekat Titiwangsa. Masa tu, environment baru apa semua. Memang susah gila nak study awal-awal. Dengan penat duduk KL. Dengan kelas lagi. Biasanya mmg cuba yang terbaik. Bila ada masa free. Hari yang tak ada kelas, saya akan pergi library. National library. Stay pada pukul 10 pagi sampai 6.30 petang. Memang tepu gila kepala. Dengan tak tahu nak bercakap dengan siapa. Memang boleh gila kalau hari-hari macam ni!

Alhamdulillah. Masa exam. saya rasa saya boleh buat semua. Selalu mintak mak abah doakan. Plus masa study kat KL pun, even kawan-kawan ajak berbuka kat luar pun saya tolak. Kebanyakkan berbuka puasa sorang-sorang. (sebab exam masa ramadan ni)

And finally, alhamdulillah. Berkat usaha, doa, sabar, dan bersyukur dengan segala nikmat. Allah kurniakan saya lulus semua dan proceed ke Clinical Years this year. Saya bukan duduk-duduk sahaja. Reason saya fail bukan sebab MPP, bukan sebab bebanan kerja dulu, tapi cara study saya di Sem 3 tu salah dan sikap saya yang terlalu memandang ringan medic ni. Alhamdulillah. Clinical years, saya target, saya nak cuba study sedaya upaya so dapat masuk list among best student in our batch. Insha Allah.

Nasihat saya, walau apa pun terjadi, put your trust in Allah and dua' from ur parents. Keep moving. Usaha! Jangan give up! At least you try! Allah kan tengok pada usaha :')

btw," Dont call it a failure. Call it an education."




8 comments:

Anonymous said...

Tahniah Abang Zai

Anonymous said...

well done man....well done!!

Anonymous said...

Congrats Zai! Keep it up! InshaAllah u'll be among the best in ur batch for clinical yrs. -nurul rosli-

Anonymous said...

congratz

AdinataGus said...

Tahniah zai,aku kenal dari sekolah and know well mcm mana kau,semoga Allah permudah semua :)

Anonymous said...

cara study salah ?,, please eloborate more on that part,, btw tahniah,, usaha anda memang superb! ^^

Muhammad Zaiasraf bin Zainurin said...

thanks.. :)

LightsOfHonesty said...

Zaiaaaaa ! Nak nangis aku baca. Aja-aja fighting.