Kawan-Kawan ^^

Thursday, January 6, 2011

Budak Kecil, Ayam Serama dan Doktor

Salam...

Cerpen : Budak Kecil, Ayam Serama dan Doktor



Dalam kehengingan petang itu, seorang kanak-kanak riang brmain bersama rakan-rkannya yang lain..wajah kanak-kanak itu tak sdkit pun mnjunjukkan erti penat..sentiasa tersenyum..riang, ceria..seperti tiada masalah bermain difikirannya..apa yang dia tahu..hanyalah bermain..wajah hitam manisnya itu tersenyum ceria pada petang itu...dia bercita-cita menjadi seorang askar katanya..baginya..askar itu hero..tampak hebat katanya..
walhal, kanak-kanak itu tidak pernah tahu, bertapa susahnya menjadi seorang askar dan apatah lagi mempertahankan negara tercinta..

dia tinggal bersama neneknya..bukan kerana ibu dan ayahnya sudah tiada, mmg sengaja dia ditinggalkan disitu bersama neneknye..arwah atuknya sudah pergi..ayah dan ibunya ke kota mencari rezeki..jadi, tinggalah dia di rumah usang neneknya di sebuah kampung..yang tidak perlulah aku nyatakan di sini..apabila pulang dari sekolah, setelah selesai mengaji, dia akan mencampakkan baju sekolahnya lalu pergi bermain di luar..tidak kenal panas, hujan, ribut..baginya semua sama..dia lasak.

Along dia dipanggil oleh neneknya..anak pertama budak kecil ini..

pada suatu hari..budak kecil ini ternampak jiran neneknya..membeli seekor ayam..cantik. warnanye merah, hijau dan oren keemasan. tampak begitu cantik ayam itu pada pandangan matanya kecilnya itu..

keesokan harinya..sekali lagi jirannya membeli ayam yang sama jenisnya..tetapi bewarna kuning keemasan..jadi budak ini berminat.lalu bertanya.." tok, kenapa ayam ni kecik??" kepada jiran neneknya yang di panggil Tok Amad.."oh, ni ayam serama..mahal ni! "..jawab atuk itu bersungguh. "berapa?" penuh persoalan bermain di mindanya..ayam kecik harga mahal?..merepek je atuk ni!.getusnya di dalam hati..tetapi disebabkan dia ni merupakan seorang yang berbudi bahasa..dipendam sahaja perasaan tidak puas hati itu..walhal jiwanya meronta ingin memprotes kata-kata atuk itu.."berapa harganya tuk? " soalnya berseloroh..
"hurm...atuk beli satu rm 300." jawab atuk itu bersahaja.."mahalnya!!" agak tinggi suaranya.."memanglah, ayam serama ni..".."ayam serama?"....pelbagai persoalanan bermain di mindanya...

pulang ke rumah nenek.
selesai minum petang, sambil mengurut-ngurut kaki neneknya..dia teringat akan ayam tersebut..dia memang rajin memicit-micit kaki neneknya..tngannya yang kecil itu kuat memicit kaki wanita tua itu.. bukan dia rajin..dia biasanya dapat upah dari situ..biasanya..50 sen..boleh beli aiskrim petang nanti..itulah tujuannya..dan begitulah selalunya. "nek, ayam serama tu apa?" tnya dia dengan penuh sopan.."owh, ayam kecik tu?, xde hasil je bela! dah la kecik, daging sedikit..makan pon tak kenyang.".."owh"..
....................................................................................................................

masih x berpuas hati dengan jawapan neneknya..
keesokan harinya..setelah pulang dari sekolah..dia bertanya.."nek, along nak beli ayam serama boleh?"..
"mahal tu!!, mana nak cari duit??.." "alaaa, nek xde ke duit?"..."nek dak cekau pada mane?" dengan lorat melakanya.."xpelah nek"..rengusnya kecewa..

petang itu dia termenung sendirian..macam mana dia nak beli ayam tersebut?..kumpul duit sekolah?..sehari rm1..seminggu rm5..1 bulan? 2 bulan? "argh!!!!!!!!!!!." dia marah...malas memikirkan masalah tersebut..

dia nekad.. dia mahu ayam tersebut!..

bagaimana?.. mintak mak dan abah?...memang x dapat lah..jangan harap!..dia sedih..lalu dia mengambil keputusan..tidak mahu menyusahkan ibu,ayah dan neneknya..

lalu dia bercadang hendak bekerja..seawal darjah empat?..apa yang mampu dilakukan si kecil ini?...

dia mengayuh basikal BMX pemberian hari jadi oleh abah ke pantai berhampiran rumahnya..selat melaka kini di hapannya..ditatap Pulau Besar yang tersergam indah di tengah selat tersebut..tiba-tiba..suatu aktiviti mencuri pandangan matanya..beberapa orang kanak-kanak seusia dengannya mencari kerang di dalam lumpur!!!.. tak bahayakah?..lumpur tu boleh makan orangkan? arwah atuknya penah berkata begitu kepadanya..nanti boleh tenggelam..bahaya!

dia nampak budak-budak itu membawa sebuah guni kecil..plastik beras rasanya..mereka mencari kerang...ya, meraka mencari kerang!..tanpa sebarang peralatan. Hanya tangan, kaki yang dipenuhi lumpur, dan muka yang comot dan tidak teruurus..mereka mengutip kerang..

