Kawan-Kawan ^^

Friday, November 25, 2011

Sweat. Sweet.

Assalammualaikum wbt

Nirmala ini, ana kembali menulis.
Maaf dipinta kerana ana tidak akan menulis selagi ana berasa ana belum layak untuk menulis diblog ini.
Lama tidak menulis. Lama la ana jadi "jahat" tu..hehe..

Betullah..
bila tiada pengisian ukhrawi selama seminggu.
Terasa kosong.

Sebenarnya boleh ja nak buat pengisian di rumah.
Cuma malas.
Yes. Malas.

Setelah berhempas pulas selama seminggu dengan kelas dan exam.
Berusaha mencapai prestasi yang mampan.
Mulalah kembali jadi malas.
"ah, minggu lepas dah penat-penat, minggu ni kita relax-relax dah la kan.."
"come on la..cuti bro"

Hahaha..memang itulah yang ana buat pun.
TAK BUAT APA..buat Tak Buat Apa. Eh apa la merepek ni.
ok-ok.

7:94
maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh (urusan) yang lain.

Hah. Ternyata ramai yang tidak mempraktikkan. Termasuk diri sendiri ini.

Memang.
Angan-angan dan cita-cita yang diletakkan terlalu tinggi.
Surgeon yang berjaya..boleh kah?..
insyaAllah.

Pernah dengar cerita musang dan anggur?.
Cerita ni cerita masa tadika dulu rasanya.
Tapi penuh dengan pengajaran.

Yang mana. Pada suatu hari (teringat dulu pertandingan bercerita..hehe)
Ketika katak sedang asyik bernyanyi memanggil hujan,
Kura-kura berenang riang.
Monyet sibuk mencari kutu.
Dan cengkerik memekak memecah kehenian hutan rimba.

Seekor musang sedang kelaparan.
Tiba-tiba!..si musang ternampak anggur yang sangat banyak.
Malangnya. Anggur itu agak tinggi.

Si musang cuba melompat. Dan cuba mengigit..
Malangnya tidak sampai.

Si musang mencuba lagi.
Melompat. dan tak sampai. Dah sah kau memang pendek wahai musang. Hehe.

Si musang rasa barangkali dia perlu mengira untuk mendapatkan "perfect timing"
satu..dua..tiga.!! jump! dan..jatuh..

Akhirnya musang berputus asa.
Musang berkata.
"Ah..anggur ni mesti tak sedap"
denial musang ni.

End.

Kalau musang tu cuba panjat pokok ke. Apa ke. rasanya mesti dapat ek.

those do not sweat cannot enjoy the sweet taste.

You cannot achieve your desires if you do not try hard. Your dream will come true if you continue to endavour toward it.

btw,


btw, berkenaan kucing kami
cage ni baru la jugak beli. Sebab siang-siang kalau pergi kelas. 
mana boleh letak sepah-sepah mereka ni.
Nanti habis rumah.

haha. kadang-kadang memang perlu release tension.

dan bila dapat ikan.
Baru tahu nikmat sabar.
^____^

Sekian

4 comments:

suffian said...

buat apa ngan ikan2 tu?

Ibrahim Jamaluddin said...

salam...ya akh...dkat mne kalian mmncing ikan tu?nmpk best je ^^

Muhammad Zaiasraf bin Zainurin said...

ikan tu reza ckap nak bawak balik..tapi tertinggal la pulak~..

Muhammad Zaiasraf bin Zainurin said...

ibrahim : waalaikummusalam ya akh..haha..dekat longkang nearly sawah je..diorang pandai2 bawak karpet lebih kat rumah tu haa..hehe