Kawan-Kawan ^^

Saturday, December 31, 2011

Couple

Assalammualaikum wbt

Dulu.
Semua jenis cinta pernah rasa.
Rasanya dah pernah "couple" 3 kali dalam hidup.

Bermula tulis surat. Tukar-tukar biodata.*kecik-kecik dah pandai. ish3..*
Bertukar dengan cinta sms dan calling2.
and lepas tu bertukar kepada facebook, YM etc.

Kalau dulu.
Tengok wayang, makan sama-sama. perkara biasa dahulu.
Tapi, sama sekali ana tak pernah menyentuh apa-apa.

Walaupun tak pernah sentuh apa-apa. Still tak betul gak.
Bukan berbangga dengan maksiat yang pernah dilakukan. Sama sekali tidak.

Bukan niat nak suruh orang clash ke apa.
hati orang bukan kita yang pegang.

Ya Allah, terima kasih atas segala kejahilan yang pernah aku lakukan ya Allah.
Sama sekali aku tidak pernah meminta untuk masa dikembalikan agar berubah menjadi yang lebih baik.
Bersyukur dengan hidup yang pernah dilalui.

Selepas itu.
Terfikir. maybe ana perlu mencuba menjadi lebih "Islamic"
then mula mencari.
dan dengan harapan untuk "menjaga" sehingga ke jinjang pelamin.
haha.

Amatlah tidak matured.
then I started to think.
"kenapa aku perlu menjaga seseorang perumpuan? untuk dia menjadi isteri yang terbaik untuk aku?"
"sedangkan perempuan itu sepatutnya tahu tanggungjawabnya sendiri"

Walaupun ana tahu bahawa itu sebenarnya adalah tak betul.
Ana masih melakukannya.
Jadi. akhirnya. ana realized.
Bukan mudah untuk menjaga dan menasihati seseorang.

Dengan ilmu yang masih cetek.
Adalah tidak layak untuk memiliki sesiapa.
Then, its over.

Thats it. Tak ada apa-apa.
end macam tu sahaja. Nothing. zero.
Bukan tak ada pengalaman.
Dan kini sedang belajar dari pengalaman.

Suatu ketika kamu perlu untuk tidak memikirkan kejayaan dan kegagalan.
Jangan biarkan hal itu mengganggu dirimu.
-Anton Chekov

Amatlah tidak betul.
Duit yang sepatutnya diamanahkan untuk belajar.
Digunakan untuk call "awek", "girlfriend" etc.
Belanja awek etc.
Sedangkan adik beradik??..adik-adik?

Semasa hari lahir ke 19
Ana begitu tersentuh dengan sebuah hadiah yang ana terima.
"Along, nanti dah dapat hadiah tu jaga baik-baik eh. Ada (adik bongsu ana) beli guna duit sekolah."

Bila ana dapat hadiah tu.
"Ada, tak makan ke kat sekolah?. sampai belikan along hadiah ni?"

"Tak, ada makan kat rumah aje"

"Siap balut ni..Siapa balut? "

"Ada lah balut"

Then ana telefon ibu ana.

mak kata. memang adik bongsu ana yang beli hadiah tu.
dia yang balut. (sebab memang agak macam budak kecil balut pun.)
hapis penuh salotape kat wrapping tu.

Dia tak makan 2 hari kat sekolah sebab nak belikan abang dia hadiah.
Ya Allah.
Tersentuh sangat.

Sebab dia baru darjah 2..tapi dah pandai jaga hati abang sorang ni..
Sedangkan abang dia?..


botol tu adalah hadiah dia.
dia balut. tapi paksa ibu ana post laju.
haha.

Walaupun tak seberapa.
Tapi bukanlah material yang ana harapkan.

Kalau "awek" dulu..hadiah.
sanggup berhabis duit beli hadiah untuk diorang.
Tapi adik beradik?..

Ada empat adik.
Sekadar wish, mengharapkan ibu beli kek. thats all.
lain-lain. terpulang kepada parents.

Takkan abang tak boleh contribute sikit dekat adik?..
Mulalah menyesal.

Dan kini ana realized.


"Suatu masa", akan aku "bahagikan" cintaku terhadap bidadariku dan keluargaku.

Sebelum aku bahagikan, adalah perlu rasanya aku mengfokuskan sepenuh cintaku kepada keluargaku.

Dan kini sedang cuba mencari cinta hakiki terhadap Allah dan Rasulnya S.A.W. Masih menapak.