tiba-tiba, muncul satu idea dalam benaknya..betul!...yes!

esoknya, selpas mngaji, bersama sebuah beg plastik besar bewarna merah...dia membawa basikalnya ke pantai berlumpur itu..dia turun..perlahan2..srzzzz! kakinya terbenam sehingga keparas lutut!...dan sebelah lagi..keparas itu juga..dia mencari kerang...hanya dapat kira2 sepuluh biji kerang..."sikitnya!" rungutnya..setalah seharian berada di situ..kakinya luka, kukunya dipenuhi lumpur, bajunya berbau hamis, dek peluh, bau air masin, dan lumpur bewarna kelabu..hanya 10 biji kerang?..hurm..

esoknya lagi, dia pergi..tetapi dia bertanya kepada kanak-kanak yang turut mencari kerang..bagaimana mencari sebenarnya..."sebenarnya, tangan harus dimasukkan kedalam lumpur..ada banyak benda, kaca, akar, batu dan kerang..pandai2 lah pilih" dia mencuba..dan hari itu satu plastik penuh dia dapat..!! gembiranya bukan kepalang!..hasil usahanya sendiri!..

dia pergi ke sebuah quaters polis berhampiran..lalu mengetuk sebuah pintu rumah..dalam keadaan kotor dan belumpur tadi..tayar basikalnya yang hitam menjadi kelabu..badanya telah di bilas di bawah tempat parkir di rumah flat tersebut.tingkat 2 dia naik kini...dia dimarahi...kerana buat kotor kata orang di situ..ya, dia sedar..tapi, dia ingin menjual kerang tersebut! dia perlukan duit...dia mahu membeli ayam serama...

dan sampailah di sebuah rumah..kerang satu plastik berjaya dijual dengan harga rm 1.50 oleh seorang perempuan berumur pertengahan.. dia gembira!! duit pertama hasil usahanya..rm 1.50!..darjah empat pendapatan pertama!.

dia ternampak tin2 kosong di rumah flat tersebut..di tempat pembuangan sampah..
idea kembali di fikirannya..dia mencari plastik..lalu mengumpulnya..dan pergi mencari di sekeliling kampung..tidak mengira ular, kaca dan sebagainya..separuh plastik berjaya dipenuhi..3 hari kemudian...tin2 kosong itu dijual di rumah sahabatnya..kebetulan ayah sahabnya itu selalu ke pusat besi buruk berhampiran..
satu beg plastik..dia mendapat rm1..cukup bnyak baginya ketika itu!..

dan percaya atau tidak...
sebulan kemudian, dia berjaya membeli seekor ayam serama!. hasil titik peluhnya..
dibeli ayam itu..berharga rm 50.00..duit hasil kumpulan wang saku sekolahnya...wang mencari kerang dan dijual ke quaters...dan wang mencari tin di keliling kampung..

tetapi, dia masih tidak berpuas hati..kerana..wang itu, dia hanya mampu membeli seeokor ayam serama betina..dari sahabatnya..

lalu, semasa jirannya memberi ayam seramanya makan,..sengaja dia melepaskan ayam serama betinanya kesitu...degan harapan ayam itu akan berkahwin..fikiran kanak2nya..

suatu hari, ketika pulang dari sekolah, dilihat didalam reban..ayamnya bertelur!!! sebiji...gembiranya bukan kepalang!!.."nek, ayam along bertelur!!!!!!!!!!!!!!!!!!" dia jerit  lalu berlari-lari ke arah neneknya.. "kalau ye pun, tukar la baju sekolah tu.~" tegur neneknya...
"yes, yes, yes..lopatnya kegirangan tanpa menghiraukan teguran tersebut...

esoknya..sekali lagi ayamnya bertelur...2 biji..kini menjadi tiga biji...
minggu berganti minggu, lalu telur itu menetas..bertambah gembiralah budak hitam manis kecil itu...

dijaga ayam-ayamnya dengan sepenuh hati...sehingga besar..lalu, dia mendapat ayam yang dia inginkan..hampir setahun usahanya!...tabah.

tetapi apabila meningkat dewasa..ayam itu dibiarkan sahaja..menjadi ayam liar..kerana..jarang ada orang membela ayam itu lagi katanya..usahanya setahun terbiar..menjadi liar..

malangnya................

kini, budak kecil itu dah meningkat dewasa..dan pada hari ini..budak kecil itu tidak lagi bercita-cita menjadi askar..tetapi..doktor..

dan dia kini ke arah usahanya itu..
demi nenek, abah dan mak..

dia kini belajar pra perubatan dan bakal mengambil exam 2 minggu lagi...
doakan dia..insyaAllah..

dia tidak mahu, segala usaha dan penat lelahnya terbiar..terkubur...dan terbuang sendirinya..sekali lagi..
dia kini sedar erti penat lelahnya itu..di ambil peristiwa darjah empat sebagai pengajaran..

luka, dimarahi, diherdik, comot, busuk..
jatuh bangun adalah lumrah kehidupan manusia..
yang ibarat roda..

semoga berjaya budak kecil..~

No comments: