Kawan-Kawan ^^

Saturday, December 31, 2011

Couple

Assalammualaikum wbt

Dulu.
Semua jenis cinta pernah rasa.
Rasanya dah pernah "couple" 3 kali dalam hidup.

Bermula tulis surat. Tukar-tukar biodata.*kecik-kecik dah pandai. ish3..*
Bertukar dengan cinta sms dan calling2.
and lepas tu bertukar kepada facebook, YM etc.

Kalau dulu.
Tengok wayang, makan sama-sama. perkara biasa dahulu.
Tapi, sama sekali ana tak pernah menyentuh apa-apa.

Walaupun tak pernah sentuh apa-apa. Still tak betul gak.
Bukan berbangga dengan maksiat yang pernah dilakukan. Sama sekali tidak.

Bukan niat nak suruh orang clash ke apa.
hati orang bukan kita yang pegang.

Ya Allah, terima kasih atas segala kejahilan yang pernah aku lakukan ya Allah.
Sama sekali aku tidak pernah meminta untuk masa dikembalikan agar berubah menjadi yang lebih baik.
Bersyukur dengan hidup yang pernah dilalui.

Selepas itu.
Terfikir. maybe ana perlu mencuba menjadi lebih "Islamic"
then mula mencari.
dan dengan harapan untuk "menjaga" sehingga ke jinjang pelamin.
haha.

Amatlah tidak matured.
then I started to think.
"kenapa aku perlu menjaga seseorang perumpuan? untuk dia menjadi isteri yang terbaik untuk aku?"
"sedangkan perempuan itu sepatutnya tahu tanggungjawabnya sendiri"

Walaupun ana tahu bahawa itu sebenarnya adalah tak betul.
Ana masih melakukannya.
Jadi. akhirnya. ana realized.
Bukan mudah untuk menjaga dan menasihati seseorang.

Dengan ilmu yang masih cetek.
Adalah tidak layak untuk memiliki sesiapa.
Then, its over.

Thats it. Tak ada apa-apa.
end macam tu sahaja. Nothing. zero.
Bukan tak ada pengalaman.
Dan kini sedang belajar dari pengalaman.

Suatu ketika kamu perlu untuk tidak memikirkan kejayaan dan kegagalan.
Jangan biarkan hal itu mengganggu dirimu.
-Anton Chekov

Amatlah tidak betul.
Duit yang sepatutnya diamanahkan untuk belajar.
Digunakan untuk call "awek", "girlfriend" etc.
Belanja awek etc.
Sedangkan adik beradik??..adik-adik?

Semasa hari lahir ke 19
Ana begitu tersentuh dengan sebuah hadiah yang ana terima.
"Along, nanti dah dapat hadiah tu jaga baik-baik eh. Ada (adik bongsu ana) beli guna duit sekolah."

Bila ana dapat hadiah tu.
"Ada, tak makan ke kat sekolah?. sampai belikan along hadiah ni?"

"Tak, ada makan kat rumah aje"

"Siap balut ni..Siapa balut? "

"Ada lah balut"

Then ana telefon ibu ana.

mak kata. memang adik bongsu ana yang beli hadiah tu.
dia yang balut. (sebab memang agak macam budak kecil balut pun.)
hapis penuh salotape kat wrapping tu.

Dia tak makan 2 hari kat sekolah sebab nak belikan abang dia hadiah.
Ya Allah.
Tersentuh sangat.

Sebab dia baru darjah 2..tapi dah pandai jaga hati abang sorang ni..
Sedangkan abang dia?..


botol tu adalah hadiah dia.
dia balut. tapi paksa ibu ana post laju.
haha.

Walaupun tak seberapa.
Tapi bukanlah material yang ana harapkan.

Kalau "awek" dulu..hadiah.
sanggup berhabis duit beli hadiah untuk diorang.
Tapi adik beradik?..

Ada empat adik.
Sekadar wish, mengharapkan ibu beli kek. thats all.
lain-lain. terpulang kepada parents.

Takkan abang tak boleh contribute sikit dekat adik?..
Mulalah menyesal.

Dan kini ana realized.


"Suatu masa", akan aku "bahagikan" cintaku terhadap bidadariku dan keluargaku.

Sebelum aku bahagikan, adalah perlu rasanya aku mengfokuskan sepenuh cintaku kepada keluargaku.

Dan kini sedang cuba mencari cinta hakiki terhadap Allah dan Rasulnya S.A.W. Masih menapak.

"Allah Allah Allahu Rabbi,
Aku mencintaimu dirimu duhai bidadari, 
tapi aku lebih cinta Tuhanku.
Ilahi Rabbi."
-Ketika Cinta Bertasbih-esp 1.

"Ada masanya jodoh datang sendiri, Ada masanya kita perlu mencari"

Belum masanya untuk mencari.
Masih banyak untuk diperbaiki.
Masih banyak untuk dicari.
Mungkin perlu teliti.
Mungkin perlu fahami.
Apa yang aku pelajari.
Ya Rabbi.
Bantulah hamba-Mu ini.

Kepada bakal bidadari. Mintak maaf sebab anda bukanlah cinta pertama.
Tapi insyaAllah ia adalah cinta terakhir.
ok dah stop.

belum masanya.

enough.

Jadi.
Berhenti Memikirkan. Benar-Benar Melupakan.

p/s : gagahkan diri dengan post ini sebagai penutup tahun 2011.
dan melangkah ke dekad baru dalam hidup.
Alam 20-an harap dapat memberi lebih banyak pengalaman dan pengajaran.

7 comments:

Mish RoVeLeTte said...

tersenyum =)

Anonymous said...

Insyaallah..jodoh kita sudah ditentukan oleh allah sejak azali lagi...jika kau jatuh cinta..jagalah hatimu agar tidak berpaling dari hati Yang Maha Esa..

nurul.iman said...

comelnya adik buat macam tu... (:

Anonymous said...

:-)

Anonymous said...

semoga berjumpa dgn wanita syurga...

Nur Izzati Aisyah Binti Azhar said...

Zai, terharu dgn entry ni. sbb jujurye, itu yg sy rasa. dan yg sy akan pegang. Insya-Allah. Bukan mudah, tp Allah itu..... :')

Muhammad Zaiasraf bin Zainurin said...

thanks semua. insyaAllah.

zati : all the best saudaraku :)