"Allah Allah Allahu Rabbi,
Aku mencintaimu dirimu duhai bidadari, 
tapi aku lebih cinta Tuhanku.
Ilahi Rabbi."
-Ketika Cinta Bertasbih-esp 1.

"Ada masanya jodoh datang sendiri, Ada masanya kita perlu mencari"

Belum masanya untuk mencari.
Masih banyak untuk diperbaiki.
Masih banyak untuk dicari.
Mungkin perlu teliti.
Mungkin perlu fahami.
Apa yang aku pelajari.
Ya Rabbi.
Bantulah hamba-Mu ini.

Kepada bakal bidadari. Mintak maaf sebab anda bukanlah cinta pertama.
Tapi insyaAllah ia adalah cinta terakhir.
ok dah stop.

belum masanya.

enough.

Jadi.
Berhenti Memikirkan. Benar-Benar Melupakan.

p/s : gagahkan diri dengan post ini sebagai penutup tahun 2011.
dan melangkah ke dekad baru dalam hidup.
Alam 20-an harap dapat memberi lebih banyak pengalaman dan pengajaran.

Friday, December 30, 2011

Heuristik

Assalammualaikum wbt

Heuristik.
Ya. Itulah yang perlu kita lakukan.

To err is human, to forgive its divine

pengalaman atau heuristik ini mmg mmbri kita berbagai cerita.
every people have different experiences.
So do i or you.

Kalau kita tengok reality hidup kita.
Kenapa ya? Kita begitu mudah mudah percaya dengan apa yang kita baca.
Apa yang kita dengar.
Tanpa kita melihat sendiri keaadan tersebut.

Uswah,
"weyh mat, kau tau tak, dia ni bukan baik sangat. Dia tu dah la macam ni..macam tu..macam-macam"

"weyh, kau nak tau, tadi aku nampak dia dating! berdua-duan pulak tu!"

"Kita jangan percaya dengan orang ni..dia selalu menipu"

mungkin disampaikan dengan cara yang penuh variasi dan meyakinkan.
dan kita?..

"eh, betul jugak tu."
"Ish, x sangka aku dia macam ni"
"ouh ye ke?..reject awal-awal lah macam ni"

Tujuan dan niat orang mungkin berbeza.
Tetapi kita begitu mudah untuk mengklasifikasikan orang mengikut apa yang kita dengar.
Mengikut apa yang kita baca.
Mengikut suka hati kita.

Tanpa memikirkan situasi orang itu.
Tanpa memikirkan alasan untuk orang itu.
Tanpa memikirkan sesuatu yang positif.

Kedatipun begitu,
hal ini mungkin dapat dielakan jika orang itu menjaga diri.
Jaga pergaulan.
Jaga percakapan.

Bukan sepenuhnya dilindungi.
Tapi mungkin kurang.

Ouh ya.
Kita mungkin rasa diri kita hebat dan gah dengan pelbagai pengalaman.
Kita mungkin rasa diri kita pandai.
Kita rasa kita betul.

Ingatlah.
Selain Allah dan malaikat,

Masyrakat sekeliling melihat anda juga.
Orang judge tindak tanduk kita.

Oleh itu, indikator yang tampak jelas ini.
Kalau kita boleh prevent, prevent lah.

Dan istilah "bajet bagus" kita boleh buang sama-sama.

"Alhamdulillah, awal aku bangun pagi ini, tidak sangka pula dapat tahajud dalam keadaan jiran tidur lena."
-Cukup dengan merasaai kehebatan diri sendiri itu, walau tiada siapa tahu dia bertahajud, maka rasa takjub dengan diri sendiri itulah namanya ujub.-Solusi 38 (page 27 and 29)

So, jangan dengar dan terus percaya orang tu jahat.
Jangan dengar dan terus percaya orang tu teruk.
Jangan dengar dan terus blame orang tu.
Even diri sendiri kadang-kadang ujub kita tak sedar.

Orang tak suka kita bajet bagus.
And kita jugak tak boleh bukak kelemahan diri.
So, besederhanalah.

hidup di dunia bagaikan pejara yang besar.
Kita ada limit.


Sekian.

Wednesday, December 21, 2011

Doktor macam mana?

Assalammualaikum wbt

As I enroll into medical school, now I learn something.

"Malaysia sekarang dah banyak gila doctors"

"Now, per year, there are about 10 000 HO at hospitals in their duty, compared to late 90's, there were only about 500 HO per year."

"So, kalau setakat jadi GP je time korang nanti, saya rasa dah tak laku dah"

=.="
Inilah yang ana dengar from Dr Zulkifli semasa berbual selepas sesi perkenalan i-Medik Penang.

