Kawan-Kawan ^^

Wednesday, October 30, 2013

Third year : O&G posting

Assalammualaikum wbt dan sejahtera.

Rindu blog, lama tak update. Ni pun curi-curi masa update..

Who should i give my love to, my respect and my honor to?
Who should i pay good mind to? After Allah and Rasullah..
Comes your mother..who next? your mother..
who next? your mother..and then your father..

:') Tiba-tiba rindu mak and abah

with makhluk-makhluk comel dalam ward obstetrics


Now its about 7 weeks kitorang dekat O&G posting. This is our last week of posting in O&G, inshaAllah after break 1 week then minggu exam end of posting, dan akan jumpa lagi O&G inshaAllah during final year.

Here, what can i say, memang nampak lah penderitaannya ibu nak bersalin. Kalau nak cerita, masyaAllah kagum gak dengan mak-mak semua ni..

Cerita pasal pregnant, mula masa hilang period, rasa tak selesa, pening-pening, loya-loya, hilang selera makan masa awal-awal mengandung, makan apa serba tak kena. Best ke?

Lepas tu pergi check up, pergi pulak klinik kerajaan, beratur panjang sebab orang ramai, datang pada pagi, bersesak-sesak, panas, dengan perut yang sarat mengandung, tuggu turn lama. Best ke?

Bila masuk ward, tangan kena cucuk, kalau tak dapat darah cucuk 2 ke 3 kali, kena pulak medical student yang amik darah baru first time, pasang jarum kat tangan (branula). Best ke?

Masuk labour, sakit-sakit, kena marah dengan nurse suruh push baby, kena jerit dan jerkah kadang-kadang (but we have to do it..biasalah labour, kena paksa sikit), menjerit-jerit sakit kadang-kadang tu tengok. Erm. Best ke?

Tu kalau tak ada masalah tu. Belum kira lagi berapa banyak physiological changes that happens during pregnancy, belum kira berapa banyak diseases that are related to pregnancy. Ya Allah, menderita betul. Thats why Islam menggariskan "syurga di bawak telapak kaki ibu"
Now i know why.

Kadang-kadang tu tengok patient tu sakit punya la macam-macam, beratur panjang, or duduk ward lama, tapi still boleh senyum. SENYUM! Allah..Diorang ni rileks je. Kadang-kadang tu sampai saya sendiri pegang perut sendiri la saya tengok. Macam perut sendiri pulak yang ada baby! Ouch! Sakit tau tak!!

Memang lepas tengok orang pregnant sampai bersalin ni, kalau siapa yang kurang hajau (amik kau bahasa melaka keluau..) dekat mak dia, memang lah rasa macam nak makan kaki je diorang ni..

Overall, nak cakap, posting O&G ni memang best lah bagi saya. Saya enjoy posting O&G sebab banyak benda baru belajar yang mostly lain dengan pre clinical years. Tapi kalau nak specialist in O&G tak kot. Too many religous and ethical consideration that i should think about. Err, bukan nak cakap posting lain tak deal with female patient, tapi O&G ni lain sikit.

Cakap dengan patient memang kena elok, lebih-lebih lagi perempuan yang tengah sakit. Bila nak cucuk jarum pun dah berkali-kali ambil pun kalau kesian tengok patient tu sakit boleh menggigil dibuatnya! haisy. Emosi pun kena control especially dealing with patient yang keguguran anak, missed pregnancy, molar bla3..Seriously i am trying to find a new me during clinical years ni. Cuba ubah balik cara cakap, cara fikir, cara buat tindakkan, gaya, semua lah..hurm.

Picture : During my birthday
U know what, masa lahir dulu, i just 30 minutes before i was born,
my mothers' liquor was moderate meconium stained.
Nasib baik x fetal distress. I was born with weight of 3.6kg!
hahaa.


masa 1st time masuk OT dan kitorang sangat jakun. haha


Walaupun belajar, bila patient perempuan mintak lelaki keluar, kena keluar. Kena respect patient. Ada jugak yang patient panggil kami doktor, walaupun dah cakap berkali-kali kami ni medical student tapi still panggil doktor jugak. They respect and trust us as a doctor. So, kalau boleh janganlah kecewakan dia. Seriously i enjoyed bila orang cakap, "terima kasih doctor tolong isteri saya tadi." "terima kasih doctor and sorry doctor saya grab tangan doctor tadi", "bangga pakcik, orang-orang kita ramai dah jadi doktor sekarang ni"
Diorang memang pandang medical student ni doktor. Cuma medical student je kena faham sendiri nak letak posisi diorang kat mana. Bagi saya, tu semua motivasi tu nak jadi doktor yang baik inshaAllah one day. Seriously best gila bila orang cakap terima kasih dan appreciate our works. Tak kesahlah kena marah ke apa, tapi still ada orang yang hargai kita.

Lastly, seriously kagum dengan HO yang gempak-gempak. Rasa nak jadi gempak dan boleh gelak-gelak dengan nurse and MO masa kerja. Boleh ajar medical student, boleh senyum je masa kerja, buat kerja laju..Pergh. Serious kena study hard masa clinical ni. Tak nak jadi doktor yang "blur-blur". Malas tu kena tendang duduk jauh-jauh. Dush!!!


studying at labour room
boleh percaya ke? hahaha

p/s : our class is from SUNDAY till friday. On friday supposed to be Kedah cuti, tapi kitorang ada kelas with our lecturer and do some practice at campus instead of hospital. Or sometimes on friday we have conferencing with UKM. So, cuti hanya sehari.

futsal once a week

hiking sometimes

cooking with housemates


cycling setiap 2 or 3 days

basically, i enjoying my life as med student, and hope after this O&G posting, i can perform better in final year nanti, perform terbaik masa HO during O&G posting.

Serious rasa cepat masa berlalu.




Doakan kami exam tak lama lagi :)




4 comments:

Anonymous said...

best bca blog zai psl o&g ni...tq krn mhrgai wanita terutama ibu zai...bertuah kak long shidah lahirkn zai...
cgu doakn zai brjyaaaaaaa mjdk seorg yg terbestttttttt....
esk222222 blh rwt cgu kalu cgu sakit...

manusiaekstinsi said...

Semoga terus tsabat di atas pilihan kamu,semoga dibantu Allah S.W.T amin.Good luck batch mate !

Kyrafairy Halim said...

tq for the best entry...that's why laa wanita untuk disayangi dan dihargai bukan untuk disakiti... :)

Wak Gelas said...

chomeyyy nyer.,ehHHEe