Kawan-Kawan ^^

Monday, November 25, 2013

Pompuan Ni Memang!

Assalammualaikum wbt

Lupa nak share something yang sepatutnya saya share before kena saman haritu. Tapi pak cik polis telah membantutkan segala-galanya. Ni lah manusia! Kena saman pun sampai boleh lupa nak share benda ni. Tapi maaflah kalau isi macam berterabur sikit sebab notes yang diambil masa tu di atas sehelai kertas hilang entah ke mana. Manusia memang careless!

Ini adalah hasil yang saya dapat dari khutbah jumaat last week. Saya dapati isu yang disampaikan agak menarik untuk didengar oleh para lelaki sekaliannya.

Tajuknya : Memuliakan kaum wanita.

Khutbah dimulakan dengan kedudukan wanita masa zaman jahiliah dan diakhiri dengan kedudukan wanita zaman sekarang dan apakah tanggungjawab kita. ( Ok, macam skema jawapan Agama Islam masa SPM pulak)..

Masa zaman jahiliah dulu anak-anak wanita ditanam hidup-hidup oleh Arab Jahiliah macam mana yang kita tahu. Selepas datangnya Islam, salah satu daripada apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W ialah usaha untuk memartabatkan dan memuliakan wanita.

Implikasinya? (cewah skema habis ni)

Tengoklah wanita zaman sekarang dah mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan lelaki. (kadang-kadang tu ada yang lagi tinggi, sebab saya rendah. Ok merepek.) Tengok bidang-bidang pekerjaan yang dulu-dulu dikuasai oleh lelaki macam engineer, arkitek, pengurusan yang dulu dikuasai oleh lelaki dah dikuasai oleh pompuan-pompuan ni haa. Adakah lelaki ni makin tak hebat? Huhu...Sebenarnya memang pompuan sekarang ni makan pandai dan berkaliber. So, taknak panjang cerita, senang ceritanyalah, hasil usaha Rasullullah S.A.W dalam memartabatkan kaum wanita ni berjaya lah sampai ke hari ni. Hebatkan?
Hebatlah beb..Ingat senang ke.

Tapi.......eh?

Ada jugak penindasan yang berlaku sekarang kerana walau mcam mana hebat pompuan ni pun, sifat-sifat keperempuanan diorang ni tetap tak hilang. Fragile, lemah, tak bermaya (hahaha, bab kutuk ni aku memang suka). So, terjadilah kes-kes macam rogol, bunuh dan sebagainya.

So? Siapa nak korang salahkan?

Mesti korang akan cakap, "Hek eleh, salah perempuan tulah, siapa suruh pakai ketat-ketat, seksi-seksi bagai." Kan? Lelaki confirm akan cakap macam ni!

Kalau tengok dekat timeline facebook pun, orang asyik share je panduan aurat bagi wanita, cara pakai tudung for wanita muslimah, apakah erti hijab bagai. Kan? Macam macam lah! (eh kejap, facebook ada timeline eh? ke twitter? errr..apa-apa lah)

Ada pernah sekali saya baca kenapa wanita ni dah pakai pakaian labuh pun orang cakap still tak jaga betul-betul aurat. Sebenarnya, senyum pun mampu cairkan hati lelaki, mengugat iman lelaki dan sebagainya. Suara yang dilunak-lunakkan, tunduk semasa ambil barangan yang jatuh dan sebagainya. Saya baca semua ni macam...BAPAKKK AH..

Susah gila kan jadi perempuan? Kesiankan? Takkan senyum pun salah? Takkan nak masam je sepanjang masa? Suara, habis tu nak kena cakap dengan lelaki macam mana? Kalau barang jatuh, "eh biarkan jelah"
Errrr..macam mana?

Sebenarnya, dalam kita yang lelaki ni sebokkkkkkk je nak share pasal aurat semua tu. Memanglah bagus, tapi saya tengok macam banyak sangat dekat time line tu. Kenapa, perempuan ni tak faham-faham ke aurat wanita macam mana? Bukan dari sekolah rendah dah belajar. Eh? *gosok dagu*

ACTUALLY, POINT OF THAT KHUTBAH IS, yang paling terpenting sekali (sorry cikgu BM) ialah SEORANG LELAKI TU PERLU MENJAGA AKLAK DIRINYA DAHULU..Then baru comes to perempuan kenalah jaga aurat, gaya pertuturan bagai tu...Penting perempuan jaga aurat, tapi yang lagi penting ialah lelaki kena betulkan diri kita dulu..Jaga pandangan mata, jaga iman, jaga ahli keluarga yang perempuan elok-elok. Jagalah apa yang kena jaga ye.

"Katakanlah (Muhammad) kepada orang-orang beriman, hendaklah mereka menahan/menundukkan pandangan (atau mata) mereka (daripada melihat wanita yang tidak halal) dan hendaklah mereka memlihara/menjaga kemaluan-kemaluan mereka (daripada zina dan liwat), demikianlah lebih suci/baik bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan apa yang dikerjakan mereka."
Surah An-Nuur, 24: 30

Agak-agak kenapa ada dalil ni kalau perempuan tu semua bertudung labuh apa semua? *garu kepala*

Perempuan pakailah apa pun, tudung labuh ke apa, perempuan tu tetap cantik dan menawan dekat mata lelaki. Setiap gerak-geri semua kalau control macam perempuan Melayu terahkir tu lah lagi senang nak menggoncang keimanan sometimes. Tak percaya??

Pergi tanya mana budak-budak lelaki. :)

Hiasan dunia
Dulu aku pernah nasyid lagu wanita hiasan dunia masa darjah 5
Buat malu je pick lagu tu masa darjah 5!


2 comments:

Cik Ummi said...

post ni sangat menarik dan dalam maknanya ~

tp yg paling tersangat scary :
amek barang jatuh pun dah boleh buat laki goyah ke?? O.o
uuuUUuu.. that's scaryyy ~
Dunia pancaroba.. huhu

Muhammad Zaiasraf bin Zainurin said...

Thanks. Yup..Pernah baca somewhere..