So, rakan-rakan sekalian.
What type of doctors you will be when you graduated from medical school?

"semua orang boleh jadi doktor. Doktor tak perlu seorang yang pandai. Mungkin sikit la kepandaian dia. Tapi doktor lebih pada attitude. Yes. Sikap seorang doktor tu sendiri"

Semua kata-kata Pengerusi I-Medik Kedah masih bermain-main dalam kepala..

"Masa kamu nanti, ada kemungkinanan ada doktor yang tak ada kerja"

Ya Allah. Cuaknya dengar.
Yup betul jugak tu.
Even we are scholars ke apa.
Medical school yang ada ni berlambak-lambak dah kat Malaysia.

tu belum kira yang overseas.
Yang scholar pun ramai.
Yang self sponsored pun.
Tak perlu nak anggap sensitif ke apa.

Syarat kelayakan yang ditetapkan terlalu rendah kadang-kadang bagi ana.
Terutama bagi sesetengah institusi yang mementingkan duit semata-mata.
Macam tu jugak dengan agen-agen dan lain-lain.

Sebab? Doktor tak perlu pandai.

Terlalu ramai.
Engineers pun. Semua pun.
Manusia semakin hebat.

So,

Macam mana kita nak jadi doktor yang "berbeza?"

Carilah kehebatan diri masing-masing.
Jangan lupa Quran dan Sunnah.

Quran kalau boleh.
Kalau xdapat baca 1 page,1 ayat pun jadilah,
kalau xdapat baca 1 ayat, dengar pun jadilah,
kalau xdapat dengar, pegang pun jadilah,
kalau xdapat pegang, tengok pun jadilah.
Kalau xdapat tgok, tak tahu nak cakap apa.

Kawan-kawan.
Carilah "kelainan", "kehebatan" diri masing-masing
Semoga menjadi doktor yang hebat semuanya. Aminn ya rab.

Ambil pengajaran from Surah Al Mukminun.

enjoy your life during med school
develop your skills
develop leadership.
May Allah bless.

InsyaAllah.

Sunday, December 18, 2011

Humble

Assalammualaikum wbt

"Life yang busy starting from now on hopefully will give me benefit during the HO and next."

Kadang-kadang kita rasa diri kita bagus.
Yup.

Tak kira dari aspect pelajaran, speaking, agama etc.
We feel, we are good enough.
To talk to people.
Giving advice.

Tp still kita perlu sampaikan walaupun 1 perkataan yang bermanfaat.
cuba elak riak.

But we did notice that we are actually macam sombong dengan ilmu yang kita ada.
Sombong dengan ilmu yang sedikit.

And we tend to feel.
"Ouh, aku buat ni, itu bla-bla-bla, so aku lagi baik pada orang ni"
"Aku pergi benda ni, so aku baik"

Kenapa perlu ada rasa superior dalam diri?.
Padahal siapalah kita ni.
mmg maybe kadang-kadang boleh di ibratakan macam
"melukut di tepi gantang"
macam.
"ada tu adalah, xde pun orang tak nampak"
Tapi kita still rasa, ouh kita adalah orang paling bagus.
Kenapa?

Kadang-kadang.
Dalam diam kita membuka kelemahan kita kepada orang lain.
Dengan harapan untuk menunjukkan sikap rendah diri.
Tapi, kita tak perasan!
Orang judge kita.
"ouh, mamat ni macam ni rupanya"
"ouh, tak lah hebat mana pun dia ni"

Kita merendah diri sampai menjatuhkan status diri yang kita cuba bina.
Tak perlu sampai tahap macam tu lain kali.

Allah menutup kelemahan-kelemahan kita.
Itu satu rahmat
dan tak perlu kita buka kepada orang lain.

Biarlah kita buka, dengan tujuan untuk improve,
bukan untuk menjatuhkan martabat yang telah dibina.

nasihat dari James Allen,
"jangan biarkan orang lain lebih tahu banyak tentang dirimu. Bekerjalah dengan senang hati dengan ketenangan jiwa, yang membuat kamu menyedari, bahawa muatan fikiran yang benar dan usaha yang benar akan mendatangkan hasil yang benar!"

"ramai orang berasa layak menjadi pemimpin untuk menguruskan bangsanya. Padahal mengurus diri sendiri pun masih belum mampu."
Nauzubillah.

Mungkin, nampak susah nak balance antara rendah diri dengan membuka kelemahan diri.
Mungkin, kita kena belajar sedikit demi sedikit bagaimana.

Improve diri.
Siapalah kita untuk menentukan baik buruk seseorang hamba Allah itu.


Btw.

Alhamdulillah program pengenalan i-Medik Penang berjalan dengan lancar.
Rasa kagum dan iri hati ana selitkan terhadap roomate yang berjaya menganjurkan program yang dengan  masa  hanya 2 minggu. Walaupun sibuk dengan final dan kem and campus activity lain.
Alhamdulillah usaha yang sangat hebat!.
Ana cuma membantu dari belakang sebab juga busy dengan aktiviti lain.

Betul. Bila kita buat kerja di jalan Allah, kita nampak seakan kita mempunyai lebih masa.
Diharapkan mendapat ganjaran dari-Nya.


Kagum dan terkejut.
Banner dan design hanya disiapkan dalam masa 3 hari.
Sedangkan rakan2 lain tempah memakan masa.
memang nampak pertolongan Allah.
Alhamdulillah


Juga program bersama anak-anak di rumah perlindungan hari ini berjalan dengan baik.
Pujian diberikan kepada member batch MD UKM-AUCMS.

maaflah.
Anak-anak kat rumah perlindungan
tak boleh tunjuk muka.
Bahaya.
So, gambar pada jauh je lah eh

Sunday, December 11, 2011

Perkongsian : KRIS

Assalammualaikum wbt

Alhamdulillah.
Kembali.

This weekend, although we have class on Saturday, that does not mean that every activity should be stop.
Alhamdulillah, ana got a chance to follow our senior to Kem Remaja Islam SeMalaysia.(KRIS)
This camp was conducted by Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Sebenarnya, kami diajak oleh senior yang dijemput menjadi penceramah jemputan di program ini.
So, kami hanya menumpang aktiviti orang secara percuma.
Alhamdulillah. rezeki Allah.

Kagum.
Walaupun sibuk dengan exam lagi seminggu.
Dan tanggungjawab yang banyak sebagai pelajar perubatan.
Masih mampu menjadi penceramah jemputan


Alhamdulillah.
Pertama kali merasa makan BBQ di bawah gerhana bulan!..
MasyaAllah.
Sangat seronok.
Kebetulan, bintang sangat banyak di dada langit.
SubahanAllah..Sangat cantik.

guna lampu kereta. sebab masa gerhana beransur reda agak gelap.

Alhamdulillah.
Rezeki! ^_^

BBQ =)

Kami berpeluang solat sunat gerhana di sebuah pondok berdekatan.
Bawah pondok mengalirnya air terjun di Sungai Sedim.
Walaupun menahan kaki dengan Al Baqarah dengan nyamuk.
Alhamdulillah bunyi air terjun mengalir di bawah pondok begitu mendamaikan =)

Berehat selepas Qiam dan solat Subuh.
Ana memilih berjalan di kawasan sekitar.
ambil gambar. =)


Dan selepas itu.
Kami memilih untuk mandi-manda.
Seronok!

Rakan seperjuangan.
UniKL, Uitm dan seorang engineer.

Ada yang prefer pengisian minda di pagi hari.

Beauty


Dalam sangat yang ni.
Tak berani. =p

Sejuk~

Sebelum berpisah.

Inilah yang best bila berkenalan dengan rakan yang baik.
Dapat join aktiviti yang best macam ni.
Alhamdulillah.

Kagum dengan kecantikan dan kedamaian bermalam di Sg Sedim

Luqman: 31
Tidakkah engkau memperhatikan bahawa sesungguhnya kapal itu belayar di lautan dengan nikmat Allah, agar diperlihatkanNya kepadamu sebahagian dari tanda-tanda kebesaranNya. Sungguh pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaranya bagi setiap orang yang sangat sabar lagi bersyukur.

Semoga kita semua tergolong dalam kalangan ini. Aminn

Saturday, December 10, 2011

Busy vs Excuse

Assalammualaikum wbt

In our daily life.
I do believe that there is one day that we feel.
Alhamdulillah. I am satisfied.

But to keep the motion of satisfaction is not easy.
We tend to aim for.
"Hari ni mesti lebih baik dari semalam."
But to achieve is not easy.
Totally.

Always we tried our best to fulfill our time wisely on every day that we gone through.
But still. There will be in our heart.

Macam ada rasa dalam hati.."aku boleh buat lagi baik ni."
Macam ada rasa dalam diri.."kenapa aku buat benda ni"
Macam ada rasa serba salah.
Macam rasa tak kena dengan apa yang kita buat.
Eh ni bukan aku ni..

maybe.
This is exactly what the jinn is trying to do : lead us astray-from our believe and truth.

Buat kita still rasa tak bersyukur dengan kemampuan the were given to us by Allah.

Dunia bagaikan penjara, apabila dengan jelas membuatkan kita kufur nikmat kerana merungut dengan rezeki yang sedikit. Sekecil manapun rezeki adalah anugerah Allah yang harus disyukuri. Kerana sesungguhnya mengharapkan rezeki daripada pekerjaan, kita juga mengharapkan keberkatan Allah.

Ana ada senior yang totally dia boleh buat banyak benda dalam sehari.
Conduct meeting, usrah, meet with people,social
macam balance semua.
And flow study nampak macam relax. Balace.

Macam mana nak jadi seorang Muslim yang macam tu?.
Biar study, ibadah, tanggungjawab, kerja, masyarakat balance.
Weekend always full with activity yang boleh nampak manfaat.

Yes. Ana akui ana ni jenis yang sukar bergaul dengan orang yang ana tak kenal.
Especially muslimat.

And kadang-kadang sampai rasa macam.
Macam mana nak bercakap dengan orang ni?.
Hahaha.

Memang kalau life medic ni.
Ana rasa sejujurnya.
Kalau study je sepanjang masa akan bosan.

Yup. Tests stiap minggu.
Exam yang kerap.
Maintain "lulus"

Mungkinkah boleh balace.
Kesibukan melakukan perkara selain study boleh menjamin ana menjadi doktor yang hebat?.

InsyaAllah kene cuba.
Kene nekad untuk penat sdikit.

Everything is hard before they become easy. Kan? kan?

When we have greater things in our mind, benda lain macam akan terasa mudah.
insyaAllah

Al-Insyirah : 5-6



Btw
Eh..korang..
Kucing sebenarnya nak kena makan berapa kali sehari?.
Tak cukup ke 2/3 kali sehari..
Siap selongkar tong sampah pulak..
Bukan tak bagi makan..
Lagi mahal pada makanan manusia pulak tu kadang-kadang.

Kenapa bila orang lain bagi keropok dia makan.
Bila rumah kami bagi keropok.
Dia buat tak tau.
"pilih jantina betul kucing ni" -.-

rasanya memang fitrah kucing kot.
Kene berdikari..
sebab tu dia selongkar tong sampah
*hahaha..sukahati je ^_^

Wednesday, December 7, 2011

Denial

Assalammulaikum wbt.

Darsarwarsa ini ana merasakan ana semakin kurang menumpukan sepenuh kosenterasi terhadap blog ini.
Kekangan masa menjadi satu masalah atau alasan yang lazim diutarakan dalam dunia pelajar.
Dan itu biasa.

Kita mungkin terlepas pandang dengan sikap kita sendiri.
Atau rakan-rakan sekeliling kita.

Kita ini sebenarnya berada dalam keadaan denial.
Selalunya.
Dan itu adalah mechanism of defend yang ghalibnya kita tunjuk.

Sebagai contoh.
Orang yang biasanya menyatakan bahawa Starbucks adalah halal.
Adalah orang yang selalu berkunjung ke Starbucks.
Entah. Yang ana tau.
Jangan pergi sebab dia bagi fund kat Yahudi je.

Same goes to McD.
Tapi entah kenapa.
bukan mudah untuk menolak smuanya.
Nestle,F&N and etc.

atau contoh yang lebih mudah.

Pasangan yang ber-couple.
Akan bermati-matian menganggap bahawa couple itu halal.
Dan begitulah sebaliknya dengan orang yang single.

Dan bila kita tidak dapat sesuatu itu.
mulalah kita untuk deny tentang perkara itu.
Selalunya.

Kenapa?.
Entah.

Kita selalu mencari keburukan sesuatu yang tidak kita dapat.
Mengapa ya?.

Kita tend to say.
Aku lagi baik atau hebat dari dia.
Kenapa aku tak dapat?.
Kenapa dia?.

Mengapa kita terlalu sombong.??
Untuk melihat kembali diri yang serba kekurangan.
dan masih perlu diperbaiki.

There is always a room for imrovement. kan?.
InsyaAllah

sabtu minggu lepas sangat seronok.
Sebab 44 orang family terdekat sebelah ibu datang Kedah.
Naik bas yang disewa.
Ramai!!. ^^
sebab Pak Busu nikah.


hehe.
Ahad pulak.
Semangat masak!.

Dan hasilnya.
Boleh dibanggakan dengan kepakaran semua ahli rumah! ^